Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

BALIK MENGUNDI SEKALIPUN MERANGKAK - TUAN GURU NIK AZIZ / باليق مڠوندي سکاليڤون مرڠکق

>> 31 Oktober 2010

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.
"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.
"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.
Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.
Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.
Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.
Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.
"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.
"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC< bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana," katanya lagi.
Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.
Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti.(harakahdaily)

Read more...

70% - 80% CINA SEMENANJUNG SOKONG PAKATAN RAKYAT / چينا سمننجوڠ سوکوڠ ڤاکتن رعيت


GUA MUSANG, 31 Oktober - Umno-BN kini berada dalam keadaan yang sangat merbahaya ekoran kepupusan sokongan rakyat khususnya bukan Melayu-Islam.

Kenyataan demikian dibuat Bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng dalam satu majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Restoran Kim Kee, Sungai Baru malam tadi.

"Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan 70 hingga 80 peratus daripada orang-orang Cina di seluruh semenanjung Malaysia menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

keadaan tersebut ujarnya menimbulkan kebimbangan sehingga membuatkan Umno-BN kini berada dalam keadaan cemas lantas memungkinkan pelbagai bentuk tindakan dibuat.

Sementara itu, dalam satu majlis yang sama, pengundi tionghua diperkenalkan dengan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed.

Beliau telah memberikan jaminan akan menjaga kebajikan dan kepentingan kesemua kaum termasuk Tionghua di kawasan tersebut.

"Kita minta Dr Zul menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk di Galas termasuk kaum tionghua, boleh ?" katanya kepada lebih 200 orang pengundi Cina yang hadir.

Lalu, Zulkifli dengan yakin menjawab persoalan yang dikemukakan Chua tersebut sambil mengangkat tangannya tanda bersetuju dengan mengukir senyuman.

Majlis Makan Malam tersebut disertai lapan persatuan penduduk di Kampung Baru dan Kampung Pulai yang terdiri daripada Persatuan Gereja, Persatuan Kuil-kuil Cina Kampung Baru, Dewan Niaga Gua Musang, Persatuan Burung Walit dan beberapa yang lain.

Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu bekas Senator, Datin David Yeoh, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Adun Kajang, Lee Seng Ching serta Dato' Micheal Phong dari Sarawak.

Sambutan yang sangat menggalakkan tersebut turut ditunjukkan oleh generasi muda dengan begitu bersemangat.

Pada majlis yang sama, Hu Pang Chow turut menyampaikan pesanan agar terus mengekalkan kemenangan PAS di Galas.

"Kita perlu bersama-sama mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan kena pastikan Gua Musang milik kita semua," ujarnya.

Tambahnya, golongan tersebut perlu berperanan agar PAS berjaya memperolehi 70 hingga 80 peratus undi masyarakat tiong hua.

Majlis tersebut tetap mendapat sambutan meskipun hujan turut dengan lebat selain demam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Read more...

NAJIB TIDAK HORMAT NEGARA DEMOKRASI / نجيب تيدق حرمت نݢارا ديموکراسي

>> 30 Oktober 2010


GUA MUSANG, 30 Okt - "UMNO biadap dan khianat terhadap rakyat. UMNO akan mempertahankan Putrajaya biarpun tubuh berkecai daripada badan."

Kata-kata yang dilafazkan oleh Najib di Perhimpunan Agung ke-51 baru-baru ini jelas menunjukkan Najib tidak menghormati demokrasi negara. Sepatutnya Najib berserah kepada kehendak rakyat, barulah 'gentleman', kata Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sewaktu memberi ceramah di Lepan Tupai semalam.

"Najib beritahu bahawa UMNO parti muslim dan UMNO berkehendakkan Islam. Namun perkara yang Allah larang Najib buat juga contohnya meluluskan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo yang memperagakan busana yang tidak langsung mencerminkan identiti Islam. Malah Umno turut meluluskan lesen-lesen judi dan ini merupakan salah satu lagi kebiadapan UMNO.

Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat datang untuk menyelamatkan negara.

"Kami masih berbahas di Dewan Rakyat bagaimana Najib tidak menghormati hak  rakyat. Rakyat harap Najib luluskan bonus kepada kakitangan kerajaan tapi tak bagi. Najib bangga ada pertumbuhan ekonomi tetapi tiada bonus untuk rakyat, yang ada hanya elaun. Rakyat tidak suka kerana tiada wang untuk rakyat" ujar beliau lagi.

Dalam keadaan rakyat miskin, tak cukup makan, masih dia nak buat bangunan pencakar langit. Di bandar-bandar besar tiada pencakar langit. Tetapi Umno kalau tiada projek besar mereka  tak boleh hidup.

Tambah beliau lagi, tidak pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri memberi peruntukan kepada isteri masing-masing dalam pembentangan bajet negara. Namun, Najib telah mencatatkan "sejarah baru" dalam bajet kewangan negara dengan memberi peruntukan sebanyak 111 juta bagi projek Permata Pintar di bawah kelolaan Rosmah.

Berkaitan isu minyak di Kelantan pula, beliau memetik kenyataan jurutera Petronas bahawa minyak di bawah perut bumi Kelantan 30 kali ganda lebih banyak berbanding Terengganu. Jika rakyat memperoleh royalti minyak tersebut, lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan dan kebajikan rakyat lebih terbela. Sayangnya wang itu masuk ke poket Umno.

Dato' Seri Nizar mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada setiap pengundi untuk memberi sokongan kepada Dr Zulkifli kerana katanya "bila kita di hadapan Allah kelak kita boleh jawab bahawa kita telah tinggalkan UMNO dan sokong Dr Zul untuk menangkan PAS.

Read more...

SUASANA CERAMAH DI TAMAN CICELY, TELUK INTAN / سواسان چرامه د تامن سيسيلي، تلوق اينتن

Dr. Khairuddin, Tim. Pesuruhjaya PAS Perak.

YB Hj, Anuar Sudin turut menyampaikan ucapan.

Sdr. Richard Wong, Naib Ketua DHPP Perak.

Sdr. Ahmad Kabir, Ketua Cawangan Cicely.

Sdr. Hacharan Singh, Timbalan Ketua DHPP.
Ini bukan di Galas. Persiapan tempat ceramah di Taman Cicely.



Read more...

BEGINI LE AKHLAK ORANG UMNO... / بݢينيله اخلاق اورڠ امنو...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi. 
 
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.
-harakahdaily

Read more...

UMNO PERALAT AGAMA : SATU FAKTA, BUKAN FITNAH / امنو ڤرالت اݢام : ساتو فکتا، بوکن فتنه


Parti Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. 

Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan  sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Read more...

GALAS : KEMPEN UMNO TERDESAK / ݢالاس : کيمڤين امنو تردسق


GUA MUSANG, 30 Okt: Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam.

Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam.

"Ada dua kerjasama- kerjasama tahaluf, iaitu satu kesefahaman di dalam menentang kezaliman dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Kerjasama kedua ialah kerjasama wala' yang memberi kelonggaran kepada Islam dengan menggadaikan ketetapan Islam sehingga sanggup menentang Islam," katanya.

Beliau menjawab dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas bahawa, PAS hanya membuat fatwa ‘ikut suka’ demi kepentingan diri.

Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada satu ceramah di sini yang menjelaskan kerjasama PAS-DAP adalah tidak salah dan berbeza dengan kerjasama Umno-MCA.

Semalam, memberi respons isu sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa hairan di atas sikap ‘buat-buat tak faham’ Umno melihat perbezaan tersebut.

"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan.

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

"PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

"Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

"Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya.

Read more...

SIAPA SEBENARNYA CALON BN DI GALAS..AZIZ atau KU LI? / سياڤا سبنرڽ چالون باريسن ناسيونل

 

GALAS, 29 Okt - Bahang pilihanraya kecil N.45 Galas semakin hangat, apabila pelbagai sepanduk dinaikkan oleh parti yang bertanding. Namun begitu, timbul persoalan apabila sepanduk yang dinaikkan oleh BN lebih banyak menentang calon PAS dan menonjolkan pengarah pilihanraya mereka, Ku Li berbanding calon.

"Ku Li jaga hak kita", "Ku Li Intelek" dan sebagainya, namun tiada langsung sepanduk mempromosi calon mereka sendiri, Abdul Aziz Yusof, seolah-olah beliau tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk dijadikan modal kempen.
Senator Mumtaz Md Nawi ketika ditanya berhubung perkara ini, beliau berkata; "Perkara ini sudah biasa di dalam politik Umno.  Perlantikan Ku Li sebagai pengarah jentera pilihanraya Umno hanyalah helah mereka. Tidak pelik kalau mereka menentang Ku Li di dalam isu royalti tetapi mengiktiraf Ku Li di Gua Musang."

Ujarnya lagi, "Encik Aziz tidak bersalah di dalam perkara ini. Umno meletakkan calon mereka berdasarkan hierarki jawatan di dalam parti, bukan berdasarkan kemampuan individu seperti yang diamalkan PAS. Oleh itu tidak hairan jika mereka mempertaruhkan mana-mana individu tetapi mempromosi individu lain kerana semua ini adalah untuk kepentingan politik mereka."
"Namun rakyat kena pilih calon yang bertanding, bukannya pengarah pilihanraya".
"Apa guna pengarah peperiksaan yang berhempas pulas membaca sedangkan yang harus menjawab soalan peperiksaan adalah calon. Begitulah yang dibuat Umno."

"Mereka berkempen dan menaikkan sepanduk Ku Li  seolah-olah yang bertanding adalah Ku Li bukannya Abdul Aziz kerana mereka tahu Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat di sini. Namun prestasi pengarah tidak mencerminkan prestasi calon." tegas beliau.

Read more...

SYABAS DR. JEYA... / شابس دوکتور جيا





Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Read more...

AWAS...MEREKA TENGAH MERAYAU-RAYAU DI GUA MUSANG.... / اواس...مريک تڠه مراياو-راياو د ݢوا موسڠ

>> 28 Oktober 2010

Read more...

UMNO MACAM LEBAI MALANG - MURSYIDUL AM PAS / امنو ماچم لباي مالڠ - مرشدال عام ڤاس

KOTA BHARU, 28 Okt: Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk ‘TPM bidas ‘fatwa’ ikut suka Pas’.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.
“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.

Read more...

PAS TIDAK TIRU UMNO - USTAZ IDRIS / ڤاس تيدق تيرو امنو - استاذ إدريس

Parti Islam Semalaysia Pas menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa Pas meniru umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas. Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

Pas  sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik  Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini. 

Pas mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah Pas menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam  Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007. 

Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

MALAYSIA JADI HUB PUSAT HIBURAN MALAM....hang gila ka...!! / مليسيا جادي هوب ڤوست هيبورن مالم....هڠ ݢيلا کا

>> 27 Oktober 2010


















Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan “candu hiburan” dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

MEMANG PATUT DIGELAR PGM...! / ميمڠ ڤاتوت دݢلر ڤونتيناک ݢوا موسڠ

>> 26 Oktober 2010



Read more...

SETIAP RAKYAT TANGGUNG RM14 000 / ستياڤ رعيت تڠݢوڠ 14 ريبو ريڠݢيت














Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.
PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
 Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

KERJA KUAT, PASTIKAN PAS MENANG / کرجا کوات، ڤستيکن ڤاس منڠ

 

GUA MUSANG, 26 Okt: Dr Zulkefli Mohamad menyeru semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya bekerja kuat bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November ini.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan ribuan penyokong selepas diisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Galas, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

"Saya mintak, selepas ini kita sama-sama bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PAS di Galas ini," katanya.

Dalam sidang media, Dr Zulkefli berkata, tumpuan utamanya adalah menemui rakyat Galas menjelaskan agenda beliau.

Beliau memberitahu, akan berusaha meneruskan usaha yang telah dilaksanakan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

"Saya akan teruskan usaha Allahyarham.

"Saya harap pengundi Galas bijak menilai dan akan memberi undi kepada saya mewakili Pakatan Rakyat," katanya.

Berhubung tuduhan pihak tertentu bahawa beliau pernah ditangkap khalwat, Dr Zulkefli menganggap isu tersebut telah selesai.

PRK Dun Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon BN, Abdul Aziz Yusof.

Read more...

DHPP PERAK BERJAYA DITUBUH / د.ه.ڤ.ڤ. ڤراق برجاي دتوبوهکن

>> 25 Oktober 2010

http://misabah.blogspot.com




Setelah ditangguhkan beberapa kali penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, akhirnya semalam DHPP Perak berjaya ditubuhkan. Kehadiran YB Salehuddin Ayob selaku Pengerusi Lembaga Penasihat DHPP bersama beberapa pimpinan DHPP Pusat berunding dan berbincang dengan Jawatankuasa Harian PAS negeri Perak, Lajnah Perpaduan PAS Negeri dan AJK Kelab Penyokong PAS Perak telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah teknikal berhubung dengan perlantikan Jawatankuasa DHPP negeri Perak.

Perbincangan berjalan dengan penuh harmoni dan lancar. YB Salehuddin dalam ucapannya mengharapkan dengan adanya DHPP, PAS akan bertambah kuat dan berpengaruh kepada masyarakat bukan Melayu di Perak khususnnya.

Pimpinan PAS Perak yang hadir pagi semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Setiausaha Perhubungan, Bendahari, Pengerusi Lajnah Perpaduan, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda & Ketua Muslimat, manakala PAS Pusat diwakili oleh YB Salehuddin dan Tn Hj Asmuni Awi. DHPP Pusat yanh turut hadir Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam, Setiausahanya S. Lakshamanan dan Naib Ketuanya Vincen Lee.

DHPP Perak kini diketuai oleh Beh Heng Kin, Timbalannya Harcharan Singh, manakalanya Naib-naibnya terdiri daripada Suria Narayanan, Richard Wong, Supramaniam, Sarguna (Ketua Pemuda) dan Krishnaveny (Ketua Wanita).

Manakala pemegang-pemegang jawatan yang lain akan dibuat perlantikan oleh 7 jawatankuasa tersebut. Sehingga pemilihan tahun hadapan, mereka akan diberi tanggungjawab bagi menubuhkan DHPP peringkat kawasan, menambahkan jumlah ahli DHPP negeri Perak serta mengatur program-program penerangan.

Read more...

MUHYIDDIN, JANJIMU LEBIH DIPERLUKAN DI BATU SAPI / محي الدين، جنجيمو لبيه دڤرلوکن د باتو ساڤي

http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan  Pas untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan  bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan.

Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010.

Pas menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri  yang umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain.  Usah buang masa  di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh Pas, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Pengundi Galas sudah selesa di bawah Pas dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan Pas memerintah Kelantan berbanding dengan umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan Pas mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah umno Bn yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

Read more...

KETUA PEMUDA PAS JAWAB HUJAH ULAMAK MUDA UMNO / ڤمودا ڤاس جواب علماء مودا امنو

KUALA LUMPUR 24 OKT: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.

Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat.

"Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri.

"Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat.

"Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.

Tambahnya lagi, sepatutnya ulama muda itu perlu menasihati Rosmah yang hadir bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Islamic Fesyen Festival tersebut.

"Bukan setakat hadir tetapi menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangannya kepada penganjuran tersebut. Sudah tentulah ia perlu bertangggungjawab, mengapa perlu dibezakan di antara penganjur dan penaung. Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak bertangggungjawab dari seseorang yang berilmu," ujarnya.

Berkata kepada TV Selangor, Nasaruddin juga mengingatkan Rosmah memang kenyataan ulama muda itu menyenang dan menyeronokkan beliau kerana membela tindakannya.

Tetapi yakinlah ulama seperti itu tidak membawa kebaikan kepada Rosmah kerana tidak berani menasihati dan menegurnya dari terlibat dalam program maksiat dan mungkar yang tidak menepati syariat Islam tetapi kononnya bersandar kepada Islam.

"Ini merupakan satu kesalahan besar dan satu jenayah dalam agama, iaitu mengistiharkan sesuatu yang tiada dalam agama sebagai agama. Sesuatu yang tidak datang dari Islam tetapi dikatakan Islam. Ini sesuatu yang serius," suaranya tegas.

Bercakap dakwaan bahawa golongan agama perlu menasihati penganjur mengapa perlu berbuat demikian sebelum memberi teguran. Nasaruddin, menjelaskan ulama muda itu menggunakan kaedah yang songsang.

Sepatutnya beliau kena tegur pihak penganjur sebelum melakukan sesuatu aktiviti mereka perlu tanya ulama dahulu, berkenaan hukum syariat sama ada ia dibenarkan, bercanggah atau pun tidak dengan Islam.

Bukan apabila mereka buat kemudian bertentangan dengan Islam kemudian orang bantah dan perlu tanya pula mengapa dia buat. Ini satu kaedah yang sonsang.

Kes ini menjadi besar kerana ia membabitkan pemimpin utama negara dan melibatkan kepentingan umum.

Sebelum ini Fathul Bari yang berucap kali pertama dalam perhimpunan agung Umno berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

Beliau juga menyelar pembangkang kerana mengecam tindakan Rosmah menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Dakwanya, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

Read more...

GOOGLE EARTH BUKTIKAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW / بوقتي کبنرن معجزة نبي

Read more...

PERLU MINTA MAAF...! / ڤرلو مينتا معاف

"Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.


Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP