POLIS MENGAKU LAMBAT BERTINDAK ATAS PROTES BAWA KEPALA LEMBU..ISH.ISH..!
>> 29 Ogos 2009
Kita yang tinggal jauh dari Shah Alam mungkin tidak perasan ke mana pergi pihak polis semasa protes arak kepala lembu semalam. Tetapi sumber kita hanya melalui klip video yang jelas tidak kelihatan seorangpun anggota polis mengawal atau menghalang perarakan yang bagi kita amat memalukan dan berbahaya yang mana boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
Persoalannya, bagaimana kejadian yang memang berlaku di atas jalan dan di depan MBSA langsung tidak diketahui oleh pihak polis. Kita semua maklum akan kecekapan dan kepantasan pihak keselematan menjaga keamanan seperti memberkas penjenayah dan sebagainya. Malah semasa Himpunan Mansuh ISA, dua tiga minggu sebelum itu pihak polis sudah mula bertindak awal.
Persoalan kedua ialah, adakah himpunan protes bawa kepala lembu ini mendapat permit atau penganjur langsung tidak memohon permit.
Persoalan ketiga, siapa penganjur utama himpunan tersebut. Kalau NGO siapa NGOnya...berdaftar ke aau haram ?
Oleh itu, rakyat menggesa pihak polis agar bersikap adil terhadap sesiapa sahaja dalam menangani masalah keselamatan negara. Janganlah pilih bulu.
Kalau NGO pembangkang, disekat, dihalang, dipancut air kimia dan ditembak gas pemedih mata.
Tetapi apabila NGO pro kerajaan yang buat himpunan (walaupun tiada permit) telah diberi layanan amat baik dan selesa. Berjalan lancar dengan tiada gas pemedih mata dan pancutan air kimia.
Marilah kita renungi alasan pihak polis yang mengaku lambat bertindak atas himpunan semalam :
Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar. Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini. Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior. "Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor. Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam. "Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya. Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu. Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan