RAKYAT MALAYSIA : TAHAP KESEDARAN SIVIK SEPERTI TAHAP KESEDARAN POLITIK / رعيت مليسيا : تاهڤ کسدرن سيۏيق سڤرتي تاهڤ کسدرن ڤوليتيک
>> 13 Disember 2010
Dataran Sungai Bidor : Indah di sungainya. |
Dataran Sungai Bidor : Tapi tercemar di tepinya. |
Pagi tadi, jalan-jalan pagi di tepi sungai Bidor, dekat Dataran JPS Sg. Bidor, Teluk Intan. Pemandangan tepi sungai amat cantik pada waktu pagi. Tapi pemandangan indah ini telah dicemari oleh beberapa longgokan sampah-sarap di merata-rata tempat.
Terasa marah juga akan sikap orang Malaysia. Sudah berpuluh-puluh tahun kempen kebsersihan, dijalankan masuk dalam kurikulum sekolah lagi, tapi tahap sedar siviknya amat menyedihkan.
Terfikir juga apabila mengaitkan dengan kesedaran politik orang Malaysia. Masih terdapat 4.8 juta rakyat negara ini yang belum mendaftar sebagai pengundi. Kemudian, punyalah begitu banyak isu yang sebahagian besarnya sudah terkena batang hidung sendiri seperti harga gula, petrol, gas dan lain-lain, tapi respon begitu sejuk sekali.
Kalau macam ini punyai kesedaran, nampak gayanya sampai bila-bila la negara kita akan dihiasi dengan sampah-sarap. Begitu juga politiknya, sampai bila-bila la kita di bawah BN (Bila-bila Naik).
Oleh itu, jom sama-sama kita UBAH SEKARANG.
Bersihkan alam sekitar.
Bersihkan politik Malaysia.
Kita buang sampah.
Kita buang UMNO/BN.
Jom kita sokong Pakatan Rakyat....!!!
intanhijau.blogspot.com
3 ulasan:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!
Kawasan siapa yang kotor tu YB? Baru sedar ke?
Org umno yg buat kotor tu..!
Catat Ulasan