'FUNFAIR' MENYERANG TELUK INTAN LAGI !
>> 06 Ogos 2008
'Funfair' datang lagi ke Teluk Intan ! Seperti tahun lalu, pesta ria ini juga kembali seolah-olah 'menyambut bulan Ramadhan'. Ia masih lagi beroperasi di tempat yang sama seperti tahun lepas iaitu berhampiran bandar baru Teluk Intan.
Rata-rata beberapa orang yang ditemui terutama ibu bapa tidak menyenangi akan kehadiran pesta ria tersebut. Bagi mereka, 'funfair' ini sudah pasti beroperasi selama lebih kurang dua bulan sebagaimana yang telah berlaku pada tahun lepas.
Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan 'funfair' ini akan beroperasi pada bulan Ramadhan dan sudah pasti ia akan mengganggu tumpuan umat Islam untuk melakukan ibadah terutama solat sunat tarawih pada sebelah malam kerana 'funfair' ini beroperasi pada waktu malam. Ini menyukarkan lagi para ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada gejala 'bersukaria' pada waktu malam.
Lebih membimbangkan lagi, kehadiran 'funfair' ini terlalu hampir dengan musim peperiksaan seperti UPSR dan PMR. Peperiksaan UPSR akan berlangsung pada 9 hingga 11 September sementara PMR pula akan bermula pada 13 Oktober 2008. Ini juga boleh mengganggu calun peperiksaan untuk memberi tumpuan kepada persiapan peperiksaan akibat 'godaan funfair' ini.
Oleh itu, adalah diharapkan pihak bekuasa tempatan dan pihak pejabat daerah dapat melakukan beberapa tindakan segera seperti menamatkan operasi 'funfair' sebelum tibanya Ramadhan dan musim peperiksaan.
Bagi pihak PAS Teluk Intan, tiada sebarang kompromi terhadap sebarang aktiviti atau program yang tidak mendatang manfaat kepada rakyat apatah lagi aktiviti itu boleh menggalakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti maksiat, rempit dan lain-lain gejala sosial yang tidak sihat.
Oleh itu, PAS Teluk Intan membantah sekeras-kerasnya akan kehadiran 'funfair' ata sebab-sebab yang telah dinyatakan tadi apa lagi ia seolah-olah tidak menghormati bulan Ramashan al Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi. Sila prihatin terhadap sensitiviti umat Islam Teluk Intan.
0 ulasan:
Catat Ulasan