Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

UPACARA PECAH TANAH SAR KG AIR HITAM

>> 31 Oktober 2008

31 Oktober 2008, Jumaat - Kg. Air Hitam akan mempunyai sebuah bangunan Sekolah Agama Rakyat di tapak yang baru. Satu majlis pecah tanah di tapak bangunan yang akan didirikan telah diadakan pada petang tadi.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh wakil kepada ADUN Changkat Jong iaitu Ustaz Abdul Fatah bin Awang dan Pembantu Khas ADUN, Tuan Haji Mohamad Akram bin Yusuf. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Kampung Air Hitam iaitu Sdr. Mohamad Nor Yatim serta pengerusi JKKKP.


Ustaz Abdul Fatah sedang menyampaikan ucapan.

Meninjau tapak bangunan.

Read more...

JKKKP YANG MENYUSAHKAN...

>> 30 Oktober 2008

Pada 27 Oktober 2008, Isnin, saya telah mengikuti rombongan PAS Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong ke majlis Sambutan Aidilfitri di Kg. Sungai Samak. Perjalanan ke sana lebih kurang 50 minit. Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Samak.

Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Samak yang penuh kontroversi.

Kami sampai kira-kira 11.00 pagi sebagaimana yang dijadualkan dalam surat jemputan tetapi orang masih belum ramai lagi. Yang kelihatan hanyalah beberapa orang petugas sedang duduk dan petugas PA System yang sedang memainkan lagu raya. Mereka telah menyambut kami dan mengatakan orang masih ramai lagi sebab mungkin ada di kebun sawit lagi.
Kami pun duduk. Tidak lama kemudian, tibalah beberapa orang AJK PAS Cawangan dan JKKK. Disusuli pula Ketua Kampung/Pengerusi JKKKN, Encik Sarifudin. Sebaik sahaja menghampiri kami, Tok Sidang ini telah merungut-rungut seorang diri.

"Susah..susah. Payah kami dibuatnya. "
Kenapa ?

"Nak dapatkan dewan tempat majlis ini bukan main payah. Semenjak JKKKN dibentuk, kami tak pernah dapat kunci dewan ini daripada sidang lama, " jawabnya.
Bila dapat kunci ?

"Baru sahaja. Bila nak buat jamuan ni. Itupun setelah penghulu minta serahkan, baru dibagi kepada kami."

"Itu satu hal. Masalah lain pula datang .."
Apa dia ?

"Dah dapat kunci, tapi kuncinya tak dapat buka pintu dewan. Entah ya entah tidak kunci dewan ni," keluh sidang lagi.
Habis tu, macam mana buka pintu dewan ?

"Apa lagi, kamipun kopak le salah satu pintu tu..." beliau menjawab sambil tersenyum.

"Bila dah dibuka, macam yang djangka.., terang benderang dalam dewan tu tak ada perabot kecuali satu dua meja sahaja," tambah sidang lagi.
Kami tersenyum.

"Ada lagi satu hal pulak.."
Ada lagi masalah ke ?

"Bangku dan meja milik dewan yang kita sedang duduk ni pun kita kena sewa dari JKKKP. Dia buat macam harta dia pula."

Bayangkan le. sidang baru (JKKKN) terpaksa menyewa bangku meja dewan daripada sidang lama (JKKKP)...!

Masing-masing termenung bila mendengar keluhan sidang kita.

"Ada lagi...!" kata sidang.
Apa dia ?

"Sekarang bekalan elektrik dewan telah dipotong sebab bil tertunggak RM600.
MasyaAllah...

Jadi, macam mana dapat elektrik bagi majlis hari ini ?

"Terpaksalah kami tarik api dari rumah sebelah...."

Hmm....memang JKKKP menyusahkan....!

Read more...

TEMUBUAL KHAS DENGAN MB PERAK

>> 29 Oktober 2008


(Petikan dari Perakdaily.com)
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menggandakan lagi usaha untuk meningkatkan aktiviti pelaburan dan transaksi ekonomi negeri Perak termasuk dalam bidang industri pelancongan dan perlombongan, kata Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.Menteri Besar berkata, setakat tujuh bulan ini, kerajaan negeri belum berpuashati kerana pencapaiannya masih kecil dan kebanyakannya pula memakan masa jangka panjang untuk menampakkan keberhasilannya.Bagaimanpun rakyat menyakini akan kemampuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mencapai ke arah itu, di samping para pelabur asing sendiri yang yakin akan kewibawaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, kata beliau dalam sidang khas.

Nizar berkata, perbincangan juga sedang diadakan dengan para pelabur membina lapangan terbang baru di Batang Padang, Slim River dan setakat ini, satu kajian (assesmen) sedang dijalankan.Lokasi di Batang Padang itu lebih ekonomik kerana berada dalam laluan perhubungan darat berbanding dengan cadangan awal di Seri Iskandar. Ia dijangka menelan belanja RM1.6 bilion dan dibiayai oleh pengusaha atau pelabur berkenaan di kawasan seluas 3,000 ekar.

Mengenai program menjadikan negeri berkebajikan, Nizar berkata, beberapa program telah dilaksanakan ke arah itu, seperti pemilikan hak tanah kekal dan bekalan air percuma, pemberian barangan asas seperti beras dan gula kepada yang miskin tegar.Kerajaan juga memberi anak-anak rakyat negeri Perak yang ditawarkan tempat ke universiti sebanyak RM1,000 seorang di bawah skim Dermasiswa Rakyat, katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri juga akan memberi pinjaman tanpa faedah kepada pelajar anak negeri Perak yang ditawarkan untuk membuat Diploma dan Ijazah pertama mengikut paras kelayakan tertentu.

Selain itu kerajaan negeri Perak:

+ akan menambah elaun Ketua kampong baru, kampong tradisional dan kampong tersusun dengan tambahan elaun RM200 sebulan.

+ melaksanakan skim membantu keluarga rakyat negeri Perak yang meninggal dunia ketika berusia 65 tahun ke atas. Jika rakyat meninggal dunia pada usia itu dan termasuk dalam kategori kurang berkemampuan, bantuan sehingga RM1,500 akan disalur pada keluarga berkenaan bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan menanggung kos-kos pengkebumian.Skim ini untuk semua bangsa dan kerajaan berharap dapat dibuat sewal-awalnya pada pertengahan tahun 2009, katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri sedang mengkaji skim-skim yang bersesuaian termasuk dengan takaful atau mana-mana syarikat insurans.

Mengenai golongan miskin tegar pula, beliau akan mencadangkan agar kumpulan ini dapat diserapkan menjadi peserta tanah-tanah rancangan sama ada yang diusahakan di SADC, Perbadanan Pembangunan Pertanian ataupun oleh agensi-agensi lain seperti Felcra.Rakyat miskin tegar yang menjadi peserta akan mendapat elaun dan pendapatan tambahan bulanan.

Mengenai perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat pula, beliau berkata perselisihan pendapat antara ketiga-tiga parti komponen pakatan rakyat sudah menjadi sangat minimum berbanding sebelum ini.“Kalau adapun hanya daripada segi pelaksanaan atau aspek teknikal sahaja. Daripada segi prinsipnya kita telah pun menunjukkan kematangan untuk menerima perjalanan dan gabungan Pakatan Rakyat. Ini juga berlaku di peringkat pusat. Jadi sekarang ini saling hormat-menghormati dan persefahaman ini sungguh matang…. menjadi sungguh baik. Semakin lama, kita berharap hubungan ini akan nenjadi lebih baik.”

Mengenai perkembangan masa hadapan Pakatan Rakyat, Nizar memohon semua parti gabungan pakatan rakyat mulai bekerja keras untuk menambah dan mempertahankan kedudukan kerusi (yang dimenangi pada PRU12) pada PRU13.Beliau berkata semua pihak dalam PR kena berusaha mempertahankan dan menambahkan sokongan dan membantu, serta PAS dan PKR akan meletakkan calon-calon berwibawa dan memastikan kemenangan bertambah.

“PAS bertanding 21 kerusi dan hanya memenangi 6 kerusi sahaja… ini bermakna PAS kena bekerja lebih kuat bagi memasti memenangi 15 lagi kerusi. Yang jelas seluruh jentera Pakatan Rakyat mesti bekerja kuat memastikan kemenangan lebih banyak kerusi.’Mengenai suasana politik di Malaysia sekarang, beliau berkata ia menuju ke arah penerimaan sistem demokrasi yang jauh lebih matang. Rakyat ingin melihat sebuah kerajaan yang telus, berwibawa, berintegriti serta kerajaan yang memenuhi janji dan bersikap adil pada semua kaum. Masyarakat tidak mahu lagi melihat politik berasaskan sentimen perkauman.

Mengenai 2009, Nizar berharap semua rakyat memberi sokongan dan bersatu hati untuk memajukan Perak dan mencapai tahap pertumbuhan lebih tinggi daripada pencapaian nasional.“Saya juga berharap dapat menghapuskan rakyat miskin tegar dalam 2009 dan mewujudkan hubungan erat dengan penjawat awam dan institusi istana.“Kerajaan negeri juga berharap dapat mengurangkan defisit belanjawan pada tahap lebih rendah daripada 2008 iaitu bawah RM40 juta dan berharap dikurangkan lagi pada tahun depan, dengan harapan akan wujud belanjawan seimbang pada 2010. ”

Read more...


Read more...


Pejabat ADUN Changkat Jong dan Yayasan Perak akan menganjurkan Seminar Pecutan Terakhir SPM 2008 pada :


Tarikh : 1 November 2008 / Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

Tempat : Dewan Serbaguna MPTI, Bandar Baru Teluk Intan.
(berhampiran Rumah Rehat Teluk Intan)

Pendaftaran adalah percuma.

Makan pagi dan tengah hari disediakan.


Dapatkan tips-tips terakhir daripada penceramah berpengalaman !


Cara mendaftar : Secara SMS taip SEMINAR - NAMA PENUH - NAMA SEKOLAH hantar ke 0195708842 / 0195745055 / 0134390283 atau telefon terus.

Read more...

SETIAP RAKYAT PERAK BERHAK NIKMATI KEADILAN DAN KEBAJIKAN - YB ANUAR SUDIN

>> 27 Oktober 2008

27 Oktober 2008 - Setiap warga negeri Perak Darul Ridzuan berhak untuk menerima keadilan dan kebajikan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dipilih. Tanpa mengira fahaman politik dan kaum, setiap rakyat Perak telah, sedang dan akan menerima setiap program kebajikan negeri. Antaranya seramai 19 000 rakyat negeri ini layak menerima 20 meter padu air percuma. Itulah antara inti ucapan YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dalam majlis Aidilfitri di Kg. Sungai Samak, dekat Teluk Intan.

Kata beliau lagi, kerajaan negeri juga telah menyampaikan sumbangan kepada lebih 5 000 orang rakyat miskin tegar serta pemberian dermasiswa RM1000 kepada setiap anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
"Dan ada lebih banyak lagi program kebajikan bakal dinikmati oleh rakyat Perak yang bakal dilaksanakan," ujar beliau lagi.

"Bagi Kampung Sg. Samak sendiri, dua projek baik pulih jalan bernilai RM70 ribu dan RM75 ribu telahpun diluluskan baru-baru ini. Ini semua membuktikan keprihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap rakyat."
Beliau berharap dasar telus dan berkebajikan ini dapat diteruskan. Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Nizar akan berusaha memastikan segala sumber kekayaan di negeri ini dapat diagihkan dengan seadilnya untuk dinikmati oleh rakyat.

Sebenarnya, manusia amat beruntung kerana segalanya telah disediakan oleh Allah swt untuk mereka hidup di dunia ini. Segala perkara disediakan untuk hidup dengan sedikit usaha oleh manusia, mereka akan dapat menikmati segala kemudahan itu. Ia termasuklah Allah telah menyediakan sistem hidup Islam yang amat sempurna untuk manusia.

Namun, menurut beliau lagi, akibat keangkuhan sesetengah manusia, mereka enggan menerima sistem dari Allah malah telah memilih sistem selain daripada Islam. Sedangkan sistem selain daripada Allah tidak bertahan lama ibarat sarang labah-labah.

Buktinya, kini dunia telah telah mulai sedar akan kepincangan sistem ekonomi kapitalis yang telah menyebabkan ekonomi global sedang merudum. Begitu juga kegagalan sistem sosial dan politik barat yang telah gagal menangani masalah kemanusiaan.

Oleh itu, satu-satunya cara terbaik ialah umat manusia khususnya umat Islam mesti kembali kepada Islam kerana Islam yang sempurna itu sahajalah yang mampu menyelesaikan segala masalah yang wujud sekarang.

Majlis Aidilfitri anjuran JKKKN Kg. Sungai Samak itu telah dihadiri pelbagai lapisan masyarakat di kawasan sekitarnya. Dalam ucapan aluan, Ketua Kampung, Sdr. Sarifudin berharap majlis seperti ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk dan pemimpin masyarakat. Perkara yang sama turut diucapkan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail Che Nik.

Sdr. Adnan (SU JKKK) sebagai pengerusi majlis.


Sdr. Sarifudin, Ketua Kampung Sg. Samak menyampaikan ucapan.




Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.


Pn. Hajah Faridah (isteri YB) turut diberi peluang menyampaikan ucapan.




Ketua PAS Cawangan Kg. Sg. Samak, Hj. Asmuni mengetuai majlis tahlil.






Sebelum ke Pulau Ganda Suli, YB sempat menziarahi dan menyembahyangkan jenazah ibu kepada tok siak Masjid Sg. Manila.


YB disambut mesra oleh SU JKKK sebaik tiba di Pulau Ganda Suli.




Ketua Kampung Pulau Ganda Suli, Sdr, Mansur (kiri).


Sdr. Roslan (SU JKKKN) menjadi pengacara majlis petang itu.




Seorang penduduk sedang mengemukakan pertanyaan dalam sesi dialog bersama YB.


YB menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh penduduk kampung.

Read more...

RUMAH TERBUKA PAS KG.BAHAGIA MERIAH

>> 25 Oktober 2008

25 Oktober 2008 - Suasana meriah telah menyelubungi majlis Rumah Terbuka PAS Cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka PAS Kg. Bahagia. Ia telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum.
Tetamu istimewa pada petang itu ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri, pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Ketua-ketua Kampung, AJK Kelab Penyokong PAS dan Ahli Majlis, Sdr. Hacharan Singh (Mr. Ram).
Di dalam ucapan, YB Hj. Anuar telah mengingatkan para hadirin betapa konsep ibadat dalam Islam jangan dilupa. Apa sahaja yang dilakukan dengan niat yang betul akan dikira ibadat. Oleh itu, suasana majlis rumah terbuka ini pun boleh diterima Allah sebagai ibadat kerana menjamu orang ramai dengan makanan dan minuman.
Kemudian, doa majlis telah dibaca oleh Ketua Cawangan, Ustaz Hj. Shamsuddin Tamyiz.
Syabas kepada semua AJK PAS Kg. Bahagia yang telah berjaya menjayakan majlis ini.






Pengerusi majlis begitu bergaya berbaju Melayu lengkap.



YDP Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail bersama Ustaz Shamsuddin (kiri).
Para hadirin sedang mendapatkan juadah raya.
Kaum muslimat juga ramai datang ke majlis tersebut.


Ahli Majlis Tempatan, Sdr. Hacharan Singh (berdiri) turut hadir.

Puan Hajah Faridah bersama Naib Ketua Dewan Muslimat Kawasan yang juga muslimat cawangan.
Juadah istimewa......roti canai ...! Tokehnya Ustaz Nazri.

Bakat terpendam....Naib Ketua Pemuda DPP Teluk Intan sedang membantu.

Read more...

SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM 2008

>> 23 Oktober 2008

Pejabat ADUN Changkat Jong dan Yayasan Perak akan menganjurkan Seminar Pecutan Terakhir SPM 2008 pada :

Tarikh : 1 November 2008 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna MPTI, Bandar Baru Teluk Intan
(berhampiran Rehat Rehat Teluk Intan)

Pendaftaran adalah percuma.
Makan pagi dan tengah hari disediakan.
Dapatkan tips-tips terakhir daripada penceramah berpengalaman !

Cara mendaftar : Secara SMS taip SEMINAR - NAMA PENUH - NAMA SEKOLAH hantar ke 0195708842 / 0195745055 / 0134390283
atau telefon terus.



Read more...

TELUK INTAN DILANDA BANJIR

>> 22 Oktober 2008

Keadaan cuaca hujan beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di Teluk Intan telah dilanda banjir. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah kawasan di sekitar Jalan Changkat Jong. Ia melibatkan Batu 7 sehingga Batu 9 Jalan Changkat Jong.






Pada 22.10.2008 jam 10 malam, sekumpulan sukarelawan dalam kalangan Pemuda PAS Teluk Intan telah mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong. Ia turut disertai oleh Timbalan YDP Kawasan. Pada hari ini, penduduk di kawasan Batu 7, Batu 7 1/2, Batu 7 3/4, Batu 8 dan Batu 9 Changkat Jong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurut Ketua Kampung Changkat Jong, Sdr. Salleh Ibrahim, sehingga hari ini seramai 121 orang mangsa banjir telah dipindahkan. Ia meliputi sebanyak 30 keluarga. Usaha menyelamat dengan bantuan pasukan keselamatan masih lagi berjalan sehingga malam ini.

Menurut beliau lagi, buat masa ini, 3 buah bilik darjah telah dibuka untuk mangsa banjir dan ia dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKKKN/P. Pihak pusat pemindahan mangsa banjir sentiasa bersedia untuk menerima mangsa banjir yang dijangka akan bertambah dalam tempoh 24 jam ini sekiranya cuaca masih buruk.

Di pusat penempatan mangsa banjir SK Changkat Jong, pemuda PAS Teluk Intan sempat membantu membuka dan mengemas bilik darjah sebagai persediaan menerima mangsa banjir dalam masa terdekat ini. Baru sebentar tadi pasukan penyelamat sedang meninjau Kampung Glouster Batu 6. Namun masih ada lagi penduduk yang enggan berpindah walapun telah dinasihati untuk berpindah oleh pihak polis. Kawasan tersebut ialah di Lorong Mesra, Changkat Jong.

Sebelah pagi tadi, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan pembantu peribadi beliau telah nengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir.

Beginilah keadaan penginapan mangsa banjir di SK Changkat Jong.

Mereka bergotong-royong menyiapkan makanan.

Pemuda PAS Teluk Intan sedang mengemas bilik darjah.


Ini bukan tasik tetapi Padang Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan yang ditakungi air.

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP