Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ADA KE POLITIK DALAM ISLAM....?

>> 28 Februari 2010



Ada ke Politik dalam Islam?

Petang semalam ketika saya dan keluarga singgah di Masjid Gopeng untuk menunaikan solat Zuhur, saya terbaca satu papan tanda yang saya anggap tidak rasmi. Papan tanda ini saya kata tidak rasmi kerana ia ditulis pada sehelai kertas tebal dan ditampalkan pada tiang betul-betul tempat para jemaah membuka kasut.

Apabila terbaca sahaja apa yang tertulis, saya hanya menggeleng-geleng kepala. Rupa-rupanya masih ada lagi orang Islam yang masih lagi jahil tentang Islam. Mereka telah menjadikan Islam itu satu skop yang amat kecil. Berat juga tugas para ustaz di kawasan ini untuk mentarbiyyah dan membetulkan semula fikrah sebilangan penduduk di sini.

Atau saya boleh anggap, hanya beberapa kerat orang sahaja yang berfikiran sebegini. Memisahkan masjid dengan politik. Memisahkan Islam dengan politik.

Bak kata DS Haji Nizar di dalam ucapannya semasa Majlis Makan Malam di Teluk Intan :

"Kalau UMNO mengatakan Allah itu hanya untuk orang Melayu sahaja, maka mereka (UMNO) telah mengiktiraf ada Tuhan lain bagi kaum-kaum yang lain. Ini berlawanan dengan kalimah syahadah yang kita baca setiap hari. Secara langsung apa yang UMNO maksudkan itu boleh membawa kepada syirik...."

Secara spontan, sesiapa yang membaca papan tanda buruk ini sudah pasti membayangkan orang dari parti mana yang membuatnya..hehehe kesian..mereka lihat Islam dalam skop yang sempit.

Saya ulang semula soalan tadi : Ada ke politik dalam Islam ? Nah, sila baca.

Dalil Al-Quran

Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah.Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai.
Dalam surah Al-Baqarah: 30;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah d muka bumi. Mereka berkata :Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang akan membuat kerosakan padanya dan menunpakan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tdak kamu ketahui."

Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai mentadbir urusan manusia dan urusan dunia (siasah) dengan syariat Deen

Sirah Nabi

Kita lihat sirah perjalanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika mana baginda menubuhkan Negara Islam pertama di dunia iaitu Madinah Al-Munawwarah. Nabi ketika itu bukan sahaja bertindak sebagai seorang penyampai risalah kenabian,mengajak kea rah ma’ruf dan mecegah kemungkaran akan tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin politik /pentadbir Negara.Kalau di sini,kita boleh katakan Dato’ Seri Perdana Menteri. Kemudian,disusuli dengan pengisytiharan Perlembagaan Madinah ataupun Sahifah Madinah sebagai teras pentadbiran kerajaan Madinah pada masa itu

Hadith

Hadis ke -34,dalam Matan Arbain karangan Imam Muhyidin abu Zakariyya Yahya Bin sharif Al-Nawawi ;

“ Dari Abi Sa’id al-Khudri RA katanya;Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika sekiranya ia tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Sekiranya dia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.”

Riwayat oleh Muslim

Dalam kitab itu turut disyarahkan peringkat-peringkat mencegah kemungkaran.Peringkat yang tertinggi sekali itu dinyatakan secara jelas dengan menggunakan tangan yakni dengan kekuatan atau dengan kekuasaan orangnya menurut cara yang berkesan.

Hal ini merujuk kepada kuasa pentadbiran.Dalam konteks Negara maka ia akan berkaitan dengan sistem pemerolehan kuasa tersebut sama ada melalui perlantikan mahupun pilihan raya.Pokoknya,ia menyentuh tentang sistem politik ataupun sistem pentadbiran sesebuah Negara/negeri/kawasan/masyarakat.

Pendapat Imam

1. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawasanya

“Ad-Dinul usul wa sultanun harisun”

Maksudnya: Agama itu pokok dan pemerintah itulah penjaganya.

2. Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan:

“Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”

3. Ghiyas al-umam ditegaskan:

“Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama.Sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan islam“ (Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")

Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam. Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam Islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir dll.

Amatlah bertepatan dengan salah satu sifat Islam iaitu syumuliah iaitu sempurna yakni Islam itu sifatnya mencakupi seluruh kehidupan manusia. Sesuai dengan gesaan Allah SWT dalam surah Al Baqarah : 208,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
ar_rawa

Read more...

UMNO GUNA EMPAT KAEDAH RAMPAS KUASA PERAK (Jaga-jaga negeri PR yang lain) - DS NIZAR

>> 27 Februari 2010



TELUK INTAN, 26 Februari - DS Haji Nizar Jamaluddin mendedahkan empat kaedah yang telah digunakan oleh UMNO/BN dala usaha merampas kuasa di negeri Perak dari Pakatan Rakyat. Beliau berucap dalam Majlis Makan Malam di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan semalam. Beliau berucap di hadapan lebih 1300 orang yang hadir dalam majlis tersebut yang melibatkan rakyat berbilang kaum.


Tuan Hj. Azhar mempengerusikan majlis makan malam. Tahniah... majlis berjalan lancar.



Empat kaedah yang paling tidak demokratik yang telah digunakan oleh UMNO/BN ialah :

1. Kaedah ugutan iaitu dengna cara melakukan ugutan kepada wakil-wakil rakyat PR agar mereka melompat keluar dari parti PR. Namun bukan semua wakil rakyat PR terpengaruh dengan kaedah tersebut.

2. Kaedah culik iaitu (dalam kes rampasan kuasa di Perak) tiga orang wakil-wakil rakyat PR telah diculik dan disimpan di KL selama beberapa hari sehingga mereka mengisytiharkan lompat parti yang menyebabkan UMNO/BN berjaya merampas kuasa dari PR.

3. Kaedah rasuah. Kaedah ini digunakan kepada hampir kesemua wakil rakyat PR Perak termasuk beliau sendiri dengan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit. Namun tidak semua wakil rakyat PR terpengaruh dengan kaedah tersebut. Contohnya ADUN Hutan Melintang YB Kesavan telah ditawarkan RM20 juta namun beliau telah menolaknya mentah-mentah dan berazam setia bersama PR.

4. Kaedah memberi imbuhan seks. Antara kaedah yang yang pernah digunakan oleh UMNO/BN kepada pimpinan PR Perak.


Kumpulan bentara sedang menikmati jamuan selepas penat melayan tetamu. Terima kasih PAS Kg. Bahagia.


Begitu juga Unit Amal Teluk Intan berehat setelah bertugas mengawal lalulintas.


AJK PAS Negeri Tn. Hj. Osman Maseri turut hadir.


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik menyampaikan cenderamata kepada DS Hj. Nizar.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa serangan UMNO untuk melumpuhkan PR dengan melaga-lagakan pimpinan parti. Namun begitu setiap serangan terancang tersebut setakat ini gagal mengkucar-kacirkan perpaduan di dalam PR.

Pertamanya isu agenda kerajaan perpaduan yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam PAS sendiri. Namun ia telah gagal apabila PAS elah dapat menanganinya dengan baik.

Kedua, isu penggunaan kalimah Allah di mana UMNO/BN amat mengharapkan PAS akan terperangkap dan menyebabkan perpaduan dengan PKR serta DAP bergoncang. Namun, berkat kebijaksanaan dan keterbukaan pimpinan PAS, PKR dan DAP usaha tersebut tidak menjadi malahan ia memerangkap UMNO semula.

Akhir sekali, isu hukuman merotan tiga orang wanita Melayu yang berzina dengan UMNO berniat menunjukkan kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa UMNO melaksanakan undang-undang Islam. Tetapi isu ini juga kurang menjadi.

"UMNO adalah zalim dan kejam. Namun, peristiwa rampasan kuasa negeri Perak pada 5 Februari 2009 telah menjadikan UMNO/BN sebagai bapa kepada segala kezaliman dan kekejaman. Ini kerana, rampasan ini melibatkan kezaliman ke atas 2.4 juta rakyat negeri Perak, " tegas beliau.

Akhirnya, Menteri Besar Rakyat ini menyeru agar rakyat tidak cenderung atau minat kepada segala apa yang menuju kepada kezaliman kerana barangsiapa yang cenderung dan bersekongkol dengan kezaliman akan disambar api neraka.


Ini wakil Kg. Sungai Samak.








Sempat bergambar bersama DS.


Pengarah Program di belakang tu...kanan.




Berkumpul sekejap melepaskan penat selepas selesai program. Bersembang-sembang muhasabah sikit. InsyaAllah, selepas ni kita buat post mortem program.

ar_rawa

Read more...

SEMUA BANGSA ADALAH MULIA DENGAN SYARAT BERTAQWA - YB HAJI ANUAR SUDIN



TELUK INTAN, 26 Februari - Setiap bangsa adalah mulia dengan syarat bangsa tersebut bertaqwa. Ini adaah merujuk kepada firman Allah dalam surah al Hujurat ayat ke-13 yang jelas menunjukkan orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin di dalam mengalu-alukan kehadiran para tetamu di Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berucap bagi mewakili pihak PAS Kawasan Teluk Intan yang menganjurkan program tersebut.

Berhubung dengan program makan malam ini, beliau merasakan kekesalan atas tindakan kerajaan BN Perak yang bersikap tidak demokratik apabila tidak membenarkan program tersebut diadakan di Arena Square Teluk Intan. Ini bertentangan dengan amalan demokasi dan keadilan rakyat di negeri Perak.

Menurut beliau lagi, PR akan sentiasa memperjuangkan keadilan rakyat walaupun pada masa yang sama UMNO/BN akan terus memperjuangan kezaliman dan menafikan hak rakyat.

Akhirnya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir yang telah memberi sumbangan sehingga berjayanya program makan malam ini. Segala sumbangan tersebut adalah untuk melaksanakan program-program kebajikan di DUN Changkat Jong dan Teluk Intan.

Sebanyak 13 buah meja telah dapat dijual yang menyaksikan kehadiran kira-kira 1300 orang pada malam tersebut. Kehadiran tetamu istimewa, DS Haji Nizar telah menyerikan majlis pada malam itu. Para tetamu telah dihidangi menu istimewa seperti ayam panggang, dalca, dansiakap masak masam manis.

Sementara itu, Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak Sdr. Surianarayanan di dalam ucapannya menyatakan rasa bangga apabila Kelab Penyokong PAS telah dinaik taraf menjadi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Beliau berjanji DPPP akan tetap setia berjuang bersama PR khususnya PAS dalam meningkatkan lagi kemenangan majoriti lebih besar dalam PRU13 nanti.


Sdr. Suria.


YB Kesavan.

Turut menyampaikan ucapan ialah ADUN Hutan Melintang YB Kesavan. Beliau lebih banyak menceritakan tentang isu semasa negeri Perak. Antara yang menarik ialah beliau menyatakan amalan politik lita'arofu (politik saling kenal mengenal) di dalam PR sehingga terjalinnya hubungan yang begitu intim bagi ketiga-tiga parti PR iaitu PAS, PKR dan DAP.


Kak Faridah, isteri YB Anuar antara penggerak utama program ini.


Tetamu khas sedang menikmati jamuan.


Tn. Haji Yahya Osman (kiri) Ketua Cabang PKR Teluk Intan dan YB Kesevan. Di tengah, Tuan Haji Akram.






Di meja AJK Kawasan Sdr. Omar dan isteri beliau Puan Asiah.


AJK Kawasan, Tn. Hj. Jumali dan keluarga.


Meja pimpinan PKR Teluk Intan.


Wakil penduduk Batu 12.



ar_rawa

Read more...

1300 ORANG TELAH HADIR KE MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA HJ. NIZAR



Alhamdulillah, itulah ucapan yang pertama keluar setelah selesainya Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin malam tadi (26 Feb. 2010).Kehadiran sebagaimana dijangka iaitu seramai 1300 orang mengikut kupon yang telah dijual sebelumnya. Itupun, masih ada lagi permintaan untuk membeli kupon pada saat-saat akhir namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana faktor persediaan jamuan dan tempat.

Pada malam itu, seawal jam 8.00 malam orang mulai datang ke markaz. Kelihatan kaum Cina dan India antara yang awal tiba kerana pada masa itu umat Islam baru selesai solat Maghrib. Kemudian selepas itu, orang ramai mula berduyun-duyun tiba.


Berpeluang bersalaman dengan Haji Nizar.


YB Haji Anuar turut bertemu para tetamu.


Bersalaman dengan kaum India.




Bertemu tetamu kaum Cina.

Alhamdulillah, nasib baik kumpulan bentara majlis telah bersiap sedia bertugas menunjukkan meja para tetamu. Para bentara kebanyakannya dari PAS Cawangan Kg. Bahagia. Kelihatan juga para petugas Unit Amal telah mula bertuas mengawal lalu lintas dan tenpat letak kereta.

Para Urus Setia majlis sama ada dalam kalangan muslimin dan muslimat juga telah hadir untk bertugas terutamanya menyambut tetamu yang hadir. YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri turut hadir awal menunggu di pintu masuk kawasan markaz.




Bertanya khabar.


YB Anuar disenangi pengundi Changkat Jong.



Lebih kurang pukul 8.20 malam, Haji Nizarpun tiba. Alhamdulillah, ketibaan Haji Nizar amat melegakan hati kami. Kami sedar, Haji Nizar adalah antara pemimpin yang mengambil berat aka masa. Beliau telah disambut oleh pimpinan kawasan. Kehadiran awal Haji Nizar telah memberi peluang kami membawa beliau bertemu setiap tetamu yang hadir di setiap meja. Kagum dengan sikap beliau yang sanggup bertemu setiap tetamu kecil besar, tua muda. Setiap tetamu didahului jabatan tangan dan senyuman.

Kehadiran Haji Nizar ke setiap meja telah memberi peluang kepada setiap tetamu bersalaman, bertanya khabar serta bergambar kenangan bersama. Mungkin ini adalah saat manis bagi mereka kerana dapat bersua muka, bercakap dan bergambar dengan Wira Rakyat ini. Tidak ketinggalan ADUN Changkat Jong YB Haji Anuar Sudin mengiringi Haji Nizar bertemu rakyat.

Di penghujung sesi bertemu tetamu itu diakhiri dengan ziarah ke rumah mantan YDP Ustaz Abdul Hir Damanhuri yang terletak di belakang markaz atas permntaan Haji Nizar sendiri. Beliau dijemput masuk dan bertemu dengan Ustaz Hir.


Bertemu sahabat lama dalam perjuangan mantan YDP Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir.


Mengenang kembali perjuangan dahulu.


Haji Nizar sedang membelah mulut cucu Ustaz Hir.


Membacakan doa.

Setelah bertanya khabar dan bercerita kisah-kisah lama, kebetulan Ustaz Hir baru sahaja mendapat cucu dua hari lepas. Maka Haji Nizar telah diminta membelah mulut bayi tersebut. Alangkah bertuahnya bayi perempuan comel ini. Semoga kelak bayi ini akan menjadi serikandi Islam yang hebat dan cemerlang bagi menyambung meneruskan perjuangan Islam.

Kemudian, barulah Haji Nizar menuju ke meja tetamu khas yang disediakan. Bersedia menunggu duduk ialah YB Haji Anuar, YDP kawasan Ustaz Ismail Che Nik, YB Kesavan, Ketua Bahagian Cabang PKR Teluk Intan Haji Yahya Osman serta Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak Sdr. Surianarayanan.

Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Azhar Rafaie. (Bersambung lagi...)

ar_rawa

Read more...

PERSIAPAN TERAKHIR JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA HJ. NIZAR SEMAKIN RANCAK

>> 25 Februari 2010


YB Haji Anuar dan isteri meninjau tapak program.

Malam tadi telah diadakan majlis solat hajat memohon ke hadrat Allah swt agar diberikan kelancaran dan kemudahan di dalam menjayakan Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Hj.Nizar. Solat hajat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan iaitu tempat di mana majlis diadakan. Solat hajat telah diimami oleh Ketua Urusan Ulama Kawasan Teluk Intan.

Petang tadi, YB Hj. Anuar, isteri dan AJK jamuan telah meninjau tapak program di mana khemah-khemah telah dipasang. Sebanyak 27 buah khemah telah dipasang.

Bersama-samalah kita memohon kepada Allah agar majlis dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Selain tetamu utama Dato' Seri Haji Nizar turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan PJ Perak Ustaz Mustafa Shaari, Ustaz Misbahul Munir, YB Kesavan ADUN Hutan Melintang, dan Ketua Bahagian PKR Teluk Intan.

Majlis bermula jam 8.00 malam. Orang ramai yang telah membeli kupon makan malam bolehlah datang pada masa yang dijadualkan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.


Muslimat turut sibuk mengisi juadah ringan.


Khemah-khemah sudah siap didirikan.


Sdr. Faisaluddin dan YDP Ustaz Ismail memeriksa generator.


Pemandangan dari atas.


Suasana nampak meriah pada waktu malam.




YB dan isteri berbual dengan Haji Zainun, siak markaz.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP