Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

JAMBATAN RUNTUH : PAS PERAK MINTA SIASAT SEGERA

>> 30 Oktober 2009

Pas Perak minta siasat segera



IPOH - Tragedi jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar malam semalam mendapat perhatian banyak pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR), di negeri ini.

Terbaru, Pas Perak menerusi kenyataan media Ketua Penerangannya, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, mengutus ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak turut mendesak agar siasatan menyeluruh dilaksanakan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca sebenar yang mengakibatkan tragedi berlaku.

“Siasatan menyeluruh perlu dibuat terutamanya kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan yang dilaporkan baru sahaja siap dibina dua minggu lalu.

“Siasatan ini adalah bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan jambatan berkenaan runtuh selain mengkaji apakah wujud unsur-unsur kecuaian yang melibatkan kualiti bahan binaan yang digunakan bagi membina jambatan berkenaan.

“Siasatan ini juga perlu mengemukakan kelulusan projek berkenaan serta pihak kontraktor yang terlibat selain mengenal pasti bahan-bahan binaan yang digunakan,” katanya.

Difahamkan sejumlah 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah menyertai aktiviti ko-kurikulum Perkhemahan 1Malaysia, anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga berita ini ditulis, 2 murid dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras setelah jambatan yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Kampar berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, runtuh sekitar 10.30 malam semalam.

Sementara itu, Khalil Idham turut mempersoalkan kewajaran menganjurkan perkhemahan di kawasan berkenaan yang terkenal sebagai lokasi penganjuran aktiviti lasak dan tidak sesuai bagi golongan murid sekolah rendah.

Katanya, program berkenaan sewajarnya dianjurkan pada musim cuti sekolah serta dilaksanakan di tempat yang lebih selamat dan sesuai untuk disertai murid berkenan.

”Satu siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan segera bagi mengena pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya. (sinar harian online)

Read more...

JEMPUT HADIR KE CERAMAH DI TAMAN CICELY


Jemput semua pencinta keadilan hadir beramai-ramai ke Ceramah Isu Semasa. Tempat ceramah pada awalnya di Dewan MPTI, Batu 12 Jalan Bidor telah tidak mendapat kebenaran oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Ia telah diubah ke Rumah Sdr. Sarip (Wak Sarip), di No. 50. Taman Cicely, Teluk Intan bersebelahan SMK Seri Perak.

Harap maklum.
ar_rawa

Read more...

"BAJET COCACOLA" BN PERAK


Dalam sejarah negeri Perak tidak pernah belanjawan diluluskan dalam masa 20 minit. Pada 28/10/2009 BN telah berjaya mencipta satu lagi lembaran sejarah dengan meluluskan ‘Bajet Cocacola’ dalam masa 20 minit. Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan BN yang tidah tidak sah di negeri Perak. Satu daripada sebabnya ialah ia dibentangkan dihadapan seorang Speaker yang tidak halal. Tambahan pula, Dato Seri Zambry dan barisan EXCOnya juga tidak patut berada dalam dewan kerana mereka telah digantung daripada menghadiri persidangan oleh Jawatankuasa Hak & Kebebasan. Begitu juga, 3 orang bekas Ahli-ahli Dewan yang telah meletak jawatan juga berada dalam dewan ketika bajet dibentangkan.

Walaupun kami tidak mengiktiraf bajet BN, apakah yang menghalang BN daripada membuat persidangan bajet itu mengikut prosedur yang betul? Mereka meluluskan bajet dengan tergopoh-gapah. Ia diluluskan dalam masa 20 minit sahaja, itulah sebabnya ia boleh digelar sebagai bajet Cocacola. Kami tidak menghalang mereka daripada membentangkan bajet. Lagi pun, beratus-ratus polis berada di dalam dan di luar untuk memberi perlindungan kepada BN untuk membentangkan bajet tersebut. Tambahan pula, 22 orang ‘bodyguard’baru yang digelar ‘bentara sementara’ dilantik untuk memberi perlindungan kepada Dato R.Ganesan. Dalam situasi yang cukup terkawal, kenapa BN gagal membuat bajet yang sempurna?

Pada hemat saya, ada 2 sebab kenapa BN terpaksa meluluskan ‘Bajet Cocacola’.

1) Mereka sendiri mula yakin bahawa kerajaan mereka adalah tidak sah. Satu kerajaan yang sah tidak akan membentangkan bajet segera dalam keadaan terdesak. Pada tahun 2008, saya mengendalikan bajet selama 4 hari. Ini adalah kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah di Negeri Perak. Bayangkan bajet Najib diluluskan dalam 20 minit di Parlimen. Bolehkah kita terima bajet seperti itu? Jika tidak, bagaimana kita boleh terima bajet 20 minit yang diluluskan oleh BN Perak? Ini adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat. Ia tidak diluluskan dengan cara atau prosedur yang betul. Ahli-ahli Dewan Negeri Pakatan Rakyat tidak memgambil bahagian dalam pembentangan bajet tersebut. Persoalannya berapa orangkah Ahli-ahli Dewan Negeri BN yang mengambil bahagian dalam perbahasan bajet itu? Kenapa mereka tidak mengambil bahagian dalam perbahasan? Adakah Ahli-ahli Dewan Negeri BN yang secara fizikalnya berada di situ juga tidak mengiktiraf atau boikot bajet yang dibentangkan oleh Dato Seri Zambry Abdul Kadir? Pada tahun yang lepas saya memberi peluang sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap ahli-ahli Dewan Negeri untuk membahaskan bajet. Dato Seri Tajol Rosli, mantan Menteri Besar Perak dibenarkan untuk membahas bajet yang dibentangkan oleh Dato Seri Nizar selama hampir 2 jam. Tetapi, pada tahun ini BN telah meluluskan bajet keseluruhannya dalam tempoh 20 minit. Adakah Dato Seri Zambry Abdul Kadir membuat pengulungan perbahasan bajet? Jika tidak, bagaimana kita boleh mengiktiraf Bajet 2010 yang diluluskan oleh BN dalam Dewan Negeri Perak. Nampaknya BN hanya mengkaburi mata rakyat dengan membuat satu bajet dengan cara yang tidak betul. Bagi mereka, proses, prosedur dan undang-undang adalah tidak penting. Mereka mahu kekal berkuasa secara haram walupun ia tidak menepati undang-undang.


2) Satu lagi sebab kenapa Bajet Cocacola diluluskan ialah Dato R.Ganesan yang memduduki kerusi Speaker secara haram tidak tahu untuk mengendalikan satu persidangan bajet yang sebenar. Jika dia fasih dalam undang-undang dan perintah-perintah tetap, sudah tentu dia tidak akan mencemar persidangan tersebut. Beliau telah mencemari dewan pada persidangan 7 Mei dengan memanggil polis masuk ke dalam dewan dan mengheret keluar Speaker yang sah. Kali ini beliau mencemari dewan sekali lagi dengan membenarkan bajet diluluskan dalam masa 20 minit. Jika beliau adalah Speaker yang sah dan menghormati undang-undang, sudah tentu beliau tidak akan tunduk kepada arahan eksekutif untuk bertindak di luar batasan kuasanya. Walau bagaimanapun, beliau boleh memohon kepada ‘Malaysia Book of Record’ kerana pencapaiannya mengendalikan persidangan Bajet yang paling pantas di Malaysia.

Kerajaan BN terpaksa meluluskan bajet 20 minit dengan kawalan polis dan bentara-bentara baru kerana mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Satu kerajaan yang sah dan diterima oleh rakyat tidak perlu takut seperti ini. Sampai bila BN akan bertahan dengan suasana ketakutan? Bubarkan DUN perak dan adakan pilihanraya kecil supaya rakyat boleh menentukan kerajaan yang sah dan menamatkan kemelut politik yang berpanjangan ini.

-----------------------------------
Anda dijemput untuk menjadi rakan facebook saya.
Sivakumar Varatharaju

Read more...

IPOH BAGAI ZON PERANG - NIZAR

>> 29 Oktober 2009

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.

Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.

"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

ImageMenceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang Dun Perak semalam, beliau memberitahu kesemua Adun pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.

"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.

"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.

Image

(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)

Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.

Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. _(harakahdaily)

Read more...

ANTARA BUTIRAN MESYUARAT KHAS AJK PAS PUSAT MALAM TADI

kemaskini 2.42am Khamis Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.


"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.

Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.(malaysiakini)

Read more...

JAMBATAN RUNTUH : NI HA...ADA SEEKOR BANGAU LAGI MENYANYI



Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.

"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka (yang membuat sumbangan dan membina jambatan) dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

Jelasnya lagi, jambatan itu dibina bagi menghubungkan pusat kokurikulum di seberang sungai tersebut yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang

"Pusat kokurikulum itu bukan untuk kegunaan sekolah itu saja tapi untuk semua sekolah dalam daerah Kinta Selatan," katanya.

Walaupun mengakui pusat ko-kurikulum itu terletak bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPD), tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada proses pembinaan jambatan itu juga berada bawah tanggungjawab pejabat tersebut.

"Itu kita tidak tahu," katanya, termasuk apabila ditanya sama ada sumbangan untuk pembinaan jambatan tersebut juga dibuat melalui PPD tersebut.

Ditanya lagi sama ada JPN akan menggantikan jambatan yang runtuh itu, beliau sekadar berkata: "Setakat ini tak ada lagi. Kita tak tahu lagi".

Semalam, pengarah Jabatan Kerjaraya Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad juga dilaporkan berkata jambatan gantung dibina tanpa mendapat kelulusan jabatannya.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Manakala Guru besar SK Kuala Dipang, Alwi Hashim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat. (malaysiakini)

Read more...

MAKA BERMULALAH LAGU 'bangau oh bangau'

>> 28 Oktober 2009


Bangau oh bangau..,
Siapa yang buat jambatan...?

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

(LAGU BANGAU OH BANGAU MULA DAAAH..!)
Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.


(APA CERITA NI...!) SENANGNYA CAKAP.....
Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.


Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."(malaysiakini)

Read more...

1 MALAYSIA RUNTUH

Read more...

JAMBATAN RUNTUH : GB DISIASAT. YANG ATAS-ATAS TU TAK KENA KE..?

Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh kelmarin, memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung projek pembinaan struktur itu.

Alwi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat itu.

Alwi berkata beliau kemudian mengadakan mesyuarat dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak selama tiga jam sehingga 5 petang.

Butiran yang dibangkitkan dalam pertemuan itu bagaimanapun tidak dijelaskan.

Jambatan baru (foto, warna biru) sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu dilaporkan siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Seorang murid sekolah disahkan mati lemas, sementara dua lagi masih hilang.

Diminta mengulas syarikat yang membina struktur maut itu dan kosnya, Alwi berkata "itu bukan urusan saya, kena tanya JPN."

Ditanya sama ada beliau terbabit memberikan sebarang kelulusan berhubung pembinaan jambatan gantung itu, beliau berkata "tidak."

"Saya cuma datang meninjau-ninjaunya (projek itu)," jelasnya apabila ditanya sejauh mana pembabitan beliau dengan projek berkenaan.(malaysiakini)

Read more...

RENTETAN PERISTIWA SIDANG DUN PERAK / BN JAKUN

12.55pm: Dalam kekecohan persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

12.37pm: ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu 'bersidang', iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

12.15pm: Zambry bentang usul tangguhkan sidang DUN BN, dan diluluskan.

12.05pm: Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".

Bagaimanapun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.


10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnnya dengan menepuk meja.


Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.
10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".


10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.


Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.
Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.(malaysiakini)

Read more...

HIMPUNAN KHAS DAN SOLAT HAJAT ISU SEMASA PAS TELUK INTAN

>> 27 Oktober 2009


Solat hajat berjemaah. (Gambar ihsan blog Hjazhar)


Dewan markaz penuh sesak dengan kehadiran ahli dan penyokong.


Yang Di Pertua PAS, Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan Naib YDP, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin.


Sdr. Ahmad Kabir memberi penerangan tentang Kelab Penyokong.


Pengarah JPK, Hj. Azhar memberi taklimat tentang gerak kerja pilihanraya.

TELUK INTAN, 27 Oktober - Atas arahan PAS Negeri Perak berkenaan Sidang DUN dan isu semasa maka PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis solat hajat dan himpunan khas. Program telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak. Program bermula dengan solat Isya'.

Solat hajat telah diimamisendiri oleh YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail Che Nik. Seterusnya taklimat khas berkenaan Sidang DUN, isu semasa, dan tentang gerak kerja pilihanraya. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha PAS Kawasan berkenaan Daftar Pemilih. NYDP Sdr. Ahmad Kabir pula menyampaikan makluman tentang perkembangan DUN Changkat Jong dan Kelab Penyokong PAS.

Yang terakhir, taklimat gerak kerja pilihanraya elah disampaikan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan, Tuan Haji Azhar Rafaie. Ahli-ahli telah dimaklumkan tentang beberapa perkara berkaitan pilihan raya seperti potfolio pilihanraya, daftar pemilih, dana dan sebagainya.

Kehadiran ahli dan penyokong sama ada muslimin dan muslimat amat menggalakkan. Dewan markaz agak penuh sesak.

ar_rawa

Read more...

SATU MALAYSIA DAH BUAT HAL



GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati. (muslimin united)

Read more...

SELESAI SECARA MUSYAWWARAH : PRESIDEN PAS

>> 26 Oktober 2009


Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam. BERNAMA

Read more...

JOM DATANG RAMAI-RAMAI..!

ar_rawa

Read more...

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK TENTANG SIDANG DUN PERAK

>> 25 Oktober 2009


Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Read more...

EGM : PIMPINAN AKAN BERBINCANG, AHLI DIMINTA BERTENANG


Parti Islam Semalaysia Pas akan berbincang mengenai pandangan murni Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangannya untuk mengadakan Muktamar Khas.

Seperti yang dimaklumkan oleh Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub, pandangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat dalam tempoh terdekat ini. Mesyuarat ini akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan Muktamar Khas atau tidak.

PAS amat mengalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan yang diberikan, namun pada waktu ini setiap pimpinan diminta agar membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak mengunakan media termasuk blog dan facebook peribadi yang boleh mendatangkan lebih banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti.

Pas penuh yakin masalah ini dapat diselesaikan melalui musyawarah, muhasabah seperti yang pernah diselesaikan sebelumnya. Inilah kelebihan yang ada kepada Pas dan tidak dalam Umno/BN.

Read more...

NISA' KAWASAN TELUK INTAN BERJAYA ANJUR PROGRAM REMAJA




TELUK INTAN, 25 Oktober - Nisa' adalah satu unit di bawah Dewan Muslimat PAS. Ia merupakan sebuah organisasi yang menjadi penghubung antara Dewan Muslimat PAS dan generasi muda wanita. Ia menjadi agen dakwah, sumber ilmu, penerangan kepada generasi muda melalui pendekatan kontemporari.

Sesuai dengan fungsinya, maka Nisa' Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan program remaja berkonsepkan 'Team Building' baru-baru ini. Ia telah diadakan di Dewan PUNSU, Masjid Daerah Teluk Intan. Ia bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Ketua Muslimat Teluk Intan sedang menyampaikan ucapan.


Program taaruf sedang berjalan.






Peserta sedang menjalani aktiviti.

Lebih 30 orang peserta remaja perempuan telah menyertai program menarik ini. Ia telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan, Puan Robiatun Abas. Di dalam ucapan perasmian, beliau banyak menyentuh tentang keistimewaan kepada remaja yang menyertai Nisa'.

Ini diharapkan dapat melatih para remaja perempuan menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia, hidup berlandaskan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan remaja yang penuh cabaran ini. Beliau juga menyeru kepada para peserta agar dapat menarik kawan-kawan yang lain menyertai Nisa' bagi program akan datang.





Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taaruf, tayangan slaid, aktviti berkumpulan dan lain-lain lagi. InsyaAllah, NIsa' Teluk Intan akan menganjurkan beberapa siri program remaja selepas ini.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP