lagi dari SARAWAK
>> 16 April 2011
6.04pm: Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan  Meradong dan mungkin juga merampas Repok dari Supp (kedua-duanya di  Sarikei) tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya.
Bukit  Raja mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau iaitu sebanyak 54.3  peratus manakala pengundi Cina hanya 30.8 peratus. 
6.00pm: Keputusan tidak rasmi  menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB.
N24  Beting  Maro 
PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48 
Komen calon PAS di  Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus:
"Walaupun kita  kalah tetapi masyarakat Cina dan Iban memberikan sokongan penuh kali  ini. Cuma di (daerah mengundi) Beladin kita kalah seribu lebih. Saya  terimalah kekalahan ini."
Ditanya sama ada puas hati dengan  peningkatan undi walau kalah, beliau berkata: 
"Mungkin strategi  kita agak kurang atau mungkin ada yang terlepas pandang. Saya anggap ini  takdir."
Abang Ahmad akan terus membantu penduduk Beting Maro  seperti biasa. 
Manakala di Sebuyau,  calon BN Julaihi  Narawi mendahului dengan 2,387 undi. Calon PAS, Adam  Ahid mendapat 841  undi manakala seorang calon Bebas hanya mendapat 54  undi.
5.46pm: Menurut sumber, BN berjaya  mempertahankan Balingian,  Beting Maro, Belaga, Saribas, dan sedang mendahului di Ngemah, Jepak, Katibas, dan Bawang Assan.  
5.44pm: Berikut keputusan tidak  rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:
Bawang Assan
DAP - Alice  Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723
Dudong
DAP - Yap Hoi  Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862
Bukit Assek
DAP-  Wong Ho Leng -  301
BN - Chieng Boon Tuong 265
Meradong
DAP  - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170
5.32pm:  Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan,  Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam  berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak  bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.
Keputusan  tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540  undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat  itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi. 
5.30pm:  Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan  Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie  Kiong.
Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi  manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan