Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

HARGA MINYAK NAIK ESOK...!!!

>> 31 Ogos 2009



Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 yang menggantikan RON92 kepada RM1.80 seliter, kuatkuasa esok.

Manakala harga RON97 juga turut dinaikan kepada RM2.05 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

ar_rawa

Read more...

PAS KAWASAN TELUK INTAN EDAR TOPENG MUKA DAN RISALAH H1N1



TELUK INTAN, 31 Ogos - Sedar akan wabak H1N1 yang semakin menular maka PAS Teluk Intan meneruskan lagi aktiviti prihatin rakyatnya dengan mengedarkan topeng muka dan risalah H1N1 kepada orang ramai di sekitar Teluk Intan.





Kali ini operasi telah dilakukan di Pasar Isnin Kg. Selabak. Program bermula jam 5.30 petang di mana para petugas telah berkumpul di Masjid Kg. Selabak. Walaupun tanpa kehadiran ADUN Changkat Jong (petang tadi mendapat berita bahawa ibu mertua YB Haji Anuar Sudin dimasukkan ke wad Hospital Ipoh) operasi tersebut tetap diteruskan. Antara yang turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ahli-ahli Jawatan PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda Kawasan dan ahli-ahli PAS Cawangan Kg. Selabak.

Taklimat operasi telah disampaikan terlebih dahulu di Masjid Kg. Selabak oleh Timbalan YDP sendiri. Kemudian, operasi dimulai dengan mengedarkan topeng dan risalah kepada para jemaah masjid yang setia menunggu sewaktu taklimat dijalankan.





Seterusnya, para petugas meneruskan operasi ke Pasar Isnin Kg. Selabak. Hasil pemerhatian, masih ramai lagi penduduk kampung yang tidak mengambil berat akan wabak H1N1 ini. Komitmen yang diberikan oleh para petugas telah bejaya mengedarkan sebanyak 150 keping topeng muka dan risalah.

InsyaAllah, operasi prihatin ini akan diteruskan di Pasar Jumaat Taman Desa Bakti serta Bazar Ramadhan Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

PRK DUN SEPUTEH ? SPR AKAN PUTUS SELASA INI


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi semalam memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya.(mstaronline)

Read more...

ERTI KEMERDEKAAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM


Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?

Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.

Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.

Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:

1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.

2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:

1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.

2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah :

Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam.

Read more...

SUDAH TERHANTUK, BARU TERNGADAH....!

>> 30 Ogos 2009

Anggota polis ditempatkan mengawal sekitar Seksyen 23, Shah Alam dipercayai berikutan isu pemidahan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke situ, ekoran bantahan penduduknya yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu.

Tinjauan Malaysiakini semalam mendapati, polis mengadakan sekatan jalan di jalan utama ke seksyen tersebut, manakala yang lainnya ditempatkan sementara di sebuah dewan komuniti di situ.

Bagaimanapun, kira-kira 10 anggota polis yang menjaga sekatan jalan itu hanya memerhati kenderaan yang keluar masuk di situ.

Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, dengan mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi Malaysiakini semalam, mengesahkan penempatan anggota polis di kawasan itu bagi tujuan "kawalan jenayah". (malaysiakini)

Read more...

PAKATAN RAKYAT AKAN TERUSKAN SIDANG DUN PERAK RABU INI



IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.(harakahdaily)

Read more...

KEPALA LEMBU BERDARAH : USAHA UMNO JATUHKAN KERAJAAN SELANGOR


SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

Read more...

POLIS MENGAKU LAMBAT BERTINDAK ATAS PROTES BAWA KEPALA LEMBU..ISH.ISH..!

>> 29 Ogos 2009


Kita yang tinggal jauh dari Shah Alam mungkin tidak perasan ke mana pergi pihak polis semasa protes arak kepala lembu semalam. Tetapi sumber kita hanya melalui klip video yang jelas tidak kelihatan seorangpun anggota polis mengawal atau menghalang perarakan yang bagi kita amat memalukan dan berbahaya yang mana boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Persoalannya, bagaimana kejadian yang memang berlaku di atas jalan dan di depan MBSA langsung tidak diketahui oleh pihak polis. Kita semua maklum akan kecekapan dan kepantasan pihak keselematan menjaga keamanan seperti memberkas penjenayah dan sebagainya. Malah semasa Himpunan Mansuh ISA, dua tiga minggu sebelum itu pihak polis sudah mula bertindak awal.

Persoalan kedua ialah, adakah himpunan protes bawa kepala lembu ini mendapat permit atau penganjur langsung tidak memohon permit.

Persoalan ketiga, siapa penganjur utama himpunan tersebut. Kalau NGO siapa NGOnya...berdaftar ke aau haram ?

Oleh itu, rakyat menggesa pihak polis agar bersikap adil terhadap sesiapa sahaja dalam menangani masalah keselamatan negara. Janganlah pilih bulu.

Kalau NGO pembangkang, disekat, dihalang, dipancut air kimia dan ditembak gas pemedih mata.

Tetapi apabila NGO pro kerajaan yang buat himpunan (walaupun tiada permit) telah diberi layanan amat baik dan selesa. Berjalan lancar dengan tiada gas pemedih mata dan pancutan air kimia.

Marilah kita renungi alasan pihak polis yang mengaku lambat bertindak atas himpunan semalam :

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar. Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini. Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior. "Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor. Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam. "Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya. Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu. Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

ar_rawa

Read more...

KIBARAN JALUR GEMILANG HAMBAR DAN DINGIN...



TELUK INTAN, 29 Ogos - Tinggal dua hari lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-52. Biasanya, penanda kepada meriahnya sambutan Hari Merdeka ini ialah dengan melihat banyaknya kenderaan di jalan raya yang memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Seperti tahun-tahun lepas, kalau lagi seminggu Hari Merdeka, sudah pasti hampir setiap kenderaan di jalan raya mengibarkan bendera negara Malaysia.


Mana Jalur Gemilang...?

Apa yang berlaku pada tahun ni agak berbeza pula. Kebanyakan kenderaan baik lori, bas, kereta dan motosikal tidak memasang bendera Jalur Gemilang. Di bandar Teluk Intan sendiri, hasil pemerhatian intanhijau, setiap 10 buah kereta yang melalui sebatang jalan raya, tiada sebuah keretapun yang mengibarkan bendera Malaysia. Pelik..dan mengapa ya..? Malah hasil pemerhatian mendapati kebanyakan kenderaan jabatan kerajaan seperti kereta peronda polis dan ambulans sendiripun tidak memasang Jalur Gemilang.!

Sedangkan baru sahaja dua minggu lalu bandar Teluk Intan telah menjadi tuan rumah kepada Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan Ke-52 yang telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Haram, Zambry Kadiaq. Pelbagai acara telah diadakan namun mengikut pemerhatian kami, kebanyakan program tersebut tidak mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Teluk Intan.


Kalau orang dah protes, bendera percumapun orang tak pasang.


Najib dan Zambry Kadiaq kena muhasabah... Satu benderapun tak nampak.!

Sambutan dingin dan hambar ini patut menjadi satu muhasabah dan iktibar kepada kerajaan haram BN Perak dan kerajaan 1 Malaysia Najib. Apakah rahsia yang tersirat di fkiran dan hati rakyat yang tidak menyahut seruan Najib 1 Malaysia ?

Adakah ianya satu protes senyap rakyat terhadap PM dan MB Haram ?

Jangan beri alasan sebab kebetulan jatuh pada bulan puasa dan wabak H1N1. Kenderaan tiada kaitan langsung dengan H1N1 dan bulan puasa.

Fikir-fikirkanlah..dah dekat Hari Merdeka ni...akupun belum pasang bendera Jalur Gemilang lagi ni. Mengapa ya..?

ar_rawa

Read more...

PERANGAI PELIK MINGGU INI - DIA ANJUR KEMUDIAN DIA KUTUK PULAK



Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
(malaysiakini)

Read more...

KLIP VIDEO NGO(K) UMNO ARAK KEPALA LEMBU



Kalau marahpun, janganlah sampai menghina perkataan TAKBIR menjadi TAKE BEEER..
Pelik..seorang polispun tak ada mengawal demonstrasi tersebut.
Satu lakonan yang baik daripada UMNO
Tapi berhati-hati jangan cetuskan sentimen agama dan kaum

Read more...

PERBUATAN (yang dipolitikkan) YANG PERLU DIFIKIRKAN ...

>> 28 Ogos 2009



Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".

Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.

Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.

Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam. (malaysiakini)

Read more...

AWAS SMS SEBAR BERITA PALSU

Sejak petang semalam sms tentang berita kematian Ustaz Ismail Kamus telah tersebar. Menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.(batuvskayu.blogspot.com)

Read more...

KALAH, BUKTI DASAR KEBANGSAAN UMNO TERUS DITOLAK

>> 27 Ogos 2009


KOTA BHARU, 27 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul,"katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.

Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno, Hishamudin Husein antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon PAS dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku. (harakahdaily)

Read more...

UMNO MACAM SARKIS - KATA SUDIN DALAM FILIM PENDEKAR BUJANG LAPOK....daaa






Petikan skrip perbualan di antara 3 sahabat Ramli, Sudin, dan Ajis dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.

Ramli: Eh.. Sudin, ini bacanya apa macam?
Sudin: Alim Mim Nun Wau, alip tendang wau .. sarkis daa
Ajis: Ape da sarkis.
Ramli: Hey, ini sikit punya panjang bacanya sarkis?
Sudin: Itu yang panjang tu bunga saje, yang sikit tu la sarkis. tak reti?
Ramli: Tulis pakai bunga?
Sudin: Abis takkan hutang je pakai bunga?

Read more...

CHUA SOI LEK DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN MCA...umno bila lagi ?


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini.

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong.

Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu.

Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad.(harakahdaily)

Read more...

PAS TELUK INTAN ANJUR PROGRAM IHYA RAMADHAN

>> 26 Ogos 2009



TELUK INTAN, 25 Ogos - Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada setiap bulan Ramadhan, PAS Kawasan Teluk Intan mengadakan Program Ihya Ramadhan. Program ini diadaan pada hari Selasa setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak ini. Program diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan, Kampung Padang Tembak.


Para jemaah sedang sabar menunggu waktu berbuka.



Seperti biasa, setiap minggu beberapa cawangan dan dewan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program yang bermula dengan majlis tahlil. Pada minggu ini antara cawangan yang terlibat sebagai tua rumah ialah Dewan Pemuda kawasan, PAS cawangan Selabak Luar, Selabak Dalam, Taman Cicely, Air Hitam, Changkat Jong, Lorong Mesra dan Sungai Cawang. Antara tugasan tuan rumah ialah membentang tikar sejadah dan membuat persiapan juadah berbuka.



Program dimulai dengan majlis tahlil yan telah diketua oleh Ustaz Sabri, Ketua Urusan Ulama kawasan. Kemudian diikuti dengan berbuka puasa beramai-ramai. Sambil itu, terdapat skrin besar yang menayangkan keputusan Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir. Kegembiraan ketika berbuka puasa telah bertambah apabila para jemaah melihat perkembangan semasa keputusan pengundian N11 yang akhirnya menyaksikan kemenangan calon PAS Ustaz Mohd. Saleh Man menumbangkan BN. Allahu akbar..!


Solat tarawih sedang dijalankan.

Selepas itu, solat Maghrib berjemaah diadakan. Walaupun tiada program khusus sebelum Isya' namun para ahli terutama wakil-wakil cawangan mengambil ksempatan untuk beramah mesra sesama mereka dan juga dengan pimpinan kawasan.

Kemudian solat Isya dan Tarawih telah dilaksanakan. Solat Isya dan sunat Tarawih telah diimami oleh Pengarah Pilihanraya Kawasan, Sdr. Haji Azhar Rafiei.


Hadirin bersedia menunggu taklimat oleh pimpinan kawasan.

Selesai solat, sepatutnya tazkirah diadakan. Namun atas sebab-sebab tertentu tazkirah tidak dapat dijalankan. Ia telah digantikan dengan program taklimat tentang infak wajib, pilihanraya dan gerak gempur mendaftar pengundi baru.


YB Haji Anuar sedang menyampaikan taklmat tentang infak wajib.

Taklimat tentang infak wajib telah disampaikan oleh bendahari PAS Kawasan, YB Tuan Haji Mohd. Anuar Sudin. Pada malam itu telah disampaikan surat pelantikan para amil bagi setiap cawangan serta serta penyerahan buku-buku resit oleh YDP PAS Kawasan, Ustaz Haji Ismail Che Nik.


YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail sedang menyampaikan sijil ahli baru kepada wakil cawangan.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan taklimat tentang gerak keja pilihanraya peringkat kawasan dan UPU. Ia telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pilihanraya Kawasan, Sdr. Hj. Azhar Rafiei. Antara pengisian taklimat ialah tentang perlu setiap cawangan mengaktifkan UPU di tempat masing-masing. Juga telah disentuh tentang aspek dana pilihanraya, perkembangan terkini di Permatang Pasir dan lain-lain.




Pengarah Pilihanraya Kawasan Sdr. Haji Azhar menyampaikan taklimat.

Selepas itu, Setiausaha PAS Kawasan menyampaikan taklimat tentang gerak gempur pendaftaran pengundi baru. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Jentera Pilihanraya Kawasan telah meminta setiap cawangan melantik seorang petugas khas bagi membantu PPS kawasan mendaftarkan pengundi-pengundi baru.

Juga telah diadakan penyampaian sijil-sijil keahlian baru kepada wakil-wakil cawangan serta surat kelulusan pendaftaran kepada enam cawangan baru.

InsyaAllah, hari Selasa minggu depan tazkirah akan disampaikan oleh Al fadhil Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

ar_rawa

Read more...

WAHAI NAJIB, TAK SERIK LAGI KE ? Dah kalah 7 - 1

Secara congak mudah, ita sendiri boleh ukur setakat manakah ukuran prestasi PM Najib. Kalau dulu Pak Lah dipersalahkan akan kekalahan besar UMNO/BN dalam PRU12 2008 maka amat wajar sekali Najib diletakkan segala kekalahan UMNO/BN dalam siri-siri PRK di negara ini.

Amat memalukan, kerana sepatutnya apabila seorang PM baru memerintah negara sudah pastilah apa sahaja pilihanraya akan memberi kesan terhadap imej seorang PM sebagaimana imej 'bersih' Pak Lah pada waktu awal-awal beliau menjadi PM sehingga BN menang besar dalam PTU11.

Namun ia berbeza dengan Najib. Sewaktu beliau mula dilantik menjadi PM lebih kurang 100 hari yang lepas, begitu banyak imej yang terpalit pada muka anak Razak ini. Sebut sahaja imej apapun..segala perkataan yang bermula dengan imbuhan pe.., pem... dan sebagainya. Dialah seorang pem., dialah seorang pe.... dan pelbagai pe.. dan pem... lagi.

Sepatutnya Najib dan pengipas-pengipas beliau sedar baawa imej yang terpalit pada Najib tidak membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO apatah lagi kepada BN. Bayangkanlah sudah 8 kali pilihanraya kecil sejak PRU12, BN hanya menang sekali sahaja. BN telah kalah 7-1 dengan Pakatan Rakyat..! Itupun menang di Batang Ai. Kira sedekah laa.

Walaupun sebahagian daripada PRK tadi adalah semasa zaman Pak Lah menjadi PM tetapi harus kita ingat bahawa waktu itu Najib menjadi pengarah pilihnraya PRK. Setelah beliau menjadi PM keadaan BN menjadi semakin buruk dan lemah. Sepatutnya rakan-rakan UMNO dalam BN sudah sedar akan hal ini. Akibat imej buruk Najib, telah membawa imej yang sama kepada semua parti komponen BN. MCA dan MIC sepatutnya segera menarik diri daripada BN. Tinggalkan UMNO bersendirian bergelumang dengan pelbagai masalah mereka dan segeralah masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Ikutilah jejak Datuk Chua Jui Meng yang telah menyertai PKR.

Kepada ahli-ahli UMNO, sedarlah bahawa PRK N11 Permatang Pasir telah sekali lagi menunjukkan bahawa rakyat telahpun menolak UMNO. UMNO bukan lagi menjadi parti yan menunjangi orang Melayu. Majoriti orang Melayu telah menolak UMNO. DULU ya mereka sokong UMNO, tetapi KINI dan SELAMANYA orang Melayu telah mula menolak dan tidak menerima UMNO sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu setelah sedikit-demi sedikit hak orang Melayu dan Islam telah mula terhakis selepas 52 tahun kita merdeka.

Jadi, marilah kita bersama-sama keluar UMNO dan BN. Marilah kita berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN akan pupus dan tidak relevan dengan kita lagi.

ar_rawa

Read more...

KITA MENANG DI SEMUA PETI UNDI kecuali UNDI POSI

Peti undi PAS BN MAJORITI

samagagah 1397 594 803

pmtg ara 1397 1075 322

pmtg pauh 875 354 521

bkt.indera muda 1302 862 440

kg pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

cross street 938 300 638

pmtg tengah 1225 555 570

sumber mtd permatang pasir.

Read more...

ALHAMDULILLAH PAS / PR MENANG (BN kalah lagi)


Read more...

TERKINI DI PERMATANG PASIR

>> 25 Ogos 2009



Sejumlah 73.1 peratus atau 14,832 orang keluar mengundi apabila proses pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding dengan peratusan yang keluar mengundi pada pilihanraya umum tahun lalu.

Pilihanraya umum tahun lalu menyaksikan 82.5 peratus atau 16,803 orang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengharapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 20,290 pemilih keluar mengundi hari ini.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 undi.

Read more...

HJ NIZAR JADI TENAGA PENTING KEMPEN N11

PERMATANG PAUH, 25 Ogos: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh penting kempen PAS di Permatang Pasir.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi, sambutan yang diterima amat menggalakkan termasuk di kalangan orang Cina Permatang Pasir.

Nizar bukan sahaja memberikan ceramah, bahkan juga diheret untuk menyertai pelbagai program termasuk mengunjungi orang ramai di pasar-pasar.

Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, misalnya, telah menganjurkan majlis khas 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat' Datuk Seri Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

Majlis anjuran bersama Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh dan PAS cawangan Permatang To'Kandu itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli muslimat dan kepimpinan cawangan dan kawasan yang ada bagi merapatkan ukhwah sesama muslimat.

Majlis yang diadakan di Dewan Haji Zabidi, Kampung Pertama, Permatang Pauh itu telah dihadiri oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan kepimpinan PAS cawangan dan kawasan Permatang Pauh.

Dalam ucapannya Datuk Seri Nizar menyeru muslimat sebagai salah sebuah sayap penting dalam PAS untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang ada supaya penglibatan dalam politik itu dilihat sebagai satu ibadah dan pengorbanan untuk kesejahteraan ummah selaras dengan moto 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua. Image

"Bagi memastikan Dewan Muslimat sebagai salah sebuah organisasi yang penting bermatlamat untuk memperjuangkan tuntutan agama dan kesejahteraan ummah maka pengorbanan yang dibuat oleh kita semua diharapkan mendapatkan keredhaan Allah.

"Setiap perjuangan kita haruslah berasaskan dan bersandarkan pada perjuangan Islam yang akan membawa kerahmatan kepada semua umat manusia di muka bumi ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu telah berjaya memeriahkan suasana apabila berucap dalam Bahasa Mandarin kepada sebahagian daripada hadirin bangsa Tionghua yang turut hadir dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, program jamuan teh ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan pimpinan muslimat yang terdapat dalam kawasan Permatang Pauh.

"Apa yang kami hasratkan berjaya apabila digabungkan cawangan dan kawasan.Ternyata yang hadir amat menggalakkan kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli muslimat malah turut disertai oleh muslimin daripada cawangan dan kawasan.

"Ini membuatkan kami merasa kepimpinan dan khidmat kami dihargai apabila ada penyertaan yang sedemikian," katanya.

Read more...

TERKINI DI PERMATANG PASIR

JAM 3.30 PETANG

63.7 peratus pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.

JAM 2.00 PETANG

Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.

JAM 1.00 TENGAHARI

SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.

Read more...

TERKINI DI PERMATANG PASIR


AM 12.00 TENGAHARI

Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.

JAM 11.45 PAGI

Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.

Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.

JAM 11.20 PAGI

Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.

Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.

JAM 11.00 PAGIPara penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.

Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.

"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.

JAM 10.35 PAGI

Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.

Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.

JAM 10.00 PAGI

Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.

Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.

Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian.

Harakahdaily akan menyiarkan keputusan pilihan raya ini peringkat demi peringkat secara langsung dari Markas PAS di sana sebaik sahaja keputusan diterima dari setiap peti undi.

Keputusan ini dijangka akan mula diterima seawal jam 6.30 petang.

MAKLUMAN: Harakahdaily.net akan menyiarkan secara langsung perkembangan semasa jumlah kiraan undi bagi Pilihanraya Kecil N.11 DUN Permatang Pasir.

Keputusan ini diperolehi dari Bilik Gerakan PAS berdasarkan maklumat pengiraan undi oleh agen pengiraan undi PAS di semua pusat pengundian.

Siaran tersebut akan dimulakan pada jam 6.30 petang sehingga keputusan rasmi diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR yang dijangka jam 8.00 malam. _

Read more...

SATU LAGI CERITA MATINYA DEMOKRASI DI MALAYSIA

KDN serbu pejabat majalah kartun
Ogos 25, 09 11:05am
Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lima pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kiri).

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.
(malaysiakini)

Read more...

PAS DIJANGKA MENANG...



BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos - 20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.

Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti.

Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS.

Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah.

Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak.

Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan.

Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini.

Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti.

Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.(harakahdaily)

Read more...

PETTUGAS TELUK INTAN @ PERMATANG PASIR part 2

Bilik Gerakan UPU Permatang Pauh tempat kami bertugas hanya bersebelahan dengan Bilik Gerakan BN. Pada waktu hampir tengah hari, ketika pihak PAS sedang giat bertugas di mana begitu ramai petugas PAS tak kira sama ada muslimin dan muslimat, amat pelik sekali apabila kami melihat bilik gerakan BN (spesies yang dijangka pupus tak lama lagi) tiada seorang petugas pun berada di khemah depan rumah penginapan mereka.

Tak tahulah sama tiada petugas langsung di situ atau pun mereka masih belum bangun tidur.

Meriahnya di Bilik Gerakan UPU Permatang Pauh. Penuh dengan para petugas yang tugasan masing-masing. Walaupun kami dari pelbagai kawasan, tetapi semangat ukhuwwah telah mempertautkan hati-hati kami atas matlamat memenangkan Islam...Tak kira tua muda kecil besar, muslimin dan muslimat.







Pada waktu yang sama...Sangat berbeza dengan suasana di sebelah rumah kami. Sunyi sepi, muram dan kosong tiada petugas langsung. Ye laa..mungkin kerja mereka bermotivasikan fulus...ada fulus adalah kerja...







ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP