Kali ini, sebuah lagi tempat rekreasi utama di Teluk Intan menjadi tumpuan blog ini iaitu di Teluk Intan River Front. Dulu ia dpanggil 'Tepi Sungai' sahaja. Malah, satu-satunya tempat rekreasi di Teluk Intan zaman dulu ialah 'Tepi Sungai' inilah.
|
Pemandangan indah dari jeti tepi Sungai Perak. |
Taman rekreasi tepi Sungai Perak tersebut terletak di pinggir Bandar Teluk Intan (bersebelahan bangunan LHDN) dan menjadi tumpuan para pengunjung untuk berekreasi bersama keluarga.
Namun, segala keindahan dan kemudahan yang terdapat di tempat tersebut telah dicemari oleh sampah-sarap yang melimpah keluar dari tong sampah yang disediakan.
|
Jeti tempat melihat pemandangan dan memancing. |
Hasil pemerhatian didapati setiap tong sampah yang disediakan telah dipenuhi dan dilimpahi sampah-sarap yang menghasilkan pemandangan dan bau yang kurang enak. Keadaan sedemikian kemungkinan disebabkan sama ada sikap pengunjung taman yang mengabaikan aspek kebersihan. Atau mungkin juga sampah-sarap sudah lama tidak diangkat oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kerana kebanyakan tong sampah telah penuh sehingga melimpah keluar.
|
Tong sampah yang sudah penuh. |
|
Angjara siapa ni..? |
|
Botol arakpun ada.... |
|
Lagi tong sampah yang penuh tidak dikutip oleh pihak majlis. |
Amat malang sekali, keindahan semulajadi di tepi sungai dan kemudahan rekreasi yang ada telah dicacatkan oleh sikap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun taman rekreasi ini telah dinaik taraf yang menelan belanja
RM1.5 juta namun amaun tersebut seolah-olah tidak berbaloi dengan apa yang terdapat di sini.
|
Menarik...ada menara meninjau pemandangan dari atas. |
|
Laluan tepi sungai yang menarik. |
|
Lanskap yang mengHIJAU. |
|
Terdapat permainan dan peralatan senaman bagi pengunjung dewasa. |
Adalah diharapkan semoga kebersihan taman rekreasi tersebut akan dijaga baik demi memastikan imej yang baik juga kepada bandar Teluk Intan.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan