TAUKEH TEMPE KENA DAKWA RASUAH / تاوکه تيمڤي کنا دعوا رسواه
>> 06 Disember 2010
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa memperolehi, bagi dirinya dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam dari Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayron pada harga RM3.5 juta, sedangkan lot-lot itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Tuduhan terhadap ADUN Sungai Panjang itu yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor, adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau didenda, atau kedua-duanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan