APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
JKKKP YANG MENYUSAHKAN...
>> 30 Oktober 2008
Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Samak yang penuh kontroversi.
"Nak dapatkan dewan tempat majlis ini bukan main payah. Semenjak JKKKN dibentuk, kami tak pernah dapat kunci dewan ini daripada sidang lama, " jawabnya.
Bila dapat kunci ?
"Itu satu hal. Masalah lain pula datang .."
Apa dia ?
"Bila dah dibuka, macam yang djangka.., terang benderang dalam dewan tu tak ada perabot kecuali satu dua meja sahaja," tambah sidang lagi.
"Ada lagi satu hal pulak.."
Ada lagi masalah ke ?
"Bangku dan meja milik dewan yang kita sedang duduk ni pun kita kena sewa dari JKKKP. Dia buat macam harta dia pula."
Masing-masing termenung bila mendengar keluhan sidang kita.
"Ada lagi...!" kata sidang.
Apa dia ?
"Sekarang bekalan elektrik dewan telah dipotong sebab bil tertunggak RM600.
MasyaAllah...
Jadi, macam mana dapat elektrik bagi majlis hari ini ?
"Terpaksalah kami tarik api dari rumah sebelah...."
Hmm....memang JKKKP menyusahkan....!
Read more...TEMUBUAL KHAS DENGAN MB PERAK
>> 29 Oktober 2008
SETIAP RAKYAT PERAK BERHAK NIKMATI KEADILAN DAN KEBAJIKAN - YB ANUAR SUDIN
>> 27 Oktober 2008
Kata beliau lagi, kerajaan negeri juga telah menyampaikan sumbangan kepada lebih 5 000 orang rakyat miskin tegar serta pemberian dermasiswa RM1000 kepada setiap anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Sebenarnya, manusia amat beruntung kerana segalanya telah disediakan oleh Allah swt untuk mereka hidup di dunia ini. Segala perkara disediakan untuk hidup dengan sedikit usaha oleh manusia, mereka akan dapat menikmati segala kemudahan itu. Ia termasuklah Allah telah menyediakan sistem hidup Islam yang amat sempurna untuk manusia.
Sdr. Adnan (SU JKKK) sebagai pengerusi majlis.
Sdr. Sarifudin, Ketua Kampung Sg. Samak menyampaikan ucapan.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.
Pn. Hajah Faridah (isteri YB) turut diberi peluang menyampaikan ucapan.
Sebelum ke Pulau Ganda Suli, YB sempat menziarahi dan menyembahyangkan jenazah ibu kepada tok siak Masjid Sg. Manila.
YB disambut mesra oleh SU JKKK sebaik tiba di Pulau Ganda Suli.
Ketua Kampung Pulau Ganda Suli, Sdr, Mansur (kiri).
Sdr. Roslan (SU JKKKN) menjadi pengacara majlis petang itu.
Seorang penduduk sedang mengemukakan pertanyaan dalam sesi dialog bersama YB.
YB menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh penduduk kampung. Read more...
RUMAH TERBUKA PAS KG.BAHAGIA MERIAH
>> 25 Oktober 2008
Pengerusi majlis begitu bergaya berbaju Melayu lengkap.
SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM 2008
>> 23 Oktober 2008
Pejabat ADUN Changkat Jong dan Yayasan Perak akan menganjurkan Seminar Pecutan Terakhir SPM 2008 pada :
Tarikh : 1 November 2008 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna MPTI, Bandar Baru Teluk Intan
(berhampiran Rehat Rehat Teluk Intan)
Pendaftaran adalah percuma.
Makan pagi dan tengah hari disediakan.
Dapatkan tips-tips terakhir daripada penceramah berpengalaman !
Cara mendaftar : Secara SMS taip SEMINAR -
atau telefon terus.
TELUK INTAN DILANDA BANJIR
>> 22 Oktober 2008
Pada 22.10.2008 jam 10 malam, sekumpulan sukarelawan dalam kalangan Pemuda PAS Teluk Intan telah mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong. Ia turut disertai oleh Timbalan YDP Kawasan. Pada hari ini, penduduk di kawasan Batu 7, Batu 7 1/2, Batu 7 3/4, Batu 8 dan Batu 9 Changkat Jong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Menurut Ketua Kampung Changkat Jong, Sdr. Salleh Ibrahim, sehingga hari ini seramai 121 orang mangsa banjir telah dipindahkan. Ia meliputi sebanyak 30 keluarga. Usaha menyelamat dengan bantuan pasukan keselamatan masih lagi berjalan sehingga malam ini.
Menurut beliau lagi, buat masa ini, 3 buah bilik darjah telah dibuka untuk mangsa banjir dan ia dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKKKN/P. Pihak pusat pemindahan mangsa banjir sentiasa bersedia untuk menerima mangsa banjir yang dijangka akan bertambah dalam tempoh 24 jam ini sekiranya cuaca masih buruk.
Di pusat penempatan mangsa banjir SK Changkat Jong, pemuda PAS Teluk Intan sempat membantu membuka dan mengemas bilik darjah sebagai persediaan menerima mangsa banjir dalam masa terdekat ini. Baru sebentar tadi pasukan penyelamat sedang meninjau Kampung Glouster Batu 6. Namun masih ada lagi penduduk yang enggan berpindah walapun telah dinasihati untuk berpindah oleh pihak polis. Kawasan tersebut ialah di Lorong Mesra, Changkat Jong.
Sebelah pagi tadi, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan pembantu peribadi beliau telah nengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir.
Beginilah keadaan penginapan mangsa banjir di SK Changkat Jong.
Mereka bergotong-royong menyiapkan makanan.
Pemuda PAS Teluk Intan sedang mengemas bilik darjah.
Ini bukan tasik tetapi Padang Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan yang ditakungi air.