KIBARAN JALUR GEMILANG HAMBAR DAN DINGIN...
>> 29 Ogos 2009
TELUK INTAN, 29 Ogos - Tinggal dua hari lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-52. Biasanya, penanda kepada meriahnya sambutan Hari Merdeka ini ialah dengan melihat banyaknya kenderaan di jalan raya yang memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Seperti tahun-tahun lepas, kalau lagi seminggu Hari Merdeka, sudah pasti hampir setiap kenderaan di jalan raya mengibarkan bendera negara Malaysia.
Mana Jalur Gemilang...?
Apa yang berlaku pada tahun ni agak berbeza pula. Kebanyakan kenderaan baik lori, bas, kereta dan motosikal tidak memasang bendera Jalur Gemilang. Di bandar Teluk Intan sendiri, hasil pemerhatian intanhijau, setiap 10 buah kereta yang melalui sebatang jalan raya, tiada sebuah keretapun yang mengibarkan bendera Malaysia. Pelik..dan mengapa ya..? Malah hasil pemerhatian mendapati kebanyakan kenderaan jabatan kerajaan seperti kereta peronda polis dan ambulans sendiripun tidak memasang Jalur Gemilang.!
Sedangkan baru sahaja dua minggu lalu bandar Teluk Intan telah menjadi tuan rumah kepada Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan Ke-52 yang telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Haram, Zambry Kadiaq. Pelbagai acara telah diadakan namun mengikut pemerhatian kami, kebanyakan program tersebut tidak mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Teluk Intan.
Kalau orang dah protes, bendera percumapun orang tak pasang.
Najib dan Zambry Kadiaq kena muhasabah... Satu benderapun tak nampak.!
Sambutan dingin dan hambar ini patut menjadi satu muhasabah dan iktibar kepada kerajaan haram BN Perak dan kerajaan 1 Malaysia Najib. Apakah rahsia yang tersirat di fkiran dan hati rakyat yang tidak menyahut seruan Najib 1 Malaysia ?
Adakah ianya satu protes senyap rakyat terhadap PM dan MB Haram ?
Jangan beri alasan sebab kebetulan jatuh pada bulan puasa dan wabak H1N1. Kenderaan tiada kaitan langsung dengan H1N1 dan bulan puasa.
Fikir-fikirkanlah..dah dekat Hari Merdeka ni...akupun belum pasang bendera Jalur Gemilang lagi ni. Mengapa ya..?
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan