Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

KARISMA 1432 H / کاريسما

>> 31 Januari 2011


TELUK INTAN, 31 Januari - Pihak Surau Diri Jumaat (SDJ) Al-Maaidah, Taman Melor, Teluk Intan akan menganjurkan Karnival Sambutan Maulidur Rasul (KARISMA 1432H) pada 15 Februari 2010, Selasa bermula 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Menurut jurucakap SDJ Al-Maaidah, program tersebut bermula sehari suntuk di mana antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan Maulidur Rasul, ceramah oleh Ustaz Akhil Hayy, persembahan nasyid, gerai pameran & jualan, pemeriksaan kesihatan dan derma darah. Program tersebut akan berlangsung pada sebelah pagi.

Pada  waktu petang pula akan diadakan pertandingan hafazan dan azan serta pertandingan sepak takraw.

Acara kemuncaknya ialah pada waktu malam iaitu forum perdana oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Kamal Ashaari dan Ustaz Manolito serta penyampaian hadiah. Perasmian penutup akan disempurnakan oleh ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Penduduk Taman Melor dan kawasan berhampiran dijemput hadir ke program tersebut.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

JANGAN EMOSI TANPA KAWALAN ILMU - TUAN IBRAHIM / جاڠن ايموسي تنڤا کاولن علمو - توان إبراهيم


Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.

Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

“Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Azahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di Tenang.(harakahdaily)

Read more...

FACEBOOK PUNCA KEBANGKITAN RAKYAT MESIR...? / فاچبووق ڤونچا کبڠکيتن رعيت مصر...؟

Mohamed Bouazizi, Anak Muda Perintis Kebangkitan Tunisia

Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.
Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-
"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."


17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.
Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?
Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.
Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.
Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.
Anak muda Tunisia memberikan semangat baharu kepada politik Tunisia.

Read more...

PAS MENANG DI HATI RAKYAT YANG CELIK IMAN, HATI DAN MINDA / ڤاس منڠ د هاتي رعيت يڠ چليق ايمان، هاتي دان ميندا

>> 30 Januari 2011


Read more...

KEPUTUSAN TIDAK RASMI N05 TENANG

Keputusan tak rasmi 7.15pm

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.

Read more...

IBU MERTUA NAIB KETUA DHPP PUSAT MENINGGAL DUNIA / ايبو مرتوا ساودارا سوريا منيڠݢل دنيا


TELUK INTAN, 30 Januari - PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan telah menziarahi ibu mertua kepada Sdr. Suria Narayanan, Naib Ketua DHPP Perak dan DHPP Pusat yang telah meninggal dunia pagi ini. Antara yang hadir ialah Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Naib YDP PAS Sdr. Ahmad Kabir Mahdin dan Ketua DHPP Teluk Intan/Timbalan Ketua DHPP Perak Sdr. Hacharan Singh.

Menurut Sdr. Suria ibu mertuanya berusia 57 tahun telah meninggal dunia di Hospital Teluk Intan jam 4.00 pagi akibat kencing manis. Beliau mengucapan ribuan terima kasih atas kehadiran pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan DHPP Teluk Intan.

PAS Teluk Intan dan DHPP Teluk Intan telah mengucapkan takziah serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga ibu mertua Sdr. Suria. Mayat ibu mertuanya akan dikebumikan pada jam 2.00 petang esok (Isnin).

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PAS MENANG.....InsyaAllah / ڤاس منڠ.....ان شاءالله

Tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan BN di Tenang....!

Read more...

MISI DATUK KHUSRIN IALAH .... - YB SAARI SUNGIB / ميسي داتوق خسرين اياله .... - ساعري سوڠيب

>> 29 Januari 2011


TELUK INTAN, 28 Januari - Misi Datuk Khusrin Munawi mensabotaj kerajaan negeri Selangor sejak beliau menjadi Pengarah JAIS dan oleh kerana beliau berjaya maka tugas dan peranan beliau telah diangkat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ini telah diperjelaskan oleh ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.
(Dari kiri) YDP PAS Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik, YB Saari Sungib dan Dr. Muhaimin.

Dr. Muhaimin Sulam turut berceramah.

"Peranan beliau nanti sebagai SUK mudah sahaja iaitu melewat-lewatkan setiap arahan MB dan Exco dan kerja-kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti lewat mengesahkan peruntukan pembangunan negeri dan sebagainya."

"Dan kita tahu siapa dalang atas pelantikan Datuk Khusrin sebagai SUK kala bukan orang dari Putrajaya sendiri," ujar beliau.
YB Saari mengupas isu negeri Selangor dengan baik sekali.

YB Saari menyantuni mantan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir Damanhuri.

Menurut ADUN Hulu Kelang lagi, dengan menjawat sebagai SUK, Datuk Khusrin akan mengambil kesempatan atas sikap ketelusan MB dan kerajaan Selangr untuk melakukan pelbagai kerja sabotaj yang mampu mengundang ketidakpuasan hati rakyat akibat kelembapan dan kelewatan projek-projek pembangunan.
YB Saari sedang menandatangani buku tulisan beliau.

Di dalam ceramah tersebut juga, beliau telah menjelaskan kronologi bagaimana terlantiknya Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor dengan cara yang paling tidak beretika. Bagi beliau, apa yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah MB Nizar kini dirasai pula oleh Selangor.

Turut menyampaikan ceramah ialah Dr. Muhaimin Sulam.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

MASJIDKAN PADANG BOLA DAN KEDAI KOPI - DR. MUHAIMIN / مسجدکن ڤادڠ بولا دان کداي کوڤي - دوکتور موهايمين


TELUK INTAN, 28 Januari - Konsep politik dan dakwah yang dibawa oleh PAS perlu diperluaskan sehingga di luar lingkungan PAS itu sendiri. Demikian dinyatakan oleh Dr. Muhaimin Sulam semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau, biarlah pihak UMNO mengisi jawatan jawatankuasa masjid, apa yang penting ialah ahli-ahli PAS mengimarahkan masjid tersebut. Malah, sepatutnya peranan dan semangat masjid tersebut perlu di bawa ke padang-padang bola dan kedai-kedai kopi.

"Sudah sampai masanya pemikiran melihat berdakwah tempatnya hanya di masjid diubah. Kita imarahkan padang bola dan kedai kopi sebagaimana kita mengimarah masjid melalui tazkirah kepada masyarakat. Kita perlu ingat bahawa cara berfikir orang di luar sana berbeza dengan kita, oleh itu kita perlu bertindak keluar dari kelompok kita untuk berjumpa mad 'u  untuk memahami mereka yang dahagakan bimbingan," tambah beliau lagi.

Beliau yang baru kembali dari luar negara setelah tamat pengajian pHD turut berkata bahawa ahli-ahli UMNO perlu dilihat sebagai sasaran dakwah kita dan mereka ini mungkin menjadi pengundi kita satu masa nanti.

"Keluarlah dari kelompok kita (cara berfikir dan tindakan) kerana kekuatan sebenar kita bukanlah dalam lingkungan kita saja tetapi kekuatan kita terserlah apabila kita berada di luar kelompok iaitu masyarakat mula menerima dakwah dan politik kita."

Selain Dr. Muhaimin, ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib turut diundang menyampaikan ceramah pada malam tersebut.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

JOM BERDEBAT WAHAI CALON-CALON PRK N05 TENANG... / جوم برديبت واهاي چالون-چالون ن05 تنڠ...

>> 27 Januari 2011

PRK Tenang : Wak Al-Banjari Cabar kedua-dua Calon berdebat.



Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID telah mengantar surat jemputan Debat kepada Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Debat itu bertujuan untuk melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.

Calon PAS, Cikgu Normala sudah bersetuju untuk menyahut cabaran debat tersebut. Kini, KUBID sedang menunggu maklum balas calon BN.



KUMPULAN BLOGGER-BLOGGER INDEPENDENT (KUBIT)
Independent Bloggers Group
____________________________________________________________________________________
27 Januari, 2011


HEBAHAN MEDIA (MEDIA RELEASE)

Assalamualaikum Wrm. Wbt.,
Salam 1 Malaysia

Sebelum itu ingin kami memperkenalkan bahawa kami adalah merupakan bloger-blogger yang bergerak secara independent dibawah nama Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID.

Kami berada disini bagi mewakili rakan-rakan blogger KUBID yang kini telah dianggotai lebih dari 50 orang bloggers seluruh Malaysia. Kami mendokong misi dan visi yang menjurus kepada politk berpengetahuan untuk semua.

Sangat Mengecewakan. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan setelah melihat kempen-kempen yang dijalankan terutamanya kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang tidak seperti yang diharapkan.

Disepanjang 5 hari, dan didalam tempoh itu dapat dikatakan bahawa kempen-kempen yang dibawakan lebih mengarah untuk populis, dan kempen-kempen yang dijalan lebih mengarah dan bersifat kosmetik, sebagai alat untuk mengaburi pengundi-pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

Sedangkan isu-isu sebenar lagi hidup itu terus menekan pengundi-pengundi di DUN Tenang ini. Dan kami sangat merasakan bahawa disepanjang kempen itu berlangsung, banyak perkara seperti cuba disembunyikan dan ditenggelamkan dari pengetahuan khalayak khususnya kepada pengetahuan pengundi-pengundi.

Kami sangat mempersoalkan tentang kewibawaan dan intergiriti calon-calon yang bertanding.

Dimanakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih kepada menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain. Dimana etika dan moralnya.

Mengapa isu-isu besar yang akan disebutkan dibawah tidak diberi keutamaan penyelesaian untuk masyarakat pengundi-pengundi di Tenang ? Sejujurnya kami menempelak sekerasnya-kerasnya apa yang sedang berlaku kini baik dipihak calon BN

mahupun PAS sekiranya agenda kempen yang dilaksana lebih menjurus kepada hilangnya nilai moral yang secara tidak langsung menjatuhkan nilai dan kredibiliti calon itu sendiri. Soalannya mengapa ?

Telah dimaklumi bahawa kepimpinan yang baik akan membawa hala tuju untuk kebaikan rakyat dan negara dimasa hadapan.

Kewajaran untuk memilih pemimpin yang bersih yang telus, yang tinggi intergriti dan wibawanya dimata rakyat adalah cita-cita murni yg diharapkan oleh rakyat, dan kita sangat menentang dan menolak budaya bobrok dan jelek kepada pemimpin yang hilang etika dan nilai moralnya seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Isu Pengangguran di kalangan kaum India.

Isu pengangguran yang tinggi dikalangan rakyat ditenggelamkan terus dari agenda kempen dan penyelesaiannya. Ini disebut apabila kami merujuk kepada isu pengangguran yang tinggi dikalangan generasi muda india begitu membimbangkan. Mengapa isu ini langsung tidak dibawa oleh MIC dan BN ? Dari laporan yang dikeluarkan kelmarin dari portal berita maya telah menyiarkan bagaimana generasi muda India di Tenang begitu tertekan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin BN sebelum ini tetapi hakikatnya ia hanya janji kosong belaka.

Lebih mendukacitakan apabila sebilangan pemimpin India khususnya MIC yang berjanji untuk membantu golongan muda india dalam soal pekerjaan, ditipu dan dibohongi, dan ia melibatkan bilangan yang bukan sedikit di sini khususnya di estet2 seperti di estet Labis Utara contohnya dan golongan ini sekarang terus menganggur. Sedangkan itulah isu yang mesti dicari solusi dan penyelesaiannya bagi kebaikan rakyat serta dimaklumkan kepada pengundi di sini. Bukan sekadar 'menanam tebu dibibir' pada disetiap adanya pilihanraya.

Isu keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan di Felda

Sehingga hari ini masih terdapat berbagai-bagai masalah yang terus membelenggu golongan peneroka Felda khususnya berkaitan soal keruntuhan akhlak remaja di Felda malah Felda dilihat terus gagal menyediakan penempatan bagi generasi kedua Felda selain kegagalannya membendung masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan.

Kempen-kempen yang bersifat kosmetik ini telah diadun dengan baik bagi menenggelamkan isu-isu besar yang berlaku di Felda sebagaimana yang disebutkan sebahagiannya di sini.

Kami menimbulkannya kerana disini wujudnya 3 Tanah Rancangan FELDA iaitu Felda Tenang, FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat.

Maka disini, bersama hasrat kami, yang mendokong hasrat rakyat mempelawa dengan kerendahan hati dan jiwa kepada kedua-dua calon yang bertanding dari BN (Azahar bin Ibrahim ) dan PAS (Cikgu Normala Sudirman ) agar dapat duduk diatas satu pentas bersama, untuk berwacana atau berdiskusi atau debat atau atas apa nama jua yang baik untuk dicadangkan, bagi menjelaskan isu-isu dan tajuk-tajuk yg dipersetujui bersama serta merangkumi diantaranya persoalan-persoalan telah telah diutara sebahagiannya diatas.

Ini bagi membolehkan pengundi di sini lebih mengetahui akan usaha-usaha dan hala tuju yang baik dengan lebih jelas serta berkesan kepada seluruh isu-isu yang ditenggelamkan dan disembunyikan sebagaimana yang telah dijelaskan tadi diatas satu pentas,

dimana,
KUBID akan menganjurkannya program tersebut di satu tempat yang akan dimaklumkan kelak setelah persetujuan dicapai untuk bersetuju berwacana/diskusi/debat/ forum atau diatas apa saja nama yang diberi oleh calon-calon yang bertanding. Surat - surat jemputan dan makluman hasrat akan diserahkan kepada –calon-calon PAS dan BN selewat-lewatnya pada petang ini.

Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.


Sekian Terima Kasih.

Sumber : Batu Gajah Mari

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG DI PASAR SELASA KG. BAHAGIA / ادون چڠکت جوڠ د ڤاسر ثلاث کامڤوڠ بهاݢيا

>> 26 Januari 2011


TELUK INTAN, 25 Januari – ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin telah meluangkan masa lebih sejam melawat dan bertemu rakyat Pasar Selasa di Kampung Bahagia dekat sini. Turut menyertai lawatan ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Kampung Bahagia.
YB Anuar disapa oleh pengunjung berbangsa India.

Kehadiran YB Anuar mendapat perhatian para pengunjung Pasar Selasa.

Walaupun kunjungan ke Pasar Selasa diadakan secara mengejut namun sambutan masyarakat terhadap kehadiran ADUN Changkat Jong begitu mesra sekali. YB Anuar telah melawat ke semua gerai yang terdapat di situ.

YB Anuar melayani kerenah dua beradik.

Pada masa yang sama, risalah 100 hari Pakatan Rakyat telah diedarkan orang ramai. Operasi edaran risalah tersebut telah dilakukan oleh AJK PAS Cawangan Kampung Bahagia.

YB Anuar telah sempat bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat baik tua mahupun muda tanpa mengira bangsa dan agama. Kemesraan tergambar pada wajah setiap orang yang ditemui.
Pengunjung bermotosikal juga disantuni.


Satu peristiwa, seorang pemuda begitu berbesar hati apabila anaknya telah disapa dan diberi wang oleh YB Anuar. Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk bersalaman dengan wakil rakyat mereka serta bertanya khabar.
Bersembang sambil bertanya khabar.

YB Anuar sempat mengunjungi kedai makan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG HADIR MAJLIS TAHLIL / ادون چڠکت جوڠ حاضر مجليس تهليل

>> 25 Januari 2011


TELUK INTAN, 24 Januari - ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah meluangkan masa hadir ke majlis tahlil arwah seorang penduduk di Kampung Sungai Samak. Majlis tahlil tersebut telah diadakan selepas waktu Isya'.
Menikmati juadah bersama penduduk kampung.

Allahyarham Hurmin bin Kasmin, 65, telah meninggal dunia akibat derita penyakit kencing manis. Allahyarham Hurmin telah meninggal dunia pada petang Isnin. Turut hadir ke majlis  tahlil tersebut ialah pimpinan PAS cawangan Sungai Samak serta PKR ranting.
Berbual mesra dengan seorang waris arwah.

YB Anuar sempat beramah mesra dengan waris Allahyarham dan menyampaikan sumbangan.
YB Anuar memberikan penerangan.
AJK PAS cawangan memberi perhatian penerangan oleh YB Anuar.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pimpinan PAS Cawangan Sungai Samak di rumah ketua cawangan, Sdr. Sarifudin Abd. Hamid. ADUN Changkat Jong telah menyampaikan serba sedikit isu semasa serta menyentuh tentang gerak kerja parti cawangan sebagai satu motivasi.

intanhijau.blogspot.com





Read more...

CALON BN TENANG TAK POPULAR...?

>> 24 Januari 2011


Maklumat yang Tulang Besi dapat dari kawan yang berada di Tenang adalah calon BN Tenang ini ditolak oleh UMNO tempatan. Tulang Besi tidak boleh memastikan kesahihan kesah ini, terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah:

1.0 Calon BN ini adalah pilihan Muhyiddin Yaasin

2.0 Najib Tun Razak sendiri dalam satu majlis tertutup menolak calon pilihan Muhyiddin ini

3.0 Calon ini pernah bertanding di dalam Pemilihan UMNO Bahagian Labis dan kalah dengan begitu teruk sekali

4.0 Lebih 20 Cawangan UMNO memboikot calon BN ini sehingga ada markas UMNO yang ditutup.

5.0 Mereka yang tidak terpilih sebagai calon juga mengambil langkah memboikot calon BN ini. Antaranya adalah Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh.

6.0 Kalau mengikut populariti, calon BN ini tidak akan terpilih. Namun, Muhyiddin Yaasin sendiri mengambil keputusan dan menaikkan seorang yang tiada jawatan langsung dalam UMNO Labis.

7.0 Dikatakan juga calon BN ini walaupun pernah menjadi DO namun tidak pernah disukai rakyat.

Secara mudahnya calon PAS Cikgu Normala Sudirman jauh lebih popular berbanding dengan calon BN itu

Tulang Besi

Read more...

PUSINGAN 1 : CIKGU MALA DAN AZAHAR / ڤوسيڠن 1 : چئݢو مالا دان ازاهر

>> 23 Januari 2011

Mampukah isu agama yang dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini memberi kelebihan kepada mereka dalam kempen mempertahankan kerusi berkenaan?

Atau mungkinkah pengundi, khususnya kaum Cina akan terpengaruh dengan isu negara Islam dan tindakan calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki - yang menimbulkan kebimbangan beliau tidak mesra rakyat?

Atau sejauh mana kesannya 'umpan' BN itu bagi menarik sokongan 14,753 pengundi - 39 peratus atau 5,766 orang kaum Cina - agar kembali menyokong calon parti itu Mohd Azahar Ibrahim?

Sehingga kini, Pakatan Rakyat, terutamanya PAS, dilihat tidak ambil peduli tentang isu agama yang dibangkitkan.

Dalam beberapa ceramah sebelum ini, tokoh-tokoh yang diundang masih tidak melatah, apatah lagi mengulas "serangan" bertali arus BN itu.

Sebaliknya mereka mengetengahkan isu-isu setempat, khususnya masalah generasi awal dan kedua peneroka Felda bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

DUN Tenang, di Labis mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu.(malaysiakini)

Read more...

DEBAT 100 HARI : NAJIB JANGAN JADI LEBAI MALANG / ديبت 100 هاري : نجيب جاڠن جادي ليباي مالڠ


Parti Islam SeMalaysia Pas mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anuar Ibrahim sudah  mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah. Sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.  

Subsidi untuk  rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah  RM47 bilion  dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya.  Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan. Manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan. Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal  menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.

Pas yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan   kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)

Read more...

AKTIVITI SEMINGGU ADUN CHANGKAT JONG / اکتيۏيتي سميڠݢو ادون چڠکت جوڠ

>> 22 Januari 2011

20 Januari 2011
Menziarahi warga emas di Hospital Teluk Intan.




21 Januari 2011
Solat Jumaat dan ziarah di Kg. Ayer Hitam
YB Anuar disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi Masjid Ayer Hitam.

Beramah mesra dengan salah seorang jemaah masjid selepas solat Jumaat.

Mengunjungi rumah Sdr. Rami bin Kasan, pesakit kencing manis.


Memberi sedikit sumbangan dan nasihat kepada Sdr. Rami.

Bersama Ketua PAS Cawangan Ayer Hitam, Sdr. Mohd. Nor Yatim.

Read more...

YESSS.....SATU LAGI PRK.....!!!

>> 19 Januari 2011


Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.
"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.
Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.(malaysiakini)

Read more...

PAK LAWAK MINGGU INI..... / ڤق لاوق ميڠݢو اين.....

>> 18 Januari 2011


"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

(Kalau Anwar akan demam, Najib akan m***** ISI SENDIRI)

Read more...

(video) KENALI CALON PAKATAN RAKYAT PRK N05 TENANG

>> 17 Januari 2011


Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP