SEORANG MATI AKIBAT H1N1 : 14 ORANG DAH TERKORBAN
>> 06 Ogos 2009
Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.
Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru. Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.
Kematian-kematian terbaru akibat virus selesema itu:
Kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia 2.30 pagi semalam di Hospital Batu Pahat.
Dua korban sebelumnya terjadi di Melaka - lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu, masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.
Termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut, jumlah keseluruhan 1,492 kes semuanya - 11 daripada mereka kini dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU). (malaysiakini)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA : SEMUA PELAJAR KENA PERIKSA SUHU BADAN
Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah menjalanikan pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1). Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pemeriksaan itu akan mula dijalankan apabila sekolah dibekalkan dengan jangka suhu dan topeng muka dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.
Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka.
"Setiap murid dan pelajar akan dimestikan menjalani pemeriksaan sebelum memasuki kelas dan kita akan pastikan suhu badan mereka tidak melebihi 37.5 darjah Celcius," beliau dipetik berkata selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan SK Sri Kenanga, Tampoi hari ini. (malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan