Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TERKINI : SALAHUDDIN AYUB SAH AKAN BERTANDING DI JOHOR

>> 31 Mac 2012

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan denagn beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman.

Sementara itu, ditanya tentang khabar angin bahawa beliau berniat untuk menjadi menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Johor, Salahuddin sambil tersenyum berkata:

"Soal siapa nak jadi menteri besar, itu mesti diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat dan perkara itu tidak berbangkit langsung buat masa ini."(malaysiakini)

Read more...

TAUKEH TEMPE RAMAL BN SUSAH NAK MENANG DI LIMA NEGERI

>> 30 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Read more...

TAKZIAH DARI PAS PERAK ATAS KEMANGKATAN RAJA KECIL SULONG PERAK, YANG MULIA AL MARHUM RAJA ASHMAN SHAH


Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawall 1.30 pagi tadi.

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Ameen.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )

Read more...

ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI DESA BAKTI


TELUK INTAN, 30 Mac - ADUN Changkat Jong meneruskan program bertemu rakyatnya melalui Program Ziarah Jumaat yang dibuat secara mingguan. Minggu ini, YB Anuar Sudin solat Jumaat di Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti dekat sini.

Kehadiran beliau di sana telah disambut mesra oleh para ahli jemaah di sana. Kemudian beliau telah dibawa menziarahi seorang pesara yang terkena angin ahmar. Turut bersama YB Anuar ialah Ketua PAS Cawangan Desa Bakti, Sdr. Farid Al Jarumi, Naib Ketua cawangan Ustaz Abdul Wahab Dawam serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Cawangan Desa Bakti. 
Sdr. Huzir terharu menerima kehadiran YB Anuar.

Antara ahli rombongan Ziarah Jumaat di Desa Bakti.

Saudara Huzir, 61, menderita sakit stroke lapan bulan lepas di bahagian kanan badannya. Beliau yang telah bersara tiga tahun lepas adalah bekas kakitangan di Pejabat Daerah di Teluk Intan. Beliau berasa amat terharu apabila menerima kehadiran YB Anuar serta pimpinan PAS cawangan. Di dalam pertemuan tersebut YB Anuar mengambil peluang menyampaikan beberapa perkara berkaitan agama seperti cara berwudhu dan bersolat bagi orang sakit. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Huzir.
Warga emas Tionghua ini sedang menceritakan masalah kesihatannya.

Menzirahi seorang penduduk di Desa Bakti.

Selepas itu, YB Anuar telah singgah sebentar di rumah seorang warga emas Tionghua. Kehadiran wakil rakyat itu juga telah disambut baik oleh warga emas berusia 75 tahun itu. Kemudian, ADUN Changkat Jong telah menzirahi seorang bekas kakitangan Telekom yang menderita sakit 'spinal mascular', Sdr. Faza, 56.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

Anwar: PRU13 perang kelas masyarakat

>> 28 Mac 2012

Anwar: PRU13 perang kelas masyarakat

March 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang itu (gambar) memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir “keuntungan” mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

“Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno.
“Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras.

“Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat,” kata Ketua Umum PKR itu.

“Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin.”

Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut.

Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri.

Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis.

“Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno.
“Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup,” tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.

Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan.(malaysianinsider)

Read more...

TAK SAMPAI EMPAT BULAN KENA PECAT DAH PANDAI CAKAP BOHONG ?

>> 27 Mac 2012

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya.

Hasan ali pcMendedahkan perkara itu di sidang DUN Selangor hari ini, Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Ia merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.

Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat.(malaysiakini)

Read more...

RUMAH MAWI DIMASUKI PEROMPAK, MAWI DIIKAT - SATU LAGI BUKTI MALAYSIA TAK SELAMAT

>> 26 Mac 2012

Mawi bersama isternya Ekin.
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.

Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.(mstaronline)

Read more...

ANAK MENTERI MANA YANG JADI SAMSENG NI...?

>> 24 Mac 2012


Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.(malaysiakini)

Read more...

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je




(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.
 
Baca artikel seterusnya di sini....

Read more...

Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng

>> 22 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.

Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.

Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."

"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk.  Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.

"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.

Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.

Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS.

"Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya.(harakahdaily)

Read more...

KAPTEN JATI BERTIKAM LIDAH DENGAN ADUN PAS

>> 21 Mac 2012


Ahli PAS yang dipecat Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja.

Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

NONEApabila Abdul Rani cuba mencelah dengan soalan yang berkaitan dengan kes murtad, Hasan cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.

Sebaliknya beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.

"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco  (Selangor) selepas saya telah digugurkan.

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh ADUN BN.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.”(malaysiakini)

Read more...

DIJUAL DI TELUK INTAN HARI INI...

Read more...

INI WILAYAH GUAAA...!

>> 20 Mac 2012

 
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu mengurus negara kerana tidak faham maslahat rakyat dengan terus merahsiakan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dari pengetahuan rakyat.
 Bagi PAS WP, mungkin Najib menganggap negara ini kepunyaan beliau seorang sehingga beliau tidak sanggup berkongsikan tarikh pilihanraya kepada umum.

“Beliau tidak sedar bahawa negara ini dikongsi oleh sejumlah 27 juta rakyat Malaysia, sebahagiannya adalah pengundi yang sah dan berdaftar.

“Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka.

“Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi.

“Tidakkah Najib mengetahui dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan cacamerba?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Ini, katanya menjadikan jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu.

“Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin sanak saudara, yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini,” ujarnya lagi.

 Tambahnya, Najib mungkin tidak pernah terfikir berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihan raya mengejut.
 
Malaysia pula, ujar beliau mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di mana terdapat parti-parti politik yang berdaftar yang merupakan pelanggan tetap pilihan raya umum di negara ini.

Justeru, katanya setiap parti politik berhak mengetahui tarikh bubar parlimen dan tarikh mengundi untuk persiapan mereka.

PAS WP, ujar beliau menganggap kerahsiaan Najib menandakan suatu pengkhianatan terhadap parti-parti politik yang sah.

“Sudah tentu Najib akan memilih tarikh yang paling sesuai bagi partinya dalam keadaan sedia manakala parti lawan dalam keaadaan tidak bersedia.

“Mungkin juga Najib merasakan beliau sedang menguruskan sebuah syarikat besar milik peribadinya,” katanya.

Tambahnya, Najib tidak faham bahawa beliau diberi amanah oleh rakyat Malaysia untuk menguruskan negara, bukan menguruskan negara seperti mengurus syarikat miliknya sendiri.(harakahdaily)

Read more...

BARANG AKU MILIK AKU, BARANG ORANGPUN MILIK AKU

>> 19 Mac 2012

 
Penduduk sekitar Teluk Intan pasti sedia maklum akan bingkai banner di simpang jalan Selabak berhampiran Kedai Rakyat 1Malaysia. Ia telah didirikan beberapa bulan yang lalu. Namun apa yang ragu ialah bingkai banner milik MPTI atau UMNO. Ini kerana sejak ia didirikan, bingkai tersebut hanya digunakan oleh pihak UMNO sahaja. Jika milik UMNO, apakah ia sah didirikan di tapak itu...?

Read more...

Abdul Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno


KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Kadir memaklumkan, beliau hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Malaysia,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan perkara ini.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini,” kata Abdul Kadir.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.

Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kini, beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

 keadilandaily.com

Read more...

DATO' TUAN IBRAHIM MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB PERDANA DI TELUK INTAN

>> 18 Mac 2012


TELUK INTAN, 17 Mac - Bersempena Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Perak, satu Kuliah Maghrib Perdana telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini. Ia telah disampaikan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Keadaan dalam dewan sesak.

Kuliah Maghrib Perdana tersebut telah menarik orang ramai memenuhi ruang dewan markaz kawasan sehingga sebahagiannya terpaksa mendengarnya dari luar dewan markaz. Pelbagai perkara telah disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim antaranya menyentuh isu negara berkebajikan, kepimpinan serta isu-isu semasa.

Dato' Tuan Ibrahim juga sempat menyatakan hakikat perjuangan perlu mencapai kemenangan. Antaranya, apabila kemenangan telah dicapai supaya Allah mengampunkan dosa kita yang lalu serta dosa kemudian daripadanya. Kemenangan juga memberi peluang rakyat merasai kesempurnaan nikmat Islam seperti nikmat keamanan, nikmat perpaduan dan sebagainya.

"Mungkin selama ini kita telah merasai nikmat-nikmat tersebut. Tetapi ia berbeza apabila sesudah kita mencapai kemenangan kerana nikmat tersebut akan lebih menyeluruh ke atas seluruh rakyat yang akhirnya Allah akan meredhai kita serta memberikan keampunan," kata beliau.

Akhir sekali, Ketua Penerangan PAS Pusat itu sempat menasihati para pimpinan parti agar memperuntukkan masa dengan Allah. Jangan akibat kesibukan dalam perjuangan sehingga ada yang tiada masa langsung dengan Allah.

"Antaranya, jangan ada pimpinan parti yang lebih tiga hari tidak membaca al qur'an. Begitu juga dengan amalan-amalan sunat lain seperti tahajud dan sebagainya," tambah beliau.
Ustaz Tuan Ibrahim membimbing Sdr. Yong melafazkan kalimah syahadah.

Menadah tangan berdoa tanda bersyukur.
Sdr. Yong menerima ucapan tahniah ...

Selepas solat Isya', Dato' Tuan Ibrahim telah diberi penghormatan mengislamkan seorang saudara baru berbangsa Cina. Dato' Tuan Ibrahim telah mengajar Sdr. Yong Yuk Thien, 26, berasal dari Sabah melafazkan kalimah syahadah. Kini Sdr. Yong tinggal bersama kakak dan abang ipar beliau di Kg. Padang Tembak.

Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, Dato' Tuan Ibrahim telah memberikan penerangan berkenaan tanggungjawab seorang muslim. Antaranya, seorang saudara baru masih boleh lagi berhubungan dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa, menghadiri perayaan yang bukan bersifat keagamaan seperti Tahun Baru Cina, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Para hadirin tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Ketua Penerangan PAS Pusat.

Bergambar kenangan.

Dato' Tuan Ibrahim juga berharap, pihak PAS Kawasan Teluk Intan dapat mengambil tanggungjawab memastikan Sdr. Yong mendalami ilmu agama serta mengambil tahu sebarang perkara berkaitan beliau.

Menurut Sdr. Yong, beliau banyak membaca buku tentang agama Islam. Selain itu, kakak dan bapa saudara beliau sendiri telah memeluk Islam. Beliau yang bakal melanjutkan pelajar ke sebuah kolej di Kuala Lumpur pada Mei depan berharap akan menjadi seorang muslim yang baik kelak.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

(video) DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENGISLAMKAN SEORANG SAUDARA BARU DI TELUK INTAN


Read more...

UMNO DAH TERDESAK : BUAT CERAMAH POLITIK DI SEKOLAH

>> 16 Mac 2012


Tidak cukup dengan jentera yang sedia ada seperti akhbar dan televisyen, UMNO telah menggunakan sekolah untuk mengadakan ceramah penerangannya. Kalau di sekolah, semua orang tahu; guru-guru dilarang berpolitik (selain UMNO la tu) tetapi UMNO sendiri menggunakan sekolah untuk mengadakan ceramah politik.

Adakah mereka tidak yakin dengan usaha kempen melalui TV dan akhbar selama 24 jam sehari semalam? Mengapa pihak bertanggungjawab seperti pihak sekolah dan PPD sanggup membiarkan perkara ini berlaku. Sebenarnya kes seperti ini sudah banyak berlaku di mana-mana tempat. UMNO sesuka hatinya "diberi keizinan" menggunakan kemudahan di sekolah untuk aktiviti parti. 

Guru-guru pula telah "disangka burukkan" berpolitik parti pembangkang. Sedangkan guru-guru UMNO "diberi keizinan" berpolitik di dalam kelas. Mengajar atas nama mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Sejarah tapi hampir 70% menghentam pembangkang. Pelajar menjadi keliru. Akhirnya mereka tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah akibat sikap melampau guru-guru UMNO.Selepas itu, kementerian bising kerana ramai pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah.

Bebaskan sekolah daripada politik terdesak dan melampau...!

Read more...

(ada VIDEO) Kadir Sheikh Fazdil pertahan dakwaan BN 'beli undi'

>> 15 Mac 2012

Read more...

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa


KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG MELAWAT KAWASAN BANJIR DI KG. SUNGAI KERAWAI

>> 13 Mac 2012


TELUK INTAN, 13 Mac - Misi prihatin masalah rakyat diteruskan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin ke Kg. Sungai Kerawai yang baru-baru ini teruk dilanda banjir. YB Anuar dan isteri telah mengambil masa hampir tiga jam meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di SK Sungai Kerawai.
YB Anuar menerima taklimat ringkas daripada pegawai JPAM.

YB Anuar telah disambut oleh para pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hilir Perak. Menurut seorang jurucakap JPAM, sebanyak 108 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat tersebut meliputi 21 keluarga dari dua kawasan yang teruk dinaiki air iaitu Kg. Sungai Kerawai dan Kg. Selat Manggis. Para penduduk telah ditempatkan di dewan sekolah tersebut. Secara umumnya, keadaan mangsa adalah dalam keadaan yang baik.
Isteri YB, Pn. Hjh Faridah sedang beramah mesra dengan mangsa banjir.

YB Anuar sedang berbual dengan Ketua Kampung (kanan).

Apa yang menariknya, kegiatan memasak telah diuruskan oleh Muslimat PAS Cawangan. Kebetulan semasa kehadiran YB dan isteri, masakan tengah hari adalah tajaan Ketua PAS Cawangan Sg. Kerawai, Tn. Hj. Jumali Sadeli. Mereka bekerjasama dengan para penduduk serta petugas menyediakan makanan tengah hari.
Ketua Muslimat cawangan sedang sibuk di bahagian memasak.

Membantu menyediakan masakan.

YB Anuar dan isteri juga berpeluang beramah mesra serta bertanya khabar dengan mangsa-mangsa banjir. Pada kesempatan lawatan tersebut, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada  mangsa banjir di pusat pemindahan. Beliau juga dibawa melawat ke rumah-rumah penduduk yang dinaiki air serta menyampaikan sumbangan kepada mereka. Rata-rata penduduk kampung yang ditemui berasa berbesar hati apabila melihat wakil rakyat PAS itu datang menziarahi mereka.
YB Anuar menyerahkan bantuan banjir kepada Ketua Kampung selaku wakil mangsa banjir sambil diperhatikan oleh Ketua Cawangan PAS, Hj. Jumali Sadeli.

Pn. Hjh. Faridah menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk wanita.
Bantuan turut disampaikan ke rumah-rumah.

YB Anuar turut menziarahi rumah-rumah yang dinaiki air.

YB Anuar menikmati makan tengah hari bersama para penduduk kampung.

Di penghujung lawatan, YB Anuar dan isteri telah berpeluang makan bersama-sama mangsa banjir.

Read more...

SAYA MEMANG TAK BERTUDUNG...



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi remaja Fiffy Natasya (Fify) menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni berpunca daripada salah faham segelintir pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar.

Fify atau nama sebenarnya Fiffy Natasya Suhaimi, 19, berkata dakwaan itu timbul kerana pada usia lapan tahun, dia pernah bertudung ketika menyertai kumpulan Wardah dan mengeluarkan tiga buah album kerohanian dan doa.

“Hakikatnya, dalam kehidupan sebenar, saya memang tidak bertudung. Cuma kebetulan ketika zaman kanak-kanak saya pernah memakai tudung kerana terlibat dalam projek lagu-lagu kerohanian.

“Saya tidak perlu hipokrit dan mengakui saya tidak bertudung. Jadi dakwaan yang mengatakan saya membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni adalah tidak betul,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, Isnin.

Pelakon yang semakin dikenali selepas membintangi drama popular Vanilla Coklat di TV3 ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikirannya dengan apa pun pandangan atau kritikan orang ramai kerana dia sentiasa peka terhadap gerak-gerinya.

“Saya tidak kisah apa juga orang hendak cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang dilakukan sentiasa berada pada landasan yang betul serta dipantau oleh ibu bapa.

“Tidak bertudung bukan bermakna saya berkelakuan liar atau nakal. Saya jarang keluar bersiar-siar kecuali dengan keluarga jadi rasanya tidak timbul isu yang boleh mengaitkan saya dengan kontroversi atau perkara-perkara negatif,” katanya.

Gadis yang dikenali dengan lagu Kawaii sebelum ini berkata selepas hampir 10 tahun menceburi bidang seni, dia masih berusaha untuk mengukuhkan namanya sebagai bakat pelapis dunia hiburan tanah air.

“Kalau diikutkan, saya sudah mula berlakon pada usia 10 tahun lagi dalam filem Cinta Kolestrol dan baru kebelakangan ini nama saya semakin dikenali.

“Tidak dinafikan saya menerima tawaran lakonan yang berterusan tetapi kalau boleh, pada tahun ini saya mahu lebih dikenali dan berjaya,” kata pelajar jurusan Farmasi di Kolej Segi ini.

Read more...

PRU13: PAS Perak pastikan ada calon DHPP

>> 12 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS Perak akan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Persuruhjaya PAS negeri itu, Ustaz Abu Bakar Husin (gambar), kerusi DHPP itu masih dalam pertimbangan khususnya tempat sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun Parlimen.

Tambahnya, sebanyak empat calon yang dikemukakan oleh PAS Perak bagaimanapun mereka menyerah kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan calon mana akan dipilih.

"Kita akan lihat kerusi mana yang sesuai dengan calon termasuklah juga tapisan yang akan dilakukan agar calon menepati syarat yang dikehendaki PAS. Mereka mesti melepasi tapisan PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga berharap DHPP Perak akur dengan apa yang akan diputuskan oleh PAS Pusat nanti.

"Kalau seorang sahaja calon DHPP yang diputuskan, kita harus akur dengan keputusan PAS Pusat itu," katanya yang telah menghantar senarai calon DHPP sebulan yang lalu.(harakahdaily)

Read more...

JANGAN MARAH...

Read more...

Shahrizat sah undur bulan depan

>> 11 Mac 2012

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

"Saya dengan ini nak shahrizat taman desa pc resign resignation step down 110312memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.

'Nantikan hasil siasatan NFC'
Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan.(malaysiakini)

Read more...

KG. CHANGKAT JONG DILANDA BANJIR

>> 10 Mac 2012


TELUK INTAN, 9 Jumaat - Kg. Changkat Jong adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir akibat hujan lebat yang bertersusun yang menyebabkan ban pecah. Ekoran air yang naik tinggi di beberapa tempat telah memaksa pihak terbabit membuka pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Lorong Kedah, Kg. Baru Batu 8, Kg. Batu 7 dan Lorong Mesra Jalan Changkat Jong. Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), sebanyak 37 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan yang melibatkan seramai 1320 orang di kalangan dewasa dan kanak-kanak.



Pada hari Jumaat lalu, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Changkat Jong, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Cawangan Changkat Jong telah melawat pusat pemindahan banjir. Menurut maklumat JPAM, paras air Sungai Bidor (sehhinga 9 Mac) mencecah 3.41 meter.

YB Anuar serta ahli rombongan mengambil kesempatan bertanya khabar dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di dalam dewan sekolah. YB Anuar telah diberikan taklimat oleh pegawai JPAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkenaan situasi semasa banjir.
YB Anuar bertanya khabar dan beramah mesra dengan mangsa banjir.


Sdr. Mohd. Saleh Ibrahim, Ketua Cawangan Bt. 9 Changkat Jong menyantuni seorang warga emas.

Kanak-kanak sedang menonton televisyen di dalam dewan.

Setakat ini, mangsa-mangsa banjir telah diberikan layanan yang baik oleh pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

YB Anuar berharap pihak berkuasa mengambil usaha proaktif agar masalah banjir setiap tahun di kawasan tersebut dapat diatasi segera.

"Sebenarnya pihak kerajaan negeri mampu membuat projek tebatan banjir dengan lebih terancang dengan kos tertentu. Tetapi malangnya, kebanyakan projek tebatan banjir tidak dilakukan dengan serius umpama  melepaskan batuk di tangga," ulas YB Anuar.

Beliau juga berharap para penduduk yang terlibat banyak bersabar kerana kesemuanya ini adalah ujian daripada Allah SWT. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKM dan JPAM yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan cekap.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP