Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SANTAI KEJAP : BESTNYA PERGI MEMANCING DI KENYIR BERSAMA PRESIDEN PAS / سنتاي کجاڤ : بيستڽ ڤرݢي ممنچيڠ د کڽير برسام ڤريسيدن ڤاس

>> 30 November 2010

SUMBER.http://www.facebook.com/album.php?aid=39029&id






Read more...

APA GUNA KETUANAN MELAYU KALAU PENCURI PIMPIN NEGARA / اڤ ݢونا کتوانان ملايو کالاو ڤنچوري ڤيمڤين نݢارا


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang  cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.(harakahdaily)

Read more...

RESOLUSI PERSIDANGAN SHAH ALAM / ريسولوسي ڤرسيداڠن شاه عالم


Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting :
  1. Membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.
  2. Usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.
  3. Memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri.
  4. Siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
  5. Sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Read more...

UMNO PUNCA MASALAH DI MALAYSIA / امنو ڤونچا مسئله د مليسيا

>> 29 November 2010

 
Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.



Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.(malaysiakini)

Read more...

PAS PERAK KESAL TAK DIBENAR HADIRI SIDANG DUN / ڤاس ڤراق کسل تق دبنر حاضيري سيدڠ دون


IPOH, 29 Nov: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti persidangan esok.

Ini sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di pejabat PAS negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun esok.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.(harakahdaily)

Read more...

PERTAHAN KEYAKINAN RAKYAT / ڤرتاهن کيقينن رعيت


SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.(harakahdaily)

Read more...

TERESA KOK PENGERUSI DAP SELANGOR BARU / تراسا کوق ڤڠروسي د. إيه. ڤي سلاڠور بارو


Ahli parlimen Seputeh (MP) Teresa Kok telah terpilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula terpilih sebagai timbalan pengerusi manakala ahli parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dipilih sebagai naib pengerusi.

Jawatan setiausaha pula disandang oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala pembantu setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh ADUN Sekincan Ng Suee Lim dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Dalam satu undian sulit, 15 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini, melakukan rombakan dan memilih Teresa sebagai pengerusi DAP negeri.

Teresa dan Teng dicadangkan untuk jawatan pengerusi dan Teresa, yang juga ahli exco kerajaan Selangor, menang dengan kelebihan satu undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditemui pemberita, Teresa berkata beliau sangat gembira dengan keputusan emilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan ombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Teng pula menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan kepada abungan Pelangi (nama gabungan beliau) memandangkan gabungan itu bermakna sebahagian daripada agenda beliau akan dilaksanakan.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan keputusan pemilihan itu, Teng berkata tugas yang menanti sekarang adalah untuk memastikan bahawa parti bersedia untuk melaksanakan harapan anggotanya tanpa mengira pasukan yang mereka wakili. 

Teng, yang juga ADUN Sungai Pinang, berkata merapatkan barisan akan menjadi ugas utama mereka dan setiap orang mempunyai peranan untuk dilaksanakan.(malaysiakini)

Read more...

CARA PAS FAHAM POLITIK BERBEZA DENGAN UMNO - TIMBALAN PRESIDEN PAS / چارا ڤاس فهم ڤوليتيک بربيذا دڠن امنو - تيمبالن ڤريسيدن ڤاس

>> 28 November 2010


TELUK INTAN, 27 November - Politik yang dibawa oleh PAS adalah sangat berbeza dengan politik yang dibawa oleh UMNO. Itulah antara rahsianya PAS dapat kekal di persada dakwah dan politik negara walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Beliau menyampaikan dalam majlis Ceramah Perdana anjuran PAS Kawasan Teluk Intan. Ceramah telah di adakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

PAS, menurut Ustaz Nasaruddin mengambil siasah (politik) sebagai satu cara untuk mengurus dan memandu  manusia agar manusia suka kepada kebaikan. 

"Kita menggunakan politik untuk mengajak manusia ke arah yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang tidak baik. Kita menjadikan politik sebagai satu cara untuk mengajak rakyat bersikap jujur, jauhi rasuah dan sebagainya."

"PAS juga berpolitik dengan pemahaman bahawa segala yang dilakukan di dunia ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya, segala apa yang dilakukan di dunia ini akan dibawa ke akhirat untuk dipertangungjawabkan dan menerima balasan baik atau buruk."

Politik begini akan membawa negara kepada sebuah negara yang aman makmur di bawah keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Menurut beliau lagi yang merupakan ahli parlimen Bachok, ini amat berbeza dengan UMNO yang menjadikan politik sebagai alat untuk duniawi semata-mata tanpa memperkirakan balasan di akhirat. Apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada yang bukan ahli maka akan tibalah saat kehancuran seperti gejala sosial yang semakin membarah, rasuah, kezaliman, wabak penyakit dan sebagainya.

Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada rakyat memilih pemimpin dan parti yang benar-benar membawa kesejahteraan secara seimbang dunia dan akhirat. Dalam konteks ini ialah memilih pemimpin di dalam pilihan raya.

Apabila diberikan amanah kepada pemimpin yang bukan ahlinya maka ia dapat dilihat di negara ini. Dalam keadaan ekonomi menguncup, pemimpin BN sanggup membina bangunan 100 tingkat. Dalam keadaan gejala sosial yang kronik, atas nama menjana ekonomi negara pemimpin UMNO menjadikan negara ini sebagai hub hiburan malam yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu.

Oleh itu, Timbalan Presiden PAS menyeru kepada rakyat agar melakukan perubahan dalam PRU akan datang demi menyelamatkan negara daripada terus dipimpin oleh pemimpin yang rakus.
YB Anuar dan YB Zainuddin turut berceramah.
Kehadiran begitu ramai walaupun sebelumnya hujan turun.

Beliau juga menyentuh tentang konsep tahaluf siyasi dan penubuhan sayap baru Dewan Himpunan Penyokong PAS. Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh PAS kini menjadi satu kejayaan yang besar dan mendapat pujian dan panduan kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

UMNO/BN BERLAGAK MACAM JAGUH WALAUPUN DAH HILANG LIMA NEGERI / امنو/بن برلاݢق ماچم جاݢوه والاوڤون ده هيلڠ ليما نݢري


TELUK INTAN, 27 November - UMNO/BN masih melihat diri mereka sebagai jaguh walaupun setelah kehilangan enam negeri (termasuk WP Kuala Lumpur) selepas PRU12 2008 yang lepas sebelum Perak dirampas secara zalim oleh BN. Demikian dinyatakan oleh ADUN Lubuk Merbau YB Hj. Zainuddin Yusuf semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

"Lagak mereka (UMNO/BN) seperti jaguh ini amat meluatkan dan rakyat sebenarnya tidak sabar-sabar menunggu PRU13 akan datang untuk menumbangkan UMNO/BN sebagai memberi pengajaran kepada mereka, " jelas YB Zainddin lagi.

Belia percaya bahawa dengan kemudahan mendapat maklumat sebenar melalui media alternatif maka telah membentuk satu sikap yang baru kepada rakyat untuk lebih berani melakukan perubahan.

"Amat malang kepada kita jika kita membiarkan UMNO/BN terus melakukan kezaliman di negara ini aikbat kecuaian dan kurangnya persiapan kita berhadapan dengan PRU akan datang. Oleh kerana itu, setiap jentera pilihanraya mesti digerakkan secara aktif bagi menghadapi PRU13 yang dijangkakan tahun depan, " tambah beliau lagi yang juga merupakan bekas Exco negeri Perak semasa kerajaan PR memerintah.

Sebelum itu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyentuh isu perpaduan Melayu yang sering dijaja oleh Mufti Perak. Bagaimana seorang mufti amat dangkal pandangan agamanya apabila menyeru agar orang Melayu mesti bersatu demi kekuatan bangsa sedangkan kekuatan sebenar mana-mana bangsa atau kaum adalah disebabkan sifat taqwa mereka kepada Allah SWT.

Penceramah utama pada malam itu ialah Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG : MARI SERTAI PELBAGAI AKTIVITI...!!! / هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ : ماري سرتاي ڤلباݢاي اکتيۏيتي

>> 27 November 2010


PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan akan mennganjurkan Hari Kebajikan DUN Changkat Jong pada 4 Disember ini bersamaan Sabtu. Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. Begitu banyak acara diadakan pada hari itu seperti gerai pameran dan jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, aqiqah, berkhatan, pertandingan, dan sebagainya. Program tersebut akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Menurut Pengarah Program Sdr. Shamsuddin Mahmud, pihak urus setia masih memerlukan penyertaan orang ramai dalam beberapa aktiviti seperti kempen derma darah dan berkhatan. Menurut beliau, setakat ini seramai 17 orang kanak-kanak telah didaftarkan untuk majlis berkhatan beramai-ramai. Bayaran yang dikenakan ialah RM50 sahaja yang akan diuruskan seramai tiga orang doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Menurut Sdr. Shamsuddin lagi, pihaknya juga masih membuka kepada orang ramai bagi menyertai program aqiqah dengan bayaran RM350. Pihaknya juga mengalu-alukan kepada para penjaja dan peniaga untuk membuka gerai di tapak program.


Di samping itu, pihaknya amat memerlukan penyertaan orang ramai dalam kempen derma darah yang akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Hilir Perak. Beliau menyeru agar orang dapat mendaftar awal sebagai penderma darah kepada pihak urus setia sebelum 4 Disember ini.

Selain itu, beberapa pertandingan turut diadakan. Antaranya pertandingan mewarna untuk pebagai kategori umur kanak-kanak. Bagi remaja dan dewasa pula beberapa pertandingan telah diatur seperti pertandingan masakan berasaskan roti (peserta berumur 15 - 25 tahun) dengan menggunakan bahan-bahan seperti roti, sosej, telur, sardin dan sebagainya.

Remaja yang berumur antara 13 hingga 21 tahun juga boleh menyertai pertandingan multimedia (powerpoint) dengan pilihan tajuk sama ada "Kempen Menutup Aurat" atau "Gejala Sosial dan Cara Menanganinya". Maksimum persembahan powerpoint ialah selama 10 minit dan penghakiman berdasarkan daya kreatif dari sudut audio, video dan grafik. Peserta hanya perlu menyiapkan persembahan powerpoint dan disimpan ke dalam bentuk CD dan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau pada 3 Disember.

Hadiah-hadiah yang menarik disediakan kepada para pemenang.
Kepada sesiapa yang berminat kepada acara-acara tersebut, bolehlah menghubungi terus pihak urus setia seperti berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut :

1.  Khatan, aqiqah dan derma darah : Sdr. Shamsuddin (013-4390283) dan Pn. Fuziah (013-5957537)
2.  Pertandingan masakan dan multimedia : Pn. Adilah (019-5713049) dan Cik Afiza (019-3620544)

Hari Kebajikan DUN Changkat Jong djangka akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak merangkap Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Perak, AF Ustaz Hj, Mustafa Shaari.

Kemeriahan dan kemuncak program ialah pada sebelah malam iaitu Ceramah Perdana bersama MB Pakatan Rakyat YB DS Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin. Ceramah akan diadakan di tapak program iaitu di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

SYABAS KERANA SEKONGKOL DENGAN UMNO/BN / شباس کران سکوڠکول دڠن امنو

>> 26 November 2010

 Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika  kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya.
Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.

Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.

“Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya.

Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.

“Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

“Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi.

Read more...

KENA BIJAK PILIH PEMIMPIN / کنا بيجق ڤيليه ڤميمڤين


"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Read more...

BELIA MALAYSIA BUKAN KAYU... / بليا مليسيا بوکن کايو..


  
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Nov: PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.
“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.
“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya  generasi muda  tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.
Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.
“Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja,” ujarnya.
Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.
Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh  hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.
“Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka  untuk membina kualiti hidup yang lebih baik,” katanya lagi.


Read more...

KAPAL BOCOR, SENGET PALING SESUAI / کاڤل بوچور، سيڠيت ڤاليڠ سسواي

>> 25 November 2010


KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akan menjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama.

Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing.

“Pempin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing.

“Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter.

Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi.

Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka.

Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN.

Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik.

“Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.(harakahdaily)

Read more...

GUGAT KUASA RAJA...BUKTIKAN SIAPA... / ݢوݢت کواس راج...بوقتيکن سياڤا...

>> 24 November 2010

 
PAS hari ini melahirkan rasa kesal parti itu dengan isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang sering dibangkitkan, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Menurut beliau usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu' sebenarnya cuba menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Harussani ZakariaIdris berkata satu ketika dahulu kononnya ada perlembagaaan baru seperti yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetapi sehingga hari ini perkara itu gagal dibuktikan.

“PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.
Isu derhaka

"Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan," kata Idris.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02Menurut beliau, dalam sejarah politik Malaysia - “yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.” Malahan, dakwa Idris, Umno juga cuba mengambil alih kuasa mengistihar darurat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya, rakyat negara ini juga tidak lupa bagaimana Umno “membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

conference of rulers majlis raja raja"Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu?” soalnya.

Idris berkata sebenarnya, banyak lagi yang boleh dibongkarkan bagi membuktikan siapa yang sebenarnya menghina Raja-raja Melayu.(malaysiakini)

Read more...

UMNO MEMBERIKAN GAMBARAN SEMPIT TENTANG ISLAM - YB TEO NIE CHING / امنو ممبريکن ݢمبارن سمڤيت تنتڠ اسلام - تيو ني چيڠ


TELUK INTAN, 23 November - UMNO telah memberikan gambaran Islam yang sempit kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching di dalam ceramah beliau di Taman Cicely dekat sini. Ceramah tersebut adalah anjuran PAS Cawangan Cicely.

Ini jelas terbukti semasa isu beliau yang dijemput menyampaikan sumbangan kepada sebuah surau di Kajang pada bulan Ramadhan lepas. Sejak peristiwa itu, beliau telah diberikan gambaran negatif oleh pemimpin UMNO dan media-media UMNO. Pelbagai fitnah telah disebarkan tentang beliau.

"Di muka depan Utusan Malaysia terpampang tajuk saya telah menyampaikan tazkirah di dalam surau. Sedangkan saya hanya berucap selama lima minit sahaja. Itupun ucapan saya berkenaan dasar-dasar kerajaan negeri Selangor. Malah saya sendiri tidak tahu apa dia 'tazkirah', "ujar beliau.

Menurut beliau, sebenarnya UMNOlah yang telah menyebabkan 'Islamofobia' dalam kalangan masyarakat ukan Islam di negara ini. Mereka telah memberikan gambaran sempit Islam.
YB Anuar dan isteri Pn.Hjh. Faridah bersama YB Teo.

Namun begitu, keresahan beliau menjadi reda setelah beliau bertemu dengan Tuan Guru Nk Abdul Aziz selepas peristiwa itu. Tuan Guru telah memberikan gambaran yang luas tentang Islam. Antaranya tentang Islam adalah untuk semua dan terbuka. Tiada masalah bagi sesiapa sahaja untuk hadir ke masjid atau surau.

Dr. Najihah menyampaikan ceramah yang menarik walaupun dalam keadaan kurang sihat.

 Beliau juga begitu terharu kerana telah mendapat pembelaan daripada PAS dan PKR. dalam mempertahankan tindakan beliau memasuki surau. Beliau percaya bahawa Islam yang dibawa oleh PAS adalah lebih terbuka berbanding UMNO.

Selain Ahli Parlimen Serdang, turut menyampaikan ceramah ialah Naib Ketua Dewan Muslimat negeri Perak, Dr. Najihatussolehah Ahmad. Ucapan beliau berkenaan dengan sirah di dalam al Qur'an tentang pengorbanan muslimat iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. 

"Sewajarnya ahli PAS dan masyarakat yang cintakan Islam agar melakukan lebih banyak pengorbanan demi perjuangan Islam."

Beliau juga menyentuh tentang sidang DUN Perak yang akan diadakan pada 30 November nanti. Rakyat Perak amat mengharapkan agar sidang DUN kali ini akan membincangkan lebih serius tentang bajet. 
Pimpinan DHPP Teluk Intan/Perak turut hadir.

"Berilah peluang kepada pembangkang untuk berbahas. Kalau pihak BN tak mahu berbahas tak mengapa. Tapi berilah kepada pihak PR untuk memberikan pandangan kerana sidang DUN merupakan salah satu forum atau tempat yang paling baik untuk menyampaikan pandangan dan komen kepada pihak kerajaan." ujar beliau lagi.

Sebelum itu, Ketua Cawangan PAS Cicely telah menyampaikan ucapan. Beliau banyak menyentuh berkenaan ulang tahun ke-25 memperingati peritiwa Memali.
intanhijau.blogspot.com
Sdr. Ahmad Kabir (Ketua Cawangan Cicely/NYDP PAS Teluk Intan) menyampaikan ucapan.
YB Teo sempat beramah mesra dengan orang ramai sebaik sahaja tiba.
Orang ramai khusyuk medengar ceramah penerangan isu semasa.
Pengerusi ceramah Hj. Azahar mengendalikan majlis dengan baik sekali.

Read more...

PAS KONSISTEN DENGAN PRINSIP AMAR MAKRUF, NAHI MUNKAR - YB ANUAR SUDIN / ڤاس کونساستن دڠن ڤرينسيڤ امر معروف، نهي منکر - انوار سودين

TELUK INTAN, 23 November - Sejak penubuhannya hingga kini PAS masih berpegang teguh kepada prinsip amar makruf dan nahi munkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Inilah juga yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat di negara ini. Demikian telah dinyatakan oleh ADUN Kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa berucap di dalam majlis ceramah anjuran PAS Cawangan Taman Cicely dekat sini malam tadi.

"Oleh sebab itu, konsep taqwa perlu ada dalam diri setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana hanya orang yang bertaqwa sahaja mampu melaksanakan prinsip tersebut, " tambah beliau.

"Justeru, adalah menjadi satu tanggungawab PAS untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat agar mereka memperoleh ilmu yang membawa kepada ketaqwaan dan seterusnya merealisasikan prinsip amar makruf dan nahi munkar."

Perkara ini tidak wujud dalam UMNO apatah lagi BN. Malah mereka (UMNO) menyekat pula orang Islam untuk mempelajari Islam di masjid dan surau dengan menghalang pengajian-pengajian. Bukan itu sahaja, orang bukan Islam juga telah diberikan gambaran begitu sempit oleh UMNO sebagaimana isu Ahli Parlimen Serdang yang masuk ke dalam surau untuk menyampaikan sumbangan dalam bulan Ramadhan lepas.

Menurut beliau lagi, berbeza pula dengan PAS yang sentiasa berusaha memberikan penerangan dan pemahaman kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat terutamanya kepada DAP. Hingga kini, DAP telah diberikan gambaran Islam yang lebih luas dan fleksibel berbanding UMNO yang telah memberikan gambaran sempit kepada MCA dan parti-parti komponennya yang lain.


Antara penceramah yang hadir ialah Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching dan Dr. Najihatussolehah Ahmad, Naib Ketua Dewan Muslimat negeri Perak. Majlis ceramah telah diadakan di Bilik Gerakan UPU PAS Cicely di Taman Cicely.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

GAJI PM....GAJI ISTERI PM ? / ݢاجي ڤي. ايم....ݢاجي استري ڤي. ايم اد ؟


KUALA LUMPUR 23 NOV: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

-Bernama.

Read more...

BN FIKIR TUKAR LOGO, RAKYAT FIKIR TUKAR KERAJAAN / بي.ان فيکير توکر لوݢو، رعيت فيکير توکر کراجأن

>> 23 November 2010


PARIT BUNTAR, 22 Nov :-Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN tidak lama lagi.

Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui disini.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu.

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan" jelas nya.

Demkian menurut Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, mengulas tindakan BN bercadang mengubah ciri logo mereka.

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka.Katanya.

“Saya yakin, walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut.

Ketika ditanya raspon YB adakah Pakatan Rakyat akan tergugat dengan strategi tersebut,“kita tetap bertekad meneruskan agenda menyampaikan maklumat isu Negara kepada rakyat, gerak kerja ini tidak akan terhenti selagi Pakatan Rakyat belum mentadbir perak dan Putrajaya, tegasnya.

Menurutnya lagi tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN.

"Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siap dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun" Katanya.

“Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya lagi semasa akhir sesi temubual.
http://idhamlim.blogspot.com

Read more...

KERAJAAN BN KERAJAAN SONGSANG / کراجأن بي ان، کراجأن سوڠسڠ

 
1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.

2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ]  sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .

3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .

4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .

5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak . Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .

6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah - olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .

7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .

8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil , lahir dan buang bayi .

9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan  ! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .

10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak  ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .
http://episodeperjuangan.blogspot.com

Read more...

PENGGANAS ADA DALAM NEGARA KITA ? / ڤڠݢانس اد دالم نݢارا کيت ؟

>> 22 November 2010


KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Luar Negeri memberikan laporan lengkap mengenai peranan pusat serantau Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mencegah keganasan antarabangsa.

Berbahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, rakyat hanya diberitahu kononnya wujud beberapa kumpulan pengganas di rantau ini namun tidak pernah dinyatakan maklumat lengkap.

"Adakah benar-benar berlaku dalam negara kita ada kumpulan pengganas dalam erti kata yang sebenar?

"Kita hanya mendengar kononnya ada kumpulan Al-Qaeda, JI, Kumpulan Abu Sayaf dan sebagainya jadi kita mahu dapat maklumat yang terperinci daripada Kementerian Luar Negeri tentang peranan pusat ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.
Salahuddin turut berkata, kementerian seharusnya memberikan penjelasan mengenai segala aktiviti pusat itu dan sejauh mana kejayaan yang telah dicapai.
"Kita ingin dapat perkembangan daripada pusat ini. Apakah aktiviti yang telah dijalankan dan sejauh mana kerja pengintipan yang telah dilakukan dan sejauh mana rekod-rekod boleh didedahkan," katanya.

Selain itu, beliau juga meminta kementerian menjelaskan dasar umum yang disepakati kerajaan berhubung jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal membabitkan Malaysia dan luar negara.

Jenayah itu, ujarnya melibatkan pengedaran dan penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan kes rakyat asing yang melakukan jenayah bersembunyi di negara ini dan sebaliknya.

"Apakah dasar-dasar umum yang telah disepakati dan sejauh mana perkembangan terhadap penyelesaian jenayah-jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal dan memerlukan komitmen keselamatan kedua-dua negara," katanya.

Turut disentuh beliau mengenai isu hak asasi dan sosial pekerja Indonesia di negara ini yang belum selesai.

Menurutnya, penyelesaian isu ini memerlukan iltizam yang kuat daripada kedua-dua negara.

"Masih terdapat isu-isu yang belum dapat mencapai kata sepakat seperti mana yang diharapkan.

"Saya minta menteri dapat menjelaskan mengenai perkara ini supaya negara kita tidak mempunyai masalah untuk menerima kehadiran mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu di negara ini," katanya.(harakahdaily)

Read more...

NEGERI PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN BERSAMA PRU13 ? / نݢري ڤاکتن رعيت تيدق اکن برسام ڤرو13 ؟

 
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.(harakahdaily)

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP