Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

DILARANG SENTUH ISU ALTANTUYA DI BUKIT GANTANG (satu lagi demokrasi taik kucing BN)

>> 31 Mac 2009


Mar 31, 09 12:33pm
Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhdap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.(malaysiakini)

Read more...

LAGI PENJELASAN ISU DI MASJID SIMPANG OLEH HAJI NIZAR

>> 30 Mac 2009


Petikan dari blog Kamparinn.

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, Dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya.

Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".
(inilah akhlak pemimpin UMNO haram...!)

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Read more...

KAJIAN MENDAPATI NIZAR MENANG DENGAN SELESA (tapi kerja mesti diteruskan yob...)


March 30, 2009 ·
Sedutan daripada artikel Zulkifli Sulong/edited by PERAKDAILY

Pada pilihan raya Bukit Gantang 2004 :
Calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi.
Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi.
Majoriti BN adalah 8,888.
Ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu. Pas tidak memperolehi undi bukan Melayu. Jika adapun kurang 10 peratus.

Pilihan raya umum 2008 :
Calon Pas Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi
Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi.
Majoriti Roslan adalah 1,566 undi.

Berasaskan analisis, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

PRK 2009, undi untuk PAS tidak akan berkurangan daripada jumlah undi yang diperolehi Dr Lo Lo’ pada pilihan raya 2004 iaitu 14,400 undi.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.

Carta soalselidik Ilham Centre di Bukit Gantang
Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.

Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti.(PERAKDAILY)

Read more...

PENJELASAN ISU "RAMPAS KUASA" DI MASJID SIMPAN


Bukit Gantang - Calon PAS pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau ‘tidak merampas kuasa’ atau ‘merampas mikrofon, di Masjid Simpang dekat sini.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah dan menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau yang ditemui hari ini.

Beliau berkata, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sekiranya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO itu, jelas UMNO telah menggunakan masjid untuk tujuan kempen politik.

"Saya sudah mendapat laporan kejadian tersebut, laporan kita sangat terkini, perkara tersebut berlaku di masjid Simpang,

“Ini satu gambaran kalau BN mengatakan Nizar merampas program BN, artinya BN berkempen di masjid, sudah menggunakan masjid untuk berkempen,”tegas Mustafa dalam sidang di Markaz Air Kuning hari ini.

Namun menurutnya, beliau dimaklumkan ada jamaah disana, yang menjadi kebiasaan selaku Menteri Besar, Imam akan menyerahkan mikrofon kepada Nizar, bukan Nizar yang merampas mikrofon.Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online mengakui BN menggunakan masjid.

Beliau berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib. Namun Rosli tidak mengakui peranan Imam masjid yang dilantik dan melabel Imam sebagai ‘orang-orang Nizar’ kerana Imam masjid yang memberikan beliau mikrofon kepada Nizar untuk berucap.Walaupun Rosli mengakui BN telah menggunakan masjid untuk tujuan poltik, namun beliau tetap berniat jahat menuduh Nizar membuat kacau !

Read more...

MASA BERKEMPEN DIKURANG SEJAM... (satu lagi demokrasi taik kucing BN)


TAIPING: Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak dibenarkan berkempen selepas 11 malam di kawasan-kawasan luar bandar. Langkah itu, yang agak berlainan berbanding sebelum ini termasuk ketika pilihan raya umum Mac 2008, diambil dipercayai bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk tempatan.Bagaimanapun PAS kecewa dengan keputusan tersebut yang dibuat oleh polis.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, "kami agak kesal dengan keputusan ini.""Kami dimaklumkan oleh polis bahawa kempen di kawasan luar bandar tidak boleh diadakan selepas 11 malam."Alasan yang diberikan ialah penduduk mengadu, mahu tidur awal...tetapi bagi kami, alasan ini sukar diterima," kata beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil PAS ketika ditemui di sini.

Lazimnya kempen dibenarkan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.Ketika ditanya sama ada pihaknya ada membuat aduan, beliau berkata, PAS tidak mahu berbuat demikian.Bagaimanapun kata beliau, pihaknya ada memaklumkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi.

"Tetapi beliau memberitahu itu soal polis dan saya (Mahmud) hanya uruskan soal penamaan calon," katanya. Dalam pada itu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya tetapi ia kemungkinan sebahagian syarat ditentukan oleh polis.

"Lazimnya jika polis keluarkan permit kempen (di bawah Akta Polis) akan ada syarat seperti tempat dan tempoh berkempen."Kalau tamat pukul 11 malam, itu tertakluk di bawah kuasa polis."Itu memang hak dan kuasa polis, tiada kaitan dengan bidang kuasa SPR," katanya.Mstar.

Read more...

RATUSAN RIBU PENYOKONG MEMBANJIRI HARI PENAMAAN CALON PRK P059 BUKIT GANTANG

>> 29 Mac 2009


Calon PRK P059, (dari kiri) : Kamarul Ramizu Idris, Hj. Nizar dan Ismail Safian.


TAK KEBULOQ PADA UMNO




Dipagari kawat berduri..!



Bersemangat sahabat ni... duduk atas tiang gol...


Setia dan berkhidmat.


YB Abd. Wahid Endut dan 'peminat'nya.


Rakyat MELAUT...


Rakyat MELAUT...


Bukit dipenuhi rakyat...


Inilah barisan kita..! Memang betulpun. Nampak macam sebaris aje penyokong BN di seberang padang sana.

Rakyat MELAUT...


Banner BN ini dijumpai di tepi jalan. Sama ada tercampak atau dicampak oleh penyokongnya!


Wak Jowo, ADUN Sekinchan sedang bercakap...


Sooria, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak.


Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan turut memberi sokongan kepada Hj Nizar...!


Derma jihad...dikutip menggunakan bendera PAS.


Miss Teng, pandai berpantun.


ADUN Simpang Pulai ini memulai ucapan dengan Assalamualaikum wbt..


Dr. Halimah Ali turut memberi sokongan.


YB Haji Zainuddin, Exco Perak.


Sdr. Mustafa Kamil Ayub memberi semangat...


Walau digantung setahun, Gobind Singh Deo tetap memberi semangat.


Sdr. Lim Guan Eng berucap.


Petugas yang berdedikasi berdiri atas trak.


Ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Perak.


Penyokong memenuhi jalan raya.


Banner oleh Kelab Penyokong PAS.


Rakyat melaut di jalan raya. Macam himpunan BERSIH pula...


Adik-adik ini membawa bendera PAS.


Rakyat melaut di jalan raya.


Ustaz Nor Azli Musa membakar semangat penyokong....!!!

Read more...

TAK SANGKA, BAKAL PM KITA POPULAR DI AKHBAR LUAR NEGARA..! (o.k la tu..)

>> 28 Mac 2009



















Read more...

"NGAM" KAH MEREKA INI...?

>> 27 Mac 2009



Cuba anda selesaikan masalah matematik di bawah :

najib + muhyiddin + zahid + hishamuddin + shafie + khairy + shahrizat = ___________ ?

A UMNO hancur
B Malaysia hancur
C Agama hancur
D Semua di atas hancur

Susah nak jawab..? Janganlah boring pulak...!

Jangan risau, jawapan akan diberikan....selepas PRK 2 Bukit 1 Batang..Tunggu...!

Read more...

PAS CARI PENGGANTI HARAKAH


kemaskini 3.58pm Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut.

"Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya.

"Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa. "Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya.

Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu.

"Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya. Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot.

"Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah). "Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat.

"Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000. Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa.

"Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.

Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.Sehari selepas KDN mengumumkan tindakannya, PKR menegaskan ia akan mengabaikan penggantungan itu dan terus menerbitkan akhbarnya.

Ditemui Malaysiakini di pejabat Harakah, wartawannya Salmiyah Harun berkata, penggantungan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bekerja.

"Kami ada saluran seperti (laman web) Harakahdaily.net untuk meneruskan kerja kami seperti biasa," katanya. Seorang lagi wartawan Roy Rasul menyifatkan tindakan kerajaan itu tidak membebankan mereka walaupun ahli keluarganya kerap membangkitkan isu tersebut.

"Isunya bukan lagi kebajikan kami. Tetapi, mereka yang bertanggungjawab menggantung akhbar ini perlu bertanggungjawab. "Kami berharap (Datuk Seri) Syed Hamid Albar akan bertindak secara rasional demi memartabatkan dunia kewartawanan," katanya.

Manakala Nyza Ayob berkata, ahli keluarganya dapat menerima keputusan ini dengan tenang. "Keluarga memberi sokongan dan saya tetap masuk bekerja seperti biasa," kata Nyza. (malaysiakini)

Read more...

JANGAN LUPA KUNJUNGI BLOG TOK GURU


Jangan ketinggalan mengikuti sudut pandangan Tok Guru melalui :

Read more...

MACAM LAGU ULTRAMAN TARO LAH...!

>> 26 Mac 2009



Beberapa hari ini, televisyen kerap menyiarkan lagu UMNO. Kebetulan tadi semasa TV dibuka keluarlah lagu UMNO....

Anak saya yang baru balik dari PASTI berlari ke arah TV. Saya tanya mengapa ? Dia ingat rancangan Ultraman Taro. Tetapi anak saya ni hampa bila melihat terpampang lambang UMNO.

"Eii, tak baik, jahat...! " kata anak saya.
"Apa yang tak baik, jahat ?" tanya saya.

"Tu...." dia menunjuk ke arah skrin TV yang sedang memaparkan lambang UMNO.
"Habis, kenapa tengok TV ?"
"Ingatkan cerita Ultraman Taro..." katanya kecewa. "Lagu dia macam Ultraman Taro..!"
"Ooo..."

Read more...

MUHASABAH DARIPADA ORANG YANG NAK PENCEN (dulu, kini & selamanya memang tak pernah sedar)


Ucapan dasar terakhir Presiden yang nak pencen ini "Masa Depan dan Survival Parti" paling dinanti-nantikan untuk mengetahui arah tuju parti itu, kritikannya pada pembangkang dan sikapnya di penghujung kepemimpinan nasional. Dalam ucapannya yang bermula selepas jam 10 pagi, Abdullah menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:






  • setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umnotidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

  • tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

  • program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasimuda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

  • perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan didalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

  • sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah partiyang korup.
"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untukorang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.
"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.
Dengan nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang, Abdullah menggesa semua peringkat kepemimpinan parti itu agar segera berubah dan bukannya mengulang langkah "order lama" yang mengekang kebebasan rakyat. "Ada juga yang masih berpendirian bahawa kita tidak perlu melakukan perubahan. Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," katanya.
"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang. Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno. "Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."(malaysiakini)

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP