MENARIK UNTUK KITA BACA...
>> 15 Februari 2009
- Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker.
- Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker !
Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan memerangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara.
Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun.
Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.
Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia sepastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.
Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.
Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak. (muslimeen-united.blogspot.com)
0 ulasan:
Catat Ulasan