Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ANAK KELIMA TIDAK BOLEH BERBIN BAPA : BAPA MINTA PENJELASAN

>> 29 Mei 2009

TELUK INTAN, 29 Mei - Seorang bapa berasa pelik dan musykil kerana anak kelimanya tidak boleh berbin kan namanya sedangkan kempat-empat anaknya sebelum ini boleh berbinkan namanya.
Zainuddin Ibrahim, 53, berkata beliau telah mendapatkan penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hilir Perak. Pihak JPN telah mmemaklumkan bahawa sijil nikahnya tiada dalam pendaftaran. Pihak JPN juga meminta beliau membuat pengesahan semula dengan kadi yang menikahkan beliau dulu sedangkan kadi yang menikahkan beliau telahpun meninggal dunia.
Hacharan Singh (kiri) bersama Zulkifli.
Beliau juga ada merujuk ke Pejabat Agama Daerah Hilir Perak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Malangnya mereka meminta saya melakukan nikah semula untuk mengeluarkan sijil nikah yang baru," ujar beliau dengan kesal.
Beliau berkata, perkar ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan merekodkan sesuatu perkahwinan dan nikah itu adalah tanggunggjawab agensi berkenaan dan bukan kelalaian beliau. Akibatnya, anak kelima beliau terpaksa berbinkan Abdullah dan hal ini telah memalukan keluarganya.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis MPTI, Saudara Hacharan Singh berkata, perkara ini seharusnya menjadikan perhatian kerana ia menyentuh keaiban seseorang.
"Perkara ini perlu menjadi iktibar kepada semua kakitangan kerajaan kerana gaji mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikenakan dan seharusnya mereka lebih bertanggungkjawab," ujar beliau lagi.

Read more...

PRK MANEK URAI PADA 14 JULAI

>> 28 Mei 2009


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen. Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftarpemilih yang akan digunakan termasuk daftar pemilih tambahan yang dikemaskini sehingga Jumaat lepas.Beliau menambah, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350petugas mengendalikan pilihanraya kecil itu.Daftar pemilih terbabit mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my, selain di lima kaunter yang akan dikenal pasti.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 Jun ini. Pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan pejabat SPR Kelantan di talian 09-748 25 10.

Read more...

SPR TENTUKAN TARIKH PRK MANEK URAI HARI INI



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.
Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang.

Read more...

PROGRAM BERBUKA PUASA & MAJLIS PENUTUP MOGOK LAPAR DI IPOH


HARI INI (28 MEI 2009 / KHAMIS)
Satu sidang media dan majlis penutup Kempen Mogok Lapar akan diadakan pada jam 6.00 petang di Pejabat DAP, Ipoh. Seterusnya akan diadakan juga majlis Berbuka Puasa di Pejabat PAS Perak (tidak jauh dari Pejabat DAP Perak). Selepas itu solat Maghrib berjemaah dan diikuti solat hajat beramai selepas solat Maghrib. Jamuan disediakan. Jemput hadir beramai-ramai...

Read more...

SENARAI AKHIR CALON BERTANDING

>> 26 Mei 2009


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55, Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai akhir calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam PAS diperingkat Pusat dan Dewan-dewan.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh Mustafa pada 26 Mei.Turut serta ialah ahli jawatankuasa pemilih, Mohammad Diah dan Khairul Anwar Mat Zuki.

Mustafa menyifatkan pertandingan kali ini akan hebat di peringkat AJK PAS Pusat yang mana seramai 54 orang calon akan bertanding bagi mengisi 18 kekosongan.

Beliau berkata, pertandingan AJK PAS Pusat dilihat 'fight' berikutan nama-nama yang menawarkan diri sangat popular dan juga mereka yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Di peringkat dewan pemilihan akan berjalan ketika dewan-dewan bermuktamar, dan di peringkat pusat juga semasa muktamar yang akan bermula 4 Jun 2009.
Berikut adalah senarai penuh nama-cama calon :

Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009/2011

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussin Bin Haji Ismail, Haji 2. Ishak Bin Surin, Haji 3. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato� Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Husam Musa, YB Dato� Haji 2. Mohamad Sabu, Haji 3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
1. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji 2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr. 3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz � 4. Salahuddin Ayub, YB 5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato� Ustaz

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji 2. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji 3. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato� Ustaz Haji 4. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj 5. Abu Bakar Chik, Dato� Ustaz Haji 6. Ahmad Sabki Yusof , 7. Ahmad Rusli Ibrahim , YB Dato' 8. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri 9. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. 10. Anuar Tan Abdullah, YB Dato� Haji 11. Asmuni Awi, Haji 12. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah 13. Azizan Abd Razak, YAB Dato� Seri Ustaz 14. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz 15. Dzulkefly Ahmad, YB Dr. 16. Halimah Ali, YB Dr. Hjh 17. Hamzah Abdullah , Hj 18. Hamzah Jaaffar, Dr 19. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust 20. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj 21. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji 22. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji 23. Iskandar Abdul Samad, YB Ir 24. Kamarudin Jaffar , YB Dato� 25. Khalid Abd Samad, YB 26. Khalil Idham Lim, YB Drs. 27. Lo� Lo� Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. 28. Mahfodz Mohamed, Dato� Dr. Haji 29. Mazlan Aliman, Sdr 30. Mariam Abdul Rashid, Hjh 31. Misbahul Munir Masduki, 32. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 33. Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir 34. Mohamad Noor Mohamad, Haji 35. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr 36. Mohd Anuar Tahir, Hj 37. Mohd Apandi Mohamed, Hj 38. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz Md Nawi, YB 41. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz � 42. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji 43. Omar Mohamed, YB Dato' 44. Osman Sabran, Dr. 45. Saari Sungib , YB 46. Shafie Abu Bakar, YB Dr 47. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah 48. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 49. Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji 50. Takiyuddin Hassan, YB Dato� 51. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato� Ustaz 52. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato' 53. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh 54. Zulkefly Mohamad Omar, Hj
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Mohd Rashidi Bin Hassan 2. Musaniff Abd Rahman

Keputusan katanya bakal diumumkan secepat mungkin. (harakahdaily)

Read more...

WAHAI NOH GADUT DAN HARUSSANI - BACALAH PENJELASAN INI



KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._ (harakahdaily)

Read more...

KETUA-KETUA KAMPUNG PAKATAN RAKYAT FAIL SAMAN KE ATAS KERAJAAN HARAM

Hari ini (26 Jun 2009) jam 11.00 pagi Ketua-ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat akan failkan saman ke atas Kerajaan Zambry BN di atas pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan Zambry yang memecat Ketua Kampung dan membubarkan JKKK dianggap tidak sah disebabkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.



Perlantikan Ketua Kampung adalah dipilih melalui pungutan suara, watikah perlantikan pula telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR pada bulan Ogos 2008, manakala perkhidmatan mereka sepatutnya tamat pada Ogos 2010. Kerajaan BN telah bertindak keterlaluan dengan memecat semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.
Berbeza dengan Kerajaan PR yang tidak memecat seorang pun Ketua-ketua Kampung lantikan BN, malahan mereka dipelawa untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai.(misabah.blogspot.com)

Read more...

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE-14 @ TELUK INTAN

>> 25 Mei 2009






Presiden menyampaikan ucapan perasmian konvensyen.




Pesuruhjaya PAS Perak menyampaikan ucap tama konvensyen.




(Kiri) Tenaga pendaftaran perwakilan yang begitu berdedikasi.
Kanan) Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.


(Kiri) Timbalan PJ, Haji Asmuni Awi dan Haji Abdul Rahim, SU Perhubungan Negeri.
(Kanan) Pengarah konvensyen, Dr. Khairuddin Dato' Malek menyampaikan ucapan aluan.
(Kiri) Perwakilan Teluk Intan begitu bergaya.
(Kanan) YDP dan NYDP Teluk Intan bersedia menunggu tetamu.


Kiri) Haji Akram sedang menderma darah.
(Kanan) Beberapa ahli Kelab Penyokong PAS Teluk Intan turut serta dalam pemeriksaan kesihatan.


(Kiri) Suasana diluar dewan.
(Kanan) Gerai ewan Muslimat Kawasan Teluk Intan.


(Kiri) Pembahas dari Bruas. (Kanan) Pembahas dari Parit Buntar, Sdr. Azhar Shahrin.


(Kiri) Ustaz Yazid, dari Bagan Datoh. (Kanan) Ustaz Nazri Din, dari Larut.

(Kiri) Pembahas Dewan Muslimat Negeri. (Kanan) Sdr. Ahmad Kabir, dari Teluk Intan.
Haji Nizar sedang menikmati jamuan.



Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma sentiasa dikunjungi orang ramai.


Beberapa orang sedang dibuat pemeriksaan tekanan darah.

Kempen derma darah turut diadakan.
Sidang media diadakan di hujung program.

Read more...

SUASANA PERSIAPAN TERAKHIR KONVENSYEN PAS PERAK @ TELUK INTAN

>> 24 Mei 2009

Wajah kepenatan tidak nampak pada setiap wajah kami di Teluk Intan, walaupun dalam dua hari ini PAS Kawasan Teluk Intan menjadi tuan rumah bagi program besar negeri iaitu Sambut5an Hari Guru PASTI Negeri Perak pada 23 Mei (Sabtu) dan Konvensyen PAS Negeri Perak Kali Ke-14 pada eskonya 24 Mei (Ahad).

Bermula sejak pagi Sabtu sehinggalah sebelah malamnya, atas semangat jemaah maka seluruh ahli PAS Teluk Intan, Kawasannya, Pemudanya, Muslimatnya telah bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir di Dewan Perbandaran Teluk Intan.




Masing-masing bekerja mengikut pembahagian kerja masing-masing. Alhamdulillah, sehingga malam tadi, hampir 100% persiapan di dewan telah siap.

Saksikanlah foro-foto di bawah...



Membuat hiasan pentas.


Berehat sebentar..duduk di kerusi VIP. Bila lagi kan..


PA DUN kami ni bersemangat betul hari ni.


Sumbangan muslimat amat besar dalam menjayakan program ini.


YDP kami sedang khusyuk menulis


Lega sikit bila kerja-kerja hampir siap....



Sdr. Ramadhan. antara tenaga dari Ipoh yang datang awal.

ar_rawa.

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP