Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TSUNAMI : SEKURANG-KURANGNYA 82 MAUT DI SAMOA

>> 30 September 2009



Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 82 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

Read more...

GEMPA BUMI DI SELATAN SUMATERA, GEGARAN DIRASAI DI SEMENANJUNG

Gempa Bumi Di Selatan Sumatera, Gegaran Dirasai Di Semenanjung

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

-- BERNAMA

Read more...

ALLAHUAKBAR


Biodata Calon PAS PRK N31 Bagan Pinang :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAANUMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN, FARAH WAHIDAH 18TAHUN, MOHAMAD FADLI 14 TAHUN, MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN, FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN, DAN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

Read more...

TOLAK ISA/BN

>> 29 September 2009

Read more...

RENUNGAN BERSAMA SEJARAH 2005 BAGI CALON BN BAGAN PINANG



Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO ini benar – benar mencalarkan karier politik Mohd Isa. Beliau seharusnya berundur serta merta sebagai Ahli Parlimen. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memandangkan beliau juga telah melanggar kod etika penjawat awam.

Jika dirujuk pada Akta Pencegahan Rasuah 1997, beliau kini seharusnya sudah merengkok didalam penjara. Perenggan ke 11, Akta Pencegahan Rasuah 1997 telah menyatakan bahawa;

11. Jika-

(b) mana-mana orang secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;

dia adalah melakukan suatu kesalahan.

Perenggan ke 16 pula menyatakan bahawa;

16. Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 boleh apabila disabitkan-

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan

(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Malangnya UMNO telah memutar belitkan perkataan RASUAH kepada POLITIK WANG dan menghalang Badan Pencegah Rasuah untuk membuat siasatan berdasarkan perundangan Negara dengan alasan bahawa perbuatan itu terkandung dalam soal – soal peribadi UMNO.

Amat jelek rasanya bila Wilayah Persekutuan diwakili oleh seorang Menteri yang jelas mengamalkan rasuah. Baru – baru ini juga, beliau telah kemaruk Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan cuba mengurangkan kuasa yang telah diperuntukkan dalam Perundangan Kerajaan Tempatan.

Perbuatan beliau ini adalah satu perkara yang amat memalukan UMNO kerana status beliau bukanlah Ketua Cawangan, beliau adalah pemimpin tertinggi Nombor Tiga dalam UMNO. Beliau gagal menunjukan sikap yang baik dan seharusnya beliau keluar dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan dikeluarkan dari senarai ahli Kabinet.

ar_rawa

Read more...

HE HE HE....! ISA SAMAD CALON BAGAN PINANG

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, kata Dr Mahathir lagi, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".(malaysiakini)

Read more...

PEMUDA MIC BANTAH MAKKAL SAKHTI SEBAGAI PARTI ALTERNATIF

>> 28 September 2009


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pergerakan Pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru "Makkal Sakthi" yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Ketuanya T.Mohan berkata walaupun parti itu dilaporkan akan dilancar 10 Okt ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berhak untuk merasmikan mana-mana parti baru, tetapi adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Mohan diminta mengulas laporan mengenai pelancaran "Parti Makkal Sakthi Malaysia" yang diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan.

"Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya ... tidak akan berkompromi," katanya.

Mohan berkata walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Mohan berkata Pemuda MIC akan mengadakan banyak aktiviti keramaian seperti sukaneka, karnival dan konsert khas untuk meraih sokongan komuniti India di kawasan itu.

Antara kawasan ladang yang menjadi fokus jentera itu ialah Ladang Siliau, Brad wall dan Antherton yang didapati menyokong pembangkang pada pilihanraya lepas, katanya.

-- BERNAMA

Read more...

GANESAN SPEAKER TIDAK SAH - PJ PERAK



IPOH, 28 Sept: PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa.

"Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar."

Abu Bakar mengulas tindakan 28 Adun Pakatan yang tidak akan menyertai sidang Dun Perak akan datang yang dipanggil oleh Speaker Ganesan.

"Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar," katanya.

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei.

Ia adalah cubaan rampasan kuasa Umno-BN, katanya.

"Sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas Umno/BN yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak," katanya.(harakahdaily)

Read more...

LAGI PASAL KATAK

>> 27 September 2009


Pengundi kecewa Ibrahim Ali khianati amanah

Mohd Nor Yahya
Sun | Sep 27, 09 | 8:14:59 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Sept: Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi.

"Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri.

"Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Ekoran desakan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini, Ibrahim mahu Menteri Besar Kelantan itu meletak jawatan dengan dakwaan gagal membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat di Pasir Mas telah meluahkan rasa kecewa kerana anggota parlimen yang mereka pilih telah menggadai prinsip perjuangan.

Ibrahim merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas telah dilucut keahlian seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum 2004. Manakala pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 sekali lagi beliau bertanding di tiket Bebas namun hilang deposit.(harakahdaily)

Read more...

CABARAN LETAK JAWATAN ISU LAMA YANG TAK PERLU DILAYAN - NIK ABDUL AZIZ


KOTA BAHARU, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan daripada segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan Menteri Besar itu supaya anggota Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

-- BERNAMA

Read more...

PEMUDA PAKATAN RAKYAT LANCAR JENTERA PRK DI BAGAN PINANG


Harakahdaily
Sun | Sep 27, 09 | 10:45:58 am MYT
TELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan 'gendang perang' pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.

Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini selepas kemenangan demi kemenangan sebelum ini.

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka ini.

Ketiga-tiga mereka juga menyeru semua pemuda Pakatan agar turun beramai-ramai ke sana terutama di hari penamaan calon 3 Oktober ini bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan dari PAS itu.

Pilihanraya kecil ini akan diadakan 11 Oktober ini selepas kematian Adun BN baru-baru ini.

Pakatan telah menyerahkan kepada PAS untuk meletakkan calon bagi pihak gabungan tiga parti itu dalam pilihanraya kecil ini selepas calon PAS bertanding dalam pilihan raya lalu.

30 peratus pengundi di sini adalah India dan Cina yang dijangka akan memihak kepada Pakatan manakala 30 peratus lagi pengundi pos yang bakal dikawal BN.

Perebutan kini adalah terhadap 40 peratus pengundi Melayu yang bakal menentu Pakatan atau BN yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini. - Buletinonline. _

Read more...

GANJARAN BESAR PUASA 6 SYAWAL


BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Read more...

KENYATAAN SEORANG JEJAKA PERASAN TENTANG PRK BAGAN PINANG

>> 26 September 2009


BN perlu menang di Bagan Pinang - Khairy

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang walaupun beliau menganggap "kerusi itu agak selamat".

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah persiapan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu 11 Oktober ini dan Pemuda Umno kini dalam proses mengenal pasti pengundi muda."Bagi soal pencalonan, kami serahkan kepada pucuk pimpinan dan tidak perlu dibahaskan lagi.

"Bagi jentera Pemuda Umno tiada masalah dan bagi diri saya, Pemuda di Teluk Kemang memang bersatu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Katanya beliau telah berbincang dengan Pemuda MIC untuk saling bekerjasama dengan BN, bukan sebagai parti komponen tetapi sebagai jentera pilihan raya tunggal.

"Semua sayap Pemuda BN akan bekerjasama, bukan sebagai parti komponen berlainan. Sebagai contoh, saya akan mengadakan ceramah di sebuah ladang yang penduduknya majoriti India kerana ia berjiran dengan kawasan yang diwakili saya, Rembau". Katanya respons daripada Pemuda MIC amat baik dan beliau tidak menjangkakan sebarang masalah untuk bekerjasama. BERNAMA

Read more...

PEMUDA PAS PUSAT KHUATIR ISU SELCAT BAWA KEJATUHAN PR


Ambil iktibar tindakan Khir Toyo persenda penjawat awam dengan beri penyapu

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.(mstaronline)

Read more...

RASUAH : 1 MALAYSIA MERUDUM LAGI



KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. _(harakahdaily)

Read more...

REALITI HIDUP RAKYAT TERBIAR DI BAWAH 1 MALAYSIA



Jual tubuh demi baju baru 7 anak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.

Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.

Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.

Menurutnya, dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.

“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.

“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan.

“Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.

Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.

“Walaupun mulanya, Ila (rakannya) memberitahu pekerjaannya sebagai GRO atau teman minum pengunjung kelab dangdut di Chow Kit, namun saya sebaliknya dibawa ke sebuah rumah tumpangan di Brickfields.

“Di situ, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang juga ‘bapa ayam’ sebelum ditawarkan ‘kerja’ pelacur dengan pendapatan RM20 bagi setiap pelanggan. Lelaki itu menerima komisen RM20 bagi sewa bilik yang saya gunakan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pada mulanya dia ‘segan’ untuk menawarkan khidmat seks ‘pakej’, namun dia berubah fikiran apabila mendapati kerjaya barunya itu amat mudah dan tidak memenatkan.

“Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

“Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.

Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu.

“Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

“Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya.

Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah.

“Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak.

“Lebih penting, anak saya tidak berlapar dan mampu tersenyum dan memakai baju baru di pagi raya. Jika keadaan masih tidak berubah dan saya masih gagal mendapat kerja tetap selepas ini...ada kemungkinan saya akan kembali semula ke sini,” katanya tanpa rasa kesal pada riak wajahnya.

Read more...

NEGARA TINGKATKAN PERSIAPAN HADAPI GELOMBANG KEDUA INFLUENZA A (H1N1)

>> 25 September 2009


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan persiapan dan rawatan Influenza A(H1N1) ditingkatkan bagi menghadapi gelombang kedua virus itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tekankan kemungkinan gelombang kedua akan datang dan WHO menyeru agar semua negara buat persiapan hadapi gelombang kedua A(H1N1)," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan ketika beliau menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri kesihatan dari lebih 40 negara di Hong Kong baru-baru ini yang membincangkan tentang isu semasa termasuk pandemik H1N1. Sehubungan itu, kementerian akan memastikan semua hospital menyediakan cukup peralatan termasuk katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat.

"Kita juga perlu kesan pesakit H1N1 dengan cepat dan awal kerana kalau lambat, ia boleh membawa mudarat dan maut. Orang ramai jangan ambil remeh mengenai penyakit ini," katanya.

Liow juga berpuas hati dengan tahap kesedaran orang awam di negara ini yang semakin meningkat kerana dengan sokongan media yang melaporkan setiap hari, orang ramai lebih faham mengenai wabak itu.Beliau berkata Malaysia juga akan terus meningkatkan rawatan antiviral dan immunoglobin untuk meningkatkan ketahanan pesakit terhadap bakteria dan virus.

"Kita akan lihat pelbagai kaedah rawatan di negara lain juga. Di China dan Hong Kong mereka menggunakan plasma atau serum daripada orang yang sembuh daripada H1N1 untuk merawat pesakit yang tenat di ICU dan Malaysia juga mempunyai kaedah rawatan tersendiri," katanya.

Beliau berkata WHO akan terus melihat sifat-sifat virus Influenza A (H1N1) jika ada apa-apa pertukaran dan akan memaklumkan kepada negara lain dengan segera.Mengenai vaksin, Liow berkata ia akan berada di pasaran hujung Oktober ini dan WHO juga telah mengatakan bahawa hanya satu dos vaksin diperlukan berbanding dua dos sebelum ini.-- BERNAMA

Read more...

HORMATI PENDIRIAN KARTIKA TERUSKAN HUKUMAN SEBAT, KATA PEGUAM


Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi (berdiri) beramah mesra dengan saudara mara dan kawan-kawan semasa rumah terbuka di rumah ibu bapanya di Kuala Kangsar pada 24 September 2009. -Foto THE STAR oleh ZABIDI

SUNGAI SIPUT: Semua lapisan masyarakat termasuk pihak media dipohon supaya menghormati pendirian jururawat, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, untuk meneruskan hukuman sebatan ke atasnya selepas mengaku bersalah meminum arak di Pahang.

Peguam Kartika, Adham Jamalullail Ibrahim berkata isu yang melibatkan anak guamnya itu sepatutnya menjadi pengajaran serta wadah peningkatan institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam di Malaysia.

"Saya juga meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat berkenaan kerana ia hanya membabitkan institusi kehakiman syarie di Pahang sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang di sini semalam.

Kartika pada minggu lepas melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma guaman Tetuan Adham & Associate iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah bagi mewakilinya.

Menurut Adham Jamalullail, sehingga kini, pihaknya masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar hukuman sebatan itu akan dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima hitam putih mengenai tarikh sebenar hukuman itu.

Pada 20 Julai lepas, Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.

Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa. BERNAMA/mstaronline

Read more...

KESESAKAN PUNCA TALIAN CELCOM TERPUTUS


Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku semalam disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini (24 Sept) dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA

Read more...

KERAJAAN LANUN ROMPAK BAJET KERAJAAN PR


IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bajet yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

�Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

�Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

�Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

�Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

�Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _(harakahdaily)

Read more...

SALAHUDIDN HARAP UMNO ADA CALON BEBAS POLITIK WANG

>> 24 September 2009


KUALA LUMPUR, 24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.

"Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.

"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR.

"Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri.

"Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.

"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya.

Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos. _(harakahdaily)

Read more...

TUDUH PAS DALANG SIMBAH CAT ADALAH SATU NIAT JAHAT - PAS PERAK



IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya. _(harakahdaily)

Read more...

KEMARAHAN YANG TIDAK DAPAT DIBENDUNG

>> 23 September 2009



BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak. Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu.

Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka.



Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.


Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut.

Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.

Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat-harakahdaily

Read more...

UMNO BUKAN PARTI ISLAM

>> 22 September 2009


Utusan Malaysia 11/9/2009 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Sik Kedah menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

Seperti yang dijangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengimejkan beliau sebagai pejuang Islam tulin. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana pemimpin umno di negara ini mereka perlu menjadikan Islam sebagi alat untuk menarik perhatian orang-orang melayu Islam di negara ini. Isu Islam tidak boleh diketepikan dalam politik Malaysia kerana ia sinonim dengan Islam sebagai agama majoriti penganut di negara ini.Teras politik di Malaysia ialah Melayu Islam.

Doktor Mahathir pernah menyebut di dalam buku Malay Dilema kerajaan buat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya. Tidak hairan kepada kita semua di kalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam.

Kalau di zaman Tun Hussin Onn dengan program bulan dakwah, Tun Dr Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam, zaman Dato’ Seri Abdullah Badwi Islam Hadhari, maka Datuk Seri Najib Dailog Ulama’ dan Umara’. Dan saya yakin dialog ini supaya rakyat ditipu lagi dengan program Islam. Maka tidak hairanlah kepada kita ia akan memprogramkan Najib sebagai tokoh yang boleh menarik orang Islam menyokong Datuk Seri Najib waktu beliau memimpin nanti. Al maklumlah semua makhluk di bumi kenal siapa peribadi Datuk Seri Najib, maka imej perlu digilap supaya nampak sebagai wira agama yang wara’.

Kenapa Datuk Seri Najib bercakap umno juga parti Islam, kerana tempat yang beliau berucap adalah kawasan yang kuat berpegang dengan Islam dan penghayatan agama yang betul. Di situ terdapat institusi pondok yang begitu berpengaruh, di mana tok gurunya adalah penyokong Pas tegar. Seperti Pondok Tok Guru Haji Salleh, Pondok ustaz Ismail, berhampiran dengannya juga pondok Tok Guru Haji Awang Lanai, Pondok Ustaz Bakar, Pondok Tok Guru Haji Umar Parit Panjang.

Menjadi kebiasaan kepada pemimpin umno apabila bercakap ikut suasana. Mengambil rasmi sumpah-sumpah, kalau pokok hijau dia bertukar hijau, kalau pokok kuning dia bertukar kuning. Atas asas apa Datuk Seri Najib mendakwa umno parti Islam?. Kalau kerana kerajaan pimpinan umno beri tanah, buat masjid, buat sekolah agama, dirikan surau, kutip zakat. Maka parti yang memerintah United Kingdom boleh dianggap sebagai parti Islam. Kerana kebajikan yang mereka buat lebih banyak daripada umno buat di Malaysia.

Rakyat hidup dalam suasana yang cukup aman dan tidak tertekan dengan inflasi. Rakyat miskin diberi rumah, perubatan hospital percuma, sekolah percuma, hatta sekolah agama rakyat di UK yang dipimpin oleh Yusuf Islam diberi RM9000.00 perkapita setahun. Sedangkan kerajaan yang kononnya dipimpin oleh parti Islam telah menarik balik perkapita yang bernilai RM60-RM90 kepada sekolah agama rakyat. Datuk Seri Najib juga dalam ucapannya menyingkap kisah perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah berjaya dipihak Islam. Ucapan ini kalau Karpal Sing baca tentu dia ketawa, kerana dia kenal siapa Datuk Seri Najib.

Macam mana umno hendak mengatakan bahawa dia parti Islam. Dalam menanggani isu murtad umno tidak membela dan membisu dalam isu ini. Malahan apabila ada di kalangan pemuda Pas dan orang Islam tunjuk perasaan di Citytel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad. Maka Tan Sri Nazri Aziz Ahli Majlis Tertinggi Umno kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 63 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

Kalau umno parti Islam, orang agama dalam umno kena diberi peranan penting, bukan hanya hanya untuk menjadi peluru melawan Pas dan membaca doa dan marhaban sahaja. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku. Kalau umno parti Islam, mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno.

Kalau benar umno parti Islam, kenapa umno tidak dengar nasihat mufti dalam soal agama, sebaliknya nasihat mufti ditong sampahkan sahaja. Ini adalah sebahagian contoh nasihat mufti yang ditolak mentah-mentah, 1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut 2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut. 3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, pemimpin umno sendiri tidak ikut 4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut. 5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut. 6. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama. 7. Sepatutnya Umno meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam. Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia selari dengan undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut. Walaupun yang mencadangkan itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kalau mufti dan JAKIM pun Umno tidak mahu menerima pakai. Siapa lagi Umno mahu dengar nasihat?

Sepatutnya kalau umno parti Islam, kenapa Kementerian Pelajaran tidak menjadikan sebagai satu peraturan mewajibkan para pelajar Islam memakai tudung di sekolah kerana ini adalah suruhan Allah. Sekurang-kurangnya boleh mengubat keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat akan memelihara aurat pelajar perempuan yang sedang membesar. Kerana ini akan mengurangkan daya tarikan untuk melakukan perzinaan di kalangan pelajar. Cuba bayangkan uniform sekolah berwarna putih. Apa akan terlihat pada badan pelajar perempuan yang bersebelahan dengan pelajar lelaki. Inilah yang perlu direnung oleh pemimpin Umno/BN.

Islam yang umno pejuangkan tidak mewajib pelajar perempuan memakai tudung, tetapi mewajibkan pelajar lelaki berstokin. Inilah hukum Islam ala umno. Rumusannya umno bukan parti Islam, ini berdasarkan kepada dasar parti umno, tindaUMNO BUKAN PARTI ISLAM Ustaz Idris Haji Ahmad 11/9/2009 Utusan Malaysia 11/9/2009 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Sik Kedah menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

Seperti yang dijangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengimejkan beliau sebagai pejuang Islam tulin. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana pemimpin umno di negara ini mereka perlu menjadikan Islam sebagi alat untuk menarik perhatian orang-orang melayu Islam di negara ini. Isu Islam tidak boleh diketepikan dalam politik Malaysia kerana ia sinonim dengan Islam sebagai agama majoriti penganut di negara ini.Teras politik di Malaysia ialah Melayu Islam. Doktor Mahathir pernah menyebut di dalam buku Malay Dilema kerajaan buat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya.

Tidak hairan kepada kita semua di kalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam. Kalau di zaman Tun Hussin Onn dengan program bulan dakwah, Tun Dr Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam, zaman Dato’ Seri Abdullah Badwi Islam Hadhari, maka Datuk Seri Najib Dailog Ulama’ dan Umara’. Dan saya yakin dialog ini supaya rakyat ditipu lagi dengan program Islam. Maka tidak hairanlah kepada kita ia akan memprogramkan Najib sebagai tokoh yang boleh menarik orang Islam menyokong Datuk Seri Najib waktu beliau memimpin nanti. Al maklumlah semua makhluk di bumi kenal siapa peribadi Datuk Seri Najib, maka imej perlu digilap supaya nampak sebagai wira agama yang wara’. Kenapa Datuk Seri Najib bercakap umno juga parti Islam, kerana tempat yang beliau berucap adalah kawasan yang kuat berpegang dengan Islam dan penghayatan agama yang betul. Di situ terdapat institusi pondok yang begitu berpengaruh, di mana tok gurunya adalah penyokong Pas tegar. Seperti Pondok Tok Guru Haji Salleh, Pondok ustaz Ismail, berhampiran dengannya juga pondok Tok Guru Haji Awang Lanai, Pondok Ustaz Bakar, Pondok Tok Guru Haji Umar Parit Panjang.

Menjadi kebiasaan kepada pemimpin umno apabila bercakap ikut suasana. Mengambil rasmi sumpah-sumpah, kalau pokok hijau dia bertukar hijau, kalau pokok kuning dia bertukar kuning. Atas asas apa Datuk Seri Najib mendakwa umno parti Islam?. Kalau kerana kerajaan pimpinan umno beri tanah, buat masjid, buat sekolah agama, dirikan surau, kutip zakat. Maka parti yang memerintah United Kingdom boleh dianggap sebagai parti Islam. Kerana kebajikan yang mereka buat lebih banyak daripada umno buat di Malaysia. Rakyat hidup dalam suasana yang cukup aman dan tidak tertekan dengan inflasi. Rakyat miskin diberi rumah, perubatan hospital percuma, sekolah percuma, hatta sekolah agama rakyat di UK yang dipimpin oleh Yusuf Islam diberi RM9000.00 perkapita setahun. Sedangkan kerajaan yang kononnya dipimpin oleh parti Islam telah menarik balik perkapita yang bernilai RM60-RM90 kepada sekolah agama rakyat.

Datuk Seri Najib juga dalam ucapannya menyingkap kisah perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah berjaya dipihak Islam. Ucapan ini kalau Karpal Sing baca tentu dia ketawa, kerana dia kenal siapa Datuk Seri Najib. Macam mana umno hendak mengatakan bahawa dia parti Islam. Dalam menanggani isu murtad umno tidak membela dan membisu dalam isu ini. Malahan apabila ada di kalangan pemuda Pas dan orang Islam tunjuk perasaan di Citytel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad. Maka Tan Sri Nazri Aziz Ahli Majlis Tertinggi Umno kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 63 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja.

Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam. Kalau umno parti Islam, orang agama dalam umno kena diberi peranan penting, bukan hanya hanya untuk menjadi peluru melawan Pas dan membaca doa dan marhaban sahaja. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

Kalau umno parti Islam, mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno.

Kalau benar umno parti Islam, kenapa umno tidak dengar nasihat mufti dalam soal agama, sebaliknya nasihat mufti ditong sampahkan sahaja. Ini adalah sebahagian contoh nasihat mufti yang ditolak mentah-mentah, 1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut 2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut. 3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, pemimpin umno sendiri tidak ikut 4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut. 5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut. 6. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama. 7. Sepatutnya Umno meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam.

Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia selari dengan undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut. Walaupun yang mencadangkan itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kalau mufti dan JAKIM pun Umno tidak mahu menerima pakai. Siapa lagi Umno mahu dengar nasihat? Sepatutnya kalau umno parti Islam, kenapa Kementerian Pelajaran tidak menjadikan sebagai satu peraturan mewajibkan para pelajar Islam memakai tudung di sekolah kerana ini adalah suruhan Allah. Sekurang-kurangnya boleh mengubat keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat akan memelihara aurat pelajar perempuan yang sedang membesar. Kerana ini akan mengurangkan daya tarikan untuk melakukan perzinaan di kalangan pelajar.

Cuba bayangkan uniform sekolah berwarna putih. Apa akan terlihat pada badan pelajar perempuan yang bersebelahan dengan pelajar lelaki. Inilah yang perlu direnung oleh pemimpin Umno/BN. Islam yang umno pejuangkan tidak mewajib pelajar perempuan memakai tudung, tetapi mewajibkan pelajar lelaki berstokin. Inilah hukum Islam ala umno. Rumusannya umno bukan parti Islam, ini berdasarkan kepada dasar parti umno, tindakan umno, penghayatan Islam (seperti isteri pemimpin yang tidak bertudung) kesemuanya tidak menepati dengan ciri sebuah parti Islam. Ia hanya layak sebuah parti untuk perjuangan mengisi perut sahaja. kan umno, penghayatan Islam (seperti isteri pemimpin yang tidak bertudung) kesemuanya tidak menepati dengan ciri sebuah parti Islam. Ia hanya layak sebuah parti untuk perjuangan mengisi perut sahaja.(idrisahmad.wordpress.com)

Read more...

MESYUARAT PENGURUSAN UMNO TIDAK BIKNCANG TENTANG ISA SAMAD

Mesyuarat pengurusan Umno dan badan perhubungan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini tidak berbincang mengenai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dikatakan sebagai calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon BN akan diketahui selepas mendapat kelulusan pucuk pimpinan dan hanya akan diumumkan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Pinang pada 29 September ini.

"Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang penting kita mahu calon yang berwibawa, dihormati dan diterima pengundi serta mampu menjalankan tugas," katanya yang tidak mahu mengulas mengenai senarai nama calon yang dipertimbangkan, lapor Bernama. (malaysiakini)

Sebelum ini, Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara mencadangkan Isa yang juga ketua Umno bahagian tersebut sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun, beberapa tokoh termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Isa dicalonkan kerana beliau pernah disabitkandengan kesalahan rasuah politik.

Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga turut menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, isu pembatalan lesen guaman calon BN, Rohaizat Othman, berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya, telah dijadikan modal oleh PAS.

Dalam pilihanraya kecil pada 25 Ogos lalu itu, calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan Rohaizat dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Mengulas lanjut Muhyiddn berkata mesyuarat tersebut hanya mesyuarat biasa mengenai persediaan yang dibuat dan strategi serta pendekatan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Azman Mohamad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.

Read more...

PAGI AKHIR RAMADHAN YANG MEMENATKAN JUGAK...

>> 19 September 2009


Pada hari terakhir Ramadhan, seperti di mana-mana keluarga sudah pastilah kesibukan persiapan terakhir sebelum menyambut hari raya yang menjadi agenda utama. Walaupun sibuk, namun kesibukan itulah yang yang menjadi saat-saat kenangan manis ketika menyambut hari raya pada setiap tahun.
Malah kadang-kadang kita terasa bahawa persiapan ketika esok nak raya itu lebih meriahnya berbanding pada hari raya itu sendiri.





Saya dan keluarga seperti biasa, seperti satu tradisi keluarga, pasti akan membakar lemang pada akhir ramadhan ini. Dengan lain kata, kalau esok nak raya pagi ini kami akan membakar lemang.

Dan pada waktu-waktu membakar lemang inilah yang amat memenatkan. Kita akan berhadapan dengan kayu-kayu yang dibakar. Panas dan pedihnya kulit muka ini tak tahu nak dikata. Tapi kepedihan muka akibat kepanasan ketika membakar lemang mengingatkan saya akan kepedihan muka dan mata ketika terkena gas pemedih mata ketika menyertai demonstrasi. Ya, memang sama pedihnya.
Selamat hari raya.
Allahu akbar.
ar_rawa



Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP