Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SUASANA HARI RAYA YANG HAMBAR DI BANDAR TELUK INTAN

>> 31 Ogos 2011


Berbanding dengan bandar-bandar utama di Perak, begitu menyedihkan apabila melihat betapa hambarnya suasana sambutan Hari Raya di bandar Teluk Intan. Tiada hiasan lampu, kain rentang dan apa sahaja sebagai menandakan umat Islam sedang menyambut hari kemenangan.
Mana lampu raya ?

Sekurang-kurangnya kain rentang ucapan terima kasih oleh pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kepada warga Teluk Intan sebagai pembayar cukai setiapun tidak ada langsung.

Tak mahu komen panjang. Sesiapa yang berkunjung, akan tahu ....


Read more...

MENGAPA SAMBUTAN KEMERDEKAAN HAMBAR..?


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.

“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.

“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan

“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.(harakahdaily)

Read more...

NABI MUHAMMAD SENDIRI DICOP PENGKHIANAT


MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.(harakahdaily)

Read more...

SALAM AIDIL FITRI DARIPADA PAS KAWASAN TELUK INTAN DAN ADUN CHANGKAT JONG

>> 30 Ogos 2011

Read more...

SATU LAGI KES ROSAKKAN KAIN RENTANG

>> 29 Ogos 2011


Baru semalam, blog ini telah menyiarkan kes kain rentang ucapan Selamat Hari Raya wakil rakyat Pakatan Rakyat telah dirosakkan. Hari ini satu lagi kes telah ditemui apabila satu lagi kain rentang ADUN Changkat Jong telah dirosakkan.

Kali ini, kain rentang tersebut telah dikoyak atau dipotong bahagian tepinya. Setelah diteliti, adalah mustahil faktor angin menyebabkan bahagian tepi ini koyak sendiri kerana bahagian tepinya adalah tebal kerana ia dilipat dua. Juga didapati kesan koyakan/keratan tersebut agak kemas seperti dipotong dengan benda tajam.

Pada sebelah paginya, kain rentang itu masih elok tetapi apabila dipantau pada sebelah petang (kira-kira jam 6.00 petang) ia telah rosak. Ini bermakna, kejadian memotong banner tersebut telah dilakukan pada waktu siang...! Terdesak sungguh nampaknya pihak yang melakukan kerja khianat ini. Sesiapa yang telah melihat perbuatan terkutuk tersebut bolehlah menghubungi pihak PAS Kawasan Teluk Intan.

Oleh itu, kita menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS agar sentiasa memantau setiap banner yang terdapat di tempat masing-masing demi mencegah perbuatan khianat tersebut tidak berulang lagi.
Kes semalam.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG DI KG. CHANGKAT JONG


TELUK INTAN, 28 Ogos - Tinggal dua hari lagi Aidil Fitri menjelma, dalam saat orang lain sibuk membuat persiapan terakhir, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin masih lagi sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa sama ada di masjid, surau ataupun markaz. Diberitakan sehingga malam raya itupun, beliau masih lagi diundang menghadiri majlis di sebuah kampung di kawasan pesisiran.

Petang tadi, beliau telah menghadiri ke majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di Batu 9, Kg. Changkat Jong. Majlis telah diadakan di Surau Islahiah, Kg. Changkat Jong. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Naib YDP Sdr. Ahmad Kabir dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah. Turut hadir ialah Sdr. Salleh Ibrahim Ketua PAS Cawangan Kg. Changkat Jong.

Seramai 20 orang fakir miskin telah menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya.
Sdr. Salleh Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Kg. Changkat Jong menyampaikan ucapan.
Ucapan YB yang penuh dengan nasihat agama.
Selepas itu, YB Anuar telah mengepalai majlis tahlil sebelum berbuka puasa bersama penduduk kampung. Setelah mengerjakan solat Maghrib beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan para jemaah surau sebelum tiba waktu Isya'.
YB Anuar memimpin majlis tahlil


Kemudian, beliau telah menjadi imam bagi solat Isya' dan solat sunat tarawih. Majlis diakhiri dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Amin, AJK Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

RAMADHAN DAN KITA : ANGKARA SIAPA INI ?

>> 28 Ogos 2011


Situasi 1 :

Di simpang Kg. Bahagia. Terdapat sebuah kain rentang ucapan Hari Raya Aidil Fitri oleh Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong. Namun, Ramadhan gagal dihayati oleh kita. Gambar wajah kedua-dua wakil rakyat tersebut telah dicacatkan. Tidak mungkin dilakukan sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat.


Sedangkan kain rentang ucapan Aidil Fitri pihak UMNO/BN begitu banyak di sekitar Teluk Intan. Boleh dikatakan hampir di setiap simpang di sekitar Teluk Intan ada wajah pemimpin mereka namun gambar wajah pemimpin UMNO/BN itu tidak dicacatkan.


Situasi 2 :

Di tempat pembuangan sampah Kg. Bahagia. Bekas sampah besar masih kosong. Namun, Ramadhan gagal dihayati oleh kita. Natijahnya, ada orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di luar bekas yang disediakan sehingga menyebabkan timbunan sampah itu melimpah ke tepi jalan dan menimbulkan yang bau kurang menyenangkan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

LEBUH RAYA : KAWASAN YANG ADA PERANGKAP KELAJUAN


PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan Pulau Pinang

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Read more...

SUMBANGAN AIDIL FITRI DI BATAK RABIT

>> 27 Ogos 2011

TELUK INTAN, 26 Ogos - Seramai 70 orang yang terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di perkarangan Masjid Batak Rabit dekat sini.

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Kebanyakan penerima adalah penduduk di Batak Rabit. Turut sama ialah Ketua PAS Cawangan Batak Rabit, Sdr. Baharuddin Latif serta ahli jawatankuasa PAS cawangan dan muslimat cawangan.
YB Anuar menyampaikan tazkirah.





intanhijau.blogspot.com

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDIL FITRI DI TAMAN MELOR

>> 25 Ogos 2011


TELUK INTAN, 25 Ogos - Negara berkebajikan menuntut kepada tanggungjawab bersama di antara pihak pemerintah dan rakyat yang mampu dalam menyediakan segala prasarana. Oleh itu, bagi merealisasikan sebuah negara berkebajikan maka sesebuah negara itu memerlukan pemimpin dan rakyat yang takut kepada Allah dalam erti kata pemimpin dan rakyat yang bertaqwa. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa berucap di dalam majlis penyampaian sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri di Taman Melor. Majlis telah diadakan di Surau Diri Jumaat (SDJ) Al Maidah, Taman Melor.
YB Anuar menyampaikan ucapan.

Antara jemaah surau yang hadir.

"Jika pemimpin seorang yang bertaqwa, cinta akan Allah maka sudah pastilah pemimpin tersebut suka melakukan kerja-kerja kebajikan. Begitu jugalah dengan rakyat yang bertaqwa akan turut sama berlumba-lumba melakukan kebajikan. Hasilnya akan wujudlah sebuah negara berkebajikan yang menepati ciri-ciri negara makmur yang sentiasa mendapat keampunan Allah SWT," tambah beliau.
Pengerusi surau menyampaikan ucapan aluan.

Sebelum itu, Pengerusi SDJ Al Maidah Sdr. Shaari Abdullah berkata bahawa pada tahun ini seramai 17 orang penduduk di sekitar Taman Melor menerima sumbangan. Mereka adalah terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim serta golongan yang kuram mampu.

Kemudian, YB Anuar Sudin telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian. Ia disusuli pula dengan majlis tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI TAMAN DESA AMAN

>> 24 Ogos 2011


TELUK INTAN, 24 Ogos - Sumbangan diberikan kepada golongan yang kurang mampu untuk mengurangkan beban rakyat dalam melakukan persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa menyampaikan ucapan sempena penyampaian sumbangan Aidil Fitri di Surau Taman Desa Aman dekat sini.
YB Anuar menyampaikan ucapan.

Sdr. Anuar Yahya memberikan ucapan aluan.

Sebahagian orang ramai yang hadir.
Sdr. Anuar Yahya menyampaikan cenderamata kepada YB Anuar.

Sdr. Mohamad dan YB Annuar menunggu masa untuk berbuka puasa.

Menurut Ketua PAS Cawangan Taman Desa Aman Sdr. Anuar Yahya, pada tahun ini seramai 22 orang golongan  kurang mampu dan 10 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada petang itu. Kebanyakan penerima sumbangan adalah datang dari Taman Desa Aman dan Taman Muhibah. Sumbangan yang disampaikan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur manakala sumbangan untuk anak yatim dalam bentuk wang tunai kain pelekat atau kain batik dan tuala.
Isteri ADUN Changkat Jong, Pn. Hjh. Faridah turut hadir.

Sebahagian kaum muslimat yang hadir.

Kemudian, YB Anuar telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan. Turut menyampaikan sumbangan ialah isteri ADUN Changkat Jong Pn. Hjh. Faridah Rajiah dan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Rahmat Maliki, Naib Yang DiPertua Ahmad Kabir Mahdin, Setiausaha PAS Kawasan Mohd. Farid Al Jarumi dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Mohamad Hamzah.
Seorang pemuda menerima sumbangan daripada YB Anuar.

Hjh. Faridah menyampaikan sumbangan.

Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.

Kemudian, para tetamu telah menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama ADUN Changkat Jong. Selepas itu, YB Anuar telah diberi penghormatan menjadi imam bagi solat Maghrib.

Pada sebelah petang sebelum itu, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan di Kg. Sungai Kerawai.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

IHYA RAMADHAN PAS TELUK INTAN BERSAMA TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK


TELUK INTAN, 23 Ogos - Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya PAS yang baru, Tn. Hj. Razman Zakaria telah menyerikan majlis Ihya Ramadhan peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau yang datang dari Lenggong telah sempat hadir bersama-sama ahli dan penyokong untuk berbuka puasa. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
Hj. Razman berbuka puasa bersama pimpinan dan ahli kawasan Teluk Intan.


Selepas berbuka puasa, Tn. Hj. Razman telah mengimami para jemaah untuk solat Maghrib. Kemudian, beliau telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ahli dan penyokong sementara menunggu solat Isya.
Hj. Razman menyampaikan tazkirah.

Beliau juga telah diberi penghormatan menjadi imam solat Isya dan juga solat sunat tarawih. Akhirnya, Tn. Hj. Razman menyampaikan tazkirah kepada semua ahli dan penyokong. Beliau banyak mengingatkan para ahli agar merebut peluang lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI KG. SUNGAI SAMAK


TELUK INTAN, 22 Ogos - Agenda kebajikan dalam bulan Ramadhan oleh ADUN Changkat Jong sentiasa penuh dan padat dengan aktiviti penyampaian sumbangan dan berbuka puasa. Kali ini, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah turun ke Kg. Sungai Samak bertemu rakyat dengan menyampaikan sumbangan dan berbuka puasa di Masjid An Nur Kg. Sungai Samak.
YB Anuar mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seorang penduduk.
YB Anuar menyampaikan sijil ucapan hari lahir dan dodol.

Bermula dengan solat Asar kemudian YB Anuar telah mengunjungi beberapa buah rumah untuk menyampaikan dodol dan yang paling istimewa ialah menyampaikan sijil ucapan Selamat Hari Lahir kepada  beberapa orang penduduk. Terserlah di wajah mereka yang bangga apabila wakil rakyat mereka meraikan hari lahir dengan memberikan sijil ucapan hari lahir.
YB Anuar menyampaikan sumbangan.

YB Manogaran turut menyampaikan sumbangan.

Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan.

Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 20 orang golongan kurang mampu di Masjid An Nur Kg. Sungai Samak. Turut menyampaikan sumbangan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran. Selepas itu, para hadirin telah menikmati juadah berbuka puasa.
Menunggu saat berbuka puasa.


Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdr. Esma Hafiz (kiri) turut hadir.

Ketua Wanita PKR Cabang Teluk Intan Pn. Rosinah turut hadir.

YB Anuar menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP