TSUNAMI POLITIK 2008 MEMBUAT RAKYAT LEBIH CELIK POLITIK - YB ZURAIDA / تسونامي ڤوليتيک 2008 ممبوات رعيت لبيه چليق ڤوليتيک - يب ذورايدا
>> 28 Disember 2010
TELUK INTAN, 27 Disember - Kemenangan besar parti-parti pembangkang dalam PRU12 2008 lepas telah mencetuskan tsunami politik dalam negara ini. Ekoran kemenangaan besar itu juga telah mencelikkan rakyat di negara ini dalam konteks kefahaman politik dan pengamalan demokrasi. Demikian telah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin dalam majlis ceramah yang telah diadakan di Kg. Selabak dekat sini.
YB Zurada bersama pimpinan Muslimat kawasan. |
"Kalau sebelum, ini rakyat langsung tidak mengambil tahu akan perkembangan persidangan sama ada di DUN negeri ataupun parlimen tetapi selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat di lima buah negeri, bukan sahaja rakyat di bandar malah rakyat di kampungpun turut mengikuti perkembangan politik negara."
YB Anuar turut menyampaikan ceramah. |
Ceramah berapi daripada Dr. Raja Ahmad. |
"Malah, para menteri UMNO/BN tidak boleh berbohong dengan rakyat lagi kerana segala yang dikatakan di parlimen telah rakyat tahu kerana di situ ada ramai wakil rakyat PR ada sama ada dalam DUN atau parlimen," tambah beliau lagi.
Beliau yang juga Ketua Wanita Keadilan Malaysia turut menekankan tentang Buku Jingga yang perlu difahami dan dihayati betul-betul oleh rakyat terutama perkara yang akan dilakukan oleh PR apabila dapat memerintah kerajaan Persekutuan.
"Rakyat perlu tahu apa yang akan kita lakukan dalam tempoh 100 hari...iaitu 10 perkara antaranya menaikkan imbuhan kepada para guru sebanyak RM500, memansuhkan ISA dan sebagainya," ujar beliau lagi.
Beliau juga sempat menyentuh tentang pengurusan negara yang tidak banyak membela kaum wanita. Malah beliau menganggap PM sekarang lebih banyak memikirkan 'satu perempuan' sahaja daripada menjaga kebajikan kaum wanita di negara ini.
YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik (dua dari kanan) turut hadir. |
Dr. Raja Ahmad bersama Ketua Pemuda DHPP Perak, Sdr. Sarguna. |
Turut menyampaikan ceramah ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad A Hiss dan ADUN Kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan