CHUA SOI LEK DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN MCA...umno bila lagi ?
>> 27 Ogos 2009
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini. Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu. Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong. Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu. Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad.(harakahdaily) |
0 ulasan:
Catat Ulasan