Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

RESOLUSI HIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG

>> 30 April 2009


IPOH, 30 April - Pagi tadi telah berlangsung himpunan Ketua-ketua Kampung PR Peringkat Negeri Perak. Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Taman Meru, dekat Ipoh.

Satu resolusi telah dibuat pada akhir perhimpunan tersebut :

1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.

3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.

4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.
5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.
6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.

Read more...

AL FATIHAH : ANAK SDR HAJI AKRAM (P.A. ADUN CHANGKAT JONG) MENINGGAL DUNIA


TELUK INTAN, 30 April - Anak kepada Sdr. Haji Mohammad Akram (PA kepada ADUN Changkat Jong) telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.11 pagi tadi di Hospital Teluk Intan.
Anak beliau, Mohd. Qhahar Darwisy meninggal dunia akibat menderita masalah jantung, baru berusia 12 bulan.
InsyaAllah, solat jenazah akan dilakukan di Surau Taman Intan Mas pada 12.00 tengah hari nanti.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi.
Al Fatihah....

Read more...

SIDANG DUN YANG TERDESAK DARI MAHKLUK PEROSAK

>> 29 April 2009

Dengar ceritanya, sidang DUN kali ini hanya dibuat selama sehari saja. Makhluk-makhluk perosak yang terdesak tu akan mengatur beberapa strategi dalam tempoh sehari tu. Malah Zambry Kadiaq telah menghantar usul undi tidak percaya kepada speaker Sivakumar.

Semasa sidang DUN juga, si makhluk-makhluk perosak juga akan membuat beberapa provokasi. Dengar ceritanya juga, para pemerhati tidak dibenarkan masuk ke dewan kecuali ADUN-ADUN sahaja. Malah para ADUN pun kena pakai tag keselamatan sebelum masuk yang akan diperiksa oleh pengawal keselamatan.

Pelik...dewan DUN merupakan tempat bagi DUN bersidang. Dewan tu ibarat rumah bagi mereka tetapi para ADUN kena tunjukkan kad keselamatan sebelum masuk ke rumah mereka. Ketat sungguh keselamatan para makhluk perosak ni.

Dengar ceritanya, pihak polis yang diminta membantu dalam urusan keselamatan pun berasa pelik...mengapa tenaga mereka diperlukan mengawal ADUN sedangkan ADUN itu merupakan tuan rumah bagi dewan.

Sebenarnya, itulah tindakan bagi mereka yang terdesak dari makhluk perosak. Mereka sentiasa takut dek bayang-bayang sendiri. Pusing ke kanan nampak wajah Hj. Nizar. Pusing ke kiri nampak wajah Datuk Ngeh. Penyudahnya segala-galanya menimbulkan rasa takut kepada mereka.

Saksikanlah wajah-wajah makhluk di bawah ini. Nampak cool....tapi dalam hati masing-masing...Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Read more...

KEPIMPINAN ULAMA SENTIASA TERBUKA; PASTIKAN PAS MANTAP - HARON DIN

>> 28 April 2009


KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat.

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya. - azm (harakahdaily)

Read more...

HARI YAG DINANTI-NANTI DI PENANTI...


Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen. Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.

“Semangatnya (penyokong) tinggi dan bilangannya ramai," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Jelasnya lagi, SPR bagaimanapun masih membenarkan parti politik bertanding merayu di dalam kenderaan sewaktu menghantar pemilih ke tempat pembuangan undi.

"(Pengangkutan) itu perkhidmatan. Dalam kereta itu, bolehlah cakap (kempen)," katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar arahan itu, Abdul Aziz berkata, mereka boleh didenda RM5,000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh lima tahun seperti Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya. Ditanya sama ada suruhanjaya itu sengaja melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut untuk membolehkan Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat lepas, beliau berkata:

"Pertama, tidak ada penanguhan sama sekali. Kita tunda pengumuman itu bagi menyelaraskan pegawai-pegawai kita. Kita juga perlu menemui pihak parti politik pada hari Khamis.

"Saya juga perlu dapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik bangunan, sekolah dan Insitut Kemahiran Belia Negara (untuk pusat pengundian).

"Dan (perkara ini) tiada kena-mengena dengan (MT) Umno. Kita pun tidak tahu mesyuarat itu, kecuali apabila ada orang bangkitkan perkara ini. "Tidak sama sekali. Tidak relevan sama sekali mesyuarat MT Umno dengan keputusan SPR," kata Abdul Aziz.

"Kita umumkan dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang. Kecuali saya mengumumkan pada hari kedua belas dan ketiga belas (selepas bermesyuarat)."Selain itu, diminta menjelaskan tindakan SPR menetapkan hari pengundian DUN Penanti pada Ahad, berbeza dengan tiga pilihanraya kecil sebelum ini, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai.

Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehinggi 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos. Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum.Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian - lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.

Abdul Aziz berkata, 242 petugas SPR akan terlibat mengendalikan pilihanraya kecil itu dengan perbelanjaan RM500,000. Beliau juga berkata, jika BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, ia merupakan kali pertama dalam sejarah. Katanya, untuk pilihanraya ini, SPR bersetuju menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya (PP-KPR) yang bertanggungjawab memantau pemasangan bahan kempen dan segala aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang pada 31 Mei. Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguatkuasa dan dianggotai seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

SPR juga, katanya, bersetuju membenarkan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya kecil tersebut, dan meminta mereka menghubungi urusetia SPR untuk urusan pelantikan dan syarat-syarat yang akan ditetapkan. Abdul Aziz berkata daftar pemilih bagi bahagian pilihanrayaberkenaan akan mula dijual pada 8 Mei ini.

"Pengundi dalam bahagian pilihanraya berkenaan juga boleh membuat semakan melalui lamanweb SPR iaitu www.spr.gov.my dan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Mei ini.

"Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di talian 04-261 7692," katanya.(malaysiakini)

Read more...

KEPIMPINAN PAS TELUK INTAN SESI 2009 - 2011



TELUK INTAN, 27 April - Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 PAS Kawasan Teluk Intan telah menyaksikan tiada perubahan berlaku pada tiga jawatan teratas apabila ianya menang tanpa bertanding. Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Haji Mahfuz Omar telah menyaksikan juga pertandingan bagi jawatan-jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, AJK Kerja serta Pemeriksa Kira-kira.

Berikut adalah keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Teluk Intan bagi sesi 2009 - 2011 :

Pengerusi Tetap : Sdr. Saipudin Gani
Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Dabee
Yang DiPertua PAS : Ustaz Haji Ismail bin Che Nik
Timbalan Yang DiPertua PAS : Sdr. Rustam bin Maliki
Naib Yang DiPertua PAS Sdr. Ahmad Kabir bin Mahdin
Ketua Urusan Ulama : Ustaz Sobri
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Abdul Fattah Awang
Ketua Dewan Muslimat : Puan Rabiatun binti Mohd. Abas
AJK Kerja :
Haji Mohammad Akram bin Mohammad Ayub
YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin
Haji Mohd. Azhar bin Rafaie
Puan Hajjah Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrurrazi
Haji Hambali bin Marsit
Sdr. Fareed Al Jarumi
Haji Mohd. Taib bin Ibrahim
Puan Zaharah binti Jaafar
Sdr. Mohammad bin Hamzah
Haji Mohd. Azam bin Mohd. Yusuf
Sdr. Mohd. Noh bin Hanapi
Sdr. Shamsuddeen bin Mahmood
Sdr. Azlani bin Husien
Sdr. Ali Shibramulisi bin M. Sabrah
Sdr. Rezal bin Ayub
Sdr. Jaafari bin Mingan
Pemeriksa Kira-kira :
1. Sdr. Abdul Karim bin Sulaiman
2. Sdr. Mohd Fezal Abd. Rahman
(ar_rawa)

Read more...

HAJI NIZAR @ TELUK INTAN...!














Read more...

PAS PERLU TEROKAI PASARAN DAKWAH DAN SIASAH BARU

>> 26 April 2009



TELUK INTAN, 26 April - Runtuhnya tembok pemisah antara PAS dan kaum bukan Islam perlu diambil kesempatan oleh PAS demi meluaskan lagi medan dakwah dan siasah. Demikian antara isi ucapan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Datuk Haji Mahfuz bin Omar semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-35, tengah hari tadi.




Bagi beliau, sokongan orang bukan Islam kepada PAS merupakan sebuah pasaran dakwah dan siasah yang baru bagi PAS yang perlu diambil secara baik demi kelangsungan perjuangan politik Islam di negara ini.


"Namun begitu, pasaran yang sedia ada iaitu sokongan orang Melayu jangan kita abaikan pula, malah ia perlu diteruskan melalui penggunaan strategi dan kaedah yang dipelbagaikan agar dapat menarik lebih banyak lagi sokongan orang Melayu kepada PAS, " ujar beliau.
Tambah beliau lagi, PAS perlu melihat suasana kemelut politik negeri Perak serta krisis politik dalaman parti-parti lain sebagai satu ruang yang terbuka parti itu untuk menunjukkan bahawa PAS sebagai parti alternatif dan parti masa depan kepada rakyat Malaysia.


YB Haji Mohd. Anuar Sudin menyampaikan ucapan penangguhan.

Oleh kerana itu, beliau menyarankan kepada pimpinan PAS di semua peringkat agar sentiasa menyiapkan diri masing-masing sebagai nilai tambah kepada ilmu yang sedia ada.
"Pimpinan perlu sentiasa menaik taraf ilmu sedia ada melalui program tarbiyyah yang terkini, bukan lagi program tarbiyyah tradisional sebelum ini, " kata beliau.

Berikut adalah beberapa saranan oleh Datuk Mahfuz :
1. Lakukan persiapan jentera pilihanraya lebih awal sebagai persiapan pembubaran DUN Perak atau PRU13
2. Jentera parti kawasan dan cawangan serta JKKK perlu berfungsi mengumpul maklumat untuk mengenalpasti masalah rakyat
3. PAS kawasan perlu ada sasaran dalam tempoh tertentu bagi menambah bilangan cawangan. Jika boleh dalam kadar segera
4. PAS kawasan perlu ada sasaran bagi menambah bilangan ahli
5. Berusaha mendaftar seberapa banyak mungkin bagi menambah pengundi baru dalam kawasan
6. PAS kawasan perlu ada sasaran bagi menambah bilangan para aktivis parti di peringkat cawangan dan kawasan melalui sistem latihan aktivis dalam tempoh setahun
7. Wujudkan Program Pewaris Parti iaitu satu mekanisma parti untuk menambah bilangan ahli jawatankuasa Pemuda dan jawatankuasa muslimat cawangan melalui organisasi cawangan yang mantap dan berkesan
8. Jawatan merupakan satu amanah Allah dan jemaah. Jawatan bukan untuk "asal diisi" sahaja tanpa memikirkan pertanggungjawaban terhadap amanah tersebut.

9. Pimpinan perlu turun dan memberi perhatian terhadap akar umbi.
Dalam majlis yang sama, YB Datuk Haji Mahfuz Omar berkesempatan menyampaikan sijil Jasamu Dikenang kepada tujuh orang veteran parti. Antaranya ialah :
1. Ustaz Haji Shamsuddin bin Tamyiz - bekas YDP PAS Teluk Intan
2. Encik Nadzri bin Bahauddin - bekas AJK kawasan dan bekas calon Parlimen Teluk Intan dalam PRU7 tahun 1986
3. Haji Asmui bin Ridzwan - bekas AJK kawasan
4. Encik Rasidi bin Abu Hassan -bekas AJK kawasan dan pengasas pembinaan markaz kawasan
5. Haji Hafiz bin Haji Jaafar - bekas Ketua Penerangan, bekas calon Parlimen Teluk Intan tahun 1995

6. Allahyarham Ustaz Johar bin Ahmad - pengasas PAS Teluk Intan dan bekas YDP kawasan

7. Ustaz Haji Abdul Hir bin Haj Damanhuri - bekas YDP Teluk Intan


Terharu..Ustaz Abdul Hir menerima Anugerah Jasamu Dikenang


Haji Asmui, salah seorang veteran PAS Teluk Intan


Haji Hafiz ..

(ar_rawa)

Read more...

PERKUKUH UKHUWWAH, KUKUHKAN CAWANGAN

TELUK INTAN, 26 April - Setiap ahli PAS perlu memperkukuhkan ukhuwwah sesama mereka agar semangat kerja secara jamaie atau kolektif dapat berjalan dengan baik dan padu. Demikian antara isi ucapan yang disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail bin Che Nik semasa berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-35 pagi tadi.

Pada masa yang sama, dalam keghairahan mengisi kemenangan ahli cawangan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap cawangan. Ahli cawangan khususnya pimpinan cawangan perlu perkukuhkan cawangan melalui mengemas organisasi, mengadakan pertemuan melalui mesyuarat, perbincangan dan usrah.

Beliau juga mengingatkan para ahli agar tidak meremehkan aspek tarbiyyah terutamanya usrah.


"Lazimnya, cawangan yang mempunyai usrah merupakan sebuah cawangan yang aktif. Ini kerana apabila ada usrah, ahli dapat bertemu dan berbincang tentang gerak kerja parti. Seterusnya aktiviti parti dan jemaah dapat dirancang yang menyebabkan parti menjadi aktif, tambah beliau lagi.

Beliau meminta para ahli menghayati konsep al wala' iatu kepatuhan kepada pimpinan di pelbagai peringkat. Akhir sekali beliau menasihati para ahli agar elak daripada melakukan perkara yang menyebabkan perbalahan dalaman. (ar_rawa)

Read more...

CERAMAH PERDANA ZON SELATAN (ISU SIDANG DUN PERAK)


TARIKH : 27 APRIL 2009 / ISNIN

MASA : 9.30 MALAM

TEMPAT : MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN, KG. PADANG TEMBAK

PENCERAMAH JEMPUTAN :

1. YAB HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

2 YB DATUK NGEH KOO HAM

3. YB SIVAKUMAR

4. YB HJ. ZAINUDDIN YUSUF

5. YB CHAN MING KAI

Read more...

SUASANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN KALI KE-35



























Read more...


Read more...

YB HJ. ANUAR SUDIN RASMI PENUTUP KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI SELABAK LUAR

>> 25 April 2009




TELUK INTAN, 26 April - ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah sudi melakukan perasmian penutup bagi Kursus Pengurusan Jenzah Wanita dan Majlis Bercukur Rambut & Marhaban peringkat Mukim Durian Sebatang, Hilir Perak petang tadi.

YB bersama NYDP Teluk Intan, Sdr. Ahmad Kabir (kiri) dan Ustaz Khairuddin (tengah)


Kumpulan marhaban.

Di dalam ucapan, beliau mengajak para hadirin agar kembali kepada Islam secara syumul. Ini adalah berdasarkan perintah Allah "Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.."
"Malangnya, terdapat segelintir anggota masyarakat yang memandang melaksakanakan Rukun Islam sahaja sudah memadai sebagai seorang Islam sejati. Sedangklan Islam itu luas sifatnya. Ia merangkumi keseluruhan cara hidup manusia itu sesuai dengan sifat Islam yang syumul. Kita tertinggal dalam perkara bermuamalat, berpolitik, berekonomi dan sebagainya sehingga sesetengah bidang tadi telah dikuasai oleh orang lain, " ujar beliau kagi.



Haji Anuar melakukan upacara bercukur.
Akhirnya, beliau memuji usaha murni menganjurkan program sebegini yang mana dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Kursus pengurusan jenazah wanita ini adalah anjuran bersama Pejabat Penghulu, Pejabat Agama Daerah, Pertubuhan Persatuan Pembangunan Wanita Bestari dan Kumpulan Belia dan Beliawanis Kelang, Selangor. Majlis telah diadakan di Dewan Markaz PAS Selabak Luar. Seramai 70 orang telah menyertai kursus tersebut.


Haji Anuar menyampaikan sijil kepada seorang peserta.

Haji Anuar juga sempat melakukan upacara mencukur rambut bayi serta menyampaikan siji kepada para peserta kursus.(ar_rawa)

Read more...

KANAK-KANAK HILANG



Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .



Jika ada maklumat sila hubungi : Abdul Razak Bin Salim HEP Politeknik Johor Bahru 0177011038 / 0169326003 atau Sjn. Dalila IPK Kuala Lumpur. juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL.(ketayapputih.wordpress.com)

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP