Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SELAMAT TINGGAL BN

>> 30 April 2011


Nasihat Najib minta PAS keluarkan PR.... satu cadangan yang maha bodoh dari seorang PM yang memang bodoh.

Kalau betul-betul BN kuat, mengapa tidak UMNO berdiri sendiri tanpa parti komponen BN lain. 

  • Kita cadangkan agar MCA dan MIC keluar BN. 
  • Tinggalkan UMNO. Selama ini yang merosakkan parti MCA dan MIC ialah UMNO.
  • Selama ini, UMNOlah yang menyebabkan berlakunya salah faham antara agama dan kaum.
  • Larinya undi Cina dan India daripada MCA dan MIC juga disebabkan sikap talam dua muka UMNO.
  •  Jom KELUAR BN...!

Read more...

GAMBAR LUCAH DI MEDIA : MANA PERANAN KDN...?


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

(video) ESKAY BERSUMPAH

>> 29 April 2011



Read more...

VETERAN PAS TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

>> 28 April 2011

TELUK INTAN, 28 April - Seorang veteran PAS Kawasan Teluk Intan, Haji Asmui bin Ridzwan telah meninggal dunia pagi tadi. Beliau meninggal dunia di kediaman beliau di Kg. Selabak dekat sini.
Kenangan : Allahyarham Hj. Asmui semasa menerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada YB Hj. Mahfuz Omar.

Allahyarham merupakan bekas ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PAS Cawangan Kg. Selabak dan juga merupakan penggerak utama kepada PASTI di sana. Kawasan halaman rumah Allahyarham sering menjadi tempat ceramah oleh pihak PAS Teluk Intan.

Sebagai menghargai jasa Allayarham terhadap parti, pihak PAS Kawasan Teluk Intan pernah menganugerahkan sijil Jasamu Dikenang semasa mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Teluk Intan pada 26 April 2009. Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mahfuz Omar selaku perasmi mesyuarat.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kg. Selabak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Selabak selepas solat Asar. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong  YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan kawasan dan cawangan.

PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah...

intanhijau.blogspot.com

Read more...

SEMINAR MAQASID SYARI'AH

>> 27 April 2011


SEMINAR MAQASID SYARI'AH
TARIKH:
3 Jumada Al-Thani 1432 H bersamaan 7 Mei 2011 M (Sabtu)
MASA:
8.00 pagi hingga 2.00 petang
TEMPAT:
Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
PESERTA:
  1. Ahli Majlis Syura Ulamak
  2. AJK Kerja PAS Pusat
  3. Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri
  4. AJK Kerja Dewan-dewan PAS Pusat
  5. AJK Harian Perhubungan PAS Negeri-negeri
  6. AJK Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri
  7. AJK Harian Dewan-dewan PAS Negeri-negeri
  8. AJK Harian PAS Kawasan-kawasan
  9. Ahli Dewan Rakyat
  10. Ahli Dewan Undangan Negeri
ANJURAN:
PAS Pusat
KERJASAMA:
Dewan Ulamak PAS Pusat
TENTATIF PROGRAM:
8.00 a.m.                - Kehadiran Peserta
                              - Sarapan pagi
                              - Pendaftaran
8.55 a.m.                - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
9.00 a.m.                - Bacaan ayat suci Al-Quran
9.30 a.m.                - Ucapan Perasmian dan Pembentangan Kertas Utama
                                 : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
                                 : "Maqasid Syari'ah"
                              - Pengulas (1)
                                 : YB Dato' Ustaz Haji Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat)
                              - Pengulas (2)
                                 : YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah)
                              - Soaljawab
1.00 p.m.               - Ucapan Perasmian Penutup
                                 : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
1.30 p.m.               - Rehat, solat zohor dan makan tengahari
2.00 p.m.               - Bersurai

Read more...

PAS TELUK INTAN ANJUR SEMINAR PAS GANTI UMNO

>> 26 April 2011


PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Penerangannya akan menganjurkan Seminar PAS Ganti UMNO. Seminar tersebut akan diadakan pada 2 Mei 2011, hari Isnin bermula jam 8. 00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seminar yang akan diadakan di Hotel Grand Court, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan  (berhampiran Gerai Makanan City Mewah) akan menampilkan dua orang pembentang kertas kerja iaitu Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Beliau akan membentangkan tajuk kertas kerja 'Perlembagaan Malaysia dan Politik Baru'. Manakala pembentang kertas kerja kedua ialah Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dengan tajuk 'PAS Ganti UMNO'.
Contoh Kupon Seminar PGU.

Menurut jurucakap Lujnah Penerangan, penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak dan tempat adalah terhad. Orang ramai yang berminat bolehlah mendapatkan kupon masuk bernilai RM10 daripada mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS atau menelefon 0194931578 atau 0195761529.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

LEPAS TU, SAIFUL ELOK MINUM KOPI DAN MAKAN KARIPAP...

>> 25 April 2011



Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.
"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.
NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.
Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.
Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.
Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.
Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.
"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan
 anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.
Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Read more...

DAP ATUR STRATEGI PR 2016 - berwawasannya DAP...!

>> 24 April 2011

Selepas kejayaan memberangsangkan dengan menawan 12 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri sabrtu lalu, DAP membuat persiapan cukup awal.

Kali ini, sasaran mereka adalah lapan lagi kerusi yang mempunyai pengundi majoriti penduduk pribumi di selatan Sarawak pada pilihan raya negeri yang dijadualkan sebelum 2016.

Kerusi berkenaan adalah di Satok, Tupong, Bengoh, Tarat, Kedup, Opar, Tasik Biru dan Balai Ringgin - semuanya mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau, Iban atau Bidayuh dan sedikit pengundi Cina.

NONEKerusi majoriti Melayu/Melanau di Samariang juga sedang dipertimbangkan.

Bagi pilihan raya peringkat parlimen, DAP mahu bertanding di beberapa kerusi tambahan seperti di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman, semuanya juga di selatan Sarawak.

"Kami juga mungkin bertanding di Petra Jaya," kata setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada wartawan di Kuching hari ini.

Sebekum ini, secara tradisionalnya, DAP hanya memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar.

Chong, yang bertanggungjawab mengenai hal ehawal parti di selatan sarawak berkata beliau akan membentangkan cadangan berkenaan kepada mesyuarat jawatankuasa parti negeri yang dijadualkan di Sibu, esok.

Read more...

PERANGKAP LAJU AKAN DIHAPUS..?

>> 23 April 2011


KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.
Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Read more...

PAS PERLU DISEGARKAN, BUKAN TUKAR PRESIDEN

 
KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kubang Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.

“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.

“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.

“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.

“Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.

Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.

“Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.

“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya.TMI

Read more...

ZIARAH RAKYAT DI KG. SELABAK

>> 22 April 2011


TELUK INTAN, 22 April - Program kebajikan menjadi agenda utama kepada ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin demi merealisasikan "DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera".  Hari ini, siri "Ziarah Rakyat" diteruskan lagi di Kg. Selabak.
YB Anuar di Masjid Kg. Selabak bersama Hj. Soib (kiri) dan Ustaz Khairuddin (kanan)

Program bermula dengan YB Anuar solat Jumaat di Masjid Kg. Selabak. Selepas beramah mesra dengan para jemaah masjid, beliau di bawa membawa menziarahi tiga buah rumah di sekitar Kg. Selabak. Turut mengiringi ADUN Changkat Jong ialah Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat maliki, pembantu khas YB Anuar, Hj. Mohamed Akram bin Mohd. Ayub, Ketua PAS Cawangan Kg. Selabak Ustaz Hj. Soib bin Sapiai dan mantan Ketua Kampung Selabak, Ustaz Khairuddin bin Abd. Hamid.
Menziarahi seorang warga emas yang uzur.


YB Anuar telah melawat seorang warga emas yang telahn uzur, Wadidjo. Kemudian, beliau telah melawat seorang warga emas dan ibu tunggal, Hajjah Fatimah, 88 yang tinggal seorang diri di kediamannya. Akhir sekali, YB Anuar telah melawat sebuah lagi rumah ibu tunggal, Puan Mahya Abdullah.

Selain bertanya khabar dan masalah, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga war emas tadi. Sumbangan tersebut adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti berasm minyak masak, gula dan lain-lain.
Ziarah di rumah Puan Hjh. Fatimah.

Hj. Akram bersama Ustaz Soib menyantuni ibu tunggal.

Menyampaikan sumbangan ala kadar kepada Puan Mahya.

Berasa gembira dan bersyukur atas kehadiran wakil rakyat.

YB Anuar meninjau teratak rakyat.

Jelas, kegembiraan dan kesyukuran terpancar pada wajah setiap warga emas yang telah diziarahi itu tadi apalagi yang menjenguk mereka ialah seorang wakil rakyat.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

BURU GURU SOKONG PEMBANGKANG, KEBAJIKAN GURU TERABAI


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

AHLI KELUARGA TIDAK PUAS HATI..apa kisah sebenarnya?

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, menurut sumber rapat keluarga Ahmad Sarbani ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain didakwa cuba “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbani sedia maklum punca kematian Allahyarham adalah jatuh dari paras tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana beliau boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kelalaian sekali gus membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangkan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau menyerahkan kes tersebut kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Katanya, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Jelas Zulkifli, punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbani memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbani merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
-tvsnews-

Read more...

KENAPA PAS DIKRITIK...?

>> 21 April 2011


TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.
“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif.(harakahdaily)

Read more...

TUKAR PEMIMPIN LANGGAR SYARIAT, BUKAN KALAH PILIHAN RAYA


KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.(harakahdaily)

Read more...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN BERJALAN LANCAR

>> 20 April 2011


TELUK INTAN, 19 April - PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-37 baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tn. Hj. Mohamad Sabu. Mesyuarat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.

Mesyuarat kali ini telah menyaksikan proses pemilihan pucuk pimpinan parti kawasan bagi sesi 2011-2013 di mana kesemua jawatan melibatkan pertandingan.

Para perwakilan sedang mendaftar kehadiran mesyuarat.

Penyandang jawatan Yang Dipertua, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah dipilih sekali lagi menerajui PAS kawasan setelah berlaku pertandingan dua penjuru. Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua juga turut kekal disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki dan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin yang turut melibatkan pertandingan dua penjuru. Para perwakilan juga telah memilih 18 orang ahli jawatankuasa baru melalui proses pengundian yang telah berjalan begitu lancar sekali.

Perwakilan muslimat.

Perwakilan muslimin.

Sebelum itu, semasa berucap merasmikan mesyuarat agung, Hj. Mohamad Sabu telah banyak menyentuh tentang sejarah parti dan pimpinannya yang datang dan pergi. Beliau juga banyak menyentuh isu luar negara berkaitan tentang gerakan Islam di Mesir, Lubnan dan lain-lain.
Pengerusi majlis perasmian, Hj. Azhar.
Berdiri tegak menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu PAS.

Selain itu, beliau juga menyentuh sifat keterbukaan PAS dalam melaksanakan tahaluf siyasi dengan menubuhkan sayap parti yang baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan kerana DHPP Teluk Intan yang mempunyai bilangan ahli paling ramai di negara ini.
Majlis dimulai dengan bacaan al Qur'an.
Sdr. Hu Phang Chaw bersama Hj. Mohamad Sabu.


Kehadiran yang menggalakkan.

Kehadiran perwakilan dan pemerhati agak luar biasa daripada mesyuarat agung tahun sebelumnya mungkin kerana tarikan kehadiran Hj. Mohamad Sabu sebagai perasmi yang mana bilangan kehadiran pemerhati hampir menyamai bilangan perwakilan cawangan.

Turut hadir ialah Ustaz Misbahul Munir bin Hj. Masduki, Setiausaha BPPN Perak selaku mewakili PAS negeri di samping kehadiran Ketua DHPP Pusat, Sdr. Hu Phang Chaw.
Gurauan dalam ucapan ...

Tetapi serius dalam menyentuh perkara dalaman parti.

Mesyuarat kali ini juga mencatatkan sejarah kerana pihak DHPP Teluk Intan telah menghantar 5 orang perwakilan di samping kehadiran para pemerhati DHPP. Wakil DHPP juga telah berpeluang mengikuti perbahasan walaupun mereka tidak mengundi. Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna a/l Sengalarian turut diberi peluang menyampaikan ucapan penangguhan.

Tiga usul telah dibentang dan dibahas yang banyak menyentuh isu politik, pilihan raya dan organisasi.
Penyampaian watikah kepada AJK DHPP Teluk Intan.

Hj. Mohamad Sabu menerima cenderamata daripada YDP kawasan.

Seorang AJK PAS kawasan memasukkan kertas undi.

Peti undi yang lut sinar.
Proses pengundian berjalan lancar.





Perwakilan menikmati jamuan.

Perwakilan Cawangan Kg. Bahagia bersama Hj. Mohamed Akram.

YB Anuar dan Hj. Azhar memberi tumpuan terhadap perbahasan perwakilan.

Perwakilan Cawangan Rumah Awam membentang usul.

Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan menyampaikan ucapan penangguhan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP