Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

WAJIB MEMILIH PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AQIDAH YANG JELAS

>> 31 Disember 2008

31.12.2008 - Umat Islam wajib memilih pemimpin yang mempunyai aqidah yang jelas agar pemimpin tersebut dapat menzahirkan kesungguhan melaksanakan undang-undang Islam. Demikian antara isi ucapan ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan majlis penutupan Program Taklimat Undang-undang Syariah Negeri Perak bagi Peringkat Daerah Hilir Perak.

Menurut beliau lagi, pemimpin yang beramanah ialah pemimpin yang mempunyai political will (kesungguhan politik) untuk melaksanakan undang-undang Islam. Namun amat sukar mencari pemimpin sebegini apatah lagi pemimpin di peringkat persekutuan. Kalau adapun di peringkat negeri yang ingin melaksanakan undang-undang syariah, tetapi usaha tersebut terbantut akibat halangan dan kekangan di peringkat pusat/persekutuan.


Tambah beliau lagi, parti atau kumpulan yang sesat ialah mereka yang memisahkan antara agama dan politik. "Makruf yang paling besar ialah melaksanakan hukum Allah, dan mungkar yang paling besar pula ialah tidak melaksanakan hukum Allah walaupun telah diberi kuasa untuk melaksanakannya."
Adalah suatu perkara yang serius jika ada pihak yang memperlekeh dan mempertikai undang-undang Islam. "Jika anda tidak suka akan hukum Allah, diam itu adalah lebih baik daripada mengeluarkan cacian terhadap hukum Allah," ujar beliau lagi.

Dengan adanya program penerangan seperti ini kepada Ketua-ketua kampung beliau berharap masalah sosial dapat dikurangkan. Beliau percaya, apabila masyarakat mempunyai ilmu tentang undang-undang Islam, pasti mereka akan mudah menerima hukum Allah ini dengan rela.


"Masalahnya sekarang, masyarakat kini tidak mahu berusaha mencari ilmu tentang perundangan Islam yang menyebabkan mereka sentiasa berada dalam suasana kejahilan."

Sedangkan pada masa kini, suasana nampak seperti sudah terbalik. Dalam keadaan ada segelintir orang Melayu Islam yang menolak undang-undang Islam, masyarakat bukan Islam pula yang berminat untuk mendampingi ulama malah memberi sokongan kepada parti yang memperjuangkan Islam secara jelas tanpa berselindung.


Ustaz Zulkifli Ismail dari JAIPk sedang menyampaikan taklimat.

Sebelum itu, para peserta telah didedahkan dengan undang-undang syariah Negeri Perak yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ismail, Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Perak.





Seramai 80 orang telah menyertai program ini. Ia terdiri daripada kalangan Pengerusi JKKK/Ketua Kampung serta pegawai penolong penguatkuasa daerah Hilir Perak. Program tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah Pejabat Agama Teluk Intan.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Agama, Ustaz Roslim Om, pegawai Pejabat Agama dan Pegawai Khas ADUN.
Seorang peserta mengemukakan soalan.
* JANGAN LUPA, HADIR KE DEMONSTRASI BANTAHAN KEKEJAMAN ISRAEL PADA 2/1/09 JUMAAT DI MASJID DAERAH TELUK INTAN...!

Read more...

AKTIVITI ADUN CHANGKAT JONG DALAM SEMINGGU

27.12.2008 - Menghadiri Majlis Makan Malam Koperasi Rebat di Dewan SJKC Wah Keow, Langkap.


Sedang menjamu selera.


Beberapa AJK kawasan turut serta.


Makan semeja....Sebelah kiri sekali ialah bekas ADUN Changkat Jong BN/UMNO, Dato' Onn Hamzah dan di sebelahnya pula ialah ADUN Sg. Manik. Hubungan...baik...

29.12.2008 - Pertemuan dengan Exco Agama, YB Hj. Zainuddin selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Negeri Perak. Turut serta ialah Hj. Mohammad Akram Mohammad Ayub, Pegawai Khas YB.





31.12.2008 - Lawatan ke kawasan bermasalah bersama pegawai Majlis Perbandaran Teluk Intan.




Melawat kawasan Rumah Awam yang menghadapi masalah jalan yang telah rosak.






Meninjau projek Dataran Nanas yang terbengkalai semasa ADUN BN yang lama. Dicadangkan ia dibangunkan semula dengan membina 15 buah rumah kedai.

Read more...

PRK KUALA TERENGGANU : PAS TELUK INTAN HANTAR 50 PETUGAS


Selaras dengan arahan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, PAS Teluk Intan telah mula menyusun tenaga-tenaga kerja bagi menjalankan tugas dalam kempen Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu. Seramai 50 orang petugas termasuk pemuda dan muslimat telah bersedia untuk menjalankan tugas di sana.

Menurut YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, jadual tugasan telahpun disusun meliputi lima kumpulan yang akan bertugas mengikut jadual ditetapkan di sepanjang tempoh kempen. Kumpulan pertama akan mula berugas pada 4 Januari dan kumpulan terakhir akan bertugas sehingga hari mengundi.

Antara tugasan yang akan dilakukan ialah kerja-kerja di bilik operasi, kempen rumah ke rumah, penerangan, logistik, pengangkutan, dan sebagainya mengikut keperluan semasa di sana. Menurut beliau lagi, PAS Teluk Intan akan ditugaskan di UPU Kuala Ibai di dalam DUN Batu Buruk.

Beliau berharap, pasukan petugas dari Teluk Intan akan dapat membantu PAS memenangi pilihanraya kecil ini di samping dapat menimba pengalaman semasa di sana.

Read more...

AYUH...KITA BERDEMONSTRASI...!!


PAS Kawasan Teluk Intan bersama-sama Parti Keadilan Rakyat Bahagian Teluk dan NGO akan menganjurkan DEMONSTRASI BANTAHAN KEZALIMAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN pada :
Tarikh : 2 Januari 2008 / Jumaat
Tempat : Pekarangan Masjid Daerah Teluk Intan
Masa : Selepas solat Jumaat
Aturcara :
- Khutbah Jumaat
- solat hajat
- demonstrasi di pekarangan Masjid Daerah Teluk Intan. YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut bersama-sama.
Semua dijemput hadir terutamanya semua umat Islam di sekitar Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh. Hebahkan...!

Read more...

500 SERTAI HIMPUNAN BANTAHAN KEKEJAMAN ISRAEL

>> 30 Disember 2008


Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir/ Wan Zahari Tue Dec 30, 08 1:45:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji. Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.




Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia. Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan. Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku. Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu. Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.
Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.
Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin. Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan negara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya._

Read more...

LANCARKAN DEMONSTRASI, BOIKOT & SOLAT HAJAT LINDUNGI RAKYAT PALESTIN ..!

>> 29 Disember 2008

TERKINI :
Intifadah DEMONSTRASI akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi. Datang beramai-ramai...























Harakahdaily Mon Dec 29, 08 8:56:18 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu. Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital, air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.
"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.
"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperbaharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam masa yang sama Teras juga mengesa supaya semua kerajaan negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza. - azm _
Israel Terus mengganas, Lancar Serangan Kedua
BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.
Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.
Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Read more...

GAPENA TETAP TARIKH 15 FEBRUARI AMBIL TINDAKAN ISU PPSMI

>> 28 Disember 2008

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, berkata pemilihan tarikh itu adalah sebagai simbolik kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kedudukan bahasa kebangsaan. Malah, sekiranya Kementerian Pelajaran tidak memberi sebarang keputusan rasmi berhubung isu PPSMI menjelang tarikh berkenaan, beliau berkata, laporan polis akan dibuat atas dakwaan pelaksanaan dasar itu bertentangan dengan undang-undang dan mencabul Perlembagaan mengikut Perkara 152. (berita harian online).

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H



Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera,


Kepada semua umat Islam, khususnya di kawasan DUN Changkat Jong, saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H. Zahirkan kasih sayang sesama manusia serta perbanyakkan kerja kebajikan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Allah memberkati usaha dan perjuangan kita.
Sesungguhnya, barangsiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam; dia adalah orang yang beruntung, barangsiapa yang hari ini adalah sama dengan hari semalam; dia adalah orang yang rugi, dan barangsiapa yang hari ini adalah lebih buruk daripada hari semalam maka dia adalah orang yang mendapat kecelakaan.
Jadikan Awal Muharram ini sebagai titik permulaan untuk kita memperbaharui azam dan tekad serta usaha gigih kita ke arah kehidupan yang lebih baik serta dapat meningkat ketaqwaan diri masing-masing.
Tanamkan sifat berkasih sayang, hormat menghormati, bekerjasama serta bertolak ansur sesama manusia tanpa mengira bangsa atau kaum. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al-Hujurat : 13.
Sekian, wassalam.
Haji Mohd. Anuar bin Sudin,
ADUN Changkat Jong.

Read more...

KURSUS KOMPUTER DI BATAK RABIT

28 Disember 2008 - "Program Mesra ICT Melalui KPerak Komuniti Bridz" telah berjaya diadakan selama dua hari di Dewan Orang Ramai, Kg. Batak Rabit, Teluk Intan. Program berbentuk kursus asas komputer ini adalah anjuran KPerak INC Corporation.

Antara objektif program ICT ini ialah untuk merapatkan jurang kemiskinan pengetahuan digital di antara penduduk bandar dan luar bandar. Batak Rabit di dalam DUN Changkat Jong adalah salah satu daripada ribuan kampung yang telah dipilih oleh pihak KPerak menganjurkan kursus tersebut melalui kerjasama pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Batak Rabit yang mana pengerusinya ialah Encik Muzzammil.


Tenaga pengajar yang berkemahiran sedang membimbing para peserta dengan tekun.

Menurut Pengerusi JKKK Batak Rabit, seramai 80 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang melibatkan pelbagai lapisan usia secara percuma. Kursus tersebut telah bermula dari 27 hingga 28 Disember (Sabtu dan Ahad).
Akhir sekali pihak JKKK Batak Rabit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas usaha murni pihak KPerak menganjurkan program tersebut.










Kalangan kanak-kanak juga tidak ketinggalan menjadi peserta kursus komputer.

Read more...

PELANCARAN KEMPEN "JOM SERTAI PAS"

>> 26 Disember 2008


Kempen JOM SERTAI PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.

Bersesuaian dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", kempen ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.

Sepanjang tempoh kempen ini juga, satu usaha bersepadu akan dijalankan bagi membantu mendaftarkan anak muda Malaysia yang masih belum berdaftar sebagai pemilih di dalam Daftar Pemilih SPR.

Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari 2009 hingga Jun 2009. Melalui kempen ini, rakyat yang berminat untuk bersama dengan PAS boleh mendaftar menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS. Maklumat lanjut mengenai cara memohon boleh didapati di dalam laman www.jomsertaipas.com/

Pelancaran kempen "JOM SERTAI PAS" akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 27 Disember 2008 (Sabtu)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Dataran Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perasmi : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang (Presiden PAS)

Turut Hadir :
Ust Hj Ahmad Awang (Naib Presiden PAS)
YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)

Read more...

JADIKAN SUKAN SEBAGAI IBADAH

>> 25 Disember 2008

25 Disember 2008 - Dengan niat yang betul sukan boleh menjadi satu ibadah kepada kita. Demikian antara isi ucapan YB Haji Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan Bola Sepak Bawah umur 15 tahun. Pertandingan tersebut adalah anjuran Biro Belia, Sukan dan Rekreasi JKKK Kg. Bahagia, Teluk Intan. Ia telah diadakan di Padang Kg. Bahagia.

Menurut beliau lagi, dengan niat bahawa jika kita bersukan akan menyihatkan tubuh badan dan dengan itu kita dapat melakukan ibadah kepada Allah, maka sudah pasti ia dikira sebagai satu ibadah. Tambah beliau, umat Islam digalakkan bersukan kerana muslim yang baik ialah muslim yang kuat dan sihat. Malah badan yang sihat akan menjadikan minda cerdas.


Apatah lagi jika remaja melibatkan diri secara aktif dalam sukan seperti bola sepak, ia dapat menghindari remaja daripada gejala negatif seperti melepak dan sebagainya. Dengan badan yang sihat remaja akan lebih berkeyakinan dan berketrampilan.

Beliau juga mengalu-alukan usaha JKKK Kg. Bahagia yang menganjurkan program kesukanan seperti ini yang mampu membentuk budaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
"Adalah diharapkan pihak JKKK dapat menganjurkan program sukan dengan lebih banyak lagi dengan melibatkan pelbagai lapisan masyrakat. Dan saya akan berusaha memberi bantuan sebaik mungkin jika ada pihak yang menganjurkan program sukan di tempat masing-masing," ujar beliau lagi.

Sebelum itu, Pengerusi JKKK Kg. Bahagia, Haji Kamaruzzaman Manap dalam ucapan beliau telah menyatakan usaha biro sukan ini adalah bertujuan untuk menarik para belia agar melakukan aktiviti yang berfaedah sekaligus dapat mengeratkan tali silaturrahim serta menanamkan sikap mengambil berat terhadap aspek kesihatan melalui aktiviti bersukan.

Pertandingan yang kali pertama kali diadakan ini telah disertai 8 buah pasukan sekitar Teluk Intan. Dalam pertandingan akhir itu, pasukan KBRC dari Kg. Bahagia telah muncul juara setelah mengalahkan pasukan Hek Eleh dari Batak Rabit dengan jaringan 4 - 2.

Hadiah dan piala telah disampaikan oleh YB Haji Mohd. Anuar Sudin. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha JKKK Kg. Bahagia, Haji Ahmad Nazri Saidin, P.A ADUN, Haji Mohamad Akram, dan AJK PAS Kawasan Teluk Intan.


Pengerusi JKKK Kg. Bahagia, Haji Kamaruzzaman Manap sedang menyampaikan ucapan.



Perlawanan akhir yang sengit.


Jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan.


Pemain terbaik perlawanan akhir menerima hadiah.


Terima kasih YB...

Syabas pasukan KBRC...juara bola sepak bawah 15 tahun !

Read more...

HUDUD : DAP HORMATI PAS



Mohd Khalil Abdullah Thu Dec 25, 08 5:45:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) -Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong. Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.
"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya. Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.

Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka. Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya. - mks. _

Read more...

DATUK ZAHAR : UMNO KHIANATI SAYA


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim berkata, beliau tidak mengkhianati Umno, tetapi sebaliknya Umno yang mengkhianatinya.“Orang Melayu hanya mendapat projek yang kecil sahaja kerana projek besar diberi kepada kroni yang boleh memberi wang semula kepadanya,” katanya.

Zahar berkata, beliau tidak kesal meninggalkan Umno kerana orang Melayu meluat dengan kepimpinan termasuk di Selangor.“Bagaimana Tan Sri Muhammad Muhd Taib boleh menjadi menteri, ketua penerangan Umno dan Senator, tidak ada orang lain lagikah yang layak.“Para pemimpin Umno sudah tidak ada kualiti, orang yang terlibat dengan politik wang, boleh menjadi menteri,” katanya. Zahar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PAS dalam satu majlis di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau mendakwa, Muhd Taib bersama tujuh atau lapan ketua Umno bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta supaya beliau (Muhd Taib) dilantik sebagai ketua perhubungan Umno baru Selangor, menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. (malaysiakini.com)

Read more...

KETUA UMNO PJ SELATAN MASUK PAS

>> 24 Disember 2008


ரிம 1.6 பில்லியன் ஈரோகொப்டர் கொள்முதல் திட்டத்தில் முறைகேடுகள் நிகழ்ந்திருப்பதாகக் குற்றம் சுமத்திய அம்னோ பெட்டாலிங் ஜெயா செலாத்தான் தொகுதி முன்னாள் தலைவர் அபு ஜகார் ஹஷிம் இன்று பாஸ் கட்சியில் சேர்ந்தார்.

கோலாலம்பூர் அம்பாங்கில் உள்ள ஒரு தங்குவிடுதியில் நடைபெற்ற நிகழ்வு ஒன்றில், அந்தப் பணி ஓய்வுபெற்ற ராணுவ கெப்டன், தம் மனுவை பாஸ் உதவித்தலைவர் நசருடின் மாட் ஈசாவிடம் வழங்கினார்.

இம்மாதத் தொடக்கத்தில், பிரதமர் அப்துல்லா அகமட் படாவி மற்றும் துணைப் பிரதமர் நஜிப் அப்துல் ரசாக் உள்பட அம்னோ தலைமைத்துவத்தைக் குறைகூறியதற்காக அபு ஜகார் கட்சியிலிருந்து இடைநீக்கம் செய்யப்பட்டார்.
அம்னோ தொகுதிக் கூட்டமொன்றில் இரு உயர்த் தலைவர்களும் தங்கள் அதிகாரத்தை மீறி நடந்துகொள்வதாக, அவர் குற்றம் சாட்டினார்.

இன்றைய நிகழ்வில் பேசிய அபு ஜகார், 28 அம்னோ கிளைத் தலைவர்களும் 13 தொகுதி செயலவை உறுப்பினர்களும் பாஸில் சேர்வார்கள் எனக் கூறினார்.(malaysiaindru.com)

Read more...

AZHAN HARAP PENGUNDI KUALA TERENGGANU BUKA MATA


Harakahdaily Wed Dec 24, 08 10:33:43 am MYT
KUALA TERENGGANU, 24 Dis (Hrkh)- Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan yang menjejakkan kakinya kali pertama di Kuala Terengganu atas jemputan Dewan Pemuda PAS Terengganu berharap para pengundi akan membuka mata memilih calon yang terbaik dalam pilihan raya kecil 17 Januari depan.

Justeru beliau berharap agar para pengundi Kuala Terengganu dapat memilih calon yang lebih (dekat) kepada mardhotillah (keredhaan Allah).

"Yang pastinya minta kepada pengundi, supaya sebelum keluar mengundi, malamnya itu mereka membuat (solat) istikharah, meminta Allah menunjukkan calun.


"Pada saya (peribadi) saya, beri undi kepada PAS lah, tapi dalam bentuk umumnya, untuk pengundi atas pagar, biar dia fikir keputusan yang dibuat itu adalah didorong oleh ketentuan Allah SWT," katanya yang dipetik daripada laman web Buletin Online.

Menurutnya, beliau mengetahui jemputan itu dan telah pun bersedia dengan agenda politik dan pilihan raya terutamanya dalam konteks pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
"Saya memang tahu program ini bersempena dengan program pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan saya memang telah bersedia dan tidak ada masalah, " kata Azhan yang kini bernaung dibawah Hijjaz Record dan TV9.

"Ini kali pertama setelah johan akademi nasyid, untuk buat (konsert), tapi kalau pergi Terengganu untuk program-program mesyuarat Unit Amal, itu biasalah. "

"Ini memang proses penjelajahan saya ke negeri-negeri, Terengganu antara negeri terakhir yang saya lawati,"katanya ketika ditemui Buletinonline sebelum memulakan persembahan dalam Konsert Hiburan Alternatif di Kuala Ibai semalam.-azm _

Read more...

SYABAS DATO' PADUKA HUSAM MUSA...!

>> 23 Disember 2008

La tahzan...

Jangan sesiapa di kalangan ahli dan penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan YB Husam Musa menyatakan PAS akan melaksanakan hukum hudud apabila memerintah kerajaan Malaysia.

Walaupun kita semua tahu, malah YB Husam pun tahu, soalan daripada Khairy adalah soalan perangkap, tetapi apabila sebut tentang prinsip parti dan jamaah, itulah tindakan terbaik bagi YB Husam, pada waktu itu (debat) menyatakan demikian. (Mungkin waktu ini, Khairy berasa sahamnya dah naik semula selepas program debat itu).

Kita pun tahu, selepas itu, pasti akan ada tindakan follow up daripada UMNO dan jenteranya (termasuklah TV dan akhbar) mengenai isu ini. Dan ia memang telah berlaku sekarang . PAS dan Husam diserang bertubi-tubi dan dilaga-lagakan dengan rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP.

Memanglah, jika ditanya kepada DAP (YB Karpal Singh) pasti komen beliau sebagai Pengerusi DAP agak berbeza dengan kita (PAS). Ini kerana, dalam konteks parti (bukan Pakatan Rakyat), DAP sendiri mempunyai dasar dan prinsip yang berbeza dengan PAS. Kalau YB Husam Musa berani menyatakan prinsip PAS maka YB Karpal Singh pun sudah tentu berani menyatakan prinsip parti yang disayanginya, DAP.

Sebab itu wujudnya Pakatan Rakyat. Kita bertemu dan bekerja atas dasar persamaan dalam matlamat iaitu antaranya menentang kezaliman BN/UMNO. Malah kalau boleh menjatuhkan BN di peringkat persekutuan.

Sepatutnya ?

Sepatutnya setiap pihak, terutamanya semua ahli dalam Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) menghormati apa sahaja prinsip parti masing-masing kerana itu adalah hak masing-masing. Kalau PR dapat menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuanpun, rasanya formula yang digunakan di beberapa buah negeri PR akan diguna pakai. Kita ada model seperti Perak, Pulau Pinang, dan Selangor di mana setakat ini wujudnya pakatan yang amat erat dalam erti kata sebuah kerajaan negeri PR.

Sama ada kita sedar atau tidak, ada prinsip dan nilai Islam itu telah dilaksanakan di negeri-negeri PR seperti kebajikan dan keadilan. Malah ini telah disepakati bersama antara PAS, DAP dan PKR dengan baik sekali.

Apapun, syabas YB Dato' Paduka Husam Musa... tuan telah menjalankan amanah sebagai pimpinan PAS (Naib Presiden) dengan baik sekali.

Read more...

PENJELASAN MB PERAK TENTANG PESAKIT AIDS DAN PEMBAWA HIV


Di kala ini sibuk wartawan dan media bertanya kepada saya pendapat mengenai mangsa aids dan pembawa kuman positiv HIV.Isu ini sengaja dibesarkan oleh akhbar khusus berbahasa Inggeris bagi menunjukkan kuno dan tidak liberalnya saya mengenai hak asasi manusia. Saya beri tahu mereka dalam konteks pesakit AIDS dan pembawa HIV positif sahaja iaitu mereka yang masih belum berumahtangga. Saya tidak menyentuh mereka yang telah berkahwin dan mungkin mempunyai anak.


Maka untuk pesakit bujang yang sah pembawa kuman HIV, saya cadangkan di "kurung"(quarantine) dalam wad khas di hospital dan menerima rawatan dan perhatian khusus dari doktor. Ini dilakukan oleh banyak hospital di barat termasuk di Australia. Cadangan begini juga telah dicadangkan oleh Dato Seri Mufti Perak pada satu ketika dahulu dan beliau telah dikecam hebat oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Pendekatan saya mudah. Jangan dibenarkan mereka berumah tangga . Ini bukan sahaja kepada orang Islam, namun untuk semua warga dean rakyat. Ini dia keadilan. Maka saya dikecam. Kononnya menyekat hak mereka untuk kahwin.

Saya tanya balik mereka yang memperjuangkan hak asasi ini adakah mereka bersetuju jika anak-anak dara mereka berkahwin dengan bakal suami yang pembawa kuman HIV atau pesakit AIDS? Memang dalam Islam segala kedaifan bakal calun (lelaki dan perempuan) mesti diberitahu dan di nyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju nak meneruskan berumah tangga atau tidak. Bersambung........(kamparin.blogspot.com)

Read more...

MAHFUZ MENANG LAWAN UTUSAN


Harakahdaily Tue Dec 23, 08 2:43:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Read more...

PEMIMPIN UMNO SENDIRI TIDAK PASTI MENANG PRK P36

>> 22 Disember 2008

Muda Mohd Noor Dec 22, 08 6:54pm
Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.

Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45 peratus.

"Datuk Wan Farid boleh dianggap daripada golongan elit yang kurang bercampur dengan orang."Saya mendapat tahu ramai orang yang berniaga di pasar Kuala Terengganu tidak kenal dengan calon BN itu, sebaliknya lebih kenal Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya ketika diminta mengulas peluang timbalan menteri itu menang dalam pilihanraya kecil itu yang bermula 6 Januari ini.

"Bayangkan, Datuk Razali yang disenangi oleh semua orang cuma menang dengan majoriti kecil 628 undi."

Pemimpin tersebut berkata, satu faktor lagi yang menyebabkan BN sukar menang ialah kedudukan hampir 5,000 guru yang turut mengundi."Adakah golongan guru ini akan mengundi Datuk Wan Ahmad Farid sebagaimana mereka mengundi Datuk Razali?" katanya.Golongan pendidik dikatakan ingin bekas ketua penerangan Umno bahagian Mohd Zuber Embong, seorang pegawai kanan pendidikan negeri - namanya antara lima pemimpin yang turut diura-urakan untuk dicalonkan. (Malaysiakini.com)

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP