Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TINGKATKAN AMAL IBADAT MENUJU KEREDHAAN ALLAH - PJ PERAK

>> 31 Julai 2011

Semoga Ramadhan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT.

Read more...

KESILAPAN KERAP MUSLIM PADA BULAN RAMADHAN


Oleh Ust. Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
        

Semoga kita semua diberi kesempatan menyambut Ramadhan...amin

Read more...

USIA NAJIB SEBAGAI PM AKAN BERAKHIR - SALAHUDDIN


SHAH ALAM, 31 Julai: Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi.

Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000.

Menjelaskan isu Najib, Salahuddin berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih  ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.

"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," tegas Salahuddin.

Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.

Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara, meskipun diragui kebenarannya, tetapi ramai orang Umno yang tidak suka.

Meskipun perkara ini dinafikan oleh Najib, persoalan yang timbul sekarang, kenapa beliau terus melakukan lawatan ke negeri-negeri yang didahuluikan dengan membatalkan cuti di luar negara.

"Saya melihat ada sesuatu yang sedang dibimbangi Najib sehingga beliau terpaksa turun ke negeri-negeri sekarang bagi melihat dan memastikan tahap sokongan kepadanya kembali pulih.

"Jika beliau sendiri menghadapi masalah dalaman dalam parti sendiri, bagaimana mungkin beliau akan terus mampu menjadi seorang pemimpin negara yang baik dan berkesan," soal Salahuddin.(harakahdaily)

Read more...

E06 : TAK PERLU UCAP TERIMA KASIH


KUALA LUMPUR, 30 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat,” tambah beliau yang juga Adun Manir.

Kata beliau, nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut.

Beliau berkata, aktivis tersebut mempunyai haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan kerajaan tidak berhak merampas hak tersebut.(harakahdaily)

Read more...

RATUSAN RAKYAT MEMBANJIRI MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

>> 30 Julai 2011


TELUK INTAN, 29 Julai - Ratusan rakyat telah membanjiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat yang telah diadakan di Padang Taman Desa Aman, dekat sini. Majlis bertambah meriah apabila tetamu khas yang dijemput adalah dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
Rakyat berbilang kaum menikmati jamuan.

Pimpinan PR : YB DS Nizar, YB Manogaran dan YB Anuar Sudin

Seawal jam 8.00 malam, orang ramai telah mula membanjiri kawasan majlis yang disediakan khemah dan kerusi. Suasana begitu meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum duduk di bawah satu khemah menikmati juadah istimewa serta mendengar ucapan yang disampaikan oleh pemimpin PR.
Sdr. Anuar Yahya menyampaikan ucapan aluan.


Menurut pengarah program Sdr. Anuar Yahya, antara objektif utama majlis makan malam ini adalah untuk mengumpul dana pilihan raya bagi UPU Nova Scotia yang dikendalikan oleh PAS Cawangan Desa Aman tersebut. Beliau yang juga merupakan Ketua Cawangan, bersyukur kepada Allah SWT kerana majlis yang telah dirancang lama itu akhirnya dapat dilaksanakan dengan baik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sokongan terhadap program tersebut.
Setiausaha DHPP Perak turut menyampaikan ucapan.




DS Nizar, YB Mano dan YB Anuar menyampaikan ucapan.

Ketiga-tiga pemimpin PR telah diberi peluang menyampaikan ucapan yang lebih banyak menyampaikan maklumat berkenaan isu semasa dalam negara. Penerangan telah disampaikan dengan begitu baik dan memberikan kepuasan kepada semua yang hadir.
Isteri pemimpin PR.
Ketua DHPP Perak, Encik Beh turut hadir.




Sesungguhnya majlis pada malam itu telah membuktikan bahawa rakyat masih lagi menyokong PR dan berharap BN dapat ditumbangkan dalam PRU13 nanti.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PENDUDUK MALAYSIA KINI BERJUMLAH 28.3 JUTA ORANG

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.

Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 adalah perempuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.

Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.

"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).

"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof selaku Pesuruhjaya Banci wanita pertama diberi penghormatan oleh Nor Mohamed untuk membentangkan laporan tersebut.

Banci 2010 merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada 1963. Ia dilaksanakan dari 6 Julai hingga 22 Ogos tahun lalu.

Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Banci merupakan projek statistik besar yang dijalankan bagi menghasilkan data berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Menurut Wan Ramlah, dari segi taburan penduduk mengikut negeri, Selangor mempunyai penduduk paling ramai iaitu sebanyak 5.46 juta orang, diikuti oleh Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta).

"Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus.

"Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (72, 413 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908 orang)," katanya.

Sementara itu, Wan Ramlah memberitahu, kepadatan penduduk ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi pada 2010 berbanding 71 orang pada 2000.

Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi ialah Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan Putrajaya (1,478 orang).

Mengenai komposisi etnik, Wan Ramlah berkata, jumlah penduduk seramai 28.3 juta orang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Warganegara katanya, terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera sebanyak 67.4 peratus, Cina (24.6 peratus), India (7.3 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus).

Banci tersebut antara lain merangkumi taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama pada peringkat nasional dan negeri.(mstaronline)

Read more...

NASIB SEORANG PENCINTA KEADILAN

>> 29 Julai 2011

  Pasca BERSIH: Ust Zamri Di BERSIHkan dari TV9

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.
-sinarharian-

Read more...

VIDEO POLIS DINAFIKAN OLEH KELUARGA ALLAHYARHAM BAHARUDDIN

>> 28 Julai 2011

PANAS - POLIS MENIPU KLIP VIDEO BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.

“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.


Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,” kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.- kdaily

Read more...

(video) RAKYAT DITANGKAP SEBAB NAK JUMPA PM..?

>> 27 Julai 2011

Read more...

PAS SELABAK LUAR SAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN


TELUK INTAN, 27 Julai - Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, sudah pastinya golongan yang memerlukan tidak dilupakan. Atas inisiatif PAS Cawangan Selabak Luar, seramai 27 orang golongan kurang mampu telah menerima sumbangan bersempena kehadiran Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Majlis penyampaian telah diadakan di pekarangan Surau Selabak Luar dekat sini. Kehadiran ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyerikan lagi majlis tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Puan Hjh. Faridah Rajiah bt Ahmad Fakhrurrazi dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan merangkap Pembantu Khas ADUN, Tn. Hj. Mohamed Akram b. Ayub.



Di dalam ucapan, YB Anuar menjelaskan bahawa sikap selalu rasa bersyukur kepada Allah perlu diterjemahkan dalam bentuk memberikan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa Islam itu perlu dibawa ke mana-mana sebagai satu cara yang sentiasa diamalkan.

"Bawalah Islam itu dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. Nescaya kita akan selamat. Islam itu perlu diambil keseluruhannya jika mahukan keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat," tambah beliau.
Pn. Hjh. Faridah menyampaikan sumbangan.

Seorang penduduk kampung yang menerima sumbangan.

Tn. Hj. Akram sibuk mengendalikan majlis penyampaian sumbangan.

Kemudian, isteri ADUN, Puan Hjh. Faridah telah menyampaikan sumbangan kepada semua penerima sumbangan yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita di sekitar Kg. Selabak Luar. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya. Para jemputan dan orang ramai juga telah diraikan dengan menikmati jamuan ringan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS - DR. ASRI

>> 26 Julai 2011


Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.
Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Read more...

PAS TOLAK BIOMETRIK

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.
"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.
Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.
"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.
"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.
Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.
"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.

Read more...

SERLAHKAN IZZAH PARTI - DR. KHAIRUDDIN

>> 23 Julai 2011


TELUK INTAN, 20 Julai - Pimpinan serta ahli PAS diseru menonjolkan kehebatan dari sudut organisasi, gerak kerja sehinggalah kepada cara berpakaian dan peribadi. Demikian telah dinyatakan Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malek semasa menyampaikan pengisian di dalam majlis Liqa Fikri PAS Teluk Intan bagi bulan Julai ini. Program telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.


"Kita jangan dipandang lekeh oleh musuh kita. Tunjukkan izzah kita kerana di dalam sirah, Rasulullah sendiri sentiasa mengambil berat akan penonjolan kehebatan dan kekuatan terutama semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan," tambah beliau.

"Kita juga perlu ambil kira aspek remeh seperti kebersihan markaz, bilik air dan sebagainya. Seterusnya, tunjukkan juga setiap tindakan kita mempunyai matlamat dan berwawasan dan gerak kerja yang terurus."

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak itu juga menyarankan agar ahli PAS tidak bersikap eksklusif hanya berada di kelompoh sendiri. Sebaliknya, mereka perlulah melebarkan jaringan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Di samping itu, beliau juga berharap amalan sihat dalam jemaah seperti wala', mesyuwarah, suka berkorban menjadi contoh dan diikuti oleh masyarakat.

"Kekalkan ketulenan ciri-ciri sihat dalam jemaah tadi selama-lamanya walaupun kita berada dalam suasana kemenangan selesa nanti."

Beliau juga menerangkan konsep psikologi pengurusan dan bagaimana ia bermanfaat diamalkan di dalam jemaah semasa mengurus ahli-ahli seperti memahami perasaan dan kehendak ahli, berjiwa besar, fleksibel dan sebagainya.

Akhir sekali, beliau berharap agar setiap pimpinan dan ahli mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih yang boleh menjadi motivasi kepada para penggerak parti untuk terus bekerja di samping dapat mengukuhkan ukhuwwah.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PEGUAM PERANCIS BAKAL DEDAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA

>> 20 Julai 2011


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Read more...

BERSIH AQIDAH, DUNIA AKHIRAT TERJAMIN SELAMAT- ADUN CHANGKAT JONG

>> 19 Julai 2011


TELUK INTAN, 17 Julai - Bersihnya aqidah seseorang itu akan menjamin kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan Sukaneka PASTI Kawasan Teluk Intan 2011 baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dataran Pemuda PAS Kg. Bahagia dekat sini.

"Semua orang mahukan yang bersih, tidak kira siapa dia. Amatlah malang jika masih ada orang yang tidak mahukan bersih. Maksud saya ialah kita mahukan hati yang bersih, jiwa yang bersih, amalan yang bersih dan yang paling penting ialah aqidah yang bersih," katanya.
YB Anuar menerima perbarisan peserta.

Oleh itu, kata beliau lagi, penanaman sifat mahmudah perlulah dipupuk sejak usia anak-anak masih kecil. Ini kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak mudah menerima dan mengamalkannya.

Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru PASTI yang telah membimbing anak-anak didik PASTI. Malah bagi beliau, program sukaneka sebegini membuktikan bahawa pendidikan PASTI tidak meminggirkan aspek tarbiyyah jasmaniah di samping aspek imaniyyah dan ruhiyyah.
Ketua kontijen memimpin acara lagu PASTI.

Perbarisan murid PASTI.

Seorang peserta rumah kuning. Bersih 2.0 nampaknya...

Antara tetamu khas yang diundang ialah seorang pelakun, Sdr. Man Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Jabit. Beliau telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pak Jabit bersama pimpinan PAS.

YB Anuar menerima cenderamata.

Sdr. Man Kadir @ Pak Jabit menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan.

Sebanyak enam buah PASTI telah menyertai sukaneka tersebut. Pelbagai acara telah diadakan seperti lari pecut, kasut gergasi, lari galah panjang, lari ulat bulu, golek tayar dan skipping gelung rotan. Selain itu, acara untuk bapa, ibu, remaja lelaki dan remaja perempuan turut diadakan. Antaranya ialah acara sepak bola dalam gol, raut lidi kelapa, timbang bola, isi air dan bola beracun.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan serta pimpinan PAS kawasan yang lain. Pada sukaneka kali ini Rumah Kuning telah menjadi juara keseluruhan. Rumah kuning diwakili oleh murid PASTI Batak Rabit, PASTI Desa Aman dan PASTI Kg. Banjar. Tahniah...!



Acara kasut gergasi.

Acara lari pecut.
Acara lari bawa beban. Jaga-jaga bawang tu jangan bagi jatuh...
Acara lari ulat bulu.
Isteri ADUN, Pn. Hjh. Faridah turut menyampaikan hadiah.
Dengan gaya tersendiri peserta acara golek tayar.
Ustaz Ismail Che Nik menyampaikan hadiah.
Seorang pemenang acara kaum ibu menerima hadiah.
Pemenang acara remaja perempuan.
Guru-guru PASTI menerima hadiah.
Rumah Kuning juara...! Tahniah..!

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP