Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

BLOG intanhijau.blogspot.com MEMPERBAIKI KEDUDUKAN

>> 31 Disember 2009



Berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Perakex Blogs bertarikh 30 Disember 2009, blog intanhijau yang berpengkalan di Teluk Intan telah dapat memperbaiki kedudukannya berbanding kedudukan pada dua minggu lepas.

Berkat sokongan pelbagai pihak, intanhijau telah berjaya memperbaiki kedudukannya. Jika dlihat berdasar senarai terkini, intanhijau berada pada kedudukan tempat ke-57 (pada 30.12.2009). Ini bermakna masih kekal dalam 100 blog popular di negara ini.

Sebelum ini, intanhijau telah berada pada kedudukan tempat ke-65 pada 6 Disember dan tempat ke-71 pada 16 Disember 2009.

Blog intanhijau lebih banyak memuatkan berita-berita tentang aktiviti bagi ADUN Changkat Jong dan PAS Teluk Intan. Namun begitu, blog tersebut turut memuatkan berita-berita isu semasa negeri Perak dan nasional serta antarabangsa.

Blog ini juga mempunyai prinsip, sebarang isu-isu yang melibatkan masalah dalaman parti tidak akan diterbitkan walaupun ia mampu menarik orang ramai membuka blog ini. Contohnya, isu-isu di Kelantan tidak diterbitkan demi menjaga prinsip dan maruah parti. Blog ini tidak akan mensensasikan berita masalah dalaman parti.

Namun ini tidak menjadikan blog tersebut ketinggalan dalam arus blog politik negara malah ia sentiasa mendapat perhatian terutama bagi mereka yang berada di Teluk Intan dan anak-anak Teluk Intan yang berada di perantauan.

Perkembangan terbaru, blog intanhijau telah dikembangkan dengan kewujudan blog baru iaitu intanhijauVS. Blog ini berkonsepkan kepada penerbitan bahan-bahan berita berbentuk video dan slaid. Ia boleh dilawati pada alamat http://intanhijauVS.blogspot.com



Sementara itu, blog Tukartiub, Penarik Beca, Perisik Rakyat, Kedahlanie, Perak Express dan Wartamaya mendahului senarai 100 blog teratas.

Semoga blog intanhijau akan terus berfungsi menjadi penyambung antara pimpinan dan rakyat.





ar_rawa

Read more...

KERANA MELAYU PERJUANGAN UMNO SEMAKIN REPUT

>> 30 Disember 2009


  • Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.
  • Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.
  • Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar kerana memeperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkaui sempadan bangsa.
  • Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi
  • Perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.
  • Ramai menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.
  • Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.
  • Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat demi mendapat faedah peribadi mereka.
  • Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.
  • Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lag.
ar_rawa

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG HADIR KE MAJLIS MALAM UKHUWAH PAS KG BAHAGIA



TELUK INTAN, 29 Disember - ADUN Kawasan Changkat Jong Y Hj. Mohd. Anuar Sudin telah hadir ke Majlis Malam Ukhuwah PAS Kg. Bahagia yang telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Bahagia malam tadi. Beliau hadir bersama isteri, Puan Hajjah Faridah.

Antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk merapatkan tali silaturrahim antara keluarga ahli-ahli PAS Kg. Bahagia.

Di dalam ucapan, YB Hj. Anuar telah menekankan aspek adab-adab dalam berjemaah yang mana terkandung di dalam perlembagaan PAS itu sendiri. Beliau telah merujuk kepada Perlembagaan PAS Fasal 75.

Antaranya ialah tentan ketaatan dan patuh kepada perlembagaan parti, patuh setiap arahan pimpinan parti, menjaga kerahsiaan parti, mengamalkan akhlaq islam, dan sentiasa mendalami ilmu Islam itu sendiri.

Menurut Hj. Anuar lagi, antara akhlaq-akhlaq Islam Islam ialah iklas dalam perjuangan, istiqamah dalam perjuangan, mentaati pemimpin dalam semua keadaan selagi pemimpin itu tidak menyuruh kepada maksiat dan sentiasa menjaga ukhuwah sesama ahli.

Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Kg. Bahagia yang telah berjaya mengadakan majlis sebegini yang perlu dicontohi oleh cawangan-cawangan lain.


Ustaz Sulaiman hadir menyampaikan tazkirah.




Puan Hajjah Faridah bersama muslimat cawangan.


Pimpinan PAS Kawasan dan cawangan beramah mesra.

Kemudian, slot tazirah telah diisi oleh Ustaz Sulaiman Hamzah. Beliau banyak membawa para hadirin kepada sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat bagaimana menanamkan sifat ukhuwah sesama muslim. Tazkirah yang penuh motivasi ini diharap dapat membangkitkan lagi semangat para ahli cawangan untuk bekerja lebih baik lagi.

Selepas itu, majlis tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Sulaiman Hamzah serta dibacakan doa oleh Ustaz Abdul Fattah Awang. Sambil para tetamu menikmati juadah istimewa, cabutan nombor bertuah turut diadakan.

Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta para ahli PAS Kg. Bahagia. Tahniah kepada PAS Cawangan Kg. Bahagia.
YB mencabut nombor bertuah.


YB menyampaikan hadiah.


Para pemuda tonggak cawangan.





ar_rawa

Read more...

MUDAH BAGI TUAN GURU NIK AZIZ...

>> 29 Disember 2009


Tuan Guru Nik Aziz kata :
  • Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS
  • teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.
  • Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)
  • Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS
  • Pakatan Rakyat lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini

Read more...

ADA CADANG LOGO BN DITUKAR..SAYA ADA CADANGAN..!!!

>> 28 Disember 2009

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Aha..saya ada beberapa cadangan bagi logo baru BN :

1. Dulu kan ada iklan 1Malaysia macam ais kacang. Jadi elok juga logo BN yang baru macam ni...



2. Logo BN ni O.K juga. Melambangkan kesenyapan rakyat 1Malaysia.



3. Logo ini melambangkan persahabatan spesies yang sewaktu dengannya.



4. Logo ini dicadangkan kerana BN selalu mencetuskan berita dan cerita yang pelik-pelik spt. enjin hilang dalam sedar, bangunan runtuh dll.



5. Logo basikal amat tepat sekali dengan slogan UMNO Juara Rakyat. Jadi, logo basikal ini melambangkan BN berjiwa rakyat.



6. BN melambangkan rojak..macam-macam ada..rasuah, runtuh, hilang, dll. OK jugak kan...



Amacam....pilihlah mana-mana yang menarik... pada PRU13 nanti pasti BN akan menang.

ar_rawa

Read more...

SANTAI : MENARA CONDONG DISELIPUTI KABUS

>> 27 Disember 2009

Cuti sekolah ini memberi peluang saya dapat meninjau bandar Teluk Intan pada awal pagi. Kalau hari bekerja memang susah juga dapat peluang 'round' bandar pagi-pagi begini. Sejak beberapa hari ini, cuaca pada waktu pagi di bandar Teluk Intan sangat sejuk. Sentiasa ada kabus sehingga ia hilang sekitar pukul 8.30 pagi.

Suasana Menara Condong Teluk Intan diseliputi kabus ini saya rakamkan kerana bukan senang nak tengok Menara Condong dalam suasana begini. Macam kat luar negara pulak.











ar_rawa

Read more...

1MALAYSIA 1WARNA



Orang Teluk Intan dah jemu nengoknya.
ar_rawa

Read more...

KEHILANGAN ENJIN HASIL MANUSIA TIDAK TAKUT BALASAN AKHIRAT - NIK AZIZ



Seronok kalau kita baca dan hayati setiap kenyataan oleh Mursyidul Am tentang sesuatu isu yang berlaku. Apa-apa hal pun mesti ada pengajaran yang kita dapat apabila mengikuti kenyataan beliau. Tok Guru lebih suka kita kembali kepada perkara asas seperti Islam, akhirat, dosa, pahala, syurga, neraka dan sebagainya. Jadi, dalam konteks isu hilang enjin jet, marilah kita ambil beberapa perkara menarik dari kenyataan Tok Guru. Saya ambil daripada petikan berita Harakahdaily.net.
  • Tok Guru menegaskan akibat didikan politik Umno terhadap rakyat di negara sejak lebih 52 tahun lalu dengan ajaran 'politik suku, agama suku' menyebabkan pimpinan parti sekular itu mengenepikan aspek dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam pemerintahannya sehingga ada yang sanggup mencuri enjin jet pejuang milik megara.
  • "Sama ada kita suruh dia (Najib) bertanggungjawab atau tidak, dia memang bertanggungjawab, dunia dan akhirat. Itu benda (kedudukannya).
  • Saya sebagai Menteri Besar yang menjaga negeri (Kelantan) ini pun, saya bertanggungjawab (terhadap pemerintahan negeri ini), sekadar mana yang termampu, kecuali Allah swt tahu (bahawa) saya tidak mampu, itu apa boleh buat.
  • Perdana Menteri kita ni, dia mengertikah atau tidak tanggungjawab dunia dan akhirat itu atau dia tidak faham, itu saya tidak tahu, tetapi dengan sebab parti dia (Umno adalah) parti sekular, yang tidak mempedulikan dosa pahala, syurga dan neraka, maka terjadilah (seperti peristiwa kecurian enjin jet pejuang itu).
  • banyak lagi pada masa hadapan benda (kejadian) yang 'karut maruk' begini berlaku (insya Allah adalah) hasil daripada didikan kerajaan (diterajui Umno-BN) terhadap rakyat dengan ajaran 'agama lain, politik lain.
  • Sebagaimana sembahyang dan berzikir adalah ibadat, maka berpolitik untuk membetulkan arah pemikiran manusia kepada Allah swt itu pun adalah ibadat. Namun cara kini ialah kita guna parti (bertanding dalam pilihan raya).
  • Umno dengan sebab mereka tolak Islam, dan mengambil 'kebangsaan' (sebagai dasar parti mereka), mana ada dosa pahala, menyebabkan manusia kini mencuri, (bahkan) mencuri enjin jet pejuang. Perbuatan (tergamak) mencuri enjin itu adalah kerana mereka dididik dengan kemewahan dan hidup berseronok.
ar_rawa

Read more...

SIBUK MEMENUHI JEMPUTAN KENDURI

Cuti sekolah biasanya penuh dengan majlis-majlis kenduri kahwin. Selain tuan-tuan rumah kenduri, antara yang paling sibuk sekali ialah wakil-wakil rakyat. Mereka pastinya tidak putus-putus menerima jemputan kenduri perkahwinan terutama di kawasan masing-masing.

Begitulah juga kepada ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd Anuar Sudin yang telah menerima banyak jemputan kenduri di kawasannya. Namun, kesibukan tidak menghalang beliau untuk menghadiri kesemua jemputan tersebut walaupun untuk hadir seketika. Kebiasaannya dalam musim kenduri ini, beliau akan menerima empat atau lima jemputan kenduri sehari.

Bagi beliau, inilah peluang untuk berjumpa, bertemu dan beramah mesra dengan rakyat. Mungkin kenduri juga menjadi satu tempat bagi rakyat menyalurkan pelbagai masalah setempat yang mana mungkin mereka tidak berkesempatan bertemu wakil rakyat pada waktu lain.

Di bawah adalah foto ketika YB Anuar menghadiri kenduri perkahwinan anak Sdr. Mohamad Nor Yatim, Ketua Kampung Pakatan Rakyat di Kg. Baru Ayer Hitam dekat Teluk Intan. Turut serta ialah isteri beliau, Puan Hajjah Faridah.


YB Anuar berbual dengan Ketua Kampung Ayer Hitam.


Isteri YB, Puan Hjh. Faridah menikmati jamuan bersama kaum wanita.

ar_rawa

Read more...

KEMALANGAN BAS : PAKATAN RAKYAT UCAP TAKZIAH


Harakahdaily

IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan mediannya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim
berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

Read more...

GELAGAT REMAJA 1MALAYSIA



Sekumpulan lelaki menyerang anggota Rela dengan menggunakan topi keledar pada kejadian sambutan Hari Krismas di Pulau Pinang. -Foto THE STAR Oleh TAN SHIN CHOW

Read more...

SEJARAH PADA 1O MUHARRAM

>> 26 Disember 2009


SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

ar_rawa

Read more...

KELAB PENYOKONG PAS ANJUR PERTANDINGAN BOLA SEPAK


Sdr. Suria menyampaikan piala kepada juara pertandingan bola sepak.

TELUK INTAN, 25 Disember - Atas kesedaran sosial iaitu menggalakkan para beliau dan remaja India menjauhi gejala sosial maka Kelab Penyokong PAS (KPP) Teluk Intan telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah. Pertandingan telah diadakan di SJK (T) Sithambaram Pillay di Batu 6 dekat sini.

Menurut Pengerusi KPP Sdr. S. Suria Narayanan, pertandingan pertama kali diadakan itu telah berjaya menarik sebanyak 14 penyertaan pasukan di sekitar Teluk Intan. Ia hanya dibuka kepada pasukan-pasukan belia India.


Hadiah berupa piala dan trofi yang menjadi rebutan 14 pasukan.

Antara pasukan yang amat menyerlah di dalam pertandingan tersebut ialah pasukan Selabak Estate, pasukan Simpang Empat Hutan Melintang, pasukan Batu 6 Glouster dan paskan Batu 12 Jalan Changkat Jong.



Di dalam pertandingan tersebut pasukan Selabak Estate telah menjadi juara. Pasukan juara tersebut telah menerima sebuah piala dan cenderamata serta wang tunai berjumlah RM200.

Manakala naib juara ialah pasukan dari Simpang Empat Hutan Melintang yang berjaya menerima sebuah piala dan cenderamata serta hadiah wang tunai RM100.



Menurut Sdr. Suria lagi, saha ini diharap akan dapat menarik para beliau India khusus untuk melakukan budaya hidup sihat seperti bersukan serta menjauhi budaya negatif seperti gengsterism, rmepit dan sebagainya.


Sdr. Suria dan Sdr. Hacharan Singh bergambar bersama pasukan juara.

Sementara itu, Sdr. Suria turut mengumumkan dua lagi pertandingan sukan yang akan diadakan pada bulan Februari depan.

Pada 27 Februari 2010 (Sabtu), Kelab Penyokong PAS Perak akan menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Piala Tok Guru Nik Aziz yang akan diadakan di Teluk Intan. Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh kawasan di negeri Perak dan ia terbka kepada semua pasukan tanpa mengira kaum di mana yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 sahaja. Beliau juga memaklumkan bahawa hadiah menarik disediakan iaitu tempat pertama RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200. Ini termasuklah hadiah berupa Piala Tok Guru serta trofi kepada semua pemain yang menang.

Seterusnya, pada 28 Februari 2010 (Ahad), KPP akan menganjurkan pula Pertandingan Bola Sepak Piala Tok Guru Nik Aziz yang juga akan diadakan di Teluk Intan. Ia juga terbuka kepada semua pasukan di negeri Perak tanpa mengira kaum di mana yuran pendaftaran ialah RM100.

Pasukan menjadi johan akan mendapat hadiah berupa piala pusingan Piala Tok Guru Nik Aziz dan trofi kepada setiap pemain serta wang tunai RM1000, naib juara mendapat trofi serta wang tunai RM500 dan tempat ketiga mendapat trofi dan wang tunai RM300.

Beliau amat berharap agar pertandingan tersebut akan dapat dirasmikan oleh Presiden PAFA sendiri, YAB Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin.

ar_rawa

Read more...

ANNE NGASRI BUKA TUDUNG KERANA NIAT CARI REZEKI


(Saya masukkan berita ini sebagai posting hari ini kerana ia boleh menuntut kita merenung akan bagaimana pemikiran segelintir umat Islam dalam perkara berkaitan dengan tuntutan agama dan tuntutan mencari rezeki. Sehingga ada yang berpandangan sebagaimana seorang artis wanita di bawah ini. Mungkin berita ini memberikan kita pengajaran.)

AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.

Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.

“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.

“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.(mstaronline)

Read more...

JADIKAN MASJID SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AQIDAH MASYARAKAT : ADUN CHANGKAT JONG

>> 25 Disember 2009



TELUK INTAN, 25 Disember - Masjid perlu memikirkan bagaimana berperanan dengan lebih berkesan menyebarkan aqidah yang betul kepada masyarakat. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh YB Haji Mohd. Anuar Sudin sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Masjid Jamek Taman Desa Bakti dekat sini.

"Ini amat penting memandangkan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan aqidah Islam semakin tipis terutamanya pada generasi muda kini," ujar beliau.

Masjid perlu berperanan dengan lebih aktif dan kreatif melaksanakan program-program bagi menarik golongan muda mendekati masjid dan seterusnya dapat memantapkan aqidah mereka.



"Tugas ini memerlukan kerjasama yang erat bukan sahaja dalam kalangan AJK masjid malah ia perlu diperluaskan kepada seluruh kariah masjid ini agar tanggungjawab tersebut dapat sama dirasa," tambah beliau lagi.




Ustaz Wahab Dawam menyampaikan tazkirah.

Menurut Haji Anuar lagi, kini kita tidak boleh mengharapkan kepada pemerintah UMNO/BN untuk melakukan kerja ini. Mereka terbukti gagal kerana setelah lebih 50 tahun memerintah negara bukan sahaja gagal memantapkan aqidah orang malah lebih teruk lagi ialah semakin ramai orang Islam yang telah murtad.


Pengerusi surau, Haji Haidir menyampaikan cenderamata kepada YB Haji Anuar.

"Lebih berani saya katakan bahawa DAP lebih baik daripada UMNO kerana DAP telah menunjukkan daya usaha mendekati Islam walaupun dalam kejahilan mereka. Namun UMNO, walaupun mempunyai agama yang sama tetapi mereka tidak nampak langsung usaha memelihara dan mendaulatkan Islam," kata beliau.

Dalam majlis itu juga, Haji Anuar telah diberi peluang merasmikan upacara pecah tanah di tapak masjid. Beliau diiringi oleh Pengerusi Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti, para imam, AJK pembinaan masjid dan anggota masyarakat setempat.

Lebih banyak gambar lagi di dalam http://intanhijauVS.blogspot.com


YB Haji Anuar dan orang ramai menuju ke tapak masjid.




Rasmi setelah tirai ditarik.


Bergambar beramai-ramai.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP