Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

"UMNO KINI BUSUK HINGGA KE USUSNYA - MAHATHIR

>> 30 November 2009

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Read more...

NIK AZIZ PERTAHAN ISU DOA ....


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.(malaysiakini)

Read more...

BNM SIASAT PEMINDAHAN RM10 JUTA OLEH MB NS

>> 29 November 2009


Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.(malaysiakini)

Read more...

DUN PERAK : CAWANGAN, AHLI DIGESA SIAP SEDIA HADAPI PILIHAN RAYA

TITI SERONG,28 Nov: Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.

Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.

Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada.

"Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.(harakahdaily)

Read more...

PERUTUSAN EIDUL ADHA DARIPADA PESURUHJAYA PAS PERAK

>> 27 November 2009


Assalamualaikum wbt

Saya mewakili saf kepimpinan PAS Perak, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk negeri Perak Darul Ridzuan. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S beserta anaknya Nabi Ismail A.S dalam meneruskan perjuangan menegakkan perintah ALLAH SWT.

Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun sebelum ini, bagaimana Nabi Ibrahim A.S, menunjukkan kepatuhan,ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah ALLAH SWT. Atas nama sunnah ini maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia bagi yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim A.S.

Kisah Nabi Ibrahim A.S baik ketika meninggalkan anak kecil dan isteri yang lelah di tengah padang pasir juga ketika menerima perintah ALLAH SWT menyembelih anak kesayangannya. Kesemua kisah itu dapat kita simpulkan kepada tiga;

Pertama, asasnya adalah ketaatan yang kental kepada ALLAH SWT,

Kedua, ‘Millah’ Nabi Ibrahim A.S ialah ALLAH SWT akan memberi hidayah kepadanya kerana semata-mata mentaati ALLAH SWT,

Ketiga ialah keikhlasan dalam amalan. ALLAH SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas dan semata-mata ditujukan kepada-Nya.

Oleh sebab itu, penghayatan yang mendalam atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S wajar dicerna dalam segenap ruang hidup kita. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa membiasakan diri untuk mengamalkan sikap suka berkorban sepanjang masa dari segi wang, tenaga, masa, dan buah fikiran untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Semoga kita semua diberi kerahmatan dari ALLAH SWT, dalam mengharungi cabaran dan dugaan ketika hidup diatas muka bumi ini, gunakan lah kesempatan yang ada untuk kita berkorban untuk ALLAH SWT.

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar

Read more...

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR...WALILLAAHIL HAMDU

Ibadah korban dilakukan. Berpuluh-puluh ekor lembu telah ditumbangkan namun siapa akan memikirkan akan pengorbanan saudara-saudara seIslam kita yang dikorbankan oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia.

Siapatah yang memikirkan Yahudi laknatullah yang telah banyak melakukan korban atas umat Islam di Palestin ?

Bagaimana pula umat Islam yang dikorbankan di Iraq, Afghanistan, Thailand, Mindanao dan sebagainya ?

Bersama-samalah kita berfikir bagaimana meningkatkan pengorbanan kita dalam konteks negara tercinta ini demi mengembalikan hukum Allah di muka bumi ini.

Tingkatkan pengorbanan dan jihad kita dan sentiasa kita bersabar dalam apa jua keadaan; baik susah ataupun senang. Sentiasalah kita bersiap sedia menghadapi serangan musuh yang sentiasa mengintip mencari ruang dan peluang pada setiap kelemahan dan kealpaan diri kita.

Akhirnya, tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman bersabarlah, dan bersabarlah kamu menghadapi musuh, dan bersiap siagalah di kubumu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu menjadi orang yang menang" (Ali Imran : 200)

Ibadah korban di Surau Diri Jumaat Taman Cicely.




ar_rawa

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH KEMATIAN PEMUDA INDIA

>> 26 November 2009



Di dalam kesibukan yang tidak pernah reda, ADUN Changkat Jong masih sempat lagi meluangkan masa seketika untuk menziarahi rumah keluarga India yang kematian suami di Ladang Sri Intan (dulu Ladang Nova Scotia) di Batu 5.

YB Anuar baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke Sungai Rusa. Beliau diiringi oleh TYDP PAS Teluk Intan, Sdr. Mohammad Hamzah AJK Kawasan, Sdr. Surianarayanan Pengerusi KPP Perak dan Sdr. Hacharan Singh, Setiausaha KPP Teluk Intan.

Di sana, YB Anuar telah mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Sanderasegaran yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung ketika bekerja di ladang. Mendiang meninggalkan seorang isteri serta dua orang anak yang masih kecil.


YB Anuar disambut oleh penduduk ladang.







ar_rawa

Read more...

KAMPUNG KAMI BANJIR DUA KALI SEBULAN...



TELUK INTAN, 26 November - "Kampung kami banjir dua kali sebulan," kata penduduk Kampung Sungai Rusa dekat Teluk Intan. Setiap kali air sungai pasang, ia akan melimpah ke kebun sawit. Akibatnya ia telah menjejaskan punca pendapatan utama penduduk di situ yang bergantung kepada hasil kelapa sawit kerana air telah bertakung lama.

"Air banjir ini telah terkepung selama dua tiga bulan. Kami sudah biasa dengan banjir ini tetapi apa yang merunsingkan ialah ia telah menjejaskan punca pendapatan kami," jelas wakil penduduk di situ.


YB Anuar meninjau kawasan sawit yang telah lama ditenggelami air.


Melihat keadaan kebun sawit yang berair.




YB Anuar mendapat penerangan daripada penduduk kampung.

Oleh kerana masalah ini telah lama dialami dan telah diajukan kepada pihak berkenaan namun tiada sebarang tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh kerana itu, petang tadi, para wakil penduduk Sungai Rusa, Lubuk Keli telah mengadakan pertemuan dengan ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin.

Walaupun, Sungai Rusa terletak di dalam kawasan parlimen Pasir Salak namun ia di bawah pentadbiran Pejabatn Daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Turut sama ke kampung tersebut ialah YDP PAS Kawasan Pasir Salak yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari.

Pihak rombongan ADUN Changkat Jong telah di bawa melihat sendiri keadaan kebun sawit yang telah lama terendam di dalam air yang sudah lama bertakung sehingga kadang-kadang memaksa penduduk kampung menggunakan sampan untuk melakukan kerja di kebun.

"Puncanya ialah daripada projek pembersihan sungai yang tidak betul dan tiadanya kunci air yang dapat mengawal air ketika banjir berlaku. Apa yang diharapkan oleh penduduk kampung ialah pihak JPS dapat membina kunci air yang dapat menyelesaikan masalah banjir tersebut dengan segera.

Apa yang berlaku ialah projek pembersihan sungai yang dilakukan dengan tidak sempurna setiap kali masalah berlaku yang akhirnya masalah tersebut tidak selesai hingga kini.

"Apa yang menyedihkan ialah pihak PAS telah dua kali mengutarakan masalah tersebut ke peringkat Majlis Tindakan Daerah dan negeri namun tiada sebarang tindakan," jelas Ustaz Mustafa Shaari.

Bagi YB Haji Mohd Anuar Sudin, ini menjelaskan lagi setakat manakah keikhlasan BN/UMNO dalam membantu orang kampung.

"Kalau mereka (kerajaan UMNO/BN) benar-benar ikhlas, mereka akan segera menyiapkan kunci air yang dapat menyelesaikan masalah banjir ini secara kekal berbanding mengadakan projek pembersihan sungai yang hanya menguntungkan kroni-kroni mereka sahaja," jelas beliau.

Walaubagaimanapun, beliau akan cuba membawa masalah ini kepada pihak JPS secepat mungkin.

Turur hadir ialah TYDP PAS Teluk Intan, Pengerusi Kelab Penyokong Perak Sdr. Surianarayanan dan Setiausaha KPP Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh.

Mereka mendapat penjelasan daripada bekas Ketua Kampung PR dan beberapa orang penduduk kampung.




Ustaz Mustafa ditemuramah pemberita Sinar Harian.




Parit tersumbat.



ar_rawa

Read more...

PEMIMPIN PARTI POLITIK WANG TIADA UPAYA SELESAI KRISIS MCA - NIK AZIZ


KOTA BHARU, 26 Nov: Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.

Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.

"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.

"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.

Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.(harakahdaily)

Read more...

PEGUAM : NAJIB 'DIKAITKAN' DENGAN KEHILANGAN BALA

>> 25 November 2009

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu. (malaysiakini)

Read more...

MASALAH KEWANGAN PAFA, UMNO PERAK LEPAS TANGAN


Harakahdaily
IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melahirkan kekesalan dengan sikap bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Zainol Fadzi Paharudin yang menyalahkan Presiden, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berikutan kegagalan pasukan Seladang negeri itu menyertai Liga Super musim depan akibat masalah kewangan.

Menurut mereka, Nizar dalam satu pertemuan baru baru ini telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah tunggakan semenjak tahun 2006 lagi iaitu sebelum beliau memegang Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) .

Ketua DPPN Pk, Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan memberitahu, Zainol yang juga Ahli Majlis PAFA sewajarnya mengetahui bahawa sepanjang Nizar menerajui PAFA, semua bayaran semasa telah dilangsaikan.

Cuma yang masih bermasalah katanya adalah tunggakan hutang terdahulu yang masih cuba diselesaikan.

"Itu pun Datuk Seri Nizar berusaha juga menjelaskan beberapa hutang lapuk yang perlu diberikan perhatian turut dilangsaikan" katanya.

Apa yang mendukacitakan katanya, sikap Zainol yang berkeadaan seperti orang luar di dalam isu tersebut dan bersikap menghentam bukan membantu.

"Beliau sepatutnya membantu bagi menyelesaikan kes yang tertunggak ini. Beliau yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak sudah tentu mengetahui keadaan yang telah berlaku sekitar tahun 2006 lagi.

"Persoalannya kenapakah perkara ini tidak pernah beliau bangkitkan ketika itu, kata beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika desakan terhadap Nizar supaya berundur, beliau juga sepatutnya bertindak mendahului desakan tersebut kerana kegagalannya menjalankan tugasnya di dalam pembangunan bolasepak Perak itu sendiri.

"DPPN Pk mencabar Zainol untuk bertemu bagi memperjelaskan usaha beliau untuk menyelesaikan isu yang ada", katanya.

Pasukan Bola Sepak Perak perlu melangsaikan bayaran hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraksi pada Liga Super musim depan.

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga tersebut.

DPPN Pk antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.

Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk tujuan tersebut.

Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

Read more...

KREDIBILITI SPR TERJEJAS - IDHAM LIM


IPOH - Penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penangguhan keputusan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah minggu lalu, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti badan berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, permohonan SPR untuk menangguhkan keputusan pengosongan kerusi DUN itu jelas menggambarkan bahawa SPR telah tersasar jauh dari tugas sebenarnya yang bertanggungjawab menguruskan soal berkaitan pilihan raya.

Menurutnya, permohonan itu juga jelas menggambarkan bahawa SPR seolah-olah bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan berlakunya kekosongan pada kerusi DUN di kawasan berkenaan.

“Pengumuman bahawa Datuk Abu Hassan Arif masih lagi wakil rakyat di Kota Siputeh dan kerusi DUN di situ masih belum dikosongkan menjelaskan lagi penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan SPR yang mahukan agar kerusi DUN Kota Siputeh dikosongkan.

“Justeru, sewajarnyalah pihak SPR tidak mempertikaikan apa sahaja surat serta dokumen yang telah sah dari segi undang-undang itu,” katanya.

Khalil berkata, pada hari ini segala tindak-tanduk SPR boleh diibaratkan sebagai diperkudakan oleh pihak tertentu sebagaimana yang berlaku di Perak.

Sementara itu, Khalil turut mendesak pihak SPR mengkaji semula keputusan yang dikeluarkannya berhubung kes hasil makluman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar berhubung peletakan jawatan tiga ADUN dari Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang masih tergantung sehingga ke hari ini.

Katanya, berdasarkan penghakiman pada hari ini, peletakan jawatan itu harus diterima oleh SPR sebagai maklumat dan mereka (SPR) cuma perlu bermesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon serta tarikh mengundi bagi perkara berkenaan.

“Berdasarkan kepada keputusan penghakiman pada hari ini SPR perlu menyemak semula kesilapan keputusan yang dibuat pada kes tiga ADUN berkenaan, selain memaklumkan kekosongan tiga kerusi di kawasan tersebut secepat mungkin,” katanya. (sinar harian online)

Read more...

USTAZ AKHILL : KES SAYA DENGAN JAIS DAH TIGA TAHUN TAK SELESAI...

WALAUPUN kes penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy ditahan berceramah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berlalu tiga tahun lalu, dia berkata sehingga sekarang kes itu bagaikan berkubur begitu sahaja.

"Kes saya tidak pernah disebut sehingga saya hubungi kawan-kawan. Mereka kata tidak ada apa-apa masalah dan Jais tidak tahu nak dakwa apa..

"Jadi, saya nasihatkan janganlah susahkan insan-insan seperti kami yang nak berdakwah ini. Cukup-cukuplah, pergilah ke tempat-tempat maksiat yang cukup banyak. Bila disuruh ke tempat maksiat, mereka katatak cukup kakitangan.

"Sehingga sekarang saya perlu mengadap JAIS dahulu sebelum memberikan ceramah kerana sudah mengikut ‘standard’ mereka. Tapi saya hargai pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana saya mendapat kerjasama yang baik dengan mereka.

"Tidak lama lagi, saya dan Astro akan bekerjasama dengan Jawi untuk melakukan sebuah program tetapi tidak boleh dimaklumkan lagi kerana masih dalam perbincangan," ujarnya ketika dihubungi.

Ini kerana baru-baru ini pihak Jais pernah mendakwa yang ‘ustaz rock’ itu pernah ditahan atas kesalahan melanggar Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 di bawah Seksyen 119 (1) kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Seksyen 8, Shah Alam.

Malah, Jais juga tidak pernah mengeluarkan sebarang tauliah terhadap Akhil untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah atau khutbah agama di negeri itu.

Isu tauliah penceramah agama hangat diperkatakan baru-baru ini apabila Bahagian Penguatkuasaan JAIS menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang pada 1 November lalu.

Justeru, Akhil sempat meluahkan harapannya agar enakmen tauliah yang dikuatkuasakandi negeri Selangor sebelum ini dibubarkan.

"Saya ditahan oleh Jais dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat semasa hendak memberikan ceramah di sebuah surau baru diTaman Puncak Alam, Seri Kembangan. Mereka (JAIS) buat saya seperti penjenayah.

"Mereka dakwa saya dan belum dibuktikan saya bersalah. Belum tentu juga saya bersalah kerana itu baru dakwaan. Jadi orang buat spekulasi sedangkan orang tak tahu sebab-musabab saya ditahan.

"Mereka tidak tahu yang mengajar agama di Selangor perlu ada tauliah, sebaliknya lebih memfokuskan saya ditahan oleh Jais danpolis. Jadi ia memberikan reputasi buruk kepada maklumat dan pandangan orang ramai.

"Jadi, kalau rasa enakmen ini perlu dibubarkan, kita bubarkanlah dan perhatikanlah orang yang betul-betul perlu ditahan. Kalau ditahan, apa hujahnya..adakah ajarannya sesat, menyeleweng akidah dan sebagainya," katanya lagi.

Bekas vokalis kumpulan D’ Riyadh ini bercerita yang dia terkejut dengan penahanannya sebelum ini kerana turut serta dalam majlis itu adalah Datuk Ismail Khamus dan bekas Mufti Selangor Allahyarham DatukIshak Baharom.

"Allahyarham Datuk Ishak pun pernah dilarang untuk memberi ceramah di negeri Selangor setelah beliau tidak menjadi mufti..sama seperti bekas Mufti Perlis Dr Asri.

"Kalau seseorang yang dikenali itu boleh memberikan sesuatu kepada masyarakat dan diundang untuk menyampaikan ceramah di surau baru untuk menarik orang ramai, jadi saya tiada masalah untuk itu.

"Apabila saya tiba di sana , sudah ada dua buah van JAIS dan kereta peronda polis. Saya hanya bersalam dengan mereka dan ingatkan mereka mahu turut serta dalam ceramah itu. Rupa-rupanya, ada isu lain.

"Masalahnya, apabila kita pergi atas permintaan orang...bayangkan bekas mufti tak boleh beri ceramah di negeri sendiri..Saya tak tahu apa agenda sebenar JAIS.

"Anak-anak kecil dan ibu-ibu yang hendak mendengar ceramah dan mungkin ada anak-anak yang baru hendak mengenal pentas masjid dansurau serta berdampingan dengan ustaz yang mereka senangi...bayangkan tiba-tiba Jais dan polis bawa penceramah ini ke balai polis. Apa moralitinya yang sebenar?

"Jadi, adakah Datuk Ismail Khamus sesat, adakah Datuk Harun Din sesat, adakah Datuk Nik Aziz sesat termasuk Allahyarham Datuk Ishak Baharom sesat..," ceritanya.

Akhil turut mempersoalkan di mana kewibawaan untuk menghapuskan ajaran sesat sedangkan enakmen untuk mendapatkan tauliah itu turut menghalang ‘orang yang tidak sepatutnya’ dipersoalkan tauliahnya.

"Negeri Selangor yang buat enakmen seperti itu. Negeri lain pun nak jaga ajaran sesat juga, tetapi tiada enakmen seperti itu. Jadi, janganlah tahan orang yang nak beri ceramah ini dalam masjid dan surau.

"Kalau kita nak beri ajaran sesat, kita beri ceramah di tempat gelap atau di rumah-rumah. Saya sudah 15 tahun berdakwah, nak berkongsi ilmu di tempat terang.

"Kononnya enakmen ini digunakan untuk mengawal penularan ajaran sesat dan diakui perkara itu perlu tetapi tidakkah ada budi bicara apabila mereka lihat tokoh agama mengajar...yang akhirnya ditahan dengan polis dan disoal siasat bagaikan penjenayah.

"Jangan ‘double standard’ kan perkara ini. Jangan sebab kita ada kuasa, kita hendak menghukum orang yang baru hendak mengenal orang ramai ini untuk berkongsi ilmu yang berdasarkan hadis.

"Orang juga hendak tahu tentang agama berdasarkan pengalaman seorang penyanyi," ujar suami bekas penyanyi dan pelakon Waheeda ini.

Akhil turut mencadangkan agar tauliah agama bukan sahaja perlu dimohon oleh penceramah malah mana-mana ahli politik.

"Misalnya, kalau nak tauliah, minta tauliah agama kepada ahli politik sekali kerana setiap percakapan mereka dalam dewan parlimen dan di mana-mana merupakan dakwah," akhirinya.(mstaronline)

Read more...

PULAK DAH.....(memang dah agak..!)

>> 24 November 2009


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.(malaysiakini)

Read more...

TEKS KHUTBAH EIDULADHA 1430H

Teks Khutbah Eiduladha 1430

Image

Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk tujuan hari raya yang bakal menjelang.

Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:-

1) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

2) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu

3) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Perak

Read more...

MINYAK RON95 ROSAKKAN ENJIN?


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah membangkitkan kualiti minyak tersebut yang diperkatakan banyak pihak sehingga terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin.

"Ada stesen minyak yang bukan Pteronas telah meletakkan notis bahaya terhadap minyak RON95 dan menyenaraikan jenis kenderaan yang boleh menggunakan minyak ini," katanya mendedahkan kepada Dewan Rakyat.

Manakala Hamim Samuri (BN-Ledang) menyatakan sekiranya minyak kuning (RON95) lebih efisien, maka adalah lebih baik hanya satu jenis minyak sahaja digunakan dan dicadangkan supaya minyak lain seperti RON97 ditarik balik.

Bagaimanapun, tanggapan pengguna terhadap penggunaan minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe yang menjawab solan tersebut.

Katanya sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Kata Tan negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95.

"Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.

Tan berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Beliau berkata dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Ketika menjawab soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai perkara itu.

"Pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini, dan kita akan menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk memeriksa semua stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas," katanya.

Read more...

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN DILANTIK PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Read more...

KEPUTUSAN NIK AZIZ BUKTI KETINGGIAN INTEGRITI DAN MORAL



Harakahdaily
KOTA BHARU, 24 Nov: Tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan membuktikan ketinggian integriti dan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan parti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti.

"Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,"

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.

Semalam Nik Aziz selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ditanya samaada perkara itu menunjukkan PAS sedang menghadapi masalah dalaman yang serius, beliau menafikan perkara itu.

"Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran,"

"Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Ariffahmi bersetuju meletakkan jawatannnya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Read more...

USTAZ NASHA ALAMI KEKEJANGAN OTOT

Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan tubuhnya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata: "Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalamai kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung - pemeriksaan mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Tumpat, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.

Beliau berkata, selain ramai pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut hadir menziarahinya malam tadi. (malaysiakini)

Read more...

DIGANTUNG TIDAK BERTALI



IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, keputusan penghakiman kes Kota Seputeh oleh Mahkamah Tinggi perlu disemak oleh SPR yang sebelum ini menolak keputusan Speaker Dun perak.

Bagi beliau, SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam kes tiga Adun Perak itu dan memaklumkan kekosongan tiga kerusi tersebut secepat mungkin.

Bagi beliau, kes Kota Siputeh sama dengan kes tiga DUN di Perak itu dan SPR kena tarik keputusannya di Perak sebelum ini.

Khalil mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Putrajaya yang menolak permohonan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusannya sebelum ini yang memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan dalam masa 60 hari di Kota Seputeh.


"Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut," kata Khali, Adun Titi Serong itu.


Khalil mempersoalkan, bukankah SPR kerjanya tidak lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu," katanya.

Bgai beliau, SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat.

"Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan.

"Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat," katanya.

Yang lebih malang lagi, katanya, ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.

"Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak," katanya.

Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan, katanya.

Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Ertinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut," katanya.

Penghakiman pada hari ini juga baginya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.

Read more...

SITI TERIMA KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR DEPAN JENAZAH IBU

>> 23 November 2009


Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly, 12, berdoa di kubur ibuya Rusmah Abdullah yang meninggal dunia malam kelmarin di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said kelmarin. Siti Amynur yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Noreha Adam itu di hadapan jenazah ibunya sebelum dikebumikan semalam. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. BERNAMA

Read more...

MAHKAMAH TINGGI KL TOLAK PERMOHONAN SPR

கோத்தா சிபுத்தே மீதான தீர்ப்பை நிறுத்தி வைக்க தேர்தல் ஆணையம் செய்த விண்ணப்பம் நிராகரிப்பு

கெடா கோத்தா சிபுத்தே சட்டமன்றத் தொகுதியில் தேர்தல் ஆணையம் இடைத் தேர்தலை நடத்த வேண்டும் என்ற தனது முந்திய முடிவை நிறுத்தி வைப்பதற்கு அந்த ஆணையம் செய்து கொண்ட விண்ணப்பத்தை கோலாலம்பூர் உயர்நீதி மன்றம் இன்று நிராகரித்துள்ளது.

தேர்தல் ஆணையத்தின் வேண்டுகோளைப் பரிசீலிப்பதற்கு சிறப்பு சூழ்நிலைகள் ஏதும் இல்லை என்று நீதிபதி அலிஸாத்துல் கைர் ஒஸ்மான் கைருடின் கூறினார்.

“மேலும் இடைத் தேர்தலை நடத்துவது தேர்தல் ஆணையத்தின் கடமை என்பதால் நீதிமன்றம் தீர்ப்பை நிறுத்தி வைக்கு உத்தரவை வழங்க முடியாது”, என்று அவர் சொன்னார்.

கோத்தா சிபுத்தே தொகுதிக்கான தேர்ந்தெடுக்கப்பட்ட பேராளர் இன்று சட்டமன்றக் கூட்டங்களில் கலந்து கொள்ளத் தவறிய பின்னர் அந்த தொகுதி காலியாக இருப்பதாக அறிவிக்காததின் மூலம் தவறு செய்திருப்பதாக அகடந்த வாரம் அவர் தீர்ப்பளித்திருந்தார்.

அடுத்த 60 நாட்களுக்குள் இடைத் தேர்தலை நடத்துமாறும் அவர் தேர்தல் ஆணையத்திற்கு உத்தரவிட்டார்.

தேர்தல் ஆணையம் இன்றைய உயர்நீதிமன்ற முடிவை எதிர்த்து முறையீட்டு நீதிமன்றத்திற்கு முறையீடு செய்து கொள்வதற்காக தீர்ப்பை நிறுத்தி வைப்பதற்கு விண்ணப்பித்துக் கொண்டுள்ளது.

அடுத்த கட்ட நடவடிக்கையை ஆராய்வதற்காக இன்று பிற்பகல் தேர்தல் ஆணையம் கூட்டம் ஒன்றை நடத்துகிறது. அதே வேளையில் அந்த முடிவுக்கு எதிராக முறையீட்டு நீதிமன்றத்திற்கு விண்ணப்பம் செய்வதற்கும் தேர்தல் ஆணைய வழக்குரைஞர்கள் திட்டமிட்டு வருகின்றனர்.

Read more...

KALAU PEMIMPIN 1 M'SIA TAK SANGGUP BUAT MACAM NI...

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik. (malaysiakini)

Read more...

HUJAN LEBAT DIJANGKA SEHINGGA SABTU INI


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Hujan lebat serta angin langkisau dengan kelajuan 65 kmsj dijangka berlaku sehingga hari kedua sambutan Aidiladha pada Sabtu ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Ramalan Kaji Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia Amirzudi Hashim berkata satu lekukan tropika terbentuk di Laut China Selatan akan menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Jabatan Meteorologi mengesan lekukan tropika kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Angin langkisau ialah angin keras dan tidak menentu pada haluannya.

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu serta Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah, dengan arah dan kelajuan angin 40 sehingga 50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter sehingga Rabu.

Ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pantai Barat Sabah pula dijangka berterusan hingga petang ini.

-- BERNAMA

Read more...

LAPORAN LETAK JAWATAN - PROVOKASI 'MEMATIKAN' HUSAM

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

"Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.

"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.

Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.

Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar. (harakahdaily)

Read more...

25 TAHUN : PASTI TELAH MENJADI INSTITUSI MASYARAKAT

>> 21 November 2009



TELUK INTAN, 21 November - Telah 25 tahun Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bertapak di negara ini dan ia telah mula menjadi institusi masyarakat setempat. Demikian dinyatakan oleh TYDP PAS Teluk Intan di dalam ucapan perasmian beliau pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI peringkat Teluk Intan.


Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan sedang menyampaikan ucapan.


Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.




Persembahan murid PASTI Ibnu Sina menarik perhatian para hadirin.

Menurut beliau, apabila PASTI telah menjadi sebuah institusi masyarakat setempat maka sebarang usaha pihak-pihak tertentu untuk melenyapkan PASTI akan dipertahankan sendiri oleh anggota masyarakat setempat. Ini kerana mereka sendiri telah sedar dan tahu akan akan peranan PASTI di kampung atau tempat mereka tinggal. Mereka sendiri akan terasa kehilangan PASTI. Ini yang berlaku di sesetengah tempat.

"Ini adalah kerana kini PASTI dan premisnya bukan sahaja sekadar mennyediakan pendidikan pra sekolah kepada anak-anak malah ia kini telah dipelbagaikan fungsinya. Kini, ada PASTI yang telah menjadi pusat khidmat masyarakat, kelas belajar memasak, pusat tuisyen, pusat motivasi dan sebagainya. Maka adalah tidak mustahil apabila PASTI cuba ditutup oleh pihak berkuasa maka masyarakat sendiri yang mempertahankannya bersama-sama pihak pengurusan PASTI sendiri, " tambah beliau lagi.

Beliau juga berharap para ibu bapa akan terus memberi sokongan kepada PASTI dengan menghantar anak-anak ke PASTI.

"Biarlah anak-anak kita menerima pendidikan Islam dengan sempurna bersama PASTI. Kita sendiri akan melihat berlakunya beberapa perubahan pada anak-anak kita. Oleh itu saya berharap biarlah anak-anak kita ini menerima pendidikan pra sekolah di PASTI genap dua atau tiga tahun. Jangan setelah setahun belajar di PASTI, kemudian kita menghantar anak-anak kita ke tadika lain pula, " ujar beliau lagi.

Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada para ibu bapa yang terus memberikan sokongan kepada PASTI Teluk Intan serta mengucapkan terima kasih kepada para guru PASTI yang telah banyak berkorban dalam mendidik murid-murid PASTI sehingga mereka mendapat pendidikan smepurna.











Kemudian, TYDP PAS Teluk Intan telah sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya di dalam peperiksaan baru-baru ini.

Sementara itu, adik Fatin Umi Humairah binti Abd. Hamid, murid ari PASTI Ibnu Rusyd Taman Cicely telah muncul menjadi Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan bagi kategori umur 5 tahun. Bgai kategori umur 6 tahun pula, adik Nurus Saiyidah binti Abd. Rashid tari PASTI Al Falah Batu Enam, telah menjadi Pelajar Terbaik PASTI.

Selain daripada acara penyampaian hadiah, para ibu bapa juga dihidangkan dengan persembahan menarik dalam kalangan murid-murid PASTI.

Menurut Pengerusi PASTI Teluk Intan Sdr. Shamsuddeen, Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Teluk Intan telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. padang Tembak. Ia telah menggabungkan sebanyak tujuh buah PASTI di seluruh Teluk Intan. Di dalam ucapannya, beliau telah menyatakan telah 25 tahun PASTI berada di negara ini dan ia menunjukkan bahawa PASTI semakin diterima oleh masyarakat dan ia kekal hingga sekarang.


Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan kategori 6 Tahun.


Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan kategori 5 Tahun.


Tenaga pengajar PASTI Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP