PERTEMUAN YANG AMAT BERMAKNA
>> 07 November 2008
Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
Saya baru balik dari Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Sebentar tadi telah diadakan satu pertemuan antara guru-guru agama sekitar Teluk Intan dengan Urusan Ulama' PAS Teluk Intan.
Program yang dijadualkan bermula 9.00 malam pada awalnya seakan muram kerana sesampainya saya di markaz, hanya kelihatan Ketua Urusan Ulama sahaja yang ada. Tetapi, setelah berbincang, kami masih lagi meletakkan harapan tinggi akan kehadiran sahabat-sahabat.
Ini adalah kali pertama usaha pihak Urusan Ulama mengadakan pertemuaan dengan guru-guru agama atas nama parti, apatah lagi diadakan di markaz pula. Kita nak test market, kata orang. Sebenarnya, sebelum ini usaha pihak Urusan Ulama Kawasan mendekati para ustaz ini adalah dengan cara berziarah ke rumah mereka.
Namun, setelah perbincangan dalam usrah AJK kawasan baru-baru ini, telah diputuskan diadakan satu majlis menghimpunkan guru-guru agama. Semuanya berpunca apabila pihak parti menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan (selepas menang DUN Changkat Jong, cawangan telah bertambah) untuk mengadakan kuliah dan usrah di cawangan-cawangan baru termasuklah cawangan yang kurang aktif. Maka permintaan terhadap tenaga pengajar dan naqib turut meningkat. Ini satu perkembangan positif di kawasan Teluk Intan.
Leganya hati, apabila melihat hampir 20 orang guru agama dari pelbagai latar pendidikan telah hadir atas kerelaan dan keberanian diri mereka untuk menjejak kaki di markaz ini.
Malam itu, beberapa pimpinan telah menyampaikan ucapan. Antaranya, Ketua Urusan Ulama sendiri, YDP Kawasan, dan Ketua Penerangan. Banyak perkara telah disentuh, antaranya isu-isu semasa, peranan dan tanggungjawab guru agama sebagai pewaris nabi dan lain lain.
Sebelum itu, majlis dimulai dengan taaruf dan diakhiri dengan sesi perbincangan dan dialog. Bagi saya program kali pertama ini amat-amat bermakna sebagai satu langkah pertama sebelum mengorak langkah yang lebih jauh lagi.
Syabas, wahai pewaris nabi..!
0 ulasan:
Catat Ulasan