WAHAI NAJIB, TAK SERIK LAGI KE ? Dah kalah 7 - 1
>> 26 Ogos 2009

Amat memalukan, kerana sepatutnya apabila seorang PM baru memerintah negara sudah pastilah apa sahaja pilihanraya akan memberi kesan terhadap imej seorang PM sebagaimana imej 'bersih' Pak Lah pada waktu awal-awal beliau menjadi PM sehingga BN menang besar dalam PTU11.

Namun ia berbeza dengan Najib. Sewaktu beliau mula dilantik menjadi PM lebih kurang 100 hari yang lepas, begitu banyak imej yang terpalit pada muka anak Razak ini. Sebut sahaja imej apapun..segala perkataan yang bermula dengan imbuhan pe.., pem... dan sebagainya. Dialah seorang pem., dialah seorang pe.... dan pelbagai pe.. dan pem... lagi.
Sepatutnya Najib dan pengipas-pengipas beliau sedar baawa imej yang terpalit pada Najib tidak membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO apatah lagi kepada BN. Bayangkanlah sudah 8 kali pilihanraya kecil sejak PRU12, BN hanya menang sekali sahaja. BN telah kalah 7-1 dengan Pakatan Rakyat..!

Walaupun sebahagian daripada PRK tadi adalah semasa zaman Pak Lah menjadi PM tetapi harus kita ingat bahawa waktu itu Najib menjadi pengarah pilihnraya PRK. Setelah beliau menjadi PM keadaan BN menjadi semakin buruk dan lemah. Sepatutnya rakan-rakan UMNO dalam BN sudah sedar akan hal ini. Akibat imej buruk Najib, telah membawa imej yang sama kepada semua parti komponen BN. MCA dan MIC sepatutnya segera menarik diri daripada BN. Tinggalkan UMNO bersendirian bergelumang dengan pelbagai masalah mereka dan segeralah masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Ikutilah jejak Datuk Chua Jui Meng yang telah menyertai PKR.
Kepada ahli-ahli UMNO, sedarlah bahawa PRK N11 Permatang Pasir telah sekali lagi menunjukkan bahawa rak

Jadi, marilah kita bersama-sama keluar UMNO dan BN. Marilah kita berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN akan pupus dan tidak relevan dengan kita lagi.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan