10 PERKARA DILAKUKAN DALAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT /
>> 23 Disember 2010
INILAH 10 PERKARA YANG PERLU DITERANGKAN KEPADA RAKYAT
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
2 ulasan:
Ha ha ha ha ha ha ha (bile nak berenti ketawa ni?)
Dari mana kerajaan akan mendapt perolehan untuk pembangunan rakyat?
Yang no 1 tu relevan sikit. Contoh pilihanraya dah ditunjukkan oleh PKR. Anwar juga dah tunjukkan contoh terbaik mengawal PDRM semasa jd TPM. Khalid juga dah tunjukkan cara kerajaan negeri mengaut hasil secara rampasan.
Alahai ......membuang masa shj nak mengulas semua.
Macam rancangan budak2 tak lulus PMR je.
Ulasan mamat atas ni adalah ulasan yg paling lawak bg tahun 2010. Ha ha ha (bila nak berenti ni...) ha ha ha
Catat Ulasan