Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PERUTUSAN KHAS SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK DARIPADA PRESIDEN PAS

>> 31 Ogos 2008


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
-Presiden PAS-

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

>> 28 Ogos 2008

JKKK Kg. Padang Tembak telah bertindak proaktif dengan menganjurkan majlis sumbangan barangan kepada fakir miskin. Walaupun baru AJK dilantik, namun Ketua Kampung, Tuan Haji Ramli telah berjaya menganjurkan program berupa kebajikan masyarakat di Kg. Padang Tembak, Teluk Intan. Majlis sumbangan tersebut telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bertempat di Balai Lintang, MasjidTaqwa, Kg. Padang Tembak.
Menurut Haji Ramli, program pada petang itu melibatkan seramai 33 orang penerima di kalangan penduduk kampung tersebut. Sumbangan adalah berupa dua kampit beras, gula dan minyak masak.
ADUN Changkat Jong, Tuan Haji Mohd. Anuar Sudin telah sudi hadir serta merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan, beliau telah menyeru betapa perlunya umat Islam menghayati serta mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna. Hanya dengan cara itu sahajalah, gejala tidak sihat seperti rasuah, pecah amanah, kerosakan akhlak dan sebagainya dapat diatasi. Malah, menurut beliau lagi, amalan cara hidup Islam yang betul juga dapat menarik perhatian kaum lain untuk mendekati ajaran Islam. Itulah yang telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW semasa berada di Mekah dan Madinah.
Selain daripada itu, beliau turut menghargai majlis yang diadakan seperti ini yang berbentuk kebajikan di mana ia amat sesuai dnegan ajaran Islam dan menjadi saranan oleh YAB Menteri Besar Perak di mana sahaja beliau berucap. Itulah juga yang menjadi dasar kepada kerajaan baru negeri Perak iaitu negeri berkebajikan.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, beliau mengharapkan agar penduduk kampung mengamalkan sikap berjimat cermat.

Tn. Hj. Anuar Sudin menyampaikan ucapan

Beliau juga mengambil kesempatan menasihati semua ahli JKKK agar menjadikan jawatan yang dipegang itu sebagai satu amanah daripada Allah dan bukan sebagai satu cara untuk mencari nama, wang dan kuasa.
Majlis pada petang itu juga turut disertai oleh Ketua Kampung Selabak, Ketua Kampung Banjar, Pengerusi Masjid Taqwa serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.
Tuan Haji Anuar juga telah sudi menyampaikan sumbangan kepada semua penerima sumbangan. Para hadirin juga turut menikmati jamuan pada penghujung majlis.


Pengerusi JKKK Kg. Padang Tembak (kiri) bersama Pengerusi Masjid Taqwa sedang memberi perhatian semasa ucapan YB.


Sebahagian penerima sumbangan bantuan JKKK


Tuan Haji Anuar Sudin sedang menyampaikan sumbangan bantuan.

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA RAKYAT NEGERI PERAK

>> 27 Ogos 2008






Satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Rakyat Negeri Perak telah diadakan di Dewan Bandaran, Jalan Speedy, Teluk Intan pada 27 Ogos 2008. Majlis yang bermula pada pukul 4.00 petang itu telah dikendalikan oleh Yayasan Perak.
Majlis penyampaian siri ke-6 ini telah melibatkan seramai 115 orang penerima di kalangan pelajar-pelajar universiti tempatan yang mengikuti ijazah pertama. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah ADUN Changkat Jong, Tuan Haji Mohd. Anar bin Sudin (selaku perasmi majlis) dan ADUN Hutan Melintang, YB Kesevan. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Perak Encik Abdul Jamil bin Mat Kasa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan), ahli-ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, ketua-ketua kampung, serta ibubapa pelajar.
Di dalam ucapan perasmian, YB Haji Mohd. Anuar telah menyatakan penghargaan pihak kerajaan negeri Perak atas kejayaan anak-anak Perak yang telah berjaya memasuki IPTA. Bagi program dermasiswa kali ini yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2008 yang lalu telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk diagihkan kepada semua pelajar di seluruh negeri Perak yang layak dan telah memohon. Pelajar IPTA ini akan menerima RM1000 setiap seorang.
Menurut beliau, antara syarat memohon dermasiswa ini ialah warga negeri Perak, pemohon mestilah mengikuti ijazah pertama, pendapatan keluarga kurang RM1500 dan bergantung kepada jumlah tanggungan keluarga. Program dermasiswa ini diadakan dua kali setahun iaitu setiap pengambilan IPTA bagi Julai dan Disember.
Selain membantu meringankan beban para ibubapa akibat peningkatan kos sara hidup, program sumbangan dermasiswa ini juga adalah sebagai motivasi kepada mahasiswa dan juga kepada pelajar yang bakal ke menara gading.
"Apa yang penting, ia boleh menjadi insentif kepada para pelajar untuk berjaya dan berakhlak dalam usaha menguasai ilmu-ilmu farhu ain dan fardhu kifayah sebagai persiapan menjadi khalifah di muka bumi ini", menurut beliau lagi.
Kemudian YB Haji Mohd. Anuar dan YB Kesevan telah menyampaikan sumbangan RM1000 kepada pelajar yang kebanyakannya diwakili oleh ibu bapa masing-masing.
Menurut seorang bapa pelajar, Encik Ng Swe Ning dari Sungai Sumun, inilah kali pertama beliau menerima sumbangan sebegini daripada pihak kerajaan Negeri Perak walaupun sebelum ini dua orang anaknya telah memasuki ke IPTA tetapi tidak mendapat apa-apa sumbangan daripada kerajaan BN Perak dahulu. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan bercadang membelikan sebuah komputer riba untuk anaknya yang belajar di USM Pulau Pinang dalam jurusan Sains Komputer.Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh Puan Anglene Arjusamy dari Taman Kopi, Teluk Intan dan Encik Sapiee Hijab dari Seberang Perak.
Majlis telah diakhiri dengan jamuan semua hadirin.

Read more...

RapidShare: Easy Filehosting

>> 26 Ogos 2008

RapidShare: Easy Filehosting

Read more...

KISAH BENAR ISU RASUAH ADUN PERAK

>> 25 Ogos 2008






(DIAMBIL DARIPADA Perakdaily.com)


Copy and paste dari Perak Express
(published edited version of MALAYAkita)
IPOH: Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat… dengan apa cara sekalipun.
Tajol mencuba pula membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal, sedangkan wawasan sudah diumumkan iaitu berkira-kira menubuhkan kerajaan BN di Perak pada 31 Ogos ini.
Setelah melihat Anwar bertanding di Permatang Pauh, dan tiada apa lagi yang boleh menghalangi Anwar untuk menang, kecuali kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan barunya yang lebih liciknya.
(MALAYAkita: Semasa konspirasi ini akan meletus dan meledak, Tajol dikatakan telah merancang ke luar negara)
Salah satu cara menghalangi Anwar meneruskan usaha ke Putrajaya ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil Permatang Pauh. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk mengikis keyakinan rakyat pada Anwar. Yang terbaru ialah skandal rasuah wang dan seksual dicipta melibatkan Adun-Adun PKR, DI PERAK DARUL RIDZUAN.
Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapa antara target pemimpin PKR Perak yang kononnya mudah dibeli…2 Exco Jamaludin dan Osman. Walaupun dicuba beberapa kali, kedua-duanya gagal dibeli.
Mereka kemudian mengenalpasti pemimpin PKR Perak yang lain, yang nampak jinak atau nampak mudah diperdaya, dan akhirnya bekas Adun Bota, Kapt (B) Usaili Alias, menjadi sasaran. Mereka merancang mengguna Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman, sejak sebulan lepas.
Seorang ejen BPR Putrajaya bernama Imran dihantar ke Ipoh, Perak untuk memulakan operasi. Ejen ini disediakan Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai tokoh korporat dari Kuala Lumpur .
Imran kemudian muncul di pejabat MB Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, bertanyakan Usaili. Imran diperkenalkan pada juruteknik PKNP, Roslan Sahat yang juga rapat dengan Usaili.
Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapa antara target pemimpin PKR Perak yang kononnya mudah dibeli…2 Exco Jamaludin dan Osman. Walaupun dicuba beberapa kali, kedua-duanya gagal dibeli.
Mereka kemudian mengenalpasti pemimpin PKR Perak yang lain, yang nampak jinak atau nampak mudah diperdaya, dan akhirnya bekas Adun Bota, Kapt (B) Usaili Alias, menjadi sasaran. Mereka merancang mengguna Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman, sejak sebulan lepas.
Seorang ejen BPR Putrajaya bernama Imran dihantar ke Ipoh, Perak untuk memulakan operasi. Ejen ini disediakan Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai tokoh korporat dari Kuala Lumpur .
Imran kemudian muncul di pejabat MB Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, bertanyakan Usaili. Imran diperkenalkan pada juruteknik PKNP, Roslan Sahat yang juga rapat dengan Usaili.
Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan berjumpa dengan Usaili. Imran juga memperkenalkan kononnya rakan niaganya, Fairuz Azrim Ismail, untuk menyakinkan Usaili. (Usaili sememangnya mengenali Azrim)
Mereka kemudian berbincang projek membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili mengguna pengaruhnya sebagai kenalan rapat dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini.
Jamaludin dan Osman bagaimanapun menolak untuk terlibat kerana menyifatkannya di luar bidang kuasa mereka.
Imran tidak berputus asa dan kemunculan pilihanraya kecil Permatang Pauh memberikannya peluang terbaik untuk meneruskan konspirasi BPR ini. Imran menawarkan untuk menyumbang RM5,000 untuk tabungan PKR bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Usaili mencadangkan $$$ diserahkan kepada Jamaludin, yang merupakan Bendahari PKR Perak. Pada 14 Ogos, Imran cuba menyerahkan wang itu kepada Jamaludin di pejabatnya.
Jamaludin menolaknya dan memberitahu Imran, supaya disumbangkan terus pada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi perangkap itu gagal.
Imran serahkan $$$ itu kepada Usaili (tanpa menyedari $$$ telah ditanda) dam kemudian membawa $$$ itu ke Permatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam penamaan calon.
Pada malam itu, Usaili tinggal di Bilik Gerakan Kg Pertama, manakala tiga lagi menghilangkan diri bersama-sama Imran. Menurut maklumat, Imran telah membawa dua pelacur dari Ipoh dan menempah bilik hotel di Pulau Pinang. Tidak diketahui, sama ada mereka mengguna atau tidak khidmat pelacur itu.
Setelah dua kali usaha untuk memerangkap dua EXCO ini gagal. Imran menggunakan taktik lebih licik dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang terbaik memerangkap dua EXCO ini serentak.
Peluang tersebut terbuka tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji bersama-sama ke Permatang Pauh pada 19 Ogos 08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya.
Nasib menyebelahi Jamaludin kerana ada urusan lain dan akan terus ke Permatang Pauh bersendirian. Azrim yang minum di restoran berdekatan memaklumkan pkara itu tetapi BPR terpaksa meneruskan operasi mereka.
Imran kemudian muncul bersama-sama seorang wanita sambil membawa sebuah beg ke meja Usaili di Kluang Cafe itu. Imran meletakkan beg di atas meja berhadapan tempat duduk Osman dan Usaili dan terus beredar.
Sebaik Imran beredar, pasukan BPR menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut. Usaili enggan, lantas pegawai BPR mengarahkan pegawainya yang lain membuka beg itu … dan… terlondeh $$$ berketul-ketul.
(MALAYAkita: Untuk makluman, cerita mereka ditangkap di bilik hotel adalah bohong. Itu rekaan BPR). Ia berlaku di Keluang Cafe, di hadapan khalayak ramai)
Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada di restoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama-sama Osman dan Usaili lebih awal.
Mengapa? Sebabnya Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberi maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.
Untuk menutup operasi mereka, BPR juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa ke pejabat BPR. Semasa penyelongkaran tanpa waran, BPR menjumpai sebahagian wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan pada Usaili semasa malam Penamaan Calon.
Lantas BPR merasakan mempunyai bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.
Jamaludin yang berada di Permatang Pauh menerima panggilan telefon daripada BPR meminta ke pejabat BPR untuk memberi keterangan. Setelah pulang, beliau terus ke pejabat BPR tetapi akhirnya beliau turut ditahan.
Yang pelikanya, kenyataan akhbar Pengarah BPR mengatakan mereka ditahan kerana cuba menerima rasuah RM120,000, tetapi semasa Jamaludin di hadap ke mahkamah untuk perintah tahanan reman, dia dituduh mendapat sogokan RM5,000 pada 14 Ogos 2008.
Dalam permohonan untuk rebiu perintah tahanan reman hanya Osman, Usaili, Roslan dan Zul di bawa ke Mahkamah Tinggi. Azrim seperti dijangka, dibebaskan melalui Mahkamah Majistret.
Pendakwa BPR juga memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik. Bukankah siasat dulu baru tangkap ? Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (wanita) telah menarik diri kerana enggan terlibat dengan kes ini!
posted by Perak Express. Published edited version MALAYAkita
Written by anuarhas

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

>> 23 Ogos 2008






Pada 23 Ogos 2008, Sabtu jam 5.00 petang telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada golongan miskin di Kg. Kilang Padi, Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan. Majlis ini telah dianjurkan oleh PAS Cawangan Kg. Kilang Padi. Majlis tersebut telah diadakan di pekarangan Dewan Darul Islah yang baru didirikan.

Sebagai makluman, PAS Cawangan Kg. Kilang Padi baru ditubuhkan sebulan yang lalu. Walaupun baru, namun cawangan ini telah mempunyai seramai 70 orang ahli. Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik bagi sebuah cawangan yang baru.

Dalam ucapan, menurut Tuan Haji Hafth, pengasas dan penasihat cawangan, bangunan Dewan Darul Islah telah didirikan dengan kos RM60 ribu. Beliau berharap Darul Islah dapat dijadikan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan di kampung itu.

Dalam ucapan aluan, Timbalan Yang Di Pertua Kawasan juga berharap Dewan Darul Islah dapat dijadikan pusat kegiatan masyarakat setempat untuk setiap lapisan umur. Beliau mencadangkan dewan tersebut diwujudkan kelas PASTI, kelas masakan/jahitan, gelanggang sukan belia dan kelas pengajian agama.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh penduduk setempat , ahli jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda kawasan. Majlis tersebut lebih berseri lagi dengan kehadiran YB Haji Anuar Sudin dan isteri. Walaupun baru balik dari Ipoh, komitmen daripada YB dan isteri untuk terus hadir ke majlis ini amat membanggakan. Dalam ucapan, beliau banyak menerangkan tentang perkembangan di DUN serta negeri Perak.

Kemudian YB Haji Anuar sudi menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada penduduk setempat yang dhaif. Kira-kira 60 bungkus telah disampaikan pada petang itu sebagai persiapan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Akhir sekali, YB telah membacakan doa dan diakhiri dengan jamuan bersama masyarakat setempat.

Tahniah dan syabas kepada ketua cawangan PAS Kg. Kilang Padi, Encik Sahar serta ahli jawatankuasanya yang telah berjaya menganjurkan majlis kebajikan ini. Semoga ia menjadi contoh kepada cawangan-cawanga lain dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.





Read more...

PASCA MUKTAMAR : TIBA MASANYA UNTUK BEKERJA

>> 18 Ogos 2008





Muktamar PAS Kali Ke-54 telahpun selesai. Ramai yang telah memuji akan penganjuran muktamar kali ini yang mana tuan rumahnya kali ini negeri Perak.

Hasil perbahasan oleh para perwakilan serta penggulungan oleh Presiden, sudah pasti begitu banyak amanat, begitu banyak input yang perlu dibawa pulang oleh setiap perwakilan ke kawasan masing-masing.

Apa yang penting, bagi fasa pasca muktamar ini, ialah bekerja....bekerja... dan bekerja. Sekarang bukan masanya lagi fasa 'bulan madu'. Pimpinan yang telah menjadi perwakilan ke muktamar, diminta menyambung suara pimpinan ke peringkat akar umbi dengan sejelas-jelasnya. Supaya peratus ketirisan maklumat, amanat serta arahan pimpinan dapat dapat dikurangkan dan dapat difahami oleh setiap pimpinan serta pendokong parti/jemaah.

Antara perkara yang dapat diambil daripada ucapan dasar serta pnggulungan perbahasan Presiden ialah :



  • PAS ialah sebuah parti siyasah, dakwah dan tarbiyah


  • perlunya pemerkasaan Pakatan Rakyat


  • perlunya pemerkasaan parti/jemaah sesuai sebagai 'king maker'


  • menaiktarafkan Kelab Penyokong PAS


  • wala' (taat) dan thiqah (percaya) kepada pimpinan


  • isu muzakarah dan muqabalah selesai


  • memperkasakan dewan ulama', muslimat dan pemuda

Sabda Rasulullah SAW : "Islam itu berada di tempat yang tinggi dan jangan ada yang mengatasinya."


Tekadkan azam untuk kita merealisasikan hasrat Presiden melalui ucapan dasar. Rancanglah gerak kerja agar kerja kita bersistematik, berstrategi dan bermatlamat. Allahu akbar !


Read more...

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

>> 11 Ogos 2008

Tertera pada dinding batu ini, "MEDAN SELERA MPTI MINI STADIUM". Nampak cantik tetapi mungkin ada yang tidak perasan bahawa terdapat kesilapan pada tulisan di dalam gambar di atas.
Bagi masyarakat umum tulisan tersebut hanya sekadar papan tanda yang menyatakan di situ terdapat medan selera berhampiran stadium.Namun bagi pencinta dan pengamal Bahasa Melayu, terdapat kesilapan pada perkataan "MINI STADIUM" kerana ia menyalahi dari segi aspek tatabahasa Hukum D-M (diterangkan, menerangkan). Sepatutnya "STADIUM MINI" kerana "STADIUM" diterang, manakala "MINI" menerangkan. Stadium apa ? Stadium Mini. Bukannya Mini apa ? Mini Stadium.
Contoh lain yang boleh dijadikan perbandingan ialah :
  • Sos Cili bukan Cili Sos (Chilli Sauce)
  • Bas Mini bukan Mini Bas (Mini Bus)
  • Restoran Ali bukan Ali Restoran (Ali's Restaurant)
Sebaliknya "MINI STADIUM" pula adalah diambil daripada Bahasa Inggeris. Jadi, adalah lebih baik pihak MPTI dapat menukarkan papan tanda tersebut demi mengelakkan kerosakan pada Bahasa Melayu itu sendiri (bahasa rasmi negara kita) sekaligus mendaulatkan Bahasa Melayu. Oleh itu, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Nota : Di dalam perlembagaan PAS ada frasa "Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah :
(7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang
tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa Al Qur'an.

Read more...

SIRI ZIARAH MANTAN YDP TELUK INTAN

>> 10 Ogos 2008



Pada hari Jumaat, 8 Ogos 2008, rombongan PAS Kawasan Teluk Intan telah berkunjung ke rumah bekas Yang Di Pertua PAS iaitu Ustaz Haji Shamsuddin bin Tamyis di Kg. Bahagia. Ini adalah siri ziarah kedua oleh PAS Kawasan selepas menziarahi seorang lagi bekas YDP iaitu Ustaz Johar. Kali ini, rombongan kawasan telah diserta oleh Timbalan Yang Di Pertua, Setiausaha kawasan, serta AJK PAS Kawasan.
Ustaz Shamsuddin merupakan Yang Di Pertua PAS Teluk pada awal tahun 80-an. Pernah bertanding peringkat Parlimen Teluk Intan pada Pilihanraya Umum 1982 tetapi belum diberi kemenangan walaupun menurut beliau semasa penamaan calun, calun BN/Gerakan tidak menulis nama pada borang.
Kini, Ustaz Shamsuddin masih bergiat di dalam parti dan juga dakwah. Beliau merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia (antara cawangan PAS yang mempunyai bilangan ahli teramai di Teluk Intan) dan masih menyampaikan pengajian di beberapa surau di sekitar Teluk Intan.
Dalam usia 83 tahun, Allah masih memberikan kekuatan kepada ustaz untuk memandu kenderaan sendiri (kereta/motor) dalam melaksanakan pelbagai urusan.
Di akhir pertemuan, Timbalan Yang Di Pertua PAS telah menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Shamsuddin sebagai tanda penghargaan PAS Kawasan Teluk Intan yang mungkin tidak setimpal dengan jasa ustaz dalam gerak kerja jemaah. Semoga Allah SWT akan terus memberikan kelapangan kesihatan kepada Ustaz Shamsuddin. Insya Allah. Allahu akbar!

Read more...

'FUNFAIR' MENYERANG TELUK INTAN LAGI !

>> 06 Ogos 2008



'Funfair' datang lagi ke Teluk Intan ! Seperti tahun lalu, pesta ria ini juga kembali seolah-olah 'menyambut bulan Ramadhan'. Ia masih lagi beroperasi di tempat yang sama seperti tahun lepas iaitu berhampiran bandar baru Teluk Intan.
Rata-rata beberapa orang yang ditemui terutama ibu bapa tidak menyenangi akan kehadiran pesta ria tersebut. Bagi mereka, 'funfair' ini sudah pasti beroperasi selama lebih kurang dua bulan sebagaimana yang telah berlaku pada tahun lepas.
Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan 'funfair' ini akan beroperasi pada bulan Ramadhan dan sudah pasti ia akan mengganggu tumpuan umat Islam untuk melakukan ibadah terutama solat sunat tarawih pada sebelah malam kerana 'funfair' ini beroperasi pada waktu malam. Ini menyukarkan lagi para ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada gejala 'bersukaria' pada waktu malam.
Lebih membimbangkan lagi, kehadiran 'funfair' ini terlalu hampir dengan musim peperiksaan seperti UPSR dan PMR. Peperiksaan UPSR akan berlangsung pada 9 hingga 11 September sementara PMR pula akan bermula pada 13 Oktober 2008. Ini juga boleh mengganggu calun peperiksaan untuk memberi tumpuan kepada persiapan peperiksaan akibat 'godaan funfair' ini.
Oleh itu, adalah diharapkan pihak bekuasa tempatan dan pihak pejabat daerah dapat melakukan beberapa tindakan segera seperti menamatkan operasi 'funfair' sebelum tibanya Ramadhan dan musim peperiksaan.
Bagi pihak PAS Teluk Intan, tiada sebarang kompromi terhadap sebarang aktiviti atau program yang tidak mendatang manfaat kepada rakyat apatah lagi aktiviti itu boleh menggalakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti maksiat, rempit dan lain-lain gejala sosial yang tidak sihat.
Oleh itu, PAS Teluk Intan membantah sekeras-kerasnya akan kehadiran 'funfair' ata sebab-sebab yang telah dinyatakan tadi apa lagi ia seolah-olah tidak menghormati bulan Ramashan al Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi. Sila prihatin terhadap sensitiviti umat Islam Teluk Intan.

Read more...

KEMPEN SATU CAWANGAN SATU USRAH

>> 05 Ogos 2008


Pada 2 Ogos 2008, bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping, telah dlancarkan satu program iaitu Satu Cawangan Satu Usrah.


Malam itu juga merupakan majlis bulanan Lujnah Tarbiyyah PAS Perak iaitu majlis liqaul fikri (setiap hari Sabtu minggu pertama). Pada malam itu, naqib liqa' ialah Ustaz Haji Ahmad Idris bin Ahmad (AJK PAS Pusat) telah membentang tajuk Peranan dan Program Tarbiyyah Di Era Kemenangan.


Antara isi pembentangan tersebut ialah Program dan Kerja Tarbiyyah Di Era Kemenangan iaitu :


  1. Pembinaan peribadi pemimpin dan ahli

  2. Dakwah 'ammah (umum)

  3. Pengurusan tarbiyyah yang sistematik

  4. Perkukuhkan organisasi parti

  5. Dakwah kepada bukan Islam,

  6. Dakwah kepada pegawai kerajaan, dan

  7. Memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat

Akhir sekali, beliau telah melancarkan Kempen Satu Cawangan Satu Usrah yang bermula Ogos hingga Disember 2008. Adalah diharapkan setelah diadakan taklimat di peringkat negeri, kawasan dan cawangan maka progam usrah dapat dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Oktober ini.


Marilah kita bersama-sama menjayakan program murni ini demi kebaikan jemaah, parti dan ahli. InsyaAllah.

Read more...

KONVENSYEN PAS PERAK KE-13

Konvensyen PAS Perak Kali Ke-13 telah diadakan pada 26 dan 27 Julai 2008. Tahun ini, konvensyen telah diadakan di Dewan Orang Ramai Rapat Setia, Ipoh.

Konvensyen kali ini telah dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Kemudian tibalah saat para peserta mendengar ucaptama oleh Ustaz Haji Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak dan Naib Presiden PAS.

Di dalam ucaptama yang bertemakan "mengisi kemenangan, memantapkan perjuangan", Ustaz Ahmad Awang telah menggariskan beberapa perkara, iaitu :

A. MENGISI KEMENANGAN

  • taqarrub kepada Allah SWT
  • menunaikan segala manifesto pilihanraya lepas
  • merealisasikan konsep negera yang adil, amanah, telus, berwibawa dan berkebajikan
  • mempertingkatkan usaha dakwah
  • merakyatkan kerajaan (dibincangkan dalam kertas kerja 3 oleh Cikgu Azmi TERAS)
  • memperkukuhkan dan taat setia kepada Pakatan Rakyat
  • pimpinan negeri perlu pro aktif memandu dan memantau isu-isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri
  • membentuk jentera setia proksi kerajaan Perak
  • merangka perancangan strategik yang efisyen untuk mencapai kemenangan PRU13
  • mengukuhkan ukhuwwah antara ADUN yang muslim serta ADUN lain
  • memantapkan peranan MB dan Exco serta pentadbir GLC dalam perkara peningkatan pendapatan dan zakat
  • ahli-ahli kerajaan tempatan dan ketua kampung perlu berperanan secara berkesan
  • menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan NGO's

B. MEMANTAPKAN PERJUANGAN

  • wujudkan program pemerkasaan parti/jemaah
  • wujudkan satu modul tarbiyyah PAS perak
  • melahirkan rangkaian kebajikan
  • mengubah uslub dakwah sebagai pembangkang kepada kerajaan memerintah
  • memperkenalkan pemasaran politik
  • wjudkan jentera penerangan yang efisyen menangkis tohmahan
  • meneladani pengukuhan politik PAS Kelantan dan PAS Terengganu
  • memerlukan jentera pilihanraya tersusun dan mantap serta kedudukan dana mantap
  • diperkasakan hubungan antara kaum
  • mindset ahli semua peringkat mesti berubah sebagai pemerintah
  • memantapkan lagi peranan penyelia DUN

Di samping itu, sebanyak 4 kertas kerja telah dibantangkan dalam konvensyen. Antaranya :

  1. 1999- Terengganu, 2004-Kelantan, 2008-Perak : Antara Pengalaman dan Pengajaran oleh Dr. Syed Azman Syed Nawawi AJK PAS Pusat
  2. Sistem Pentarbiyyahan Selepas Kemenangan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS
  3. Memasarkan Politik dan Merakyatkan Kerajaan oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid, TERAS
  4. Sokongan 'Multi-racial' Mengekalkan Kemenangan oleh Sdr. An Wang Seng Abdullah

Semoga konvensyen kali ini dapat memberi semangat, idea, tonik serta pemangkin kepada semua ahli di semua peringkat sama ada negeri, kawasan dan cawangan untuk merangka gerak kerja sbagi mengisi kemenangan serta pada masa yang sama dapat memantapkan perjuangan jemaah/parti.

Allahu Akbar.!

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP