CATATAN SEHARI DI KUALA LUMPUR - INDAHNYA K.L (Bahagian 1)
>> 02 Ogos 2009
- Kami bertolak jam 7.30 pagi dari Markaz PAS Teluk Intan. Ada 4 buah kereta semuanya. Kereta Haji Azam ikut Bidor. Kami pula (3 kereta) ikut Kuala Selangor.
- Saya naik kereta Aamir (AJK Kawasan) bersama Haji Sulaiman PGS. Ustaz Abdul Fattah (KP ) sebuah kereta bersama Pemuda Batak Rabit dan sebuah kereta lagi dipandu oleh Jan dan sahabat-sahabatnya.
- Dalam perjalanan, saya mendapat panggilan daripada Ketua Unit Amal Teluk Intan, Shahrul Iman menyatakan beliau telah ditangkap dan sedang ditahan di Balai Polis Brickfield bersama 13 orang ahli Unit Amal Perak. Mereka ditahan pada jam 2.00 pagi semasa menaiki sebuah van berhampiran Masjid Negara. Saya menasihati beliau agar bersabar dan mengucapkan tahniah kerana melalui serta merasai hidup sebagai seorang pejuang kebenaran. Apa yang ralat jelas Iman ialah mereka tidak dibenarkan solat Subuh di lokap.
- Sepanjang perjalanan kami melepasi 4 sekatan jalan raya polis.
- Oranng ramai mula datang berkumpu.
- Sampai di stesen komuter Subang Jaya jam 11.30 pagi. Terus beli tiketdan naik tren. Penumpang sangat ramai. Kebanyakannya adalah mereka yang hendak menghadiri himpunan mansuh ISA. Bersemangat semuanya nampak..
- Polis sedang menghalau orang ramai daripada berkumpul di kaki lima kedai.
- Sampai di stesen Bank Negara. Sebaik sahaja mennyeberangi jejantas, kami disambut oleh beberapa anggota polis berpakaian seragam dan SB termasuk yang bertugas mengambil gambar kami. Glamour le kejap bila cahaya flash kamera bersinar mengadap kami. Hampir di hujung jejantas kami ditahan oleh anggota polis. Sambil itu mereka mengambil gambar.
- Sebelum itu saya dah berpesan kepada kawan-kawan agar berpecah supaya tidak disyaki.
- Seorang anggota polis telah menahan saya dan bertanya saya hendak ke mana. Saya tidak menjawab dan terus sahaja berjalan tanpa mempedulikan soalannya.
- Tetapi beberapa orang kawan saya yang membawa beg galas ditahan kerana polis hendak memeriksa beg mereka masing-masing. Lama juga proses itu.
- Alhamdulillah, seorang demi seorang daripda kami lepas. Haji Sulaiman pun lepas.
- Tetapi seorang pemuda telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak yang telah tersedia. Dengar cerita, dalam begnya ada baju Mansuh ISA. Apolaa..ingatkan dia bawa pistol ke..
- Sementara menunggu kawan tadi, Aamir dengan berani menghampiri salah seorang polis di situ dan bertanya kenapa gambar kami diambil. Polis itu meminta IC Aamir tetapi Aamir bertanya klausa mana membenarkan anggota polis berpangkat di bawah inspektor boleh minta IC. Dia Polis itu diam.
- Kami meneruskan perjalanan ke Sogo iaitu tempat berhimpunan bagi peserta dari Perak, Kedah, P. Pinang dan Perlis.
- Sesampainya di sana, suasana agak sibuk juga. Saya tahu, kebanyakan yang bersidai di tepi Sogo semuanya datang sebab ISA. Masing-masing faham bila berpandangan antara satu sama lain.
- Pihak polis mula datang dengan kereta dan jeep. Polis mula meronda sekitar hadapan Sogo.
- Haji Azam dah sampai awal dan berada di tingkat 6 Sogo di Food Court. Saya dan Aamir naik ke atas berjumpa Haji Azam. Orang sangat ramai dalam Sogo. Kebetulan ada big sale di situ dicampur dengan kami yang datang untuk berhimpun maka bayangkanlah bagaimana sesaknya dalam Sogo waktu ini.
- Jumpa Haji Azam. Sembang-sembang kemudian saya ajak Aamir ke bawah dan makan tengah hari di sebuah restoran mamak seberang Sogo. Makan di bawah senang sikit. Boleh nampak apa yang berlaku. Waktu sudah 12.30 tengah hari.
- Kawan-kawan lain saya tak nampak. Tapi kami sering berhubungan melalui telefon.
- Kami makan di restoran. Sedang makan, terdengar bunyi kecoh di luar. Rupa-rupanya pihak polis telah menahan seorang peserta.
- Terjumpa dengan Dr. Najihah dan kawannya dalam restoran. Beliau memberitahu beberapa orang pimpinan Muslimat Pusat termasuk Aiman Athirah Al Jundi telah ditahan polis.
- Selepas makan kami berhimpun di luar. Orang semakin ramai. Tapi polis dan anjing-anjingnya lagi ramai..!
- Jam menunjukkan 1.15 petang. Tiba-tiba polis mula bergerak secara berkumpulan menghalau orang ramai daripada berkumpul di kaki lima kedai. Suasana mula kecoh....
- Nak tergelak pun ada. Lucu sungguh. Polis halau di sini. Kami berkumpul di sana. Polis halau di sana, kami berkumpul di sini. Macam main-main pulak.Kumpulan Mslimat berkumpul.
- Helikopter sentiasa berlegar-legar di udara.
- Walaupun polis beroperasi menghalau orang ramai, namun orang semakin ramai berkumpul.
- Hampir pukul 2 petang, seperti menerima satu arahan, kami semua secara automatik berkumpul beramai membentuk beberapa kumpulan kecil sebagai memulakan himpunan aman ini.
- Kelihatan kumpulan muslimat dengan beraninya berkumpul, kumpulan Unit Amal dan beberapa kumpulan yang akhirnya bergabung menjadi sebuah kumpulan yang besar. Hebat...!
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan