Hati ini tertanya-tanya juga, ada ke sebarang ceramah di sekitar Teluk Intan, Bagan Datoh atau Pair Salak ? Rasa tak puas hati pun timbul. Saya memberhentikan kereta di hadapan sebatang pokok dan membaca poster tersebut.


Mengejutkan. Rupa-rupanya poster provokosi tentang isu EGM yang. telah ditampal oleh pihak tidak bertanggungjawab. Poster tersebut dicetak pada kertas yang berkualiti dan berwarna. Lalu saya sempat menanggalkan dua buah poster pada dua batang pokok. Rupa-rupanya ada dua versi yang mempunyai tajuk berbeza iaitu 'PAS BERGELORA' dan 'PAS TIDAK RELEVAN'. Dan ia elah ditampal di beberapa batang pokok.


Keesokan pagi, ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, di simpang Kg. Selabak, saya ternampak satu banner yang senada dengan poster semalam.


Tadi balik dari solat Jumaat, sempat buka internet melayari blog. Terbaca saya akan kenyataan Dr. Aziz Bari dalam Malaysiakini. Yang menarik tetapi geram ialah apabila menyifatkan Tuan Guru Presiden sebagai 'Pak Lah versi PAS' yang menjadi beban kepada PAS kini.
Seterusnya beliau mendakwa Presiden sebagai tidak lagi mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin politik senario baru yang tidak menepati sl
ogan PAS seperti 'PAS Untuk Semua' dan "Negara Berkebajikan"Terdetik dalam hati saya, adakah ini merupakan satu perancangan jahat UMNO (saya terus kata UMNO sebab tak siapa lagi yang ada duit cetak poster cantik macam itu) yang cuba memprovokosi para ahli dan penyokong PAS bersempena Seminar Politik yang bakal diadakan esok di Taman Melewar.
Segala-galanya seolah menuntut ahli PAS yang menjadi peserta ke sana membuat satu kejutan untuk menuntut agar Presiden melepaskan jawatan sebagaimana UMNgok buat kepada Pak Lah dulu.
Di samping ia bertujuan mewujudkan persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa PAS telah berpecah.
Apa-apa hal pun, Dr. Aziz yang turut sama dijemput ke Seminar Politik esok sepatutnya bersedia dengan jawapan-jawapan paling rasional ekoran kenyataan beliau terhadap Presiden PAS.
Namun kita percaya bahawa segala usaha jahat musuh-musuh PAS dengan melakukan pelbagai fitnah serta provokosi negatif tidak mungkin dapat mengganggu gugat perpaduan dan sifat wala' para ahli PAS terhadap pimpinan PAS yang sama-sama kita sayangi.
Bersama-samalah kita berdoa agar seminar esok berjalan dengan lancar serta mencapai objektif murni iaitu mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama ahli dan pimpinan parti.
ar_rawa







































Menceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang Dun Perak semalam, beliau memberitahu kesemua Adun pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.
