Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM

>> 30 November 2008

29 November 2008 - Kerajaan Perak Pakatan Rakyat sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Ini telah dinyatakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Saudara Muhammad K.Y. Tiang di dalam ucapan beliau di Dewan MPTI Kampung Baru Batu 12, dekat Teluk Intan. Beliau berucap di hadapan hampir 100 orang penduduk Cina Kampung Batu 12.



"Menerusi Bajet negeri Perak 2009, pelbagai peruntukan telah dibuat bagi merealisasikan hasrat kerajaan iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan. Malah kesemua kaum di negeri ini termasuk kaum Cina akan menikmati program kebajikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, " jelas beliau lagi.

Sebahagian yang hadir.

Antara bajet kebajikan ialah pemberian 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit, peruntukan 3. RM 6 juta sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Di samping itu, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas bagi pemberian RM1000 kepada waris bagi urusan pengebumian.

Tambah beliau lagi, sebanyak RM2 juta diperuntukkan dalam bajet 2009 untuk Urus Setia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang bukan Islam menjalankan kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.

Pimpinan PAS kawasan dan Kelab Penyokong yang hadir.

Sebelum itu, Saudara Muhammad telah menemui oleh beberapa orang pemimpin masyarakat Cina Kampung Baru Batu 12 untuk mendengar pelbagai masalah setempat.

Di samping Saudara Muhammad, ucapan juga telah disampaikan oleh Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Teluk Intan, Saudara Ahmad Kabir Mahdin yang banyak menyentuh tentang konsep Pakatan Rakyat dan hubungan antara kaum.

Read more...

JKKKP YANG MENYUSAHKAN... (BAHAGIAN 2) - EPISOD KG BAHAGIA

Sudah berbulan-bulan, setelah Pakatan Rakyat mentadbir Perak, dengan pelantikan Ketua Kampung yang baru serta JKKKN maka sudah sepatutnya Ketua Kampung Lama dan JKKKP bersikap terbuka dalam hal mentadbir kampung.

Terbuka di sini bermaksud menerima hakikat bahawa Perak telah diperintah oleh Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dan BN telah menjadi pembangkang di negeri ini. Mereka perlu menerima apa sahaja dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (selepas ini disebut PR) yang diperturunkan sama ada secara arahan mahu pun ucapan lisan biasa oleh pimpinan negeri terutamanya Menteri Besar.
Malangnya, masih ada lagi "beberapa kerat" manusia yang tidak mahu menerima hakikat ini. Sama ada mereka ini tergolong dalam kelompok buat-buat tak tahu ataupun memang spesies tak faham bahasa. (Tapi kalau diceritakan kepada budak PASTI, merekapun boleh faham..)
Kes atau isu dalam mukaddimah di atas ditujukan atau didedikasikan kepada sahabat-sahabat JKKKP di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Sehingga kini (setelah sembilan PR memerintah), beberapa urusan pentadbiran masih belum diserahkan secara 'gentleman' kepada sahabat-sahabat JKKKN yang dipengerusikan oleh Encik Kamaruzzaman bin Abdul Manap.
Antara urusan pentadbiran yang agak 'liat' diserahkan kepada pengurusan JKKKN ialah pengurusan Dewan Orang Ramai Kg. Bahagia, pengurusan Pasar Hari Selasa (sangat popular di kalangan pendudukan Teluk Intan) serta pondok JKKK berhampiran tapak Pasar Selasa.

Dewan Seri Bahagia, Kampung Bahagia.

Persoalannya, mengapa ?
Dimaklumkan bahawa pihak JKKKN telah beberapa kali bertanya kepada pihak-pihak berkenaan seperti Penghulu, Yang Di Pertua MPTI dan JKKKP sendiri, malangnya masih tiada lagi menemui jalan penyelesaian.
Susah sangat ke nak serahkan pengurusan tersebut kepada JKKKN,...atau ada masalah lain ?
Gentlemanlah sikit...
Namun, atas daya inisiatif JKKKN, (dan juga sokongan para pemuda Kg. Bahagia yang sudah hilang sabar melihat suasana ini) maka isu pengurusan Pasar Selasa tadi telah menemui jalan penyelesaian.
Satu surat yanbg dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar telah dikeluarkan yang ditujukan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan salinan kepada Pengerusi JKKKN.
Antara petikan surat tersebut berbunyi...(Perkara 2 surat)

"2. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak memaklumkan kepada Yang Di Pertua (MPTI) agar pengurusan pasar hari Selasa Kampung Bahagia Teluk Intan diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru mulai Disember 2008. Segala kerjasama dan keprihatinan Yang Di Pertua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Telah dimaklumkan oleh wakil JKKKN, bahawa mereka akan mengambil alih pengurusan pasar Selasa tersebut pada hari Selasa minggu ini (2 Disember 2008). Hebahan telah dibuat melalui banner yang digantung di tapak pasar Selasa.

Banner ini telah dinaikkan di tapak pasar Selasa, Kg. Bahagia.

Diharap, pihak yang 'buat-buat tak tahu' atau 'tak faham bahasa' ini akan menjadi faham apabila mendapat surat dan telah membaca banner tersebut. Kita mahu melihat ia diselesaikan secara tenang, aman dan bahagia bersesuaian dengan nama kampung ini.
Kepada sahabat-sahabat JKKKN dan pemuda-pemuda Kampung Bahagia, bersabarlah...
Kepada JKKKP, jangan lagi menyusahkan rakyat....terimalah seadanya apa yang ada...
Ini bukan vandalisme...tetapi cetusan rasa tidak puas hati tentang pengurusan pondok JKKKP.

Read more...

DIALOG BERSAMA PENDUDUK CINA DI BATU 12 JALAN BIDOR

>> 28 November 2008


Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Teluk Intan akan mengadakan majlis dialog bersama Saudara Muhammad K. Y. Tiang, Pegawai Khas Menteri Besar Perak dengan masyarakat Cina pada :
Tarikh : 29 November 2008 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Dewan Cina Batu 12, Jalan Bidor.
Masyarakat Cina yang berhampiran dijemput hadir.

Read more...

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU ?




副教育部长拉沙里(Razali Ismail,左图)今日傍晚6点半在云顶半山的阿米努丁学院猝死,享年59岁。随着这名瓜拉登嘉楼国会议员在任内逝世,预料选举委员会将在60天内为这个腾空的议席举行补选。根据《马新社》报道,教育部总监阿里慕丁证实拉沙里逝世的消息。毕业自马大历史系及英国伯明罕大学教育系的拉沙里,留下遗孀诺莱妮(Nooraini Lob Yusoff)和5名孩子。出席登州巫统脑力激荡营据悉,拉沙里是在阿米努丁学院参与巫统登嘉楼州的脑力激荡营,在打羽球时突然猝死。一名学院职员证实,拉沙里当时候正在与数名学院职员打羽球。阿里慕丁表示,拉沙里的遗体将被送回彭亨州文冬医院。拉沙里是在今年308大选后,首次受委为副部长,同时身兼高等教育基金(PTPTN)主席。拉沙里在大选时以628张多数票击败回教党副主席莫哈末沙布(Mohamad Sabu)与最年迈的独立候选人迈慕尤索夫(Maimun Yusuf)。拉沙里共获得3万2562张票,莫哈末沙布获得3万1934张票,而最老的候选人迈慕仅获得685张票。瓜拉登嘉楼国会议席共有87.5%巫裔选民,华裔占11.5%、印裔占0.7%,其余的是其他种族。教育部长希山慕丁受询时对于拉沙里的逝世感到伤心,并形容这对教育部来说是一大损失。

Read more...

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN AGROFEST



Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Muhammad Nizar Jamaluddin telah merasmikan Agrofest - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2008. Agrofest diadakan di Ladang Infoternak, Sungai Siput bermula dari 26 November sehingga 30 November.
Turut hadir ialah beberapa orang anggota Exco kerajaan negeri dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin serta isteri turut hadir ke majlis tersebut.

Majlis penganugerahan.
YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan isteri turut hadir di majlis perasmian. Di sebelah YB ialah Saudara Rezal, boss Intanfarm.
Selepas majlis perasmian, Menteri Besar berserta tetamu kehormat yang lain telah mengadakan lawatan ke gerai-gerai pameran. Antaranya terdapat gerai hasil produk pertanian, perikanan dan perladangan. Terdapat juga gerai jualan hasil pertanian terutamanya buah-buahan dan bunga di samping pameran haiwan ternakan.


Haji Nizar sedang diberi penerangan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang negeri. (kiri).




ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah turut hadir.

Berminat.


YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Speaker DUN) turut hadir.


YB Hj . Anuar dan isteri bergambar kenangan bersama YB Hj. Ramli Tusin (ADUN Semanggol) dan YB Hj. Husin Din (ADUN Selinsing)


Setpol MB, Ustaz Misbah dan Sdr. Amran (Pegawai Khas MB) dengan gaya tersendiri.


Haji Nizar sedang menandatangani buku pelawat di sebuah gerai pameran.


Pemimpin dan pendakwah - Haji Nizar menyampaikan tazkirah selepas solat Asar di surau tapak pameran.



Read more...

P.A.F.A BERWAJAH BARU

>> 26 November 2008


IPOH : En. Anuar Hashim sah dilantik sebagai Setiausaha PAFA yang baru oleh YAB MB Perak dalam mesyuarat Jawatankuasa PAFA yang pertama semalam. En. Anuar adalah juga Setiausaha Akhbar MB. Manakala Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj Abdul Rahim Md Arif turut dilantik sebagai Bendahari PAFA.

Selain itu, turut dilantik dalam mesyuarat semalam ialah YB En. Jamaludin Mohd Radzi juga merangkap Pengurus Pasukan Bola, En. Ajam bin Suhot dan En. Mohd Jamil Zakaria. MB Perak turut mengumumkan M. Karathu sebagai Ketua Jurulatih dan akan dibantu oleh Raja Azlan. Dengan perlantikan mereka, semuga skuad bola sepak Perak akan maju ke hadapan.
KEJOR YOP KEJOR...KEJOR SAMPAI DAPAT...!

Read more...

RAFIDAH vs SHAHRIZAT

>> 24 November 2008


பெண் அடக்கத்தின் உருவம், ஆத்திரம் கொண்டால் அதுவே ஆவேசப் புயல். அம்னோ மகளிர் பிரிவுத் தலைவி ரபிடா அப்துல் அஜீஸ், சொந்தக் கையெழுத்தில், முக்கிய செய்திகளைக் கொட்டை எழுத்துகளிலும் அடிக்கோடிட்டும், வெளியிட்ட 10-பக்க அறிக்கையில் அந்த ஆவேசத்தையும் ஆத்திரத்தையும் காண முடிந்தது.
மொத்தத்தில் அந்த அறிக்கையில், எட்டாண்டாண்டுக் காலமாக மகளிர் பிரிவில் தமக்குத் துணையாக இருந்த ஷாரிசாட் அப்துல் ஜாலிலை ஒரு துரோகி என்ற சொல்லாமல் சொல்லியிருந்தார் அந்த 65-வயது அரசியல்வாதி.
ஷாரிசாட்டைக் கட்சியின் தேர்தல் களத்தில் சந்திப்பதற்கு தயாராகிவிட்ட ரபிடா, முதலில் அதிகார மாற்றத் திட்டத்துக்கு ஒத்துக்கொண்ட அவர் பின்னர் பல்டி அடித்தது ஏமாற்றம் தருவதாகக் கூறினார்.
“அதிட்டம் அறிவிக்கப்பட்டபோது செயலவையிலோ வெளியிலோ யாரும் அதற்கு எதிர்ப்புத் தெரிவிக்கவில்லை.”
“ஷாரிசாட்டே, நியமனம் செய்யப்பட்டால்கூட போட்டியிடப் போவதில்லை என்று தனிப்பட்ட கூட்டங்களிலும், செயலவையிலும் ஊடகங்களிலும் கூறிவந்துள்ளார்”, என்று ரபிடா கூறினார்.
முதலில் அதிகார மாற்றத் திட்டத்துக்கு ஒப்புக்கொண்ட ஷாரிசாட், தம்மைத் தலைவிப் பதவிக்கு 77 தொகுதிகள் நியமனம் செய்ததை அடுத்து மனம் மாறினார்.
தலைவிப் பதவிக்குப் போட்டியிடப்போவதாக அவர் வியாழக்கிழமை அறிவித்தார்.
இப்போது அதிகார மாற்றத் திட்டம் கைவிடப்பட்டதால் ஆத்திரமடைந்துள்ள ரபிடா, முன்பே அத்திட்டத்துக்கு ஆட்சேபம் தெரிவித்திருந்தால் செயலவை அதனை ரத்து செய்திருக்குமே என்றார்.
இப்போது அத்திட்டத்தை எதிர்ப்பதற்கு, போதுமான நியமனங்கள் கிடைத்திருப்பதாக தேவையற்ற காரணங்களெல்லாம் கூறப்படுகின்றன என்றாரவர்.
அதிகார மாற்றத் திட்டத்தை முன்கூட்டியே மார்ச் மாதத்திலேயே செய்யலாமே என்றதற்கு, இதனால் ஷாரிசாட், போட்டியின்றி மகளிர் பிரிவுத் தலைவி ஆகிவிடுவார் என்று ரபிடா பதிலளித்தார்.
“இது என் உரிமையையும் தலைவிப் பதவிக்கு என்னை நியமனம் செய்துள்ள 117 தொகுதிகளின் விருப்பத்தையும் மறுப்பதாக அமையும்”, என்று ரபிடா கூறினார். ஷாரிசாட்டின் முடிவை அம்னோ மகளிர் பிரிவின் பல தலைவிகள் வரவேற்பதாக பெர்னாமா கூறியது. 2000 ஆம் ஆண்டிலிருந்து அந்தப் பதவிக்குப் போட்டி இருந்ததில்லை.
“வெளிப்பார்வைக்குப் பல அம்னோ தொகுதித் தலைவிகள் ரபிடாவை ஆதரிப்பதுபோல் தெரியும். ஆனால் உள்ளுக்குள் 80 விழுக்காட்டுக்குமேல் ஆதரவு ஷாரிசாட்டுக்குத்தான்”, என்று செனட்டர் ஷரிபா அசிசா சைட் சயின் கூறினார்.
வேறு பலர் , கட்சியில் ஒரு மோதலைத் தவிர்க்க ரபிடா மார்ச் மாதத்திலேயே பதவி விலகலாம் என்றனர்.

Read more...

HIMPUNAN MANSUH I.S.A.



24黄潮日集会者无须延保唯警方尚未决定是否提控
王德齐 11月24日 中午12点20分
即时新闻在黄潮日1周年烛光晚会遭到逮捕的24名集会者,于今早在八打灵再也警区总部报到。警方已决定不再延长保释,但尚未决定会否提控他们。其中一名集会者雪州行政议员刘天球表示,除了两名来自槟城的集会者,所有被捕者都已经亲自到警局报到,警方决定他们已经无需延长保释。这两名来自槟城的集会者则是黄文强和安德鲁黄(Andrew Ng,译音),他们只需将保释文件寄返警局,无需亲自到场报到。命运仍然悬而未决虽然如此,刘天球也指出,如果警方欲展开进一步的调查或决定作出提控,他们还是需要作出配合。这也意味着他们的命运仍然悬而未决。“如果警方需要调查或作出提控,那么他们会通过电话或信件通知我们。否则,这意味着我们不会再受到调查或被提控。”警方是在“黄潮日”1周年前夕(11月10日)晚上强硬镇压,干净及公平选举联盟(Bersih,简称公选盟)在八打灵再也举办的烛光晚会。警方不仅事先封锁所有进入活动地点的公路,更以粗暴手段逮捕24名人士,包括3名行动党议员和1名《当今大马》录影记者。除了1名因为其他案件遭到通缉的集会者,所有被捕者在隔天早上都获得保释外出,并需要在今早9点到八打灵再也警区总部报到。

Read more...

JEMPUT DATANG CERAMAH


Read more...

JANGAN ULANGI KESILAPAN BN MEMERINTAH

>> 23 November 2008



22 Nov 2008 - Kerajaan Pakatan Rakyat mesti mengelak daripada mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri ataupun negara. Peringatan ini telah disuarakan oleh tokoh NGO, Cikgu Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS, semasa membentangkan kertas kerja beliau di dalam program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak. Ia telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Antara kesilapan tersebut ialah :
  • polisi pembangunan populariti bukan prioriti
  • pembangunan yang bermodelkan pertumbuhan bukan pengagihan adil
  • pembangunan kehendak semasa bukan keperluan generasi akan datang
  • pembangunan bersifat kosmetik
  • pembangunan yang memberi manfaat kelompok segelintir bukan untuk rakyat terbanyak

Akibat daripada amalan tersebut telah memberi kesan seperti :

  • pembaziran sumber
  • peminggiran rakyat kecil
  • pemusnahan alam sekitar
  • penghakisan keyakinan rakyat
  • rakyat menjadi penerima pasif
  • pemangsaan yang memedihkan
  • tergadai keadilan
  • polarisasi kaya-miskin
  • wujud golongan elitis tapi buta realiti, serta
  • wujud budaya kebergantungan.

Beliau telah menyampaikan kertas kerja yang bertajuk "Agenda Menggerak Transformasi Dan Menterjemahkan Manifesto Rakyat Pasca PRU12". Hampir 200 peserta di kalangan jentera penerangan parti-parti Pakatan Rakyat negeri dan kawasan serta pengamal media dan bloggers telah dijemput menghadiri program tersebut.

Beliau juga menggariskan beberapa ciri kerajaan yang diingini rakyat, antaranya ialah :

  • pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat
  • pentadbiran yang dekat kepada rakyat
  • pembangunan berasaskan keadilan untuk rakyat, dan
  • perekonomian yang membawa kepada lesejahteraan rakyat.

Para peserta memberi perhatian semasa pembentangan Cikgu Azmi.

Read more...

BLOGGERS DIHARGAI KERAJAAN PERAK

22 Nov. 2008 - Kerajaan negeri Perak melalui Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan usaha proaktif apabila telah menghargai para blogger dengan memberikan kad pas media kepada kelompok ini. Menteri Besar Perak sendiri telah menyampaikan kad pas media ini kepada lebih 30 orang blogger telah dijemput khas oleh kerajaan negeri dalam satu majlis Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tadi.



Sebahagian blogger yang menerima kad pas media dari YAB MB Perak.



Ini dapat dilihat dari ucap utama MB Perak yang amat mengharapkan para blogger dapat menyampaikan segala maklumat kerajaan negeri dengan tepat dan bertanggungjawab. Harapan MB ini jelas menunjukkan bahawa pandangan terhadap para blogger telah berubah. Selama ini bloggers dianggap sebagai penyebar fitnah dan khabar angin. Kini bloggers dianggap sebagai salah satu jentera penerangan kerajaan negeri.

Di dalam majlis tadi, para hadirin telah diperkenalkan individu yang telah mewujudkan blog-blog. Antaranya, TBO.Online, Cenangau, dan sebagainya.

Read more...

MB PERAK RASMI PROGRAM CAMBAH FIKIRAN ISU-ISU SEMASA

>> 22 November 2008



22 Nov 2008 - YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah merasmikan dan menyampaikan ucap utama dalam Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Perak yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.


Hj. Nizar bersama pengarah urus setia penerangan kerajaan negeri Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim.

Antara isi ucapan beliau :

  • Ucapan beliau dimulai dengan membacakan sepotong ayat dari surah al Ahzab : 72 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"


Ia menjelaskan betapa beratnya amanat mentadbir bumi ini (mengurus sesebuah negara/negeri).



  • prestasi ADUN lebih baik dalam sidang pembentangan bajet 2009 berbanding sidang kali pertama bulan Jun lepas

  • tempoh 9 bulan kerajaan PR adalah satu proses menjadikan pentadbiran negeri lebih diperkasakan

  • sekaligus menyahkan "musuh dalam selimut" yang masih terdapat di dalam pentadbiran negeri

  • urus setia penerangan yang ada adalah kali pertama diwujudkan sebagai mekanisme alternatif jabatan penerangan seperti Radi0 (Perak FM) dan RTM yang secara biadap menyebarkan tohmahan serta fitnah tentang kerajaan negeri

  • bersyukur kerana kerajaan yang berpaksikan kepada kebenaran dapat bertahan setelah 9 bulan memerintah

  • meminta setiap bloggers (kira-kira 30 bloggers telah dijemput dalam program ini) menyebarkan maklumat betul dan tepat tentang setiap dasar kerajaan negeri

  • meminta apa sahaja input dari rakyat dapat disalurkan dengan segera kepada negeri agar tindakan dapat diambil

  • berharap program berbentuk cambah fikiran (brainstorming) ini dapat memperkasakan jentera penerangan negeri

Read more...

FAKTA TENTANG HARGA MINYAK

>> 21 November 2008

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Read more...

ALTANTUYA : PELIK, BAGAIMANA RAZAK TAHU ?



KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.

"Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.

"Saya menggesa kertas siasatan kes ini dibuka semula kerana timbul keraguan dalam kenyataan Razak yang terbaru," ujar Badrul Hisham.

Beliau juga menggesa agar polis menyiasat isi kandungan SMS Najib yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas penyiasat P.Balasubramaniam membuat kenyataan bersumpah berhubung dakwaan tersebut.

Read more...

PM DAN TPM TIADA DALAM NEGARA... SIAPA JADI PEMANGKU ?

>> 19 November 2008


(Aku keluar, hang pun keluar? Sapa nak jaga negara ?)

18 November 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Abdul Razak dilaporkan kini mengadakan lawatan kerja di luar negara. Menurut laporan media, Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari manakala Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan.


Ketika mengulas mengenai hal ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berada diluar negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini.


Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara. Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut.


"Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?," katanya menurut laporan akhbar.

Read more...

KEMPEN HAPUS I.S.A.


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI (Gerakan Mansuh ISA) bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Read more...

JOM PERGI CERAMAH 24 NOV INI..!



Orang ramai dijemput hadir ke majlis ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Teluk Intan oleh Ustaz Ridhuan Mohd. Noor (AJK Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Sdr. Azhar Saud (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak). Ceramah akan diadakan di Dewan Terbuka, Markaz PAS Kg. Bahagia, Teluk Intan.
Sebelum itu, Ustaz Ridhuan akan menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Batak Rabit, Teluk Intan.
Datang...jangan tak datang. Ajak kawan-kawan..!

Read more...

KELAB PENYOKONG MUDA PAS DILANCAR



KUALA LUMPUR, 15 Nov. : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang disempurnakan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub di ibu pejabat PAS.

Kelab ini diletakkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional DPP yang dipengerusikan oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua DPP, Nasrudin Hasan; Setiausaha DPP, Ahmad Sabki Yusuf dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja KPMP, Vincent Lee. Kira-kira 50 orang termasuk ahli, orang ramai dan para wartawan menghadiri majlis perasmian tersebut yang turut diringi dengan tarian Singa dan paluan gendang India.

Dalam ucapan perasmian, Salahudin menjelaskan objektif utama penubuhan kelab itu ialah untuk menjadi pemangkin kepada anak muda berdepan dengan realiti masyarakat di Malaysia.

Tegasnya, penubuhan kelab tersebut bukan semata-mata untuk meraih sokongan, tetapi juga untuk membuktikan bahawa PAS serius untuk menyelesaikan masalah pelbagai kaum di Malaysia.

"Saya ingin mengatakan pada petang ini bahawa ajaran Islam memberikan peluang dan keadilan untuk semua kaum," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin mengkritik sikap kerajaan yang mengharamkan Hindraf tanpa memberi ruang dan peluang untuk mereka berdialog.

Jadi sayap parti

"Mereka ingin mengadakan dialog, menuntut diberi ruang untuk berbincang. Orang India merasakan diri mereka disisihkan.

"Apa salahnya kalau kerajaan berdialog? Apa yang menjadi tuntutan Hindraf harus didengar," tegas Salahudin.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin menjelaskan bahawa antara agenda utama yang dibincangkan dalam permukiman ahli jawatankuasa pusat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama di Langkawi minggu lalu ialah untuk memperkasakan Kelab Penyokong PAS (KPP)

"Kemungkinan kita akan memberi ruang kepada Kelab Penyokong PAS berstatus sayap seperti sayap-sayap lain dalam parti," katanya.

Menurut Salahuddin, langkah tersebut sebagai usaha untuk memberi tempat kepada mereka serta memahami Islam dan dasar-dasar PAS.

"Kita konsisten. Kita tak bermain-main dengan orang bukan Islam. Kita serius untuk menghadapi realiti politik Malaysia hari ini," katanya.

Bagaimanapun, jelas Salahudin, perkara tersebut akan diperhalusi oleh pimpinan PAS dalam siri-siri pertemuan mereka sebelum ia dilaksanakan.

Manakala Khairul Faizi pula menjelaskan bahawa pihaknya akan meluaskan promosi penubuhan kelab itu ke negeri-negeri dan akan mengadakan himpunan besar-besar yang dijangka Mei depan.

Siri jelajah

Sementara itu, Pengerusi Penaja KPMP, Vincent Lee berkata beliau amat gembira dengan langkah PAS memperkenalkan kelab tersebut untuk menarik minat pemuda dan remaja mengenali dan menyokong parti itu termasuk memahami prinsip-prinsip utama dalam Islam.

Beliau berkata, sasaran kelab ini adalah untuk menarik remaja bukan Islam yang berumur 40 tahun ke bawah dan merancang pelbagai aktiviti yang sesuai yang berorientasikan kesedaran politik dan peka dengan perjuangan PAS.

Sehubungan itu, Lee yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong PAS, akan bersama-sama menyertai siri jelajah untuk menambah keahlian kelab tersebut.

"Kelab Penyokong Muda PAS akan turut membantu," katanya.

Mereka mensasarkan seramai 100,000 orang menjadi ahli kelab tersebut.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa cadangan kelab Penyokong PAS menjadi sebahagian daripada sayap parti itu masih di peringkat awal.

"Ada perbincangan panjang. Ada beberapa siri perbincangan serius selepas ini untuk membolehkan mereka menjadi sayap dalam PAS," katanya.

Beliau juga menjelaskan, sekiranya kelab itu telah menjadi sebahagian daripada sayap PAS, maka mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan seperti sayap-sayap PAS yang lain.Malaysiakini

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP