Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

LAGU "UMNO HAPRAK - BUBARKAN DUN ITU" OLEH KUMPULAN LIBANGLIBU

>> 30 Jun 2009



Kena tahan sikit telinga kalau dengar kagu ni.

Read more...

JANGAN HARAP NAJIB HENDAK BERDEBAT - KETUA PENERANGAN PAS PUSAT


Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga._ (malaysiakini)

Read more...

"BINI PUAKA" - SERET DUA SISWA UM KE MAHKAMAH


Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini. Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.


Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak. Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.


Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi. (malaysiakini)

Read more...

BN = BINI NAJIB (KATA MAHFUZ)

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label "bini Najib" - alasannya Rosmah Mansor seorang wanita pertama negara yang berpengaruh luas."Dulu kita dengar BN (ertinya) 'barang naik'. "Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu 'Bini Najib'," ahli parlimen Pokok Sena dipetik berkata semalam.


Tambahnya, istilah itu "jika dikaji, ada kebenaranya" apabila menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Menurut laman rasmi media PAS, Mahfuz menyebut gelaran tersebut sewaktu berceramah di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal. Beliau juga berkata, pemerintahan Datuk Seri Najin Razak seolah-olah juga diterajui oleh isterinya, lapor Harakahdaily.net hari ini. Najib. Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, "tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara" dan "tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar".


"Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja," Mahfuz dipetik berkata.

"Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

"Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu. "Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara."
Turut berucap di program anjuran PAS Nibong Tebal itu: wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, CJ Ong; ketua penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan pegawai khas menteri besar Kedah, Hasan Abdul Razak. (malaysiakini)

Read more...

WAHAI NAJIB : BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

>> 29 Jun 2009



Berani kerana benar,takut kerana salah. Inilah pepatah yang menggambarkan kalau kita dipihak yang benar, mengapa kita harus takut. Berdebat sahajalah. Baru nampak bahawa apa yang kita bawa atau kita pegangi selama ini adalah di pihak yang benar/haq atau pihak yang palsu/batil.

Tetapi kalau kita sendiri yakin bahawa kita berada di pihak yang salah, sudah pastilah kita takut untuk berdebat. Apatah lagi kalau perdebatan itu dibuat secara terbuka.

Janganlah bagi 1001 alasan untuk mengelak berdebat.



Janganlah menggunakan perkataan bermesyuwarahlah, tiada faedah dan sebagainya. Kalau kita benar kena beranilah. Mengapa perlu takut ?


Cuba lihat kedua-dua pandangan di bawah, kita sendiri boleh menilai. Tepuk dada tanyalah iman.


Tuan Guru Nik Aziz kata :


Kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.


Najib Razak kata :


Soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Read more...

PIMPINAN PAS PERAK SESI 2009 - 2011

>> 28 Jun 2009


Ahli-ahli BPP Perak

PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN

TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA

1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK
3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI

SETIAUSAHA : SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI

PENOLONG SETIAUSAHA : SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT

BENDAHARI : TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP

PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI : TN. HAJI ASMUNI AWI

KETUA PENERANGAN : YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH

AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK :

1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI
4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN

ar_rawa

Read more...

PERANGAI PELIK MINGGU INI..!

>> 27 Jun 2009


Tadi saya terbaca satu berita agak melucukan dan ia juga amat pelik bagi kita apabila Muhyiddin Yasin kata :

"UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu (PAS)..."

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS ..."

Sebaik sahaja saya membaca berita ini maka terbayanglah saya akan sebuah siri kartun Hagemaru yang mempunyai slot Perangai Pelik Minggu Ini iatu menceritakan perkara pelik dan lucu pada minggu ini.

Bagi saya, kenyataan Timbalan Presiden UMNO ini bolehlah dikatakan sebagai Perangai Pelik Minggu Ini...

Baca berita selanjutnya di bawah ini :

Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tuhan, kata Muhyiddin
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.
"Beliau (Nik Aziz) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO, kerana ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, tetapi dia perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara 2009 (Pewaris) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Universiti Sains Malaysia di Kampung Jayor, Jorak, di sini.
Muhyiddin ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz pada satu majlis ceramah politik di Manik Urai, Kelantan, pada 21 Jun lepas yang menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.
Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.
"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.
Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, para ulamak boleh memainkan peranan dengan menegur tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai mencampuri urusan dalaman parti.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya pada petang esok. BERNAMA

Read more...

WAHAI NAJIB TERIMA SAJALAH...


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini. Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan,

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis. (malaysiakini)

Read more...

CALON PAS PRK N41 MANEK URAI

PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.Fauzi, 50, adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.


迎合选民渴望本土英雄心理传回教党派遣鱼贩费兹出征
6月26日 傍晚7点15分
政坛盛传,回教党瓜拉吉赖区部秘书莫哈末费兹阿都拉(Mohd Fauzi Abdullah),极有可能代表该党出征下个月6日提名的吉兰丹州玛力勿莱(Manek Urai)补选。今年大约40多岁的费兹土生土长于最靠近玛力勿莱的城镇瓜拉吉赖(Kuala Krai)。他是一名富有的鱼贩,一贯以戴着头巾的虔诚教徒形象出现。与往常的情况同样,《当今大马》所联络的数名回教党领袖都保持紧密的口风,丝毫不愿透露究竟谁获选为玛力勿莱候选人。回教党精神领袖兼丹州大臣聂阿兹,预料今晚将在玛力勿莱公布该党的候选人。


In just a few hours, the first candidate for the Manek Urai by-election will be announced. But for now, rumours are rife that it is going to be the Kuala Krai PAS division treasurer.

Read more...

JENAZAH BAPA NAIB PRESIDEN PAS SELAMAT DIKEBUMIKAN

>> 26 Jun 2009

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh)- Bapa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi setelah menghembus nafas terakhirnya kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Allahyarham Haji Ayob Omar, 75 terlantar di hospital kira-kira tiga bulan yang lalu setelah mengalami kemalangan jalanraya.
Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Abdullah, 60, dan tiga orang anak serta 13 orang cucu. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada pukul 11.00 pagi tadi.
----------------------------------------------------------------------------------------
PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong mengucapkan takziah kepada Naib Presiden PAS, Saudara Salahudin Ayob atas pemergian bapanya ke rahmatullah. Semoga ruh bapanya akan dicucuri rahmat serta di tempatkan bersama-sama ruh orang-orang yang soleh. Amin.
ar_rawa

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG SOLAT JUMAAT DI MASJID KG. AYER HITAM

Hari ini, ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah bersolat Jumaat di Masjid Kg. Ayer Hitam. Boleh dikatakan setiap minggu ADUN Changkat Jong ini akan bersolat Jumaat di masjid-masjid sekitar Teluk Intan, terutamanya di dalam kawasan DUN Changkat Jong. Ini merupakan perkara yang diamalkan oleh beliau sejak menjadi wakil rakyat bagi DUN Changkat Jong.
YB bersalaman dengan salah seorang jemaah masjid selepas solat Jumaat.
YB bersama pegawai khas beliau, Haji Mohamad Akram.
Di samping dapat melihat kawasan, beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan masyarakat setempat kerana masjid merupakan tempat yang terbaik untuk bertemu dengan masyarakat. Di samping itu, masyarakat dapat bertemu dengan wakil rakyat mereka serta dapat menyampaikan segala perkara dan permasalahan setempat yang boleh dibantu oleh ADUN. Biasanya Pegawai Khas ADUN, Haji Mohamad Akram akan turut serta mengiringi YB Haji Mohd. Anuar Sudin.





ar_rawa

Read more...

USRAH MUSLIMAT TELUK INTAN

Program tarbiyyah amat penting dalam memantapkan fikrah ahli-ahli gerakan Islam. Salah satu aspek tarbiyyah yang amat penting ialah program usrah. Dengan adanya usrah, aspek pembentukan fikrah, sikap serta pandangan ahli akan mudah dibentuk.



Oleh kerana itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan masih lagi istiqamah dalam mengadakan program usrah kepada semua AJKnya yang diadakan pada setiap bulan. Semalam program usrah muslimat telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.



Program yang melibatkan ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan itu dimulai dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah. Ia diteruskan lagi dengan membaca surah Yasin. Akhirnya, usrah dimulakan. Naqibah bagi usrah Muslimat Kawasan ialah Ketua Muslimat Kawasan sendiri iaitu Puan Robiatun bt Abas.



Kemudian, satu slot khas penerangan isu Kerajaan Perpaduan telah diadakan oleh Puan Hajah Faridah Rajiah, Timbalan Ketua Muslimat Kawasan. Penerangan sebegini diperlukan agar semua AJK Muslimat kawasan dapat memberi penerangan kepada ahli-ahli d peringkat akar umbi.

ar_rawa

Read more...

BUKAN ISLAM JADI AHLI PENUH

>> 25 Jun 2009


KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.

Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu. (siasahdaily)

Read more...

PAS TIDAK PERNAH LANGGAR JANJI, TINGGALKAN KAWAN - IDRIS AHMAD

>> 24 Jun 2009


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar," katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.
Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini," tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. -(harakahdaily)

Read more...

HIMPUNAN PERDANA PERPADUAN 100,000 RAKYAT PADA 30 JUN INI


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -(harakahdaily)

Read more...

GURU OH GURU ! (Guru di Manek Urai Diseru Pilih BN ?)

>> 23 Jun 2009


Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju."Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata. (malaysiakini)
-----------------------------------------------------------------------------------------

(Beginilah nasib guru di Malaysia. Boleh ditendang ke sana dan ke sini. Boleh diugut, diancam, ditukar tempat kerja dan lain lagi. Kerapkali guru menjadi "kambing hitam" untuk apa sahaja isu yang berlaku di negara ini.
Kenapa gagal Matematik ? Guru tak tau ajar...

Kenapa pelajar membuli dan terbuli ? Guru tak bimbing...
Kenapa PPSMI tidak berjaya ? Guru tidak kuasai Bahasa Inggeris...

Guru mudah diugut. Guru mudah dipujuk...

"Jangan sokong pembangkang..nanti kena tindakan disiplin!"
"Jangan pakai kopiah putih ke sekolah!"

Dan seribu satu JANGAN dimasukkan ke dalam minda guru.
Maka menikuslah segala guru.

Guru Oh Guru...

Tapi, itu guru era lama.

Kita percaya guru alaf baru terbuka mindanya, terbuka hatinya, mantap aqidahnya, serta punya pendirian.

Era langit terbuka, segala maklumat mudah diperoleh.
Guru alaf baru tidak mudah diugut kerana kuasa memangkah ada pada tangan guru.
Guru alaf baru tidak mudah diancam kerana kuasa berfikir ada pada guru.

Guru alaf baru bebas membuat keputusan.
Guru alaf baru dapat kenal siapa benar siapa salah; yang mana haq dan yanag mana batil.

Kalau setakat ugut kalau tak pangkah BN, PIPP tak berjaya....he he..

PIPP sudah 4 tahun berlalu yop...(2006 - 2010)
Tahun depan habis dah. Apa yang kerajaan buat selama 4 tahun (2006-2009) ?)

ar_rawa

Read more...

TIDAK MUDAH LUPA KHIANAT UMNO TERHADAP PAS - NIK AZIZ

>> 22 Jun 2009


KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.

Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

"Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

"Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut," katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.

"Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu," ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno. Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno," katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

"Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.

"Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian. (harakahdaily)

Read more...

TIDAK ADA LAGI BINCANG KERAJAAN PERPADUAN- PRESIDEN PAS


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.(harakahdaily)

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG MENYERTAI GOTONG ROYONG DI BATU 9 CHANGKAT JONG

>> 21 Jun 2009

TELUK INTAN, 21 Jun - Para penduduk Kg. Changkat Jong telah bersepakat mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membaiki jalan masuk ke kampung tersebut yang telah rosak. Aktviti bermula jam 8.00 pagi.

YB Haji Anuar melihat kerja-kerja membaiki jalan.


Menurut Ketua Kampung, Encik Mohd. Salleh Ibrahim, aktiviti gotong-royong tersebut sebenarnya telah bermula sejak tiga hari lalu. Hari ini, diharapkan menjadi hari terakhir bagi membaiki jalan masuk ke kampung tersebut. Menurut beliau lagi, segala kos pembaikan jalan tersebut telah dibiayai oleh ADUN Changkat Jong.





Selain mendapat kerjasama yang baik dalam kalangan penduduk kampung, program tersebut juga turut disertai Unit Amal Teluk Intan. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Teluk Intan.






Kira-kira pukul 10.00 pagi, ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah hadir untuk meninjau serta bertemu dengan penduduk kampung. Kehadiran beliau telah memberikan semangat lagi kepada semua yang hadir di situ.



YB Anuar sedang meninjau parit yang telah kering.

Ketua Kampung Encik Mohd. Salleh Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada ADUN Changkat Jong yang begitu prihatin terhadap masalah rakyat. Beliau kagum dengan tindakan segera oleh ADUN Changkat Jong dalam menangani masalah jalan di kampung. Ini kerana dalam tempoh satu minggu selepas aduan dan tinjauan dilakukan, ADUN segera membiayai kerja-kerja pembaikan jalan tersebut.



Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada penduduk kampung dan Unit Amal Teluk Intan yang telah bekerjasama menyiapkan jalan tersebut.
Menurut YB Haji Mohd. Anuar, pihaknya seboleh mungkin cuba menyelesaikan apa sahaja masalah rakyat dengan secepat mungkin sekadar yang beliau mampu. Sebenarnya, jika kerajaan Pakatan Rakyat masih lagi mentadbir negeri ini, sudah pasti lebih banyak lagi program kebajikan rakyat dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Beliau juga memuji atas usaha para penduduk Kampung Changkat Jong yang telah mengamalkan konsep gotong-royong dalam membaiki jalan di kampung tersebut.

ar_rawa

Read more...

PAS TIDAK LUPA SENGKETA LAMA - KETUA PEMUDA

>> 20 Jun 2009


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.

Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.


"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. -(harakahdaily)

Read more...

MENARIK UNTUK DIBACA


(Petikan dari blog Ustaz Ahmad Awang - http://usahmadawang.blogspot.com)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan
Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National Union Government adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Baca lagi...

Read more...

SELAMAT HARI BAPA

Read more...

PAS TIDAK BERMINAT BINCANG DENGAN UMNO - SU AGUNG PAS

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini. Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. -(harakahdaily)

(Sebenarnya UMNO masih menaruh harapan terhadap PAS demi survival UMNO di negara ini. Umum mengetahui bahawa UMNO di peringkat barah tahap 3 dan sedang menuju ke tahap 4. Oleh itu, apabila idea kerajaan perpaduan (yang sebenarnya bukan dari PAS pun) dilontarkan kepada media, UMNO telah cuba menjadikan isu tersebut sebagai satu talian hayat yang terakhir. Berikutan dengan kenyataan Dato' Mustafa Ali iaitu PAS tidak berminat langsung untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan UMNO maka diharap isu ini dapat diredakan di kalangan ahli PAS, ahli Kelab Penyokong PAS dan masyarakat umumnya. Kepada UMNO, talian hayat mereka telah terputus dan sedang menanti ajal tiba. Goodbye UMNO..!)

Read more...

PAS UMUM CALON MANEK URAI PADA 26 JUN INI (JUMAAT)


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.


Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Read more...

PAS ANJUR RETREAT KHAS BINCANG ISU KERAJAAN PERPADUAN


KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.(siasahdaily)

Read more...

AHLI PAS DIMINTA BERTENANG; TUNGGU ARAHAN RASMI

>> 18 Jun 2009


Idris Ahmad Thu Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita. (harakahdaily)
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Read more...

TINDAKAN SPONTAN MEWAKILI REAKSI RAKYAT PERAK - NIZAR


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh)- Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan,tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar Dun" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.

Namun, kata beliau, tindakan yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah merupakan 'sesuatu yang perlu dilakukan'.

Nizar menjelaskan, tindakan beliau itu merupakan reaksi meluahkan perasaan dan mewakili seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.

"Tindakan itu berlaku secara spontan dan tidak dirancang sama sekali.

"Saya mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi dalam masa yang sama Umno dan Barisan Nasional melanggar perlembagaan di Perak.

"Bagaimana perasaan saya ketika itu... mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi di negeri saya ia dilanggar?" kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Nizar pada 15 Jun lalu diperintahkan keluar dewan oleh Speker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Zulkefeli Ahmad (Kuala Selangor), Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan.

Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.

Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.

"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.

"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.

Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.

"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya. - azm _ (harakahdaily)

Read more...

LAGI ISU KERAJAAN PERPADUAN


Muslimat tolak sebarang kerjasama dengan Umno-BN

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS). - mns_ (harakahdaily)

Read more...

LAGI ISU KERAJAAN PERPADUAN


Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.

Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.

Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.
Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.- wann/mks. _ (harakahdaily)

Read more...

ISU KERAJAAN PERPADUAN

>> 17 Jun 2009

Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) timbul semula setelah beberapa ketika ia seolah-olah tertutup atau ditutup daripada diperbincangkan sama ada dalam kalangan ahli mahupun pimpinan PAS. Namun, sehari dua ini isu kerajaan perpaduan membara semula. Apa yang menyedihkan ialah ianya dibuka semula oleh pimpinan tertinggi parti sendiri.

Pelbagai reaksi telah didengar daripada masyrakat dan ahli PAS sendiri dalam menyatakan pandangan masing-masing berkenaan isu tersebut.

ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd Anuar Sudin tidak ketinggalan memberi pandangan serta pendirian beliau berkenaan isu tersebut. Menurut beliau, sepatutnya setiap pimpinan dan ahli PAS akur kepada keputusan Muktamar PAS Ke-54 di Ipoh tahun lalu yang telah bersetuju untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat itu sendiri dan terus menerus menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selama lebih 50 tahun lalu.


Malah menurut beliau lagi, isu kerajaan perpaduan langsung tidak disentuh oleh Presiden semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden semasa Muktamar PAS Ke-55 baru-bar ini.

"Waktu itu, kita yang menjadi perwakilan berasa amat lega dan berpuas hati kerana kesemua pimpinan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden berpendirian untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak membuka sebarang perbincangan dengan UMNO daam hal pembentukan kerajaan perpaduan, " ujar beliau.

Namun, ahli PAS berasa amat terkilan kerana sebaik sahaja muktamar selesai, isu kerajaan perpaduan dilaungkan semula oleh pimpinan tertinggi parti sendiri. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif kepada bukan sahaja dalam kalangan ahli malah turut dirasai oleh kebanyakan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di seluruh negara.

"Saya sendiri telah dihubungi oleh beberapa pimpinan Kelab Penyokong PAS yang telah menyataka rasa kurang berpuas hati serta kebimbangan akan situasi yang berlaku sekarang. Majoriti ahli-ahli Kelab Penyokong tidak bersetuju akan gagasan kerajaan perpaduan."

"Hujah mereka ialah mereka telah memberikan sokongan kepada PAS terutamanya dalam PRU12 yang lalu kerana mereka yakin hanya PAS sahaja yang boleh menyelesaikan masalah negara seperti rasuah, kezaliman ISA dan sebagainya. Malah selama ini mereka menyokong PAS kerana mereka bencikan UMNO/BN. Tetapi apa yang berlaku sekarang, mereka melihat pihak PAS pula ingin berbaik-baik dengan UMNO/BN."

"Malah mereka telah menyatakan jangan menyesal jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan terutama dalam PRU13 akan datang," tambah beliau lagi.

Beliau juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berdiri teguh di belakang Mursyidul Am dalam isu gagasan kerajaan perpaduan ini.

Sementara itu, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Puan Hajah Faridah Rajiah Ahmad Fakhrurrazi telah membuat kenyataan berikut :


"Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai perwakilan Dewan Muslimat Pusat ke Muktamar PAS Ke-55 ingin menegaskan bahawa perwakilan telah menolak isu kerajaan perpaduan secara total."

"Apabila ia timbul semula selepas selesai muktamar oleh Timbalan Presiden baru-baru ini, saya merasakan suatu gegaran telah berlaku dalam kalangan ahli PAS di seluruh kawasan dan negeri. Gegaran ini menimbulkan rasa ketidakselesaan dan kekecohan bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli PAS tetapi dalam kalangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS, ahli DAP dan ahli PKR. Ini merupakan satu kemungkaran yang besar dan saya menyokong penuh akan saranan Tuan Guru Mursyidul Am kerana mengingatkan seluruh perwakilan akan mandat pada muktamar tahun lepas."

"Kita telah berjanji akan memperkasakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Bagi orang-orang Islam yang beriman wajib berpegang kepada janji. Timbalan Preseiden telah bertindak sebaliknya yang bertentangan dengan mandat muktamar dan keputusan jamaah. Saya berharap seluruh perwakilan dan ahli PAS terutama di negeri Perak menolak gagasan kerajaan perpaduan terutamanya dengan UMNO/BN."

"PAS mempunyai kekuatan tersendiri di mana kita meletakkan sifat tawakkal kepada Allah SWT dalam segala bentuk perjuangan kita. Ikhlas dan istiqamah serta tiada kepentingan diri merupakan peluru berpandu yang dapat menembusi segala rintangan dan cabaran yang ada. Berjuang semata-mata untuk jamaah akan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT."

ar_rawa

Read more...

PELANCARAN PROGRAM GERAK GEMPUR PENDAFTARAN PENGUNDI BARU


IPOH, 16 Jun - Jabatan Pilihanraya Negeri Perak (JPN) telah mengorak langkah dengan melancarkan program gerak kerja mendaftar pemilih baru. Program Gerak Gempur Pendaftaran Pemilih Baru itu telah diadakan di Pejabat PAS Kawasan Gopeng malam tadi. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Bariah.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan salah satu langkah proaktif pihak JPN Perak agi merealisasikan ke arah mengekalkan dan menambahkan kemenangan PAS serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Ke-13 akan datang. Usaha secara sistematik ini dilihat mampu untuk mengambil semula hak sah memerintah kerajaan negeri Perak setelah dirampas UMNO/BN.

Hampir kesemua kawasan di negeri Perak telah hadir ke program tersebut yang merangkumi Pengarah dan Setiausaha Lujnah Politik dan Pilihanraya PAS Kawasan (LPPK) serta Pendaftar Pemilih Sementara (PPS).

Antara pimpinan yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah 1 JPN Perak, Ustaz Shuib Hussin, Setiausaha JPN Perak, Saudara Salman Salleh dan AJK JPN Perak.
Antara pengisian program ialah taklimat pelaksanaan gerak gempur pendataran pemilih baru serta diikuti dengan majlis dialog. Taklimat telah disampaikan oleh Saudara Badrin, AJK JPN Perak.
Sebelum itu, Ustaz Shuib Hussin turut menyampaikan taklimat tentang gerak kerja PRK Manik Urai akan datang.

ar_rawa

Read more...

KHALID : PAS KELUAR ARAHAN TUTUP MULUT

>> 16 Jun 2009


Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan.

"Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Malah, ia tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul... ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan," katanya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PAS.

"Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS," kata Khalid.

Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, kata perdana menteri, beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Umno, kata Najib lagi, sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS.

'Pertikai keikhlasan Umno'

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan keikhlasan Umno untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, kata beliau, idea untuk mengadakan perbincangan tersebut adalah pandangan peribadi Abdul Hadi dan bukan keputusan sebulat suara parti itu.

Khalid turut menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai satu helah.

Read more...

KLIP VIDEO NIZAR ANGKAT SUMPAH DAN LAUNG BUBAR DUN

>> 15 Jun 2009



Read more...

PANGLIMA BUKIT GANTANG MENGGEGAR PARLIMEN..!



kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN". Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.


Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar". Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.(malaysiakini)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar daripada Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak.

Pandikar ketika ditemui wartawan sebentar tadi berkata, mereka diarah keluar kerana berpakaian tidak menghormati tatasusila Parlimen dan menimbulkan kekecohan dengan ingkar arahan.

Nizar dan enam wakil rakyat terbabit tidak dibenarkan masuk Dewan Rakyat selama dua hari sehingga esok. Wakil rakyat yang lain ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).


Tiga yang lain ialah wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kuala Kerai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor). Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan. Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.

Beberapa wakil berkenaan cuba memasuki semula Dewan Rakyat tetapi diarah keluar Speaker dan Timbalan Speaker - sehingga sesi ditangguhkan tengah hari tadi - atas alasan mereka terikat dengan hukuman selama dua hari itu.

Ketika ditanya komen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penggunaan lilitan dibenarkan di Parlimen negara-negara lain, Pandikar menegaskan, ini adalah Parlimen Malaysia dan harus patuhi peraturan ditetapkan.

Oleh itu katanya, jika hendak berbuat demikian mereka boleh jadi Ahli Parlimen negara berkenaan. Berbanding lazimnya, ekoran insiden itu, Pandikar yang ternyata kecewa tidak menyampaikan ucapan mengalu-alukan kedatangan wakil rakyat baru. Anwar pada sidang media berkata, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan.

"Parlimen patut benarkan, tidak harus diambil tindakan tegas," katanya di lobi Parlimen.

Sehubungan itu jelas beliau, Pakatan akan menulis surat kepada Speaker agar menggugurkan hukuman ke atas kesemua tujuh wakil rakyat berkenaan.

Terdahulu kira-kira pukul 10.03 pagi tadi, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".
Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut. Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.
Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "BUBAR DUN", keluar.

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit. (mstar online)

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP