Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 - ADUN CHANGKAT JONG / سلامت تاهون بارو 2011 - ادون چڠکت جوڠ

>> 31 Disember 2010

Read more...

MALAYSIA MENANG, NAJIB LEGA BANYAK... / مليسيا منڠ، نجيب لݢا باڽق...

>> 30 Disember 2010

 
Malaysia Juara Piala Suzuki AFF Buat Kali Pertama

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.

Read more...

NAMPAKNYA MAMAT NI MASIH BEBAS YA..? / نمڤقڽ مامت ني ماسيه بيبس يا..؟

>> 29 Disember 2010


PETALING JAYA, 28 Dis. : Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.
Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.

Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.

“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.

MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.

Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.

Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.

“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.
“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”

Berhati-hati dengan Wikileaks


Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat. Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.

Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.

Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi.

“Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.

Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.

Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.

Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara


Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.
"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah


Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.
Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media


Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).
Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Read more...

PULAK DAH... / ڤولاق ده..


MB SELANGOR LEWAT HANTAR NAMA CALON SUK.........

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru pada 10 Disember lalu sekali gus menolak dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pelantikan itu belum muktamad.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani turut mengesahkan kepada mStar Online bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menghantar tiga calon nama bagi mengisi kekosongan itu, tetapi sudah terlewat.

Beliau berkata, baginda menerima syor supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang tamat perkhidmatan sebelum ini.

"Tuanku memperkenankan pelantikan berkenaan pada 10 Disember lalu.

"Memang MB ada hantar tiga calon, tapi dah terlambat," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas kontroversi pelantikan Mohammed Khusrin ke jawatan berkenaan yang dikatakan belum muktamad.

Sebaliknya, pelantikan berkenaan diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin sebelum pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Isnin.

Isu pelantikan berkenaan sekali lagi mencetuskan pertembungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri apabila Abdul Khalid juga mempunyai calon-calon tersendiri untuk menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, menurut kenyataan sekretariat akhbar terbabit, Abdul Khalid dijangka menghadap baginda pada Rabu bagi mendapat perkenan tiga nama yang telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sementara pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat kepada baginda bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Malah kenyataan itu menjelaskan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.(mstaronline)

Read more...

JELAJAH TAWAN PUTRAJAYA / جلجه تاون ڤوتراجاي

 
Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

Ditanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.(malaysiakini)

Read more...

TSUNAMI POLITIK 2008 MEMBUAT RAKYAT LEBIH CELIK POLITIK - YB ZURAIDA / تسونامي ڤوليتيک 2008 ممبوات رعيت لبيه چليق ڤوليتيک - يب ذورايدا

>> 28 Disember 2010


TELUK INTAN, 27 Disember - Kemenangan besar parti-parti pembangkang dalam PRU12 2008 lepas telah mencetuskan tsunami politik dalam negara ini. Ekoran kemenangaan besar itu juga telah mencelikkan rakyat di negara ini dalam konteks kefahaman politik dan pengamalan demokrasi. Demikian telah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin dalam majlis ceramah yang telah diadakan di Kg. Selabak dekat sini.
YB Zurada bersama pimpinan Muslimat kawasan.

"Kalau sebelum,  ini rakyat langsung tidak mengambil tahu akan perkembangan persidangan sama ada di DUN negeri ataupun parlimen tetapi selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat di lima buah negeri, bukan sahaja rakyat di bandar malah rakyat di kampungpun turut mengikuti perkembangan politik negara."
YB Anuar turut menyampaikan ceramah.

Ceramah berapi daripada Dr. Raja Ahmad.

"Malah, para menteri UMNO/BN tidak boleh berbohong dengan rakyat lagi kerana segala yang dikatakan di parlimen telah rakyat tahu kerana di situ ada ramai wakil rakyat PR ada sama ada dalam DUN atau parlimen," tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Ketua Wanita Keadilan Malaysia turut menekankan tentang Buku Jingga yang perlu difahami dan dihayati betul-betul oleh rakyat terutama perkara yang akan dilakukan oleh PR apabila dapat memerintah kerajaan Persekutuan.

"Rakyat perlu tahu apa yang akan kita lakukan dalam tempoh 100 hari...iaitu 10 perkara antaranya menaikkan imbuhan kepada para guru sebanyak RM500, memansuhkan ISA dan sebagainya," ujar beliau lagi.

Beliau juga sempat menyentuh tentang pengurusan negara yang tidak banyak membela kaum wanita. Malah beliau menganggap PM sekarang lebih banyak memikirkan 'satu perempuan' sahaja daripada menjaga kebajikan kaum wanita di negara ini.
YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik (dua dari kanan) turut hadir.

Dr. Raja Ahmad bersama Ketua Pemuda DHPP Perak, Sdr. Sarguna.

Turut menyampaikan ceramah ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad A Hiss dan ADUN Kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

HEBAT...TAHNIAH MALAYSIA...! - ADUN CHANGKAT JONG / هيبت...تهنيئه مليسيا...! - ادون چڠکت جوڠ

>> 26 Disember 2010


Malaysia menewaskan seteru jiran, Indonesia 3-0 menerusi dua jaringan penyerang, Mohd Safee Mohd Sali dan satu gol sumbangan, Mohamad Ashari Samsudin pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad. Malaysia kini memiliki bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 29 Disember ini. Keputusan perlawanan: Malaysia 3 - 0 Indonesia.

Tahniah daripada ADUN Changkat Jong (gambar kecil) dan menganggap pasukan Malaysia dalam keadaan selesa apabila berhadapan dengan Indonesia minggu depan.

"Semoga kemenangan pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali pertama dapat membuktikan betapa rakyat Malaysia mampu berbuat sesuatu untuk berubah apabila ada kemahuan yang tinggi."

"Saya merujuk kepada suasana di negara ini yang amat memerlukan perubahan dan kuasa rakyat sahaja yang mampu mengubah segalanya demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara."

intanhijau.blogspot.com

Read more...

1MALAYSIA MEMANG ALAT POLITIK UMNO/BN / 1مليسيا ميمڠ الت ڤوليتيک امنو/بن


KUALA LUMPUR, 26 Dis: Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.

Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.

Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.

Kedua-duanya berkata demikian menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.

Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

Malah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

"Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Ust Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

"Mereka larang semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukn? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk skolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.(harakahdaily)

Read more...

BLOG KELANTAN OUTSIDER : MENGHINA RAJA ATAU MEMARTABAT RAJA..? / بلوݢ کلنتن اوتسيدر : مڠهينا راج اتاو ممرتبت راج..؟


Ada satu blog baru yang bernama the kelantan outsider. Dia kata kewujudan blog baru ini daripada kuasa rakyat yang sudah bosan dan muak dengan apa yang telah berlaku (mungkin di Kelantan).

Di dalam blog ini ada juga gambar logo Perkasa, Ku Li dan Sultan Kelantan sebelumnya.

Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Read more...

KEMPEN MENELAAH DAN MENYEBARKAN BUKU JINGGA...bagi UMNO pening kepala !

>> 25 Disember 2010


Selesai Konvensyen PR maka adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota parti PR untuk menelaah dan memahami kandungan Buku Jingga. 

Setiap anggota parti dalam PR perlu memahami semasak-masaknya apa yang terkandung di dalam Buk Jingga ini.

Kemudian Buku Jingga tersebut perlu disebar luaskan dalam apa jua cara kepada rakyat agar mereka memahaminya.

Oleh itu, kepada sesiapa yang masih belum memiliki Buku Jingga ini, bolehlah memuat turunnya di sini ataupun di sini.

Ini adalah kerana Buku Jingga telah menggariskan Dasar Bersama Pakatan.Dasar Bersama ini menggariskan iltizam Pakatan untuk mengalih hala negara dan bangsa ke arah landasan yang betul setelah dihantui salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman di bawah kerajaan BN.

Dasar Bersama ini adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan, keadilan sosial bagi pembangunan insan yang menyeluruh, serta hubungan luar persekutuan-luar negeri yang adil dan setara.

Menurut Anwar lagi, ‘Buku Jingga’ ini adalah dokumen penting kerana ia menyambung beberapa kerangka dasar Pakatan yang diluluskan tahun lalu.
Beliau juga berkata :
“Buku ini juga diperkenalkan lebih awal agar setiap peringkat parti dapat meneliti serta menghadami intipati yang ingin disampaikan dalam buku ini dan menjadikannya panduan dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang."

Read more...

ULAMA MUDA UMNO vs IMAM MUDA ASTRO / علماء مودا امنو ۏس امام مودا استرو


Terkenang akan ulama-ulama muda yang masuk UMNO dengan begitu bersemangat sekali. Lihat apa ulama muda UMNO kata :

1. “Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti."

2. “Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda.”

3. "Mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka." 

4. “Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.” 

5. "Penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada."

6. “Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas." 

Namun, sehingga kini kita tidak nampak peranan yang dimainkan oleh para ulama muda UMNO ini dalam memperbaiki UMNO. Mana pergi usaha-usaha dakwah mereka. Ada mereka diberi peluang oleh UMNO seluas-luasnya untuk berdakwah ? Masuk TV, jauh sekali..!

Sebaliknya, Imam Muda Astro sudah mula mengorak langkah berdakwah menarik golongan muda melalui pelbagai rancangan melalui Astro Oasis seperti rancangan "Soal Asyraf", "Musafir", "Famili Sarjana ", dan lain lagi.

Jelas, rancangan kendalian Imam-imam Muda Astro semakin mendapat perhatian ramai terutamanya anak-anak muda dengan gaya penampilan yang bersifat kontemporari.

Kita dapat rasakan kelemasan para ulama muda di dalam UMNO yang kita percaya terpedaya oleh janji-janji pemimpin UMNO. Mereka dikurung dalam kepompong UMNO yang hangit sehingga dinafikan peranan mereka.

Mereka hanya layak sebaga tukang kipas kepada apa sahaja tindakan pimpinan UMNO seperti isu busana muslim Rosmah.

Syabas kepada Imam Muda Astro yang mengorak langkah gagah menyebarkan dakwah kepada golongan muda.

Kesimpulannya, ulama muda UMNO kalah, Imam Muda menang.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

DHPP TELUK INTAN UCAP SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA PENGANUT KRISTIAN

"Wishing you and your family a very prosperous  and blessed Christmas and even better 2011"

Mr. Hacharan Singh
Ketua,
Dewan Himpunan Penyokong PAS,
Teluk Intan.

Read more...

POPULAR AKU JATUH..? / ڤوڤولر اکو جاتوه..؟

>> 24 Disember 2010

 
 
 
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merosot kepada 69 peratus - jatuh tiga mata berbanding dengan 72 peratus pada bulan Mei.

Tempoh kajiselidik - 30 November hingga 11 Disember - juga termasuk waktu pengumuman pemotongan subsidi kerajaan untuk bahan bakar, gas masak dan gula.

Populariti Najib jatuh ke tahap yang sama yang dicatatkan oleh badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre, pada bulan Mac tahun ini.

Dalam kajiselidik terbaru Merdeka Centre, rating tertinggi datangnya dari responden kaum India, sepertimana yang dicatatkan sepanjang tahun ini.

Ia meningkat daripada 80 peratus pada bulan Mei kepada 85 peratus pada Disember, tetapi sokongan kaum India kepada Najib bagaimanapun lebih rendah daripada rekod tertinggi 91 peratus yang dicatatkan pada Mac tahun ini.

Bagaimanapun, sokongan orang Melayu kepada Najib merosot (daripada 77 peratus kepada 74 peratus) serta kaum Cina (daripada 58 peratus kepada 54 peratus).

Kajiselidik Merdeka Centre itu membabitkan 1,005 pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak berusia 21 tahun ke atas.

Ia dijalankan melalui telefon antara 30 November hingga 11 Disember.

Populariti Najib itu mengesahkan bahawa beliau masih merupakan aset utama dalam kempen pilihan raya BN.

Kadar rating yang diperolehinya ketika mengambil alih teraju pemerintahan ialah 44 peratus, sewaktu ekonomi mengalami kelembapan, di samping terdedah kepada berita-berita buruk.(malaysiakini)

Read more...

SUARA SEORANG YANG SUDAH INSAF KUT... / سوارا سأورڠ يڠ سوده انصاف کوت...

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 24 Dis: Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini.

"Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

"Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500," tulis Khir dalam blognya.

Bagi beliau, kehadiran kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

Ini kerana, tulis beliau, kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi, katanya.

Khir juga berpandangan, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

Beliau juga juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat, sindir beliau.

Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka." tulis Khir lagi.

"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?" soal beliau.

Sungguhpun, tulis Khir, BN boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai "namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi."

Beliau juga menulis, tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini.

"Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional," katanya.

Bagi beliau, masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR).

BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan, katanya.

Pandangan Khir ini disokong oleh para pembaca blog beliau itu melalui komen-komen mereka.

Mereka sangat marah dengan tindakan kerajaan meluluskan akta Pengangkutan Jalan baru-baru yang bakal menyaksikan kutipan saman JPJ akan diswastakan.

"Saya sendiri walaupun adalah ahli dan penyokong tegar UMNO-BN namun tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi dalam PRU-13 bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara saya kerana kecewa dengan kerajaan BN," tulis salah seorang pelawat laman beliau itu.

Menurutnya, Perdana Menteri sentiasa menyeru agar pemimpin BN merasai denyut nadi rakyat.

"Tetapi bagi saya itu hanyalah retorik kerana pemimpin BN tidak merasa apa yg dirasa oleh rakyat bawahan. Mereka hidup mewah tanpa merasa risau untuk berbelanja kerana mempunyai wang yang banyak tidak seperti kami rakyat bawahan," tulis tetamu beliau itu.

Seorang lagi tetamu beliau mennulis, "Saya pun heran dengan sesetengah menteri kerajaan ni. Mereka ni macam tak sensitif dengan kehidupan, derita dan denyut nadi rakyat. Contoh yg terbaru ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010.

"Menteri Pengangkutan Jalan dari MCA ni gagal untuk memberi justifikasi kewajaran penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Tengah rakyat dok pening kepala & menangis dengan segala kos hidup yang tinggi, tiba-tiba dilihat Kerajaan cuba buat keuntungan dengan penswastaan saman," tulis beliau.

Read more...

MAMAT NI DAH LARI DARI TAJUK..... / مامت ني ده لاري دري تاجوق.....



SHAH ALAM 23 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum  Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.
Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari  berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan  menafikan  Ketua Pembangkang  itu hak  membela diri.  
Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel  bukan benda baru.

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.
 
"Yang  kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco  ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).
 
"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen,"  kata Aziz Bari. 
 
Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan  menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.
 
Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.
 
"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh  , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.
 
Nazri  semalam  mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
 
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.
 
Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada  rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.
Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan.  Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti  di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.

Read more...

10 PERKARA DILAKUKAN DALAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT /

>> 23 Disember 2010

INILAH 10 PERKARA YANG PERLU DITERANGKAN KEPADA RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Read more...

MAHFUZ PERTIKAI SWASTA KENDALI 6 JUTA SAMAN EKOR / مهفوظ ڤرتيکاي سواستا کندالي 6 جوت سامن ايکور

 
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

NONE"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.(malaysiakini)

Read more...

ISU ZINA : ADUN SELISING JAWAB....! / ايسو زنا : ادون سليسيڠ جواب....!


[UtusanMalaysia] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.


Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Read more...

DAN PEMENANGNYA JATUH KEPADA ....... / دان ڤمنڠڽ جاتوه کڤد .......

>> 22 Disember 2010


Pergolakan sepanjang 2010 mencetuskan gelombang yang sekaligus turut membentuk dan merobah pasir politik negara.

Namun, semuanya digerhanakan oleh individu ini yang paling menonjol dalam arena politik tanahair dan mendominasi tajuk utama berita akhbar negara.

Dan orangnya ialah - tidak lain dan tidak bukan - ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menerajui badan ultra-Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Dia mungkin digelar 'super-katak' yang sering galak melompat, tetapi dapat dipertikaikan bahawa Ibrahim adalah Penglipur Malaysiakini bagi 2010.

Read more...

BETUL...SUMPAH....SAYA YANG CIPTA TU....NGAPA TAK PERCAYA ? / بتول...سومڤه....ساي يڠ چيڤتا تو....ڠڤا، تق ڤرچاي ؟

 
"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di ibunegara hari ini.

Read more...

NAJIB BISING SATU MALAYSIA...





KUALA LUMPUR, 13 April: APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel.
Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel. Yang bezanya di Israel menggunakan One Israel manakala di Malaysia dan Indonesia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.
APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.
Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep One Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.
Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin. Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?
Menurut satu laman web, milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1Malaysia yang digunakan di Malaysia.
Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan“. Adakah sekadar kebetulan?
Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib! Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa.
Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO. Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf
Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut milosuam.blogspot.com adalah :
  • Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  • Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  • Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  • Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  • Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

Read more...

PAKATAN SIMPATI MANGSA KEMALANGAN / ڤاکتن سيمڤاتي مڠسا کمالڠن

>> 21 Disember 2010

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pakatan Rakyat Perak melahirkan rasa simpati terhadap semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, tragedi yang meragut 27 nyawa itu sangat mengejutkan dan menyedihkan seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pampasan segera diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

"Walaupun nilai nyawa tidak dapat diganti dengan nilai wang, saya berharap pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga magsa secepat mungkin sesuai dengan peruntukan yang sedia ada," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Semalam, kemalangan terburuk itu berlaku pada 11.40 pagi apabila sebuah bas dua tingkat milik San Express Holiday membawa 37 pelancong dari Thailand sedang menuruni bukit. Tiga rakyat tempatan terdiri pemandu bas, penolong pemandu dan seorang pemandu pelancong turut terbunuh.

Selain itu, Pakatan Rakyat Perak juga mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera mengkaji secara terperinci terhadap lokasi tersebut dan sepanjang laluan dari Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar pernah membangkitkan isu bahaya bas dua tingkat di lebuhraya sewaktu membahaskan usul memotong gaji Menteri Pengangkutan.

Beliau membangkitkan perkara itu ekoran beberapa kes kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam khususnya bas yang sering berlaku.


Read more...

TIDAK MUSTAHIL PAKATAN MENANG DI TENANG / تيدق مستحيل ڤاکتن منڠ د تنڠ


KUALA LUMPUR, 20 Dis – Meskipun menyedari gelanggang saingan “tidak sama rata”, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu jentera Pakatan Rakyat meningkatkan usaha meraih sokongan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Sehubungan itu, kata Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat yang akan meletakkan calon PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kesemua jentera bekerjasama ke arah itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti Islam itu kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Kita ada cawangan di sana, kita kini sedang membuat persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Kita sedar untuk capai kemenangan tidak mudah kerana keadaan padang yang tidak sama rata yang kalau lihat memihak kepada BN.

“Tetapi walaupun tidak sama rata tidak mustahil bagi kita untuk mencapai kemenangan di sana,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai soal siapa yang akan menjadi calon PAS di DUN Tenang, Hadi bagaimanapun berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi menentukan siapa yang akan menggalas tanggungjawab itu.

“Mengenai soal calon kita masih belum tentukan, kita akan adakan mesyuarat dan kita serah kepada PAS Johor untuk menentukan calon.

“Setakat ini kita masih belum putuskan siapa calon kita di DUN Tenang,” katanya.

BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan Rakyat pula PAS.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.

Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.(themalaysianinsider)

Read more...

NEGARA ISLAM : KARPAL TUTUP MULUT UMNO / نݢارا اسلام : کرڤل توتوڤ مولوت امنو

>> 20 Disember 2010

 
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.(harakahdaily)

Read more...

PAS PALING BERDISIPLIN DALAM PAKATAN RAKYAT - KARPAL / ڤاس ڤاليڠ برديسيڤلين دالم ڤاکتن رعيت - کرڤل


KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.

"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.

"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.(mstaronline)

Read more...

PENDEKAR YANG MULIA ATAU TIDAK MULIA...? / ڤنديکر يڠ مليا اتاو تيدق مليا...؟

>> 19 Disember 2010

Read more...

TERJEMAH HASRAT PAKATAN PERINTAH NEGARA / ترجمه حسرت ڤاکتن ڤرينته نݢارا


KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

“Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.

Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.(harakahdaily)

Read more...

LIVE DARI DEWAN MILENIUIM.....

Klik pada imej....

Read more...

SUASANA KONVENSYEN PR KE-2 SEBELUM PERASMIAN


Read more...

SELAMAT BERKONVENSYEN / سلامت برکونۏينشن

Read more...

ADAT TEPUNG TAWAR TAK HARAM KE...? / عادة تڤوڠ تاور تق حرام ک...؟

>> 18 Disember 2010


Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya, dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita.

Seseorang bomoh akan melakukan “ pelepas “ setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . “ Pelepas “ itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari ( turuti ) .

Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan “ dipelepaskan “ pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala , sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan “ tepung tawar “ .

Menurut Pak Nik Man ( seorang Bomoh Di Raja yang menetap di Pengkalan Chepa , Kelantan DN ) , upacara “ tepung tawar “ juga dilakukan kepada seseorang yang ingin naik ( masuk ) ke rumah barunya . Begitu juga dengan beberapa upacara perasmian / pembukaan . Dan menurutnya lagi , amalan ini sebenarnya melanggar aturan bomoh dari zaman dulu .

Orang – orang Melayu menggunakan “ tepung tawar “ yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai “ semangat “ yang dibergelar “ Seri Mani “ dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan , kesihatan dan kekuatan .
Pak Nik Man juga menjelaskan bahawa adat / upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan “ Abu Suci “ ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan ( dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini “ diterima-pakai “ oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan “ tepung tawar “ .

Adat “ menepung tawar “ ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na’uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh “ menolak bala “ dan “ menarik manfaat “ , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah al-An’am , ayat 17 :
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدُيرٌ

Ertinya :  “Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu ) .

Mereka yang melakukan upacara “ tepung tawar “ ini sendiri  TIDAK TERJAMIN SELAMAT  daripada sebarang bencana ataupun ujian hidup di dunia ini . Maka bagaimanakah pula mereka boleh percaya dengan amalan yang mereka lakukan itu ?

Read more...

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP