Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TIBANYA SYAWAL, TERUSKAN JIHAD

>> 30 September 2008



Selama sebulan kita telah ditarbiyyah di dalam madrasah Ramadhan. Semoga kita diijazahkan dengan Ijazah Muttaqin dengan kepujian oleh Allah SWT.

Kini Syawal pun tiba. Semoga tarbiyyah yang kita terima menjadi bekalan untuk kita menempuh 11 bulan seterusnya.

Kepada semua pejuang Islam, pencinta Islam, .. teruskan jihad. Ambillah kesempatan berhariraya ini untuk kita menyebarluaskan medan dakwah dengan saling mengunjung sanak saudara dan sahabat handai.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini masih baru dan sentiasa dalam pembaikan. Mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan, kesalahan dan sebagainya.



Selamat Hariraya Aidilfitri 1429H.

Maaf Zahir & Batin.


Daripada : ar_rawa

Read more...

YB HJ ANUAR SUDIN DI TAMAN MELUR

>> 28 September 2008

26 September - Bertempat di Surau al Maidah, PAS Taman Melur telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan aidilfitri kepada para anak yatim, anak istimewa serta petugas surau diri Jumaat. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Anuar Sudin. YB juga turut berbuka puasa bersama-sama jemaah lain.
Pengerusi surau, Hj. Hambali Marsit sedang menyampaikan ucapan.
YB Hj. Anuar Sudin menyampaikan beberapa maklumat kepada hadirin.

Antara anak istimewa yang menerima sumbangan.

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH PAS GANDA/SG. CAWANG

>> 27 September 2008

26 September - PAS cawangan Ganda/Sg. Cawang telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada golongan fakir miskin. Ini adalah julung kalinya cawangan ini mengadakan majlis sebegini. Kebanyakan penerima sumbangan ialah penduduk di sekitar Ganda dan Kg. Sungai Cawang.



Sebahagian daripada penduduk yang hadir.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ketua Kampung Selabak, dan AJK PAS Kawasan Teluk Intan. Di dalam ucapan, TYDP telah mengucapkan tahniah kepada PAS cawangan yang telah mempunyai inisiatif sendiri mengadakan majlis tersebut. Beliau berharap sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurang beban rakyat susah dalam persiapan menyambut hari raya aidilfitri nanti.

Ketua Kampung Selabak (kanan) sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Kampung Selabak, Hj. Khairudin Abd. Hamid berharap dapat memberikan khidmat terbaik beliau kepada masyarakat kampung di situ yang kedudukannya agak jauh dari Teluk Intan.

Seterusnya, Ketua Kampung telah menyampaikan sumbangan kepada 28 orang penerima. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan seperti beras, minyak masak, dan gula.

Ketua Cawangan Ganda/Sg. Cawangan, Sdr. Termizi Mat.

Sebelum itu, Ketua PAS Cawangan Ganda/Sg. Cawang bersyukur kerana pada tahun ini cawangan itu telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada golongan yang susah.

Read more...

BN DULU, PAS SEKARANG

Pada 26 September 2008, rombongan PAS Kawasan Teluk Intan yang diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan telah berkesempatan melawat ke sebuah cawangan PAS yang agak terpencil iaitu di Kg. Sungai Cawang. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau perkembangan projek membaik pulih jalan ke kampung tersebut.

Untuk rekod, pada 21 April 2008 (kira-kira sebulan selepas PAS menang di DUN Changkat Jong), YB Hj. Anuar Sudin telah mengadakan pertemuan dan dialog dengan penduduk di sana. Antara masalah yang diutarakan kepada YB ialah keadaan jalan masuk ke kampung tersebut yang agak teruk sepanjang 3km. Jalan itulah yang digunakan oleh penduduk kampung untuk keluar masuk. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan oleh pelajar sekolah untuk ke sekolah. Jika musim hujan, jalan yang memang sedia berlubang-lubang itu akan berlopak dan amat berbahaya kepada pengguna jalan apatah lagi kepada kanak-kanak.

Kini setelah 5 bulan berlalu, atas daya usaha ADUN Changkat Jong, maka impian penduduk telah menjadi kenyataan. Projek bernilai RM200 ribu di bawah peruntukan pembangunan luar bandar ini telah dijalankan. Ia dijangka siap sebelum hari raya ini.

Terdetik dalam hati, apa yang telah dibuat oleh wakil rakyat UMNO/BN selama ini. Sudah 50 tahun memerintah, jalan yang sebeginipun tidak mampu diadakan oleh mereka. Padahal, baru 5 bulan PAS menang di Changkat Jong, alhamdulillah, jalan tersebut dapat diadakan.

Terdengar bisikan seorang sahabat kawasan menyatakan, "BN tu maknanya Buat Naya pada rakyat...!". Jika mereka prihatin, masalah kemudahan asas begini sudah lama mereka adakan. Bayangkan, memang rakyat teraniaya selama BN memerintah.

Saksikanlah perbezaan BN dulu, PAS sekarang (di Kg. Sungai Cawang):

BN DULU


PAS SEKARANG


BN DULU


PAS SEKARANG

Read more...

WAJARKAH HANYA TURUN SEKUPANG ?

>> 26 September 2008


Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :



Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)

1 Tong bersamaan dengan 159 liter Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45 Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30 Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya) Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter

Read more...

SUMBANGAN AIDILFITRI PAS DESA AMAN

PAS Cawangan Desa Aman tidak ketinggalan mengadakan majlis sumbangan fakir miskin dan anak yatim. Majlis yang diadakan di Surau Ubudiah itu turut dihadiri oleh YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin serta isteri dan YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik.



Menurut Ketua Cawangan, Hj. Anuar Yahya, seramai 29 orang penerima sumbangan barangan dan 20 orang anak yatim menerima sumbangan berupa wang tunai. Tahun ini, hasil kutipan derma dari orang ramai telah meningkat, oleh kerana itu lebih banyak barang keperluan dapat diberikan kepada golongan susah seperti beras, gula, minyak masak dan pelbagai lagi. Beliau berharap agar sumbangan ini akan dapat mengurangkan beban golongan susah untuk menyambut hari raya tidak lama lagi.



Selepas itu, majlis tahlil telah diadakan dengan pimpinan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abdul Fatah Awang. Selepas berbuka, YB telah mengimamkan solat fardhu Maghrib. Majlis berakhir dengan program tazkirah selepas solat sunat tarawih.




Isteri YB, Puan Hajah Faridah turut menyampaikan sumbangan kepada penerima muslimat.






Bergambar bersama YB. Anak-anak yatim gembira menerima duit raya.

Read more...

JAMUAN RAKYAT SEMPENA AIDILFITRI

>> 25 September 2008


PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin akan mengadakan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri peringkat kawasan/DUN pada :
Tarikh :11 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Lot 12541, Kg. Perwira Jaya, Off Jln. Padang Tembak, Teluk Intan.
Semua warga Teluk Intan dijemput hadir.

Read more...

PEJUANG ISLAM PERLU FAHAMI DAN HAYATI KONSEP QADHA DAN QADAR



23 September - Para pejuang Islam perlu memahami serta menghayati konsep qadha dan qadar agar segala apa yang mendatang sama ada dalam bentuk kebaikan atau keburukan dapat diterima dengan redha. Itulah antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Termizi Abdul Rahman dalam program terakhir ihya' Ramadhan PAS kawasan Teluk Intan.


"Kemenangan bukanlah titik akhir bagi sebuah perjuangan. Kekalahan juga bukanlah titik akhir bagi sebuah perjuangan, "menurut beliau lagi. Jika pejuang Islam faham akan qadha dan qadar, maka jika telah mencapai kemenangan ia akan terima dengan redha, bersyukur dan mempertahankan kemenangan. Sebaliknya jika kalah, ia mestilah menerimanya dengan redha, sabar dan berusaha sehingga kemenangan dapat dicapai. Tiada langsung rasa kekecewaan dalam hatinya kerana ia yakin bahawa semuanya telah tertulis di dalam luh mahfuz.

Oleh kerana itu, pejuang Islam perlu fokus kepada gerak kerja kerana Allah Taala bukan kerana hendak merebut ghanimah apabila menang kelak. Bagi DUN Changkat Jong, tugas selepas kemenangan dalam PRU12 adalah lebih mencabar dan lebih banyak daripada tugas sebelum menang.

Sebelum itu, majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh AJK Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Ia diketuai oleh Saudara Krishnan (Pengerusi kelab) dan Saudara Hacahran Singh (Ahli Majlis Perbandaran). Kehadiran ahli kelab penyokong berbuka puasa bersama ahli PAS begitu amat bermakna sekali.
NYDP, Saudara Ahmad Kabir Mahdin sedang melayan Pengerusi Kelab Penyokong semasa berbuka puasa.
Tidak kekok....Pengerusi dan AJK Kelab Penyokong sedang menikmati jamuan.

Read more...

SUMBANGAN AIDILFITRI PAS KG. BAHAGIA

>> 21 September 2008

21 September - Seperti tahun-tahun lepas, PAS cawangan Kg. Bahagia tidak ketinggalan menganjurkan majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Telah beberapa tahun, cawangan ini masih istiqamah menganjurkan majlis serupa itu. Majlis telah diadakan di Markaz Kampung Bahagia. Ia telah diusahakan dengan jayanya oleh Lujnah Kebajikan PAS cawangan Kg. Bahagia.


Bangunan Markaz PAS Cawangan Kampung Bahagia, antara markaz PAS tercantik di Teluk Intan. Ia terletak berhampiran Masjid Kg. Bahagia.

Sumbangan pada kali ini adalah berupa dua kampit beras, minyak masak, gula dan pelbagai barangan keperluan lain. Disamping itu, sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk anak-anak yatim. Seramai 28 orang anak yatim serta 24 orang fakir miskin di sekitar Kg. Bahagia telah menerima sumbangan.

Antara barangan yang akan diagihkan.

Majlis telah bermula pada jam 4.45 petang. Ia telah dimulai dengan ucapan pengerusi majlis yang juga Setiausaha cawangan yang telah mengalu-alukan kehadiran para tetamu. Kemudian, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan. Antara yang tetamu khas yang hadir ialah YDP Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik, Ketua Kampung Hj. Kamaruzzaman Manaf, AJK kawasan dan cawangan, serta masyarakat setempat.


YB Hj. Anuar sedang menyampaikan ucapan.


Dari kiri : Cikgu Taib (bekas bendahari kawasan), Hj. Kamaruzzaman (Ketua Kg. Bahagia), YB Hj. Anuar, YDP Kawasan dan pembantu khas YB.

Dalam majlis tersebut, YB Hj. Anuar telah sudi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sumbangan juga telah diberikan kepada Ustaz Hj. Shamsuddin Tamyiz dan isteri yang ditimpa musibah kemalangan jalanraya beberapa hari lalu. Majlis diakhiri dengan tahlil dan berbuka puasa.


Salah seorang anak yatim yang telah menerima sumbangan.



Wakil Ustaz Shamsuddin sedang menerima sumbangan.

Antara petugas yang sedang menyediakan juadah berbuka puasa.

Read more...

RAMADHAN : TIADA REHAT UNTUK MB PERAK

IPOH: Marhaban Ya Ramadhan, bulan barakah ini jelas tidak memberi kesempatan langsung pada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan untuk menikmati juadah berbuka bersama-sama keluarga. Setakat ini beliau hanya berkesempatan sekali sahaja berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak yang dikasihi.



Ramadhan ini benar-benar menguji ketahanan fizikal Dato Seri Ir Hji Mohammad Nizar Jamaludin. Seharian suntuk di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan melayani kunjungan rakyat yang tidak pernah putus membawa hajat untuk menemui beliau, manakala memasuki waktu berbuka beliau ke serata pelusuk di negeri ini atas jemputan yang diterimanya.

Pergerakan beliau bermula seawal subuh lagi. Beliau ke masjid atau surau yang diaturkan oleh para pegawainya untuk menyampaikan kuliah-kuliah subuh. Jam 8.00 pagi beliau terus ke pejabat atau ke lokasi yang ditetapkan pula, manakala tengah hari menunaikan fardhu Zohor bersama-sama kakitangan kerajaan di bangunan berkenaan, di samping mendengar tazkirah atau beliau sendiri menyampaikannya.

Waktu ternyata mencemburui dan menghambat Nizar, suntuk dan tidak mencukupi. Hasrat murninya untuk meningkatkan syiar Islam ternyata turut melimpah pada seluruh kakitangan dan pegawai di Bangunan SUK itu. Beliau sendiri memulakan tazkirah jam 8.15 pagi di awal Ramadhan melalui corong pembesar suara di bilik pa sistem bangunan itu.
Tidak kira masa dan tempat...Di musolla pun boleh berbincang.

Setiausaha kerajaan negeri Dato Dr Abdul Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri Dato Jamaludin Al Amini, Pengarah Tanah dan Galian Dato Abu Zarr masing-masing turut menyampaikan tazkirah. Alhamdullilah semuanya berkemampuan menyampaikan tazkirah dengan baik.

Begitulah yang dicetuskan oleh Nizar Dato Jamaludin telah menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Bakhil”, manakala Dato Abu Zarr semasa diucapkan tahniah padanya kerana kemampuan menyampaikan tazkirah secara berseloroh bertanya, “Berapa ratingnya.” Sesungguhnya dato, niat dan hasrat yang cuba disampaikan tentunya diberikan ganjaran oleh Allah.

Selesai di pejabat, Nizar pula hanya berkesempatan sejam dua bersama keluarga pada sebelah petang, kerana pada setiap hari Ramadhan ini jadualnya telah disusun sebegitu ketat (atas permintaan beliau sendiri). Antara jam 5 dan 6 petang, perdana eksekutif rasminya telah bersedia membawanya ke lokasi tempat berbuka puasa di serata tempat di Perak.

Semasa melangkah keluar dari kediaman rasmi, Nizar kelihatan membawa bersama-samanya sebiji bantal untuk melampiaskan kepala dalam kenderaan. Mungkin itulah sahaja masa terbaik untuk melelapkan mata mengumpul tenaga seketika dalam kereta sebelum berhadapan dengan rakyat di tempat ditujunya.

Selepas berbuka yang kadangkala bersama Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan ada ketikanya bersama Raja Muda Raja Nazrin Shah, beliau diminta pula menyampaikan tazkirah selepas ada ketikanya beliau sendiri juga yang mengimamkan solat maghrib, isya dan terawih.

Kagum sungguh kami (para pegawai kanannya) iaitu Setiausaha Politik Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Akhbar Sdr Anuar Hashim dan Pegawai Khas Sdr Amran Harun pada boss kami ini kerana walaupun kami bergilir-gilir menemani Nizar, ada ketikanya kami yang mengalah kepenatan. Semuga diberikan kesihatan dan kekuatan pada boss kami yang ada kalanya kami namakan sebagai Tuan Haji sahaja.

Read more...

SAMBUTAN BADAR AL KUBRA DAN NUZUL QUR'AN PAS NEGERI PERAK

>> 20 September 2008

Ramadhan tahun ini, PAS Lumut telah menjadi tuan rumah kepada Sambutan Badar al Kubra dan Nuzul Qur'an peringkat PAS Perak. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Batu 10, Lekir.

Masjid Batu 10, Lekir tersergam indah terletak di DUN Pasir Panjang, kawasan MB Perak.

Menurut Ustaz Misbahul Munir Hj. Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga SU Politik MB Perak, terdapat 3 objektif utama prohgram ini. Pertama, bagi memperingati peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan di mana perang Badar adalah penentu kepada kesinambungan Dinul Islam. Ini kerana setelah menangnya Isam dalam peperangan tersebut maka tersebarlah Islam ke pelusuk dunia.


Menunggu waktu berbuka.....Ustaz Misbah berbual dengan sahabat lama beliau.

Keduanya, sebagai memperingati turunnya al Qur'an yang juga dalam bulan Ramadhan dan ketiga ialah majlis ini adalah satu program di mana pimpinan parti/jemaah dapat turun berpeluang bertemu ahli dan penyokong serta masyarakat. Setelah menangnya Pakatan Rakyat di negeri Perak, pimpinan parti tidak lupa akan asal-usul serta susah payah dalam perjuangan dengan makan bersama-sama ahli di peringkat akar umbi dalam suasana juadah yang amat sederhana.
Sebahagian rakyat yang hadir dalam majlis berbuka puasa bersama MB.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya, AJK Perhubungan PAS Perak, Yang Di Pertua PAS kawasan-kawasan, wakil-wakil kawasan serta masyarakat setempat di Lekir.


MB Perak bersama Pesuruhjaya PAS Perak. Di sebelah PJ ialah ADUN Changkat Jong.

Majlis bermula pada pukul 6 petang dengan tazkirah. Kemudian, diikuti majlis tahlil serta iftar. MB Perak sudi duduk bersila bersama-sama rakyat di bawah khemah yang sama untuk berbuka puasa. Tiada langsung kekangan protokol dalam program bersama MB ini. Sesiapa sahaja boleh bersalaman dan bertegur sapa dengan MB Perak. Mudahnya bertemu dengan MB kita.
Setelah berbuka dengan tamar dan bubur lambuk, MB telah mengimami solat Maghrib. Bukan itu sahaja, MB Perak juga telah menjadi imam bagi solat Isya', sunat Tarawih dan witir. Bertuahnya rakyat negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai MB seperti Haji Nizar. Sejuk rasanya negeri ini bila mendapat seorang MB yang begitu fasih membacakan ayat-ayat suci al Quran semasa mengimami solat. Agaknya begitulah yang dialami dan dirasai oleh rakyat negeri Kelantan Darul Naim.
Hj. Nizar bersalaman dengan para jemaah selepas selesai bersolat tarawih.
Acara terakhir ialah ceramah yang diadakan di pekarangan masjid. Ia dimulai dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Awang yang banyak menyentuh tentang Islam dan cabaran semasa di negara ini. Kemudian diikuti ucapan dari Bekas Khatib dan imam Masjid al Aqsa, Palestin. Akhir sekali, MB Perak telah memberikan ceramah. Begitu banyak penjelasan tentang isu-isu di negeri Perak. Diharap maklumat tersebut dapat dibawa oleh mereka yang hadir pada malam itu ke tempat masing-masing untuk disampaikan kepada rakyat.
MB Perak menyampaikan sumbangan kepada wakil Palestin.

Di penghujung program, sebahagian kutipan derma jihad pada malam itu telah disumbangkan kepada Bekas Imam Masjidil Aqsa. Aturcara disambung dengan program qiamullail dan kuliah Subuh oleh Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan PJ di Surau Madah, Manjung. Program ini juga turut disertai oleh MB Perak.

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI KAWASAN TELUK INTAN

Pada 18 Ramadhan, bertempat di Markaz PAS Teluk Intan, PASTI Teluk Intan telah mengadakan majlis berbuka puasa. Antara tetamu khasnya ialah YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan. Ia turut dihadiri oleh para pengurus PASTI cawangan (terdapat 7 cawangan PASTI di Teluk Intan), guru-guru PASTI, para ibu bapa pelajar PASTI serta orang ramai.
Majlis dimulai dengan majlis tahlil yang telah diketuai oleh Tn. Hj. Mohamed Akram bin Hj.Mohammad Ayub, P.A bagi ADUN Changkat Jong. Doa selamat telah dibacakan oleh YB Hj. Anuar. Seterusnya ia diikuti majlis berbuka puasa dengan juadah yang istimewa. Kemudian, hadirin berjamaah solat Maghrib, Isya' dan tarawih. Di penghujung program, tazkirah telah disampaikan oleh Hj. Mohd. Fathillah seorang kaunselor sekolah.
Antara hadirin di majlis tersebut.
Sebahagian guru PASTI dan kaum ibu yang hadir.
YB Anuar dan PA nya yang setia, mesra dan peramah.
Tahniah kepada PASTI Kawasan Teluk Intan serta DPP kawasan yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.Kalau ada rezeki, buatlah lagi.

Read more...

YB DR MOHD HATTA RAMLI DI TELUK INTAN

>> 17 September 2008

16 September -Program ihya' Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan diteruskan lagi bagi minggu ketiga bulan puasa ini dengan Sambutan Badar al Kubra dan Nuzul Qur'an peringkat PAS Teluk Intan. Tetamu istimewa pada malam itu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat iaitu YB Dr. Mohd. Hatta Ramli.




Beliau yang hadir sejak majlis berbuka lagi telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Majlis telah diadakan di markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak. Ia turut dihadiri oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, YDP Kawasan Ustaz Hj Ismail Che Nik, pimpinan kawasan, dewan dan cawangan serta orang ramai.


Dalam ucapan, beliau banyak menyampaikan maklumat serta perkembangan terbaru politik tanah air terutamanya usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan. "Setiap pihak perlu yakin dengan sasaran tersebut dan haruslah berusaha ke arah mencapai hasrat tadi (membentuk kerajaan)," menurut beliau.

Beliau juga telah menasihati semua yang telah diberi amanah sama ada ADUN, Ahli Majlis Tempatan dan Ketua Kampung agar menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Ini kerana, ia akan menunjukkan imej baik kepada masyarakat betapa bezanya corak pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat. "Besarlah harapan parti agar negeri Perak akan menjadi contoh terbaik dan modal terbaik kepada parti dalam menghadapi PRU13 nanti yang akan dihidangkan kepada masyarakat, " tamah beliau lagi.

Pada majlis tersebut juga, masyarakat bukan Islam seperti kaum Cina dan India turut hadir mendengar ceramah YB Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP