Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PAS CAWANGAN KG. BAHAGIA AGIH SUMBANGAN RAMADHAN

>> 31 Ogos 2010



TELUK INTAN, 31 Ogos - PAS Cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan adalah antara cawangan PAS yang begitu konsisten di dalam khidmat kebajikan kepada masyarakat bersempena bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada petang ini satu satu majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadhan.

Menurut Pemangku Ketua Cawangan, Sdr. Sayuti pada tahun ini seramai 40 orang golongan kurang mampu dan 20 orang anak yatim telah menerima sumbangan Ramadhan. Beliau berkata pada tahun ini, kutipan dana bagi program tersebut telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Oleh itu, bilangan penerima dan nilai sumbangan telah dinaikkan.





Pada majlis itu juga, TYDP PAS Kawasan Teluk Intan menyampaikan ucapan aluan sebagai mewakili PAS Teluk Intan. Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Kg. Bahagia yang begitu istiqamah di dalam menganjurkan program kebajikan demi melihat kesejahteraan rakyat. Beliau juga berharap, agihan sumbangan pada petang ini akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban golongan yang kurang mampu dalam menjalani hidup di sepanjang bulan Ramadhan dan sebagai persiapan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Turut hadir ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada para penerima.





Majlis ini juga bersambung kepada majlis berbuka puasa. Seterusnya, selepas solat tarawih satu ceramah sempena Badar al Kubra dan kemerdekaan telah diadakan. Penceramah jemputan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ADUN Changkat Jong.

Kesemua program tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pemuda PAS Cawangan Kg. Bahagia.

Read more...

ISTERI MENTERIPUN TAK TUTUP AURAT DI MASJID...



ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.



Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.



Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.



Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.

"Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.



"Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.



"Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi.



Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.



Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan. (harakahdaily)

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Read more...

SUMBANGAN RAMADHAN DI KG. PADANG TEMBAK DALAM

>> 30 Ogos 2010



TELUK INTAN, 29 Ogos - Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Sesuai dengan berkatnya bulan tersebut maka bantuan kepada golongan yang kurang mampu tidak henti-henti diadakan sejak bermualnya bulan Ramadhan.

Begitu juga yang tercatat di dalam diari ADUN Changkat Jong yang sentiada penuh dengan jadual menyampaikan sumbangan. Baru-baru ini ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan al mubarak di Surau Al Khairiah, Kg. Padang Tembak Dalam.


YB Anuar sedang menyampaikan tazkirah.


YB Anuar bersama Tuan Haji Ramli (tengah).



Menurut Pengerusi Surau A Khairiah, Tuan Haji Ramli Jelani, tahun ini seramai 15 orang di kalangan orang yang kurang mampu di kampung itu telah menerima bantuan berbentuk barangan dapur seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya.

Program sebelah petang dengan majlis penyampaian sumbangan oleh YB Anuar. Kemudian, beliau bersama-sama para jemaah bertahlil serta berbuka puasa. Sebelum itu, YB Anuar telah diberi peluang menyampaikan tazkirah.






YB Anuar bersama para jemaah menunggu waktu berbuka.

Read more...

UMNO JADI MACAM BERUK TELAN MERCUN


PERMATANG PAUH, 30 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.



Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.



Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.



"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.



“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.



Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain



Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.



Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.



"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.



Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.(HARAKAHDAILY)

Read more...

APA CERITA.....?

>> 29 Ogos 2010



Hari Kebangsaan lagi dua hari. Kempen kibarkan Jalur Gemilang dah lama buat. Tetapi, deretan kenderaan di jalan raya, satupun tak ada bendera. Apa hal...?

Adakah rakyat dipersalahkan jika kempen ini gagal ?
Pasti ada sebab rakyat berbuat begini.....
(gambar diambil pada 29 Ogos 2010)

Read more...

ANTARA KETERBUKAAN DAN KEJUMUDAN DALAM DAKWAH....

Sekadar renungan...












Eh...kenapa gambar ni pun ada...?

Read more...

TIDAK FAHAM AGAMA PUNCA POLEMIK - MURSYIDUL AM



KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya. (harakahdaily)

Read more...

KEBAKARAN DI KG ESSO, TELUK INTAN

>> 28 Ogos 2010



KHAMIS, 26 Ogos - Di dalam keheningan malam ketika ramai orang telah tidur, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah dikejutkan dengan panggilan telefon. Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Panggilan dijawab dan nyata ia tentang peristiwa kecemasan yang dimaklumkan oleh seorang sahabat tentang kebakaran deretan rumah di Kg. Esso, Jalan Maharajalela, Teluk Intan.





Setelah menjawab panggilan telefon, YB Anuar terus bergerak menuju ke tempat kejadian. Hanya dalam beberapa minit sahaja, beliau telah sampai dan ketika kelihatan beberapa buah rumah telah musnah terbakar.

Menurut seorang penduduk, kebakaran telah bermula sejak tengah malam dan berjaya dipadamkan satu ja kemudian. Dimaklumkan sebanyak 8 buah rumah telah hangus terbakar. Kebannyakan mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang.

YB Anuar telah mengambil kesempatan menerima beberapa laporan dan aduan daripada penduduk kampung yang terlibat. Pihak PAS Kawasan Teluk Intan kini sedang berusaha menggerakkan usaha bagi mengumpul seberapa banyak yang mungkin bantuan dalam bentuk wang dan pakaian terpakai.






Read more...

ZIARAH RAMADHAN DS NIZAR DI TELUK INTAN

>> 27 Ogos 2010



TELUK INTAN, 24 Ogos - Pihak PAS Kawasan Teluk Intan telah menyediakan jadual yang agak padat sempena ziarah Ramadhan DS Hj. Nizar ke Teluk Intan. Namun, komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh DS Nizar menyebabkan setiap program yang dirancang telah dapat berjalan dengan baik.


DS Nizar berbual dengan seorang penjaja di bazaar Ramadhan.


DS Nizar mudah di dampingi.


YB Anuar nak beli durian ke ? Ustaz Fatah melihat sahaja.


Muslimat mengedar risalah.

Bermula dengan solat Asar di Masjid Daerah, DS Nizar sempat beramah mesra dengan para jemaah yang hadir. Kemudian, beliau telah dibawa ke bazaar Ramadhan Teluk Intan. Beliau telah diiringi oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar Sudin serta pimpinan PAS kawasan. Ziarah tersebut telah diurus dengan baik oleh Dewan Pemuda PAS Teluk Intan. Pada masa yang sama, Dewan Muslimat turut turun padang mengedarkan risalah.

DS Nizar telah dibawa menziarahi hampir keseluruhan gerai yang berada di situ. Kebanyakan para pengunjung bazaar Ramadhan berbesar hati menerima kehadiran Menteri Besar rakyat itu. Setiap pengunjung dan penjaja yang berada di situ disantuni sebaik mungkin oleh DS Nizar.

Di dalam suasana cuaca panas dan kering itu, DS Nizar begitu bersemangat mengelilingi bazaar bertemu rakyat dengan penuh kemesraan. Bual sembang beliau yang menarik hati menyebabkan sesiapapun akan terpukau.

Lebih kurang hampir satu jam berada di situ, kemudian DS Nizar telah dibawa ke destinasi ziarah yang kedua iatu di Kg. Ayer Hitam Batu 13 Jalan Bidor. Bertempat di surau, satu majlis penyampaian sumbangan Ramadhan telah diadakan. Sebelum itu, DS Nizar telah diberi kesempatan menyampaikan ucapan.


DS Nizar menyampaikan tazkirah.


YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim.


DS Nizar menyampaikan sumbangan.

Kemudian beliau dan YB Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang fakir miskin dan 20 orang anak yatim. Kemudian, menjadi satu penghargaan kepada penduduk kampung apabila DS Nizar dan pimpinan PAS bersama-sama berbuka puasa di surau.


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik turut berbuka puasa bersama DS Nizar.


YB Anuar berbuka puasa bersama rakyat.




Isteri ADUN Changkat Jong Pn. Hjh. Faridah turut bersama penduduk kampung berbuka puasa.

Setelah solat Maghrib berjemaah dan berehat seketika, DS Nizar telah dibawa pula ke destinasi terakhir ziarah Ramadhan.

Kali ini, beliau telah dibawa ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti. Di sana, beliau solat Isya', dan bertarawih. Akhirnya, beliau telah menyampaikan tazkirah kepada para jemaah surau.

Sesungguhnya kehadiran DS Nizar ke Teluk Intan telah memberikan impak yang mendalam kepada para penduduk di sini dalam konteks persepsi dakwah dan politik.

Read more...

PERUTUSAN KHAS PJ PERAK SEMPENA BADAR KUBRO


Saudaraku,

Badar al Kubro bukan kisah semata, sekadar diperagakan mengikut musim-musim untuk mempamirkan bahawa kalian sudah cukup kuat menghayati agama namun itulah kisah yang perlu ditelusuri sejarahnya Badar Al Kubro sebenarnya mengkisahkan segala-galanya disana ada kisah keimanan yang nyata, keperkasaan, keberanian, kepahlawanan, keikhlasan dan erti sebenar setiakawan persaudaraan.

Dan yang terlebih penting dari itu semua, disana ada kisah ketaatan mutlak kepada Allah dan Rasul Suruhan maka berbondong-bondonglah turun dari langit tentera yang tidak kelihatan sehingga tertewaslah penuh aib golongan yang menentang huku Allah SWT yang menafikan keagungan Tuhan, Lantas kelompok kecil yang serba kekurangan itu mencatatkan sejarah yang akan terus dirakam sehingga akhir zaman bahawa kemenangan hakiki bukan kerna aparat dan persenjataan sebaliknya kerna keyakinan dan keimanan.

Saudarku,

Hanya Islam sahajalah yang menjamin kesejahteraan,kebebasan,kebenaran dan keadilan Semoga berbahagialah kamu Sayiddina Hamzah dan sekian para syuhadah Badar bersiar riang disyurga Allah SWT menghirup segala kelazatan dan kenikmatan didalamnya kekal abadi sebagaimana yang telah dijanji Rasul Pilihan dan Pencipta Yang Maha Suci.

Ustaz Abu Bakar Hussain

( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Read more...

PRESIDEN PAS TURUN PERAK DALAM PROGRAM BADR AL KUBRA

>> 26 Ogos 2010


Kedatangan Presiden PAS 28hb Ogos ini di Kg. Seleboh, Parit dalam program Sambutan Badr al Kubra akan menyemarakkan lagi semangat ahli dan penyokong PAS di Ramadhan ini bagi meningkatkan amal baktinya kepada Allah swt di samping menaikkan semangat perjuangan.

Program Badr Al Kubra anjuran PAS Perak akan berlangsung Sabtu ini, program bermula seawal pagi dengan ziarah dakwah di pasar sehari, kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Kuliah Asar, ziarah dakwah di Bazar Ramadhan, Taujihiat oleh Tuan Guru Presiden PAS sebelum berbuka puasa di Darul Mubarak Seleboh. Kemuncak prImbang Penuhogram ceramah Badr Al Kubra di perkarangan Darul Mubarak akan diadakan sejurus selepas Solat Tarawikh.

Program Badr Al Kubra adalah acara tahunan PAS Perak bagi memperingati peristiwa besar dalam Islam iaitu Ghazwatul Badr Al Kubra. Peristiwa ini sangat penting diperingati bagi mengambil pengajaran melalui penanaman roh jihad kepada para petugas Islam. Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara pimpinan, ahli dan rakyat.

Ahli PAS di semua peringkat diharap tidak melepaskan peluang ini bagi menghadiri dan mengikuti program-program yang telah diatur sejak awal pagi hinggalah kemuncaknya di sebelah malam.(misabah.blogspot.com)

Read more...

APA CERITA...?

>> 25 Ogos 2010



Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG BERBUKA PUASA DI SURAU AL UBUDIAH DESA AMAN

>> 22 Ogos 2010



TELUK INTAN, 21 Ogos - PAS Cawangan Desa Aman, Batu 6 telah menganjurkan program berbuka puasa sambil meraikan kira-kira 15 orang fakir miskin di sekitar taman perumahan tersebut. Majlis telah diadakan di Surau Ubudiah, Taman Desa Aman. Tetamu istimewa pada petang itu ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.


YB Anuar bersama seorang veteran PAS, Tn. Hj. Hafith.



Program bermula jam 6.30 petang dengan penyampaian sumbangan kepada 15 orang penerima yang terdiri daripada golongan yang kurang mampu. Menurut ketua cawangannya, Encik Anuar Yahya, sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti beras, gula, susu dan sebagainya. Beliau juga berkata bahawa program ini adalah sebagai usaha prihatin pihak PAS Cawangan Desa Aman terhadap golongan kurang mampu sempena bulan Ramadhan. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Anuar Sudin.


Isteri ADUN, Pn Hjh. Faridah turut hadir.

Selepas itu, YB Anuar telah diberi peluang menyampaikan tazirah ringkas sebelum tahlil dimulakan. Doa tahlil telah dibacakan sendiri oleh ADUN Changkat Jong.




YB Anuar menyampaikan sumbangan.


YB Anuar membacakan doa.


YB Anuar menyampaikan tazkirah.

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP