BANTAHAN RAKYAT BERTERUSAN ..!
>> 08 Februari 2009
Muda Mohd Noor & Andrew Ong Feb 8, 09 10:22am
Bantahan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak berterusan apabila kira-kira 300 orang mengadakan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh malam tadi.
Apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy dengan dikawal pihak keselamatan, kedengaran laungan kuat 'mengboo' dan mengejek. Tanpa menghiraukan semua itu, Dr Zambry terus berjabat tangan mereka yang menyambut ketibaannya di majlis berkenaan dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Rela. Anggota Rela turut mengawal di kiri kanan laluan untuk memboleh Dr Zambry masuk dari pintu pagar menuju ke dewan sekolah tersebut.
Apabila Dr Zambry memasuk dewan, kumpulan tersebut mula memasang lilin dan terdengar ucapan ringkas mengenai bagaimana demokrasi telah berkubur di Perak selepas BN mengambil alih kuasa."Ingat, ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh dihidupkan semula," kata aktivis PKR, Simon Ooi.
Ooi turut mengetuai laungan "Hidup rakyat", "bubar DUN" dan "pulihkan demokrasi".Selepas kira-kira 20 minit, mereka meletakkan lilin di sekiling 'batu nisan' sebelum bersurai secara aman.Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, pula tiba sejurus sebelum mereka bersurai. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. (MALAYSIAKINI.COM)
0 ulasan:
Catat Ulasan