BLOGGERS DIHARGAI KERAJAAN PERAK
>> 23 November 2008
22 Nov. 2008 - Kerajaan negeri Perak melalui Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan usaha proaktif apabila telah menghargai para blogger dengan memberikan kad pas media kepada kelompok ini. Menteri Besar Perak sendiri telah menyampaikan kad pas media ini kepada lebih 30 orang blogger telah dijemput khas oleh kerajaan negeri dalam satu majlis Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tadi.
Sebahagian blogger yang menerima kad pas media dari YAB MB Perak.
Ini dapat dilihat dari ucap utama MB Perak yang amat mengharapkan para blogger dapat menyampaikan segala maklumat kerajaan negeri dengan tepat dan bertanggungjawab. Harapan MB ini jelas menunjukkan bahawa pandangan terhadap para blogger telah berubah. Selama ini bloggers dianggap sebagai penyebar fitnah dan khabar angin. Kini bloggers dianggap sebagai salah satu jentera penerangan kerajaan negeri.
Di dalam majlis tadi, para hadirin telah diperkenalkan individu yang telah mewujudkan blog-blog. Antaranya, TBO.Online, Cenangau, dan sebagainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan