Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SOLAT HAJAT PADA 2 FEBRUARI DI MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN

>> 31 Januari 2009


InsyaAllah, PAS Kawasan Teluk Intan akan mengadakan Program Solat Hajat pada :

Tarikh : 2 Februari 2009
Masa : Bermula Isya' berjemaah dan solat hajat
Tempat : Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak, Teluk Intan

Solat hajat ini adalah atas arahan Pesuruhjaya PAS negeri Perak dan YAB Menteri Besar Perak ekoran perkembangan politik terkini di negeri Perak yang agak kritikal memohon kepada Allah SWT agar dielakkan sebarang gangguan jahat oleh UMNO dan BN.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Read more...

DUA ADUN KEADILAN PERAK 'HILANG' EMPAT HARI

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) -Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Demikian kata Pengerusi Perhunbungan Negeri KeADILan Perak Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily petang tadi.

Menurut Osman, kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dan pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional (BN) memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua," kata Osman.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas dan kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

"Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik," tambah Osman.

"Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu," tambah beliau. - azm _

Read more...

GAMBAR MAJLIS PENUTUP PROGRAM ANAK ANGKAT DI SG SAMAK

>> 30 Januari 2009

Read more...

PROGRAM BUDI DITABUR KASIH DISEMAI DI KG SUNGAI SAMAK


Program Budi Ditabur Kasih Disemai yang telah dijalankan di Kg Sungai Samak telah berjalan dengan baik dan lancar. Program anjuran Jabatan Pendidikan Seni Visual, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim ini telah berlangsung selama empat hari.

Berkonsepkan program anak angkat dan baktisiswa ini telah mendapat kerjasama yang amat baik antara pihak UPSI dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKKn) Kg Sungai Samak.

Seramai 84 orang peserta di kalangan mahasiswa Pendidikan Seni Visual UPSI telah menjadi anak angkat kepada penduduk kampung. 34 keluarga telah terpilih menjadi keluarga angkat para mahasiswa tersebut.


Menurut Timbalan Pengarah program Saudara Mohd Najib Ahmat, kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak JKKK Kg Sungai Samak telah menjadikan program ini berjaya. Program bermula pada 26 Januari dengan ketibaan rombongan para peserta. Ia disusuli dengan acara perasmian oleh Dekan Fakulti Seni dan Muzik, Dr. Mohd. Hassan bin Abdullah. Kemudian acara penyerahan anak angkat kepada penduduk kampung dijalankan.



Hj. Anuar bersama Dr. Suhaimi Mohd. Nor, wakil UPSI.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan pada sepanjang program ini adalah berbentuk kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, sukan dan kesenian. Antaranya aktiviti gotong royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan, sukaneka, keceriaan kawasan sekolah, bengkel seni dan kreatif dengan pelajar sekolah, senaman pagi, tazkirah dan kuliah agama, serta explorace desa.


Pengarah Program, Saudari Azizah sedang menyampaikan ucapan.


Ucapan penghargaan daripada Ketua Kampung, Saudara Saifudin.

YB Anuar menyampaikan nasihat kepada para peserta.
Pada 29 Januari, majlis penutupan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Sungai Samak. Ia telah disempurnakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hhj. Mohd. Anuar bin Sudin.

Mahasiswa Bakal Pemimpin
Di dalam ucapan, YB Anuar telah menekankan kepada konsep acuan Islam atau acuan Allah (sibghatallah) yang perlu disemai dalam kalangan para mahasiswa kini. Menurut beliau, sebagai bakal pemimpin masa depan, mahasiswa perlu mengutip sebanyak mungkin ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan untuk mereka menghadapi cabaran akan datang.

"Walau bagaimanapun, mahasiswa perlu memahami dan mengerti bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh kita dalam menjalani hidup sebagai pelajar apatah lagi setelah menjalani hidup di luar kampus kelak, " kata beliau lagi.
Sebelum itu, wakil pelajar yang juga merupakan Pengarah Program, Saudari Azizah Salleh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JKKK Kg Sungai Samak yang telah sudi menerima para mahasiswa UPSI untuk menabur budi. Menurut beliau, antara objektif program ini ialah mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dengan mahasiswa, melatih para mahasiswa untuk berorganisasi, memberi eluang mahasiswa untuk mencurah bakti kepada masyarakat kampung serta sebagai persediaan memantapkan diri bakal-bakal guru yang akan memasuki alam pekerjaan kelak.

Bagi Ketua Kampung Sg Samak pula, Saudara Saifudin, kesediaan pihak UPSI memilih kampung ini sebagai tempat program anak angkat merupakan satu penghargaan kepada penduduk kampung. Beliau mewakili para keluarga angkat berasa cukup bertuah kerana berpeluang berinteraksi dengan para mahasiswa dan dapat membimbing mereka.


Sedih untuk berpisah...


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa yang bersama-sama bergotong-royong melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengindahkan masjid dan sekolah berhampiran.
Acara diakhiri dengan sesi fotografi sesama pelajar dan keluarga angkat serta bersama ADUN Changkat Jong.

Read more...

CERAMAH PERDANA UST. NASARUDDIN TANTAWI & YB CHE ABDULLAH MAT NAWI



Ceramah Perdana oleh :

  1. Ustaz Nasaruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat)
  2. YB Che Abdullah Mat Nawi (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)

Tarikh: 1 Februari 2009

Hari : Ahad

Masa : 9.15 malam

Tenpat : Dewan Serbaguna MPTI, RPA Karentina, Kg. Batak Rabit, Teluk Intan.

Semua dijemput hadir.

Read more...

CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI

>> 29 Januari 2009


IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlanii yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shahpada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati dan menunjukkan kasih sayang rakyat pada Seri Paduka Sultan Perak

Read more...

MANSUHKAN SAHAJA SAYAP PARTI - TENGKU AHMAD RITHAUDEEN

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) - Umno hari ini disaran menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini.Beliau berkata gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.



"Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana selagi ada Puteri dan Putera, banyak lagi duit dok main. Saya juga berfikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang. Di England, rasanya tidak ada women or ladies association baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.


Beliau yang ditemui pada sidang media lembaga itu di sini hari ini berkata, anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik.

"Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal."Mereka ni masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.Beliau berkata banyak yang masih perlu dipelajari oleh golongan itu terutamanya kerana negara bergantung kepada golongan muda untuk menerajui negara pada masa akan datang.

"Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de keje lain la (melainkan) politik sahaja," katanya.
Beliau yang berharap saranan itu dipertimbang pucuk pimpinan tertinggi parti turut berpendapat bahawa sistem kuota yang diamalkan pada masa ini juga perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang.Di bawah sistem itu, seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan dalam Umno.-- BERNAMA

Read more...

SEHARI BERSAMA PASTI TELUK INTAN

>> 28 Januari 2009

28.1.2009 - PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan salah satu institusi pra sekolah yang menyediakan sistem pendidikan sekolah berteraskan Falsafah Pendidikan Islam. PASTI merupakan salah satu aktiviti PAS di dalam bidang pendidikan. Ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 Perkara (2).

Hari ini saya bercuti. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau PASTI-PASTI yang terdapat di sekitar Teluk Intan. Kebetulan PASTI beroperasi hari ini. Sebenarnya sudah lama saya tidak melawat PASTI sejak 'pencen' sebagai pengerusi PASTI kawasan. Jadi, hari ini saya berpeluang meninjau-ninjau PASTI. Sebahagian besar guru-guru PASTI ini masih mengenali saya.

Hasil tinjauan saya, jumlah keseluruhan murid PASTI Teluk Intan ialah 246 orang. Ramai juga. Terdapat 7 buah PASTI di Teluk Intan, iaitu :

1. PASTI Ibnu Sina, Kg. Padang Tembak - PASTI ini mempunyai 83 orang murid. Ia adalah PASTI terbesar di Teluk Intan. Ia menggunakan Markaz PAS Kawasan dan surau Wak Johar. Ia mempunyai 5 orang guru.



2. PASTI Ibnu Khaldun, Kg. Bahagia - PASTI ini mempunyai 63 orang murid. Ia menggunakan bangunan Markaz PAS Kg. Bahagia. Terdapat 4 orang guru.




3. PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely Jaya - PASTI ini mempunyai seramai 30 orang murid. Ia menggunakan bangunan Markaz PAS Cicely/Batu 3. Dua orang guru berkhidmat di situ




4. PASTI Al Hidayah, Batak Rabit - Ia mempunyai 23 orang murid. PASTI ini menggunakan bangunan Markaz Batak Rabit. Ia mempunyai 2 orang guru.



5. PASTI Al Falah, Taman Desa Aman - Ia mempunyai 17 orang murid dan seorang guru. Ia menyewa sebuah rumah di kawasan taman tersebut.



6. PASTI Al Mustaqim, Kg. Selabak - Ia mempunyai seorang guru dan 15 orang murid. Ia menggunakan bangunan Markaz PAS Kg. Selabak.




7. PASTI Al Khairiah, Kg. Banjar - Ia mempunyai seorang guru dan 14 orang murid. Ia menggunakan bangunan Markaz PAS Kg. Banjar.


Read more...

CARA-CARA SOLAT GERHANA MATAHARI (4.30 PTG 26.1.2009)

>> 26 Januari 2009


Gerhana matahari akan terjadi pada jam 4.30 petang hingga 7.00 malam pada 26.1.09, Isnin (Chinese NY) Gerhana matahari atau bulan adalah tanda kebesaran Allah & kekusaaanNya, maka apabila kita melihat gerhana2 tersebut hendaklah kita berdoa & melakukan solat sehingga habis gerhana itu. Serta memperbanyakkan taubat.

Hukum solat gerhana adalah sunat muakkad (sangat-sangat di tuntut). Melakukan solat gerhana adalah di saat timbulnya gerhana hingga habis gerhana.

Niat – Ussali sunnatal kusuuphi rak’ataini lillahi taala (sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari kerana Allah)
  1. Baca Fatihah & Qul Ya Aiyuhal Kafirun
  2. Rukuk
  3. Berdiri lagi (jangan I’tidal ie samiAllahuliman hamidah)
  4. Baca Fatihah & surah ikhlas
  5. Rukuk, baru I’tidal,
  6. Sujud,
  7. Duduk antara 2 sujud,
  8. Sujud & teruskan macam solat biasa
  9. Berdiri baca Fatiha & Qul auzubil falaq
  10. Rukuk
  11. Berdiri lagi (jangan I’tidal ie samiAllahuliman hamidah)
  12. Baca fatiha & Qul auzubirabbinnas
  13. Rukuk, baru I’tidal,
  14. Sujud,
  15. Duduk antara 2 sujud,
  16. Sujud & teruskan macam solat biasa.
Ini bermakna dalam 2 rakaat ada 4 fatiha & 4 surah (4 Qul) & 4 kali sujud. Kalau solat berjemaah imam sunat beri khutbah menasihati kepada umum tentang kepentingan kejadian alam ciptaan Allah pada saat itu.

Read more...

SEMOGA LEBIH RAMAI LAGI ADUN BN SERTAI PAKATAN RAKYAT

>> 25 Januari 2009



Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin berharap lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan mengikut jejak wakil rakyat Bota, Datuk Nasarudin Hashim untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Mohd. Nizar berkata, beliau amat mengalu-alukan kemasukan Nasarudin yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat, berkuat kuasa hari ini.
"Kita alu-alukan kemasukan beliau memandangkan beliau adalah orang yang hebat dan bijak.
"Kita minta ADUN yang lain mengikut jejak langkah beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat Nasarudin untuk menyertai PKR pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 2.30 petang tadi di ibu pejabat PKR, di sini.
Nasarudin, 58, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
Mohd. Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu.
"Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang berpihak kepada PAS," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menawarkan sebarang jawatan kepada Nasarudin berikutan penyertaannya ke dalam Pakatan Rakyat, Nizar berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut.
"Setakat ini, jawatan beliau adalah ADUN Bota. Kita tidak menyatakan tidak ada sebarang kemungkinan beliau ditawarkan jawatan... kita akan bincangkan," katanya.
Katanya, pihaknya kini sedang dalam usaha menarik lebih ramai ADUN dan ahli BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Kita sedang berusaha ke arah itu dan kini sedang merangka strategi untuk melaksanakannya," katanya.
Bernama melaporkan bahawa desas-desus mengenai kemungkinan Nasarudin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lepas.
Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan. (mstar online)

Read more...

ISU ADUN BOTA : FITNAH & HASUTAN UMNO TIKAM DIRI - MURSYIDUL AM

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_ (harakahdaily.net)

Read more...

ADUN BOTA KELUAR BN MASUK PKR..!


Jan 25, 09 3:33pm :
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR. Berikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star.
Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri. (malaysiakini.com)
Berikut adalah teks kenyataan media YB Dato' Nasaruddin Hashim :
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak. (harakahdaily.net)

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU CINA - HAPPY CHINESE NEW YEAR - GONG XI FA CAI


Kepada semua pembaca blog intanhijau.blogspot.com yang berbangsa Cina.
PAS FOR ALL.

Read more...

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA DAERAH HILIR PERAK

>> 24 Januari 2009

24.1.2009 - Bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan, konsert kebudayaan sempena perayaan Tahun Baru Cina telah diadakan. Ia adalah anjuran bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Hilir Perak.


Pegawai Khas ADUN, Hj. Akram telah disambut dengan mesra.

Majlis yan bermula jam 9.00 malam itu telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Derah Hilir Perak, Tuan Ahmad Zainuddin bin Yeop Sahmsuddin. Majlis ini turut dihadiri YDP MPTI, Tuan Haji Ibrahim bin Hj. Ahmad, Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran, ADUN Hutan Melintang, YB Kesevan, ADUN Sungai Manik, ahli-ahli Majlis serta wakil-wakil parti politik termasuk PAS Kawasan Teluk Intan. PAS di wakili oleh Timbalan YDP kawasan, Naib YDP kawasan serta Pegawai Khas ADUN Changkat Jong, Tuan Hj. Mohammad Akram bin Mohd. Ayub. ADUN Changkat Jong. YB Haji Mohd. Anuar Sudin tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen program PAS negeri di tempat lain.


Ahli Majlis, Encik Hacharan Singh turut hadir.

Pelbagai kebudayaan kaum Cina telah dipersembahkan pada malam itu. Antaranya tarian singa, orkestra Cina, tarian Cina, persembahan Gendang 24, koir serta pertandingan makan limau. Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir ke ma,jlis pada malam itu. Kesemua acara tersebut telah dipersembahkan oleh para pelajar Sekolah San Min SUWA, SMJK San Min serta Persatuan Khek Hilir Perak.

Tarian singa menghiasi majlis.



Di dalam ucapan aluannya, Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Cina Hilir Perak, Encik Ten Choo Lai telah menyatakan antara objektif majlis ini adalah untuk mengukuhkan semanagat muhibbah dalam kalangan masyarakat khususnya di Teluk Intan di samping memperkenalkan kesenian masyarakat Cina. Ia juga adalah salah acara bagi menyambut Tahun Baru Cina pada 26 Januari ini.




Persembahan diakhiri dengan acara pertunjukkan bunga api yang amat menarik sekali.

Gong Xi Fa Chai...!

Read more...

HAYATI EMPAT CIRI UMMAH UNGGUL

>> 22 Januari 2009


22 Januari - Umat Islam mesti berusaha ke arah menjadi umat yang unggul sebagaimana generasi al Qur'an yang unggul hasil tarbiyyah Rasullullah SAW. Malah keunggulan tersebut menyebabkan Islam dipandang mulia dan hebat oleh musuh-musuhnya dan Islam telah sampai ke negara kita ini sekarang.

Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd. Noor Mansur Al Hafiz, Pengarah JAIPk di dalam ceramah beliau sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir Perak.

Menurut beliau lagi, ada empat ciri untuk menjadi umat yang unggul. Pertama, umat Islam mesti berpegang teguh kepada Al Qur'an dan Al Hadith walau dalam keadaan apa juga. Kedua, umat Islam tidak boleh berjuang atas nama bangsa atau kaum. Apalagi berjuang atas nama wang sebagaimana berlaku politik wang kini. Menurut beliau, apabila wang menjadi habuan perjuangan maka umat itu akan menjadi lemah.

Ketiganya ialah membangun umat dan negara ini atas nama keadilan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Orang Melayu tidak boleh memikirkan kepentingan kaum mereka sahaja kerana di sana terdapat pelbagai kaum lagi yang perlu diurus dengan penuh keadilan. Yang terakhir ialah umat Islam perlu berani berasaskan haq dan pada masa yang sama malu membuat perkara yang dilarang Allah.

Menurut Sheikh Mohd. Noor lagi, kita banyak memeperkatakan tentang masalah sosial dalam masyrakat sedangkan ramai yang lupa bahawa masalah utama dalam masyarakat ialah masalah aqidah umat Islam yang semakin terhakis. Apabila umat tidak ditarbiyyah berasaskan aqidah yang sempurna maka ia menyebabkan timbulnya masalah -masalah lain.
Sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah Hilir Perak tahun ini telah diadakan di Masjid Jamek Al Makmur, Langkap. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak.
Pada majlis ini juga, diumumkan Tokoh Maal Hijrah peringkat daerah iaitu Ustaz Abdul Rahman, dari Taman Seri Setia.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP