SIASAT PUNCA PELACURAN PELAJAR IPT / IPTسياست ڤونچا ڤلاچورن ڤلاجر
>> 14 Disember 2010
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan media baru-baru ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, siasatan tersebut juga perlu bagi melihat tahap keseriusan perkara tersebut, dan bagaimana untuk mencarai jalan penyelesaiannya.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS meminta kepada pihak-pihak yang berkenaan secara lansung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.
"Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini," katanya.
Media pada 9 Disember lalu melaporkan segelintir pelajar IPT terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Menurut Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), kedapatan sebilangan siswa/wi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.
Mengulas lanjut perkara itu, Nasruddin berkata adalah tidak wajar apabila munculnya isu-isu sebegini, semua pihak saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu sedangkan ianya perlu diselesaikan bersama.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan, pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa\i malah jika perlu , DPP Malaysia juga bersedia memberi khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan.
"Sekali lagi Dewan Pemuda PAS mengingatkan, generasi mahasiswa/wi ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuha Negara. Rosak mereka menatijahkan kemunduran dan kerosakan yang bakal berlaku di dalam sesebuah Negara.(harakahdaily)

0 ulasan:
Catat Ulasan