BIAR MASYARAKAT TERASA KEHADIRAN KITA - PESURUHJAYA PAS PERAK
>> 16 Ogos 2009
TAIPING, 16 Ogos - Para pimpinan dan ahli PAS mesti turun padang dan bertemu dengan masyarakat sehingga mereka terasa akan kehadiran kita dan bertanya apabila ketiadaan kita. Itulah antara intipati ucapan perasmian Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar bin Hussin. Program munaqasyah telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping.
Beliau berkata lagi, kini bukanlah masanya untuk kita banyak berbincang walaupun ia penting. Pimpinan dan ahli PAS perlu turun padang serta meruntuhkan tembok antara PAS dan masyarakat. Kita perlu menembusi halangan-halangan yang telah dicipta oleh UMNO/BN.
Kini, antara usaha UMNO/BN ialah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat terhadap Islam dan PAS.
"Mereka juga cuba mengubahkan pemikiran umat Islam cuba dilihat sebagai kerangka tradisional dengan cuba mengubah asas serta dasar dengan mengajak orang meninggalkan Islam dengan cara berselindng di sebalik program-program mereka. Banyak program BN/UMNO ke arah memperbodoh-bodohkan umat Islam sama ada program tersebut berbentuk intelektual atau agama", ujar beliau lagi.
UMNO jika kini dlihat ke arah mempergiatkan sentiasa perkauman di negara ini. Di samping itu, UMNO/BN sering menobatkan pemimpin-pemimpin jijik menjadi pemimpin yang mempunyai tahap moral yang amat rendah di pelbagai peringkat.
Ustaz Abu Bakar juga telah menggariskan empat misi PAS Perak :
ar_rawa

- meneruskan usaha pembubaran DUN Perak
- memperkasakan dan menambahbaik parti/jamaah
- mengilmukan rakyat dengan program majlis ilmu dan politik Islam semasa
- dewan diminta meneruskan aktiviti-aktiviti yang lebih proaktif yang boleh memberi keuntungan politik kepada PAS dan kesedaran aqidah yang tinggi.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan