MASYARAKAT INDIA BIMBANG 'PENANGAN'SAMSU HARAM
>> 21 Ogos 2009
TELUK INTAN - Kelab Penyokong Pas Kaum India (KPPKI) Perak mendesak Kerajaan Pusat supaya mengharamkan penjualan samsu haram secara terbuka di kedai di negeri ini khususnya sekitar Teluk Intan.
Pengerusinya, S Surianarayanan berkata, pihaknya memandang serius gejala penjualan samsu itu memandangkan minuman berkenaan memberikan kesan buruk kepada masyarakat India khususnya.
Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi menyelamatkan masyarakat daripada menjadi mangsa kepada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dengan cara merosakkan orang lain.
“Kita mahu kerajaan bertegas dalam soal kepentingan rakyat yang mahukan penjualan samsu haram ini diteruskan kerana ramai yang mati akibat ketagihan minuman memabukkan ini.
“Jika kerajaan mengambil berat terhadap penyalahgunaan dadah, kerajaan juga perlu melihat perkara ini secara serius memandangkan kesan pengambilan samsu ini juga sama seperti dadah,” katanya kepada Sinar Harian selepas bersama penduduk Ladang Sittambaram Pillay, Batu 6, Changkat Jong membuat perhimpunan aman membantah penjualan samsu itu.
Menurutnya, jika penjualan samsu itu dibiarkan, lebih ramai wanita yang akan menjadi balu dan ramai juga lelaki akan kehilangan pekerjaan serta mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan seharusnya lebih mengetahui perkara ini dan kesannya kepada peminum memandangkan kementerian itu bertanggungjawab memastikan rakyat di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.
Katanya, jika kementerian mengambil berat terhadap perokok, mereka juga perlu mencari jalan supaya peminum samsu ini berhenti kerana memberikan kesan buruk seperti merosakkan paru-paru, jantung dan sebagainya.
Surianarayanan berkata, pihaknya melihat perkara ini serius dan perlu penyelesaian segera memandangkan ia melibatkan kesihatan rakyat.
Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan peminum samsu ini sudah merebak kepada golongan remaja dan pelajar.
Di samping itu, dalam tinjauan Sinar Harian bersama Surianarayanan di beberapa kedai yang menjual samsu haram sekitar Teluk Intan mendapati, ia dijual dengan begitu mudah pada harga RM2 hingga RM3 sebotol.
Tiga kedai yang dikunjungi Surianarayanan mendapati samsu itu boleh diperoleh dengan mudah, malah ada pembeli terus meminumnya secara terbuka sebaik keluar daripada kedai itu.
Selain sekitar Teluk Intan, Sinar Harian turut dibawa ke pekan Langkap yang menjadi kawasan tumpuan peminum dan penagih samsu haram.
Sivapandian berkata, situasi yang sama berlaku di Langkap seperti mana di Teluk Intan apabila penjualan samsu itu tidak terkawal membolehkan sesiapa sahaja untuk membeli dan meminum secara terbuka.
Beliau berkata, ada juga kedai yang menjual samsu ini menyediakan tempat kepada pembeli untuk ‘menikmati’ samsu itu di belakang premis berkenaan.
Menurutnya, bagi yang sudah ketagih, mereka sanggup menunggu seawal jam 5 pagi untuk mendapatkan sebotol samsu dan kira-kira jam 5 petang selepas habis waktu kerja mereka mengerumini kedai itu untuk membeli samsu.
Beliau berkata, penangan samsu itu sangat kuat kerana bagi yang biasa meminumnya, kira-kira 30 minit hingga satu jam sahaja, peminum mula berasa khayal dan mabuk.
“Ada kalanya peminum ini akan tertidur selepas menikmati sebotol samsu di hadapan kedai yang menjual samsu ini dan ada yang pulang ke rumah.
“Kita bimbang jika tiada kawalan, peminum ini akan terlibat dengan pelbagai kes jenayah tanpa mereka sedari kerana di bawah pengaruh samsu,” katanya.
Sementara itu, dalam tinjauan bersama Sivapandian mendapati, selain India terdapat juga remaja Melayu yang membeli samsu dengan kebanyakan mereka adalah golongan samseng jalanan yang meminumnya sebelum melakukan lumba haram.
Sementara itu, balu kepada peminum samsu berkata, kebanyakan mereka menghadapi masalah untuk menguruskan hidup memandangkan suaminya meninggal dunia disebabkan menjadi peminum tegar samsu.
Bagi V Gunapoosanam, 60, berkata, ketika suaminya hidup, keluarganya tinggal dalam keadaan yang serba tidak kena memandangkan suaminya sering mabuk ketika pulang ke rumah.
Beliau berkata, mendiang yang bekerja di ladang kelapa sawit berkata, apabila pulang dalam keadaan mabuk dan marah, semua barang dalam rumah akan dipecahkannya.
Bagi S Parvathy, 44, pula, nasihatnya yang diberikan kepada mendiang suami supaya berhenti meminum samsu langsung tidak dihiraukan sehingga meninggal dunia dan hampir setiap hari suaminya akan meminum samsu tetapi tidak pernah mencederakannya atau anak-anak ketika dalam keadaan mabuk.
Beliau berkata, setelah suaminya meninggal dunia, dia dan tujuh anak kehilangan tempat bergantung kerana tidak bekerja, manakala dua daripada anaknya masih bersekolah dan kehidupannya kini ditanggung menantu yang memberikan perbelanjaan setiap bulan.
Sementara itu, seorang peminum tegar samsu ini yang hanya mahu dikenali sebagai Samy, 65, berkata, dia menagih samsu lebih 10 tahun hanya untuk berseronok.
Menurutnya, selepas meminum samsu, masa yang diambil hanya 30 minit sahaja untuk khayal dan setiap hari dia perlu mendapatkannya sebelum bekerja.
Samy yang bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran berkata, setiap hari dia perlu mendapatkannya jika tiada wang, beliau akan berusaha untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun.(sinar harian)

0 ulasan:
Catat Ulasan