Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

TAKZIAH KEPADA YAB MB DAN KELUARGA

>> 28 Februari 2009


Berita terkini yang baru diterima malam ini, ibu mertua kepada YAB Menteri Besar Perak, Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10 malam tadi (28.2.2009) di kediaman Jalan Damai, Tapah.

ADUN Changkat Jong dan seluruh ahli jawatankuasa PAS kawasan Teluk Intan mengucapkan takziah kepada keluarga YAB MB Perak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarhamah. Amin.

Read more...

SOLAT HAJAT DAN MAJLIS PENERANGAN ISU BN RAMPAS KUASA DI TAMAN MELOR

27.2.2009 - Masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang masih belum faham dan jelas berkenaan isu kemelut negeri Perak. Ini adalah kerana UMNO dan BN telah menggunakan seluas-luasnya segala media yang ada di negara ini seperti televisyen dan surat khabar. Lagipun, medium atau saluran bagi Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat yang tepat dan betul, begitu terhad.

Oleh kerana itu, PAS kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Penerangan telah mengambil inisiatif melakukan usaha proaktif dengan mengadakan siri jelajah ke cawangan-cawangan di seluruh Teluk Intan melalui program solat hajat, munajat dan ceramah penerangan.


PAS Cawangan Taman Melor merupakan lokasi yang kelapan menjadi tempat program tersebut. Program bermula dengan solat hajat di Surau Diri Jumaat Al Maidah, Taman Melor. Kemudian program bersambung di sebuah Taska. Hampir 30 orang telah hadir ke majlis tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan dari pimpinan PAS kawasan tentang isu yang sedang melanda di negeri Perak.

Antara pimpinan kawasan yang hadir ialah YDP, Timbalan YDP, Setiausaha, Ketua Penerangan dan beberapa orang AJK kawasan. ADUN Changkat Jong, YB Hj. Anuar Sudin yang sebelum ini begitu aktif menghadiri program jelajah ke cawangan, tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen di tempat lain.


Program penerangan dimulai dengan ucapan oleh Timbalan YDP yang banyak menerangkan tentang penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat serta mehnah yang dihadapi sepanjang pemerintahan di Perak. Beliau juga menyentuh tentang gerak kerja pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan bermula tidak lama lagi.

Kemudian, ia diperjelaskan lagi melalui siri penerangan oleh Ketua Penerangan, Haji Azhar Rafaie. Beliau telah mengulas beberapa isu yang sering dimainkan oleh UMNO/BN seperti isu pemberian tanah, derhaka dan sebagainya.

Majlis telah diakhiri dengan ucapan oleh YDP kawasan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik yang mengulas tentang pengumpulan dana bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Seterusnya, Ustaz Ismail telah memimpin bacaan doa sebagai penutup majlis

Semoga, program sebegini akan dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat setempat berkenaan isu tersebut.

Read more...

PENASIHAT UNDANG2 CUBA HALANG SIDANG DUN TERGEMPAR


IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.

Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.

“Beliau bukan penasihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada sidang media.

Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN. (perakdaily.com)

Read more...

PAS KHUATIR UMNO-BN TADBIR NEGARA GUNA HASIL JUDI


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.


Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.
"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.
PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.
Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.
Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.
Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya. (harakahdaily)

Read more...

TAK JADI PULAK..(TAKKAN BERANI BUAT DEKAT-DEKAT PILIHANRAYA KECIL NI)

>> 27 Februari 2009

Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam. Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5.30 petang ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. (malaysiakini.com)

(Lain kali, fikir dahulu masak-masak sebelum buat keputusan. Sepatutnya, sebelum PPSMI dilaksanakan dulu, kerajaan kena dengar suara rakyat, baru buat..jangan ingat rakyat bodoh dan ikut saja apa kerajaan kata...)

Read more...

PANGLIMA PEMUDA UMNO MENGEPUNG KARPAL (Hebat..., berlawan dengan orang berkerusi roda..!)

>> 26 Februari 2009


Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor. Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara). Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu. Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Read more...

SATU LAGI JASA BN KEPADA RAKYAT : KADAR TOL NAIK AHAD INI (1 MAC)



Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
  • Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

  • Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Read more...

NI LE..JAWAPAN SEORANG PENAKUT


Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Kalau kita di peringkat pengubalan dasar, (maka) bolehlah kita debat, tak ada masalah. Tetapi kita sedang dalam peringkat hendak mengubahsuai dasar sedia ada dan memikirkan kaedah yang baru."
“Sebelum ini, perbincangan meja bulat pun telah diadakan. Saya pun telah beritahu sebelum ini di Parlimen bahawa pelbagai pilihan telah diketengahkan."
"Jadi, di peringkat yang kita berada hari ini, (maka) nak debat apa lagi. Lebih baik mereka (Pemuda PAS) berikan cadangan dan pandangan,” kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini.

(1001 alasan diberi nak mengelak dari berdebat. Dah banyak kali dia ni tolak berdebat dengan Pemuda PAS, takkan inipun tolak juga. PPSMI bukan ke bidang Menteri Pelajaran ? Segala maklumat ada dalam tangan, apa nak takut ! Takkan setakat berani cium keris aje...)

Berikut adalah respon Ketua Dewan PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub berikutan penolakan Ketua Pemuda UMNO


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.

Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.

(Salahuddin kata, kalau takut berdebatpun tak apa la, apa nak buat..dasar penakut. Tapi jom berbincang secara intelektual dan akademik pula. Boleh..? Takut jugak..!)

Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.
(Pemuda UMNO cuma berani kepung Karpal kat Parlimen aje. Kepung orang yang duduk atas kerusi roda sahaja yang mampu Pemuda UMNO buat...)

Read more...

SAJAK TENTANG PPSMI OLEH SN A. SAMAD SAID



Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang,
sekali pincang,

iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.
(A. Samad Said - Sasterawan Negara)

Read more...

SATU LAGI PENDEDAHAN TAKTIK JIJIK DAN NAJIS UMNO/BN PERAK

>> 25 Februari 2009


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya. Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong). (malaysiakini)

Read more...

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL : DUN BATANG AI SARAWAK

>> 24 Februari 2009


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda sukan dan pertanian Sarawak.

Mendiang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak sembilan lalu setelah koma akibat serangan angin ahmar yang teruk pada Mei tahun lalu ketika ditemuramah oleh satu saluran RTM dalam kapasitinya sebagai Chef de Mission kontingen Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma).DUN Batang Air terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.Unting berkhidmat sebagai menteri muda dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak bagi penggal kedua.


Memandangkan pilihanraya negeri Sarawak hanya akan diadakan pada 2011, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 bagi DUN Batang Ai itu.

Pilihanraya kecilMengikut undang-undang pilihanraya, SPR boleh membiarkan kerusi itu kosong sekiranya pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan.Bagaimanapun, dalam kes Batang Ai, tempohnya melebihi dua tahun sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir.Dalam pilihanraya negeri 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Batang Ai merupakan kawasan majoriti pengundi Iban.Unting menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi.Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai naib pengerusi parti tersebut.Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.Tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.

Pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada Mei 2006 di mana parti pembangkang DAP berjaya memenangi beberapa kerusi dalam kawasan kubu kuat BN, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Unting meninggalkan isteri Datin Froline Moriah Demies Impoi, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Setiausaha Agung PRS Wilfred Nissom, yang mengesahkan kematian Unting, berkata beliau melawat Unting malam tadi selepas mengetahui eadaannya semakin tenat. Jenazah mendiang akan dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kampung Stutong petang ini.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata Unting merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya. (malaysiakini)

Read more...

HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG

>> 23 Februari 2009


IPOH: Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir has appealed to the people to accept the Sultan of Perak’s decision to appoint him to rule the state. (Dah porak peranda negeri Perak dibuatnya, nak merayu rakyat pulak..!)

Dr Zambry said he was aware that people were wondering whether he was truly the MB. (Hang tak yakin ka yang hang ni MB sah..?)
“I understand the question and I want to make it clear that I would not be here if my position was considered illegitimate and illegal. (Dari sudut psikologi, ini adalah satu penyataan orang yang tidak yakin dengan diri sendiri..!)

“I ask from the heart that we show our readiness to the Sultan,” he said during his inaugural meeting with school principals and headmasters at the state secretariat here on Saturday. (Ini contoh UMNO guna jabatan dan sekolah untuk berkempen. Ikut cerita Guru Besar yang pergi, orang tak tanyapun tentang isu MB. Dia yang bagitau setelah dalam dialog orang tak respon apa-apa. Dia tanya kemudian dia jawab sendiri. Inilah orang gila meroyan namanya..)

Dr Zambry urged the people to not be overcome by emotion and to view the situation in an objective manner. Saying he did not want to influence everyone, he called on them to look objectively at the actual causes behind the crisis recently taking Perak by storm. (Nak tunjuk baik konon..)

“Please come to your senses. A person who is overcome by anger will not be able to come to the best decision. Let us show respect to the Sultan,” he added. (thestaronline) (Siapa yang sebenarnya tak hormat Sultan ...?)

Read more...

PAS ADA 'BAIAH' ELAK LOMPAT PARTI


KEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.
"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm_ (harakahdaily)

Read more...

MENINJAU-NINJAU TEMPAT BERTUGAS DI PRK P059 BUKIT GANTANG

22.2.2009 - Satu rombongan PAS Teluk Intan telah pergi meninjau ke parlimen Bukit Gantang. Rombongan disertai Timbalan YDP kawasan merangkap Pengerusi LPPK, SU LPPK dan dua orang AJK LPPK. Tujuan lawatan adalah untuk mengenalpasti tempat penginapan petugas dan melawat UPU tempat ditugaskan.


Bilik Operasi UPU Sungai Tinggi terletak di hadapan Markaz MTD Trong.


Ini adalah Markaz MTD Trong.
Bagi pilihanraya kecil ini, PAS Teluk Intan telah ditugaskan di dua Unit Peti Undi di DUN Trong iatu UPU Sungai Tinggi dan Padang Gajah. Sesampainya di Markaz MTD Trong telah disambut oleh SU MTD dan beberapa orang AJK MTD dan UPU.


Rumah penginapan petugas Teluk Intan

Kami telah dibawa melawat rumah penginapan bagi petugas Teluk Intan pada sepanjang kempen pilihanraya nanti. Alhamdulillah, rumah tersebut agak selesa terletak tidak jauh daripada Markaz MTD dan Masjid Sungai Tinggi.
Beramah mesra dengan petugas MTD Trong.

SU MD Trong (kanan) sedang melayan rombongan Teluk Intan.
Insya Allah, PAS kawasan akan menghantar para petugasnya termasuk dari Kelab Penyokong PAS.

Read more...

NIZAR : UMNO PENAKUT..!

>> 22 Februari 2009


Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya. Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak," katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik. Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya. Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa. Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini. Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya. (malaysiakini)

Read more...

NAJIB PUNCA ISTANA DIHERET KE KANCAH POLITIK

>> 21 Februari 2009


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. "

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, " katanya.

Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri? "

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.

"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya._

Read more...

ZIARAH MUSLIMAT KAWASAN TELUK INTAN KE GANDA SUNGAI CAWANG

21.2.2009 - Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan telah nengadakan program ziarah ke cawangan Ganda Sungai Cawang, Teluk Intan. Antara yang menyertai rombongan tersebut ialah Ketua Muslimat Kawasan, Puan Robiatun, Timbalan Ketua Muslimat Kawasan, Puan Hajah Faridah yang merupakan isteri ADUN Changkat Jong, serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Muslimat kawasan.



Ketua Muslimat Kawasan Teluk (kanan) sedang menyampaikan ucapan.

Rombongan muslimat telah disambut oleh Ketua Jawatankuasa Muslimat cawangan serta beberapa orang AJK muslimat cawangan. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ketua Muslimat kawasan yang banyak menyentuh tentang aspek kepentingan menyertai jamaah dan organisasi muslimat itu sendiri.


Antara muslimat cawangan yang hadir.


Program diteruskan lagi dengan tazkirah oleh Ustazah Noraseha, AJK muslimat kawasan. Isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah telah menutup majlis dengan menyampaikan ceramah penerangan tentang isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh UMNO/BN. Beliau mengharapkan, muslimat cawangan sentiasa peka dengan perkembangan semasa agar ia dapat di sampaikan kepada kaum wanita setempat.



Puan Hajah Faridah memberi penerangan tentang isu semasa.

Program ziarah ke Ganda Sungai Cawang merupakan ziarah kali kedua oleh muslimat kawasan.

Read more...

MAJLIS PENERANGAN ISU BN RAMPAS KUASA DI GANDA SUNGAI CAWANG DAN KILANG PADI


20.2.2009 - Dua progam penerangan isu negeri Perak telah diadakan di dua cawangan iaitu, di Ganda Sungai Cawang dan Kg. Kilang Padi. Kedua-duanya telah dihadiri dan diberi penerangan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin.

Di Ganda Sungai Cawang, program telah diadakan kedai Sdr. Omar, Pengerusi Penaja JKKK Ganda Sungai Cawang. Sebelum itu, YB Anuar telah bersama-sama masyarakat Ganda mengerjakan solat Jumaat di Masjid Ganda.


Di dalam ceramah, YB Anuar banyak menjelaskan tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh BN seperti isu pemberian tanah kepada kampung baru dan kampung tersusun. Beliau juga menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya disebalik cerita rampasan kuasa oleh BN atas kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Hampir 40 orang telah hadir ke majlis tersebut.




Pada akhir majlis, risalah berkaitan isu negeri Perak telah diedarkan. Menurut Setiausaha JKKK, Sr. Roslan, beliau berpuashati atas penerangan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong. Selama ini, masyarakat kampung hanya menerima maklumat dari sumber seperti televisyen dan suratkhabar sahaja dan rupa-rupanya banyak maklumat tersebut adalah bercanggah daripada apa yang sebenarnya berlaku sebagaimana yang telah dijelaskan oleh YB Anuar. Turut hadir ialah Timbalan YDP Kawasan Teluk Intan.

Solat Hajat dan Ceramah di Cawangan Kilang Padi

Pada sebelah malamnya, YB Haji Anuar Sudin telah menghadiri program solat hajat di Dewan Islah, Kg. Kilang Padi, Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan. Solat telah diimamkan oleh Imam Masjid Daerah Teluk Intan.


Selepas solat hajat, majlis penerangan telah diadakan di perkarangan dewan. Majlis ceramah telah dipengerusikan oleh Timbalan YDP kawasan. Selain YB Anuar, Ketua Penerangan kawasan, Tuan Haji Azhar Rafaie turut menyampaikan ceramah. Turut hadir ialah Naib YDP kawasan, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin, Tuan Haji Hafith Jaafar dan Ketua PAS Cawangan Kilang Padi.



Lebih 50 orang telag hadir. Para hadirin telah didedahkan dengan penjelasan isu-isu semasa yang berlaku di negeri Perak. Risalah berkaitan turut diedarkan.

InsyaAllah selepas ini,program solat hajat dan penerangan akan diadakan di cawangan Taman Melor pada 27 Februari (Jumaat).

Read more...

KELAB PENYOKONG PAS NEGERI PERAK MEMBERI SUMBANGAN KERUSI RODA

>> 20 Februari 2009

20.2.2009 - Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 2008, sokongan kaum bukan Islam semakin bertambah. Ini dapat dilihat dengan tertubuhnya kelab-kelab penyokong PAS di seluruh negara, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab ini juga telah menerima begitu banyak permohonan menjadi ahli.

Sumbangan kelab ini kepada PAS dan masyarakat begitu ketara. Malah kadangkala aktiviti mereka sedikit sebanyak dapat menyokong perjuangan PAS kepada masyarakat bukan Melayu.

Kelab Penyokong PAS negeri Perak adalah salah satu kelab penyokong yang sangat aktif menjalankan pelbagai program dan aktiviti, termasuklah program-program berbentuk kebajikan.

Baru-baru ini, Kelab Penyokong PAS Perak telah memberikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang pesara di Teluk Intan. Menurut Pengerusi kelab, Saudara Soorianarayanan, mereka amat bersimpati dengan pesara tersebut yang terpaksa menggunakan sebuah kerusi roda yang sudah lama dan rosak.


Encik Joseph diapit oleh Encik Hacharan Singh (kiri) dan Encik Sooria (kanan).

Ahli Kelab Penyokong PAS bergambar beramai-ramai.

Atas daya usaha beliau, maka kelab telah berjaya menyumbangkan sebuah kerusi roda yang bernilai RM450 kepada Encik Jussoff@Joseph a/l Muthaya yang telah lumpuh sebelah kanan badan akibat kesan sakit stroke dua tahun lalu.


Encik Joseph... terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS.

Encik Joseph merupakan seorang pesara Majlis Daerah Hilir Perak dan seorang yang aktif dalam MIC sebelum ini. Namun, menurut beliau sehingga kini, pihak MIC langsung tidak bertanya khabar mahupun memberi sebarang sumbangan kepada beliau.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Sooria dan Encik Hacharan Singh serta Kelab Penyokong PAS Perak dan Teluk Intan yang telah sudi memberikan sumbangan kerusi roda. Sesungguhnya, sumbangan ini begitu bermakna sekali kepada saya untuk melakukan kerja -kerja harian," kata Encik Joseph.

Majlis penyampaian turut dihadiri oleh Timbalan YDP PAS Teluk Intan, AJK Kelab Penyokong PAS Teluk Intan serta Saudara Hacharan Singh, Ahli Majlis Perbandaran.

Menurut Encik Sooria, ini merupakan sumbangan kerusi roda yang kedua dari Kelab Penyokong kepada orang ramai yang kurang upaya.

Read more...

KHIR TOYO DITUDUH CAKAP TAK SERUPA BIKIN ISU ELIZABETH WONG

>> 19 Februari 2009


Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."

Jawatan Norhayati - anak pengerusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, Tan Sri Onn Ismail - sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007. Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Dihubungi Malaysiakini, bekas menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak mengambil tindakan terhadap aduan Mohd Suffian kerana wujud perbezaan antara isu itu dengan isu Elizabeth."Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir."(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang."

Tambahnya, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan kesahihan gambar tersebut.

"Norhayati tidak mengaku, sebab itu kita tidak berani nak menuduh (beliau). Sebab itu kita tidak berani hendak ambil tindakan ke atasnya."Kalau (Norhayati) mengaku, lainlah. Gambar mereka, muka dekat, dekat. Mungkin super-impose," katanya.

Beliau mengingatkan agar Mohd Suffian tidak membabitkan orang lain berhubung masalah rumahtangganya dengan isu foto separuh telanjang wakil rakyat Bukit Lanjan.Exco Wanita Umno itu dilantik semula sebagai senator melalui saluran pihak kerajaan persekutuan, tambah Dr Khir.Norhayati tidak dapat bercakap panjang kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi sebentar tadi kerana sedang memandu. (malayisakini)

Read more...

SATU LAGI SEJARAH UMNO DERHAKA DAN BIADAP KEPADA RAJA

>> 18 Februari 2009


Berikut sedikit sedutan resolusi UMNO Selangor pada 1991. Pada masa itu, Mohd Taib jadi MB Selangor. Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno semalam (1991):

Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui 'Kapitan Cina'.

Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato' Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.(Alhusseyn)

Read more...

MB HARAM DAN SEMUA EXCO HARAM PERAK DIGANTUNG HADIRI SIDANG DUN


Feb 18, 09 6:50pm
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.


Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar. Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil Beri Keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada Kes Prima Facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.
"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini. "Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar Angin Tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan. Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Read more...

BN TIDAK BERUSAHA MENYATUKAN RAKYAT


Tiada langsung usaha yang konkrit oleh UMNO/BN untuk menyatukan rakyat semasa memerintah negeri Perak. Malah semangat perkauman diapi-apikan demi mencapai cita-cita politik jahat mereka melalui strategi pecah dan perintah. Ini telah dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin dalam ceramah penerangan beliau dalam siri jelajah solat hajat dan penerangan isu semasa ke cawangan-cawangan sekitar Teluk Intan. Malam tadi program telah diadakan di cawangan Kg. Air Hitam.

Oleh sebab itu, sehingga kini, orang Cina MCA dan orang India MIC masih tidak faham-faham akan kemurnian dan kecantikan Islam akibat disorok oleh orang UMNO. Malah mereka bersikap bermuka-muka apabila berhadapan dengan kaum bukan Melayu.


"Mereka (UMNO) berpura-pura baik di hadapan orang Cina dan India, tetapi apabila di belakang dan berhadapan orang Melayu UMNO, mereka meniupkan semangat api perkauman yang ekstrim antara kaum, " kata beliau lagi.

Kini, dengan nada penuh kepura-puraan, UMNO ingin pula menunjukkan mereka adalah pihak yang menghormati raja-raja Melayu dan menuduh pula kerajaan Pakatan Rakyat menderhaka. Sedangkan sejarah banyak tercatat bahawa UMNO pernah dan banyak kali telah berlaku biadap dan menderhaka kepada raja-raja Melayu.

"Cuba lihat kes 1974-1977 di mana mereka telah melukakan hati Sultan Idris Shah II di negeri Perak, Pindaan Perlembagaan 1993, kes pelantikan MB Terengganu tahun 2008 dan sebagainya, " tegas beliau lagi.

Hampir 40 orang telah hadir dalam majlis penerangan. Majlis turut dihadiri oleh YDP Kawasan Teluk Intan, ahli jawatankuasa PAS kawasa, Ketua Kampung Air Hitam Sdr. Mohd. Noor Yatim, dan imam Masjid Air Hitam.


Majlis dialog juga telah diadakan memantapkan kefahaman hadirin berkenaan isu ini. Poster, risalah dan banner juga telah diagihkan untuk diedar ke kawasan sekitar Kg. Air Hitam.

InsyaAllah, siri penerangan dan solat hajat seterusnya akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan.

Read more...

UMNO/BN YANG MENJIJIKKAN

>> 17 Februari 2009

Tidak ada cara lain kah untuk BN mendapatkan kuasa selain daripada cara yang paling terkutuk dan keji ?

  • Culik 3 ADUN di Perak yang akhirnya merampas kuasa dari kerajaa pilihan rakyat
  • Memberi tekanan dan ugutan kepada ADUN Bukit Selambau juga merupakan Exco kerajaan Kedah sehingga beliau terpaksa melepas kedua-dua jawatan ADUN dan Exco
  • Menyebarkan berita fitnah melalui laman web dab blog balaci UMNO bahawa Exco Selangor, YB Dr Halimah Ali (muslimat PAS) ditangkap berkhalwat di hotel di bandar Pelabuhan Kelang sehingga memaksa Dr Halimah membuat laporan polis.
  • Yang terkini, (tidak tahu siapa punya angkara..tapi kita tahu siapa dalangnya..!) Exco Selangor iaitu YB Elizabeth Wong, di mana telah tersiar gambar beliau yang mengaibkan di akhbar-akhbar sehhingga memaksa beliau membuat laporan polis. Tadi beliau menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN.

Selepas ini siapa lagi yang akan diugutnya. Selepas ini negeri mana pula yang dikacaunya. Tetapi, kita percaya rakyat semua tahu dan benar-benar faham. Memang inilah kerja BN/UMNO.

Di beberapa negeri, UMNO/BN tidak berapa cerdik menjadi pembangkang. Pakai hentam sahaja tanpa mengira batasan agama dan nilai. Menyerang sehingga ke peringkat peribadi. Menggunakan apa sahaja cara (the end justifies the means) yang penting dapat apa yang dihajat. UMNO/BN tidak menggunakan pendekatan bermoral dan akademik bersandarkan hujah fakta untuk menyerang pemerintah Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya, itulah tahap pemikiran pemimpin UMNO/BN. Dari dulu, kini dan selamanya, minda dan aqal mereka dibelenggu oleh pemikiran yang sangat kotor dan najib...ops silap bukan najib...najis.

Wahai UMNO/BN, ingat semua orang sedang memerhatikan anda. Buatlah apa yang kamu hendak buat terhadap kami. Rakyat sedang memerhatikan kamu. Mereka akan menilai kamu sebagai penderhaka, pengkhianat, penyamun, pencolek, pemerkosa, pencabul, penipu, perasuah, penzalim dan beribu-ribu pe..pe...pe lagi.

Dan yang paling penting..ialah kamu sedang diperhati oleh Allah Yang Maha Melihat.

Kamu sedang didengar oleh Allah Yang Maha Mendengar.

Dan ingatlah, akhirnya kezaliman kamu akan dibalas oleh Allah Yang Maha Pemberi Balasan.

(Tetapi, orang UMNO tahu ke sifat-sifat Allah ni ?) Kalau tahu, takkan mereka buat jugak..!

Read more...

PANDANGAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TENTANG ISU ELIZABETH WONG

>> 16 Februari 2009


Menteri besar Selangor memuji kepemimpinan Elizabeth dengan menyifatkannya sebagai seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang "tekun dan bijaksana.

"Maka kini saya menaruh keyakinan bahawa beliau masih boleh meneruskan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan cekap dan berkesan," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Katanya, beliau bersama barisan exconya akan tetap memberikan sokongan kepada Elizabeth untuk berdepan keadaan yang getir ini.

"Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu," katanya.

"Namun, saya berharap agar orang awam tidak terus membuat keputusan sebelum pihak polis mengeluarkan hasil penyiasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Elizabeth."

Ahli jawatankuasa PAS Dr Lo' Lo Mohamed Ghazali berkata, tindakan menyebarkan gambar bogel exco Selangor itu sebagai tindakan mereka yang tidak bermaruah.



"Orang yang menyebarkan gambar tersebut lebih teruk daripada pelacur. Kita tidak boleh melayan tindakan ini," katanya, juga ahli parlimen Titiwangsa.

Menurutnya, Islam tidak membenarkan kegiatan intai-mengintai terhadap seseorang, apatah lagi untuk mengaibkan orang lain.

"Tindakan ini sangat memualkan. Saya kesal dengan tindakan media yang merosakkan masyarakat dengan menyebarkan gambar bogel orang.

"Gambar siapa lagi yang akan disebarkan selepas ini, seolah-olah tiada kerja lain."

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berharap keadilan harus diberikan kepada Elizabeth seperti kes pencerobohan ruang peribadi terhadap selebriti Nasha Aziz beberapa tahun lalu. Mengulas kenyataan ketua pembangkang di Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menggesa wakil PKR itu berundur, Mahfuz berkata:

"Gambar itu bukan bersama pasangan. Keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku kepada (Datuk Seri) Dr Chua Soi Lek. Perkara ini (pencerobohan) sangat berbahaya dan boleh berlaku di mana-mana sahaja, seperti hotel." Saya anggap (nasib yang dialami Elizabeth) ini sebagai politik mafia. Saya tidak tengok gambar itu, tetapi saya difahamkan beliau bersendirian," tambahnya lagi.

"BN terlalu lemah sekarang dan tidak ada faktor penarik. Oleh itu diwujudkan faktor sebegitu dengan melakukan serangan peribadi (terhadap Elizabeth)."
Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.
Dr Halimah menafikannya dan membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut. (malaysiakini)

Read more...

MAJLIS PENERANGAN ISU BN RAMPAS KUASA DI KG SELABAK, TELUK INTAN



Pada 15 Februari 2009, Ahad, satu majlis penerangan tentang isu rampasan kuasa oleh BN telah diadakan oleh PAS Cawangan Kg. Selabak. Program telah diadakan di PASTI Al Mustaqim, Kg. Selabak. Ia adalah anjuran bersama Lujnah Penerangan PAS kawasan.

Program bermula dengan solat hajat yang telah dipimpin oleh Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Teluk Intan. Selepas solat hajat, majlis penerangan telah diadakan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin, YDP kawasan Ustaz Haji Ismail Che Nik, Timbalan YDP kawasan, Ketua Penerangan kawasan Haji Mohd Azhar Rafaie serta beberapa orang AJK PAS Kawasan, Ketua Kampung Selabak Ustaz Haji Khairuddin dan AJK PAS Cawangan Selabak.

Para hadirin telah berpeluang mendengar sendiri penerangan berkenaan isu yang berlaku di negeri Perak. Penerangan telah disampaikan oleh YDP kawasan, YB Hj Anuar Sudin dan Ketua Penerangan, Hj Azhar Rafaie. Majlis telah dipengerusikan oleh Timbalan YDP kawasan.

Sesi dialog turut diadakan bagi memantapkan kefahaman ahli-ahli berkenaan isu tersebut. Adalah diharapkan para ahli serta penyokong akan terus melakukan solat hajat dan dapat menyampaikan maklumat yang diterima kepada masyarakat.

Pada malam itu juga, telah diedarkan risalah dan poster berkenaan isu-isu tersebut. InsyaAllah, selepas ini, program sebegini akan diadakan pula di Cawangan Air Hitam.
Sidang Kg. Selabak (kanan) khusyuk mendengar penerangan YB.
Antara orang ramai yang hadir.
Berebut mengambil poster dan risalah untuk diedarkan di sekitar Kg. Selabak.

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP