Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YB DATUK MOHD. HAMDAN

>> 31 Julai 2009


ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

(malaysiakini)



Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman menerusi telefon kepada menantu Allahyarham, Hizamudin Jamaludin pagi tadi.

Semasa ucapan takziah itu, Dato' Seri Abdul Hadi meminta semua keluarga Allahyarham bersabar dan meminta semua ahli PAS mengiringi doa ke atas pemergian Dato' Hamdan ke rahmatullah.

(harakahdaily)

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG SOLAT JUMAAT DI MASJID TAMAN MELOR




TELUK INTAN, 31 Julai - Hari ini, YB Hj.Mohd. Anuar Sudin telah menunaikan solat Jumaat di Surau Diri Jumaat/Masjid Al Maaidah, Taman Melor, Teluk Intan. Taman Melor merupakan sebuah kawasan perumahan yang agak luas.






Bergambar beramai-ramai bersama YB Anuar.

Kini, kelihatan pembangunan dari segi perumahan dan rumah kedai sedang giat berjalan. PAS mempunyai sebuah cawangannya di sana. Dari segi daerah mengundi pilihanraya, Taman Melor adalah di bawah Unit Peti Undi Kampung Bahagia, DUN Changkat Jong dan Parlimen Teluk Intan.

Selepas solat Jumaat, para jemaah termasuklah AJK masjid mengambil peluang untuk bergambar bersama YB. Kehadiran YB telah disambut oleh Pengerusi Surau Al Maaidah, Tuan Haji Hambali.

Kepuasan terserlah di wajah masing-masing apabila dapat bertemu dengan wakil rakyat yang mereka anggap sebagai seorang yang mesra rakyat. Sebenarnya, YB Anuar telah banyak memberi sumbangan kepada surau di taman tersebut.

Pada masa yang sama, YB Anuar sempat menyampaikan beberapa maklumat terkini tentang isu-isu semasa kepada beberapa orang yang ditemuinya.

ar_rawa

Read more...

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS PERAK

>> 30 Julai 2009

Kenyataan Media 3/2009 / Ketua Penerangan PAS Perak : ISA Haram atau Himpunan Haram ?

Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Hal atau haram disisi hukum Islam.


Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.

2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di Perak, dan kita berbangga kerananya.

3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?

4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.

Demikianlah kenyataan saya.

30 Julai 2009.

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua penerangan PAS Perak.

Read more...

PROGRAM BUKA PUASA DAN TAZKIRAH PAS TELUK INTAN



TELUK INTAN, 30 Julai - PAS Kawasan Teluk Intan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah di Markaz PAS Kawasan, Kampung Padang Tembak. Antara tujuan majlis ini adalah meraikan semua petugas semasa Konvensyen PAS Perak yang telah diadakan di Teluk Intan baru-baru ini.


YB Anuar menyambut kehadiran ahli-ahli Kelab Penyokong PAS.




YDP Ustaz Ismail mengetuai majlis tahlil.








Beratur mengambil makanan.

Di samping itu, ia sebagai permulaan bagi program bulanan Lujnah Tarbiyyah Kawasan untuk mengadakan Program Liqa ul Fikri peringkat kawasan secara bulanan. Tetamu jemputankhas pada petang itu sepatutnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin. Namun, PJ tidak dapat hadir pada saat-saat akhir kerana masalah kesihatan isteri beliau yang telah dimasukkan ke wad.


Solat Maghrib berjemaah.

Selain para ahli yang hadir, beberapa orang ahli Kelab Penyokong PAS Teluk Inta turut hadir ke majlis tersebut. Mereka bersama-sama ahli-ahli PAS berbuka puasa. Antara yang hadir ialah setiausaha KPP, Sdr. Hacharan Singh, Sdr. Siva Ketua Pemuda KPP Perak dan AJK KPP Teluk Intan. Sebenarnya ahli KPP akan terus menghadiri majlis liqa ul fikri pada bulan-bulan akan datang.

ADUN Changkat Jong yang juga Bendahari kawasan turut hadir bersama isteri. Program dimulai dengan majlis tahlil serta berbuka puasa. Selepas itu, solat Maghrib berjemaah dengan diimami oleh Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan. Kemudia disambung pula dengan solat hajat memohon Allah memberikan kesihatan yang baik kepada isteri Pesuruhjaya Perak dan adik kepada Ustaz Misbahul Munir, Setiausaha PAS Perak.

Selepas itu, sedikit taklimat telah disampaikan oleh YDP Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik. Antaranya, program Ihya' Ramadhan, program Bubar DUN Perak di Bagan Serai dan Himpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur.


Mendengar taklimat daripada YDP Kawasan.

Program berakhir selepas solat Isya'. Kemudian kebanyakan ahli telah pergi ke Markaz PAS Kg. Bahagia untuk menhadiri ceramah umum oleh YB Ustaz Taib Azamuddin, YB Chang Lih Kang serta YB Sivakumar.

ar_rawa

Read more...

MAKLUMAN TENTANG HIMPUNAN MANSUHKAN ISA


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame' Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan .
Sekian,

Kamaruzaman Mohamad,
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Read more...

HUJAH 'PERGI JAHANAMLAH UMNO' WAJAR - NIK AZIZ

>> 29 Julai 2009


KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

(harakahdaily)

Read more...

H1N1 'MEMBIMBANGKAN' - EMPAT MATI SETAKAT INI...



Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia pagi semalam akibat jangkitan selesema A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang sejak seminggu lalu.

Perkembangan ini disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai "membimbangkan", lapor Bernama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dipetik berkata wanita yang mengalami masalah kegemukan mati di Hospital Melaka akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran, dan palitan tekaknya mengesahkan dijangkiti virus itu.

Pesakit mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, katanya lagi.

"Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," beliau dipetik berkata.

Dr Mohd Ismail - sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) - berkata kes kematian yang semakin meningkat adalah "membimbangkan", lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal.

Tambahnya, mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semua
pengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh influenza A (H1N1).

"Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan influenza A (H1N1)," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia teruk yang dirawat di hospital perlu diambil palitan tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antivirus serta diambil sejarah jangkitan penyakit seakan-akan selesema (ILI) dan influenza A (H1N1).

"Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebih
berhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki disebabkan oleh influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan antivirus influenza dengan dos diganda.

Mengenai situasi semasa, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes tempatan.

Sebanyak 27 daripadanya meibatkan kejadian dari enam gugusan penularan baru, 10 kes dari lima gugusan sedia adam manakala 10 lagi dikelaskan kes-kes terpencil.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.


Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Read more...

SIVAKUMAR DIHALANG MASUK KE BANGUNAN SUK

>> 28 Julai 2009


IPOH – Percubaan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar untuk memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Awam di sini, gagal apabila Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Ketua Penolongnya, Shamshuzaman Sulaiman menghalangnya daripada berbuat demikian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu, mempertikaikan mengapa beliau dan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Awam selaku wakil rakyat dihalang memasuki bangunan berkenaan.

“Jika Speaker DUN, Ganesan tidak mahu datang, itu hal dia, tetapi kenapa halang kami (memasuki bangunan SUK),” katanya ketika ditemui pemberita di luar pintu utama SUK di sini, semalam.

Sivakumar yang mempersoalkan campur tangan Setiausaha Kerajaan Negeri turut meminta polis supaya bersikap berkecuali dalam hal itu.

Katanya, beliau telah menyuarakan hasrat untuk menggunakan bilik Yang Dipertua Dewan bagi mengadakan mesyuarat dan memanggil Ganesan.

“Beliau (Ganesan) kemudiannya meminta saya menulis surat secara rasmi, tetapi pagi ini (semalam) apabila dihubungi menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas tiada jawapan diterima daripadanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta surat rasmi dikeluarkan bagi menyatakan SUK tidak membenarkannya bersama Ahli Jawatankuasa Mesyuarat memasuki bangunan seterusnya mengadakan mesyuarat di situ.

Sivakumar menunjukkan notis larangan memasuki dan menggunakan bangunan SUK.
(sinarharian.online)

Read more...

KELAB PENYOKONG PAS PERAK MENGADAKAN MESYUARAT KALI KE-5


YB Anuar bersama Pengerusi KPP Perak, Sdr. Sooria.

TELUK INTAN, 26 Julai - Kelab Penyokong PAS Perak baru-baru ini telah mengadakan Mesyuarat Kali Ke-5. Ia telah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.


(Kiri) Sdr. Appalasamy, Timbalan Pengerusi KPP Perak dan Pengerusi KPP Teluk Intan, Sdr. Krishnan.


Ustaz Ismail menerima borang ahli baru KPP Teluk Intan daripada wakil Batu 6.

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) Perak, Soorianarayanan, antara tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan ke arah pengukuhan kelab, mengemas kini keahlian serta hal-hal lain yang berkaitan perjalanan kelab. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan yang telah sudi membenarkan mereka menggunakan markaz sebagai tempat mesyuarat.




Setiausaha KPP Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh turut hadir.

Mesyuarat kelab dihadiri oleh wakil Kelab Penyokong PAS dari seluruh negeri Perak. Turut hadir ialah DUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin, YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP PAS Teluk Intan dan Naib YDP PAS Teluk Intan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin.

Antara pimpinan KPP yang hadir ialah Sdr. Appalasamy Timbalan Pengerusi KPP Perak, Pengerusi KPP Teluk Intan Sdr. Krishnan, Setiausaha KPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh (Ram) dan wakil-wakil KPP seluruh kawasan negeri Perak.



Dalam majlis tersebut juga YDP PAS telah menerima sebanyak 150 borang keahlian KPP yang baru dari Cawangan Batu 6, Teluk Intan.

Dalam ucapan penangguhan, YB Haji Anuar amat berharap agar kerjasama yang erat antara PAS dan kelab penyokong dapat diteruskan.

"Semoga kerjasama dalam bidang kebajikan rakyat ini dapat diteruskan buka sahaja semata-mata kerana pilihanraya tetapi atas kesedaran ingin membantu rakyat biasa yang tertindas di bawah pemerintahan BN/UMNO, " ujar beliau.

ar_rawa

Read more...

WARNA-WARNI SUKANEKA PASTI TELUK INTAN

>> 27 Julai 2009

Read more...

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2009 MERIAH...!



TELUK INTAN, 26 Julai - Sukaneka PASTI Kawasan Teluk Intan telah diadakan ada hari Ahad yang lepas di Padang Taman Desa Aman, Batu 6, dekat sini. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah YDP PAS, Timbalan YDP, isteri ADUN Puan Hajah Faridah, AJK PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat.

Di dalam ucapan, YB Anuar telah memuji dan mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah memberi kepercayaan dengan menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Beliau percaya, setiap anak didik PASTI akan dididik dengan sistem pendidikan Islam melalui aspek aqidah, akhlak dan adab Islam.

Di samping itu, beliau juga menyarankan agar masyarakat lebih prihatin terhadap segala aktiviti anak-anak mereka agar gejala sosial seperti rempit dan ragut dapat di atasi.




Saudara Shamsuddin, Pengerusi PASTI Teluk Intan menyampaikan ucapan.

"Berilah mereka program alternatif sebagai ganti kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Tidak cukup dengan kita menasihati malah kita sebagai ibu bapa memberikan pilihan lain kepada anak-anak agar mereka meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat, " jelas beliau lagi.


Isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah turut hadir.

Beliau juga berpendapat dengan program sukaneka sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar malah para ibu bapapun dapat berinteraksi sesama mereka.



Akhirnya, beliau menghargai segala pengorbanan para guru PASTI yang begitu sabar mendidik para pelajar PASTI yang mempunyai pelbagai kerenah.

"Komitmen dan istiqamah mereka sebagai pendidik PASTI amat-amat kita hargai," kata beliau.







Sebelum itu, Pengerusi PASTI Teluk Intan Saudara Shamsuddin Mahmud telah menyatakan dalam ucapan bahawa terdapat sekarang terdapat 7 buah PASTI di sekitar Teluk Intan iaitu di Batak Rabit, Kg. Padang Tembak, Kg. Banjar, Kg. Bahagia, Taman Cicely, Kg. Selabak dan Taman Desa Aman. Beliau berharap pada tahun-tahun akan bilangan murid PASTI akan bertambah berkat dengan sokonga para ibu bapa dan masyarakat.

Sebanyak 16 acara untuk murid PASTI, remaja dan ibu bapa telah diadakan. Kemeriahan sukaneka dengan pakaian sukan murid yang berwarna-warni telah menceriakan suasana. Gelagat dan keletah murid yang menyertai sukan juga telah menarik perhatian para hadirin.

Apa yang lebih menarik ialah penyertaan dari tadika swasta iaitu Tadika Seri PASTI Jaya yang terdiri daripada murid-murid India telah menarik perhatian ramai. Menurut gurunya, Puan Devagimenon, tadika mereka memang sentiasa menerima sebarang jemputan dari mana-mana tadika untuk menyertai sukaneka termasuklah PASTI.


Peserta Tadika Seri Pasti jaya di kalangan murid India.

Dengan cara ini beliau berpendapat ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara tadika-tadika di sekitar Teluk Intan. Sebuah lagi tadika yang dijemput iaitu Tadika Perpaduan Desa Aman tidak menghantar peserta.

Selain acara sukaneka, program pemeriksaan kesihatan secara percuma juga telah diadakan dengan kerjasama pihak Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).


Seorang ibu sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.


Kaum India juga turut menyertai pemeriksaan kesihatan.

Tahniah kepada PASTI Teluk Intan yang telah berjaya menganjurkan sukaneka hebat dan meriah ini. Syabas !







ar_rawa

Read more...

MB HARAM DAN MINUMAN HARAM

>> 26 Julai 2009

Macam tak percaya, tapi bila tengok orangnya..terus percaya. Biasalah...
Tidak tahulah sama ada MB haram ni redha dengan kain rentang di mana gambarnya sekali dengan iklan beer. Tapi ye la..beer pun haram juga..kerajaanpun boleh jadi haram..Memang padan sungguh gambar ni.

Kain rentang ini boleh dilihat di simpang dekat Pasar raya The Store dan simpang Balai Polis lama di Teluk Intan.







ar_rawa

Read more...

KU LI SAYS PETRONAS MUST PAY KELANTAN OIL ROYALTIES

By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, July 26 – Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has rubbished reasons given by the federal government over its dismissal of the Kelantan state government’s claim on oil royalties and says that the national oil company is obligated by law to pay up.

The Kelantan state government has claimed that is is owed RM1 billion in royalties from oil that has been extracted in an offshore area bordering Thailand.

In response, Information Communication and Culture Minister, Datuk Seri Rais Yatim had said that the Kelantan demand for oil royalty had no legal basis and was made to earn political mileage.

According to Tengku Razaleigh however, the vesting deed agreement, which he signed on behalf of Petronas as founding chairman and CEO, entitles the state to five per cent of any revenue derived from hydrocarbon deposits found on or offshore of the state.

“If I am chairman still of Petronas, I will pay without all the fuss,” he told The Malaysian Insider in an interview earlier this week. “And I feel all the more it should be paid because I signed the agreement! There is no two ways about it. It must be paid.”

The former finance minister declined to comment on whether political considerations played a part in the decision not to pay Kelantan oil royalties but noted that Terengganu oil royalty payments were suspended when it was under the opposition but was reinstated when it returned to Barisan Nasional rule last year.

“I don’t know what kind of politics they are playing,” he said.

He also agreed with the view that the government is currently overdependent on Petronas oil revenue and that it needs to scale down expenditure.

Read more...

MANSUH I.S.A VS PR0-I.S.A - 1 OGOS ADALAH HARI REFERRENDUM RAKYAT

>> 25 Julai 2009


Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.

Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.

Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.

PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

Mansuh ISA!!!…MAnsuh ISA!!!…Mansuh ISA!!!

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP