NEGERI PALING BERINTEGRITI / نݢري ڤاليڠ برينتݢريتي
>> 09 Disember 2010
KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.
"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan